Rabu, 5 Ogos 2009

SIASATAN TERPILIH - 11 PEMIMPIN PR AKAN DIDAKWA MANAKALA PEWARIS DAN PERKASA DIBERI LAYANAN ISTIMEWA

Dasar PDRM jadi kuda tunggangan UMNO-BN. Kenapa Musa Hassan tak keluarkan statement untuk menyiasat juga badan NGO seperti PEWARIS dan PERKASA. Mereka juga sebagai dalang utama bagi perhimpunan yang sama, bezanya mereka mewakili untuk pro ISA.
PERKASA


PEWARIS

Tahniah Musa Hassan kerana dengan kerjasama anda untuk membuat siasatan terpilih ini, rakyat akan sentiasa mengenang budi anda dan mereka akan sentiasa bertambah membenci UMNO-BN.

Memetik kata-kata Musa:
"Kami hanya menjalankan tugas mengikut undang-undang. Contohnya jika berlaku kecurian dan pencuri itu ada di tempat kejadian... takkan kami tidak menahannya," katanya.

Jawapan:
Perhimpunan tak boleh disamakan dengan mencuri Tan Sri oiiii!... Kalau nak buat perbandingan pun biarlah setara sikit, ini dah jauh melencong. Kenapa tak buat perbandingan seperti acara sambutan 31 Ogos ker!... atau sambutan Maulidur'rasul. Bukankah kedua-dua perhimpunan tersebut melibatkan perarakan yang menggunakan jalanraya. Kenapa polis boleh kawal lalulintas sampai berjam-jam lamanya. Itu tidak termasuk hari raptai, sehingga memakan masa berhari-hari. Takde pulak yang komplen jalan sesak dan peniaga kerugian berjuta-juta RM disebabkan jalan utama ditutup.

Jangan jadi hipokritlah puak-puak pencacai UMNO tegar. Kamu boleh tipu orang kampung, tapi kamu tak boleh tipu kami yang duduk dibandar. Media-media pencacai UMNO sebagai lidah rasminya akan berkokok siang malam akan mencanang bahawa perhimpunan GMI membuat kekacauan dan menutup rezeki perniagaan di KL akibat perhimpunan itu.

Malas nak ulas panjang-panjang. Orang UMNO bukan nak faham pun. Kalau faham pun sengaja mereka buat-buat tak faham, sebab berfahaman UMNO kuno.


Berita di bawah dibawakan khas dari akhbar dakyah UMNO iaitu Berita Hairan. Korang bacalah sendiri

Demonstrasi: 11 dalang, ahli politik akan didakwa

Oleh Petah Wazzan Iskandar
wazzan@bharian.com.my

SEPANG: Polis akan mendakwa dalang dan 11 pemimpin parti pembangkang yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) di ibu negara, Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata mereka yang terbabit dalam perhimpunan haram itu sudah dikenal pasti, termasuk pemimpin parti pembangkang terbabit.

Beliau berkata, polis akan memanggil semua pemimpin terbabit, termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh untuk diambil keterangan dalam tempoh terdekat.

Musa berkata, polis akan berbincang dengan Peguam Negara untuk meneliti kes
itu, termasuk tindakan tegas terhadap ibu bapa yang mengeksploitasi kanak-kanak dalam perhimpunan itu

"Polis tidak akan menggunakan ISA untuk menahan mereka tetapi akan mendakwa di mahkamah menggunakan undang-undang sedia ada. Kita akan berbincang dengan Peguam Negara untuk meneliti kes dan tindakan sepatutnya sebelum tuduh mereka di mahkamah.

"Saya sudah maklumkan sesiapa yang mengeksploitasi kanak-kanak akan didakwa sebab peruntukan undang-undang memang ada, iaitu Akta Kanak-Kanak 2001," katanya pada sidang media selepas pulang dari Singapura di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam.

Musa dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura oleh Presiden Singapura, S R Nathan di Istana Presiden kerana sumbangan cemerlang dan kerjasama polis kedua-dua negara.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri Singapura, Wong Kan Seng yang juga Menteri Dalam Negeri memuji tindakan Malaysia mengatasi demonstrasi secara profesional tanpa berlaku aktiviti fizikal oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Sebelum ini, polis mengenal pasti 11 orang, termasuk Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Naib Presiden PKR, R Sivarasa; Ketua Penerangan PKR, Tian Chua; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu; Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution dan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.

Kelmarin, 29 penyokong GMI didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan mengedar kemeja-T serta topi untuk perhimpunan itu. Sivarasa dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman dua hari sejak Sabtu lalu.

Dia antara 589 yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram di beberapa lokasi di ibu negara bagi membantah ISA.

Mengulas lanjut, Musa berkata, tindakan tegas diambil kerana kumpulan itu sudah beberapa kali diberi nasihat membatalkan niat mereka tetapi tidak diendahkan.

"Sekiranya nak teruskan juga, buatlah di stadium dan kami akan memantau saja. Janganlah mengganggu atau menyusahkan masyarakat dan pengguna jalan raya dengan berhimpun di tempat yang tidak sepatutnya.

"Kami hanya menjalankan tugas mengikut undang-undang. Contohnya jika berlaku kecurian dan pencuri itu ada di tempat kejadian... takkan kami tidak menahannya," katanya.

Tiada ulasan: