Sabtu, 30 Jun 2012

SIAPA PUN BOLEH BACA, INI MEMANG KERJA UMNO

Kesian kat pencacai-pencacai UMNO. Hari-hari dok meroyan dan cipta fitnah terbaru... Macam lah orang tak tahu siapa punya kerja. Sementara ajal belum sampai (PRU13), biarkan saja mereka terus meroyan.

Selasa, 26 Jun 2012

ISLAM PASTI MENANG DAN UMNO PERLU DITUMBANGKAN

BUKIT MERTAJAM: Khatib yang didakwa mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid (gambar) di sini Jumaat lalu, menegaskan doanya itu ditujukan kepada pemimpin zalim dan rasuah.

Katanya, doa yang beliau baca itu adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kerajaan.

Menurutnya, ia hanya ditujukan kepada pemimpin zalim dan amal rasuah.

“Saya tak sebut pun nak jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) atau PR (Pakatan Rakyat). Kenapa individu berkenaan perlu terasa hati?

“Saya hanya berdoa, tujukan pada pemimpin yang zalim, yang rasuah supaya dikalahkan (dalam pilihan raya).

Sepatutnya tak timbul sebarang isu, sebab saya tak sebut atau tujukan pada kerajaan pun,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian.

Khatib itu menjadi guru sekolah di kawasan utara sebelum bertukar ke negeri lain baru-baru ini, bersetuju bercakap dengan Sinar Harian dengan syarat, namanya tidak disiarkan 'atas faktor tertentu'.

Beliau kesal dengan cerita mengenai perkara itu yang disifatkan sebagai putar belit pihak tidak bertanggungjawab. Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media jika nama dan tempat beliau bertugas disiarkan.

Beliau tampil memberi penjelasan selepas Umno Pulau Pinang kelmarin meminta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat seorang khatib yang dikatakan mendoakan Kerajaan Pusat digulingkan dalam PRU akan datang.

Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dilaporkan Bernama sebagai berkata, tindakan khatib itu boleh disifatkan sebagai menghasut dan memecahbelahkan umat Islam.

Ahad, 24 Jun 2012

UTUSAN, AKHBAR LIDAH RESMI SYAITAN

Laporan akhbar Utusan Meloya 27/08/2011

NIBONG TEBAL: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedia memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong, Visvanathan a/l Muthu, 75, yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu.

Mohamad sebaliknya terus bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat.

Jelasnya, Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan.

Ujar beliau, kemaafan dibuat berdasarkan kepada keinsafan Visva Nathan yang beberapa kali memandangnya dengan tangan dirapatkan seolah-olah sedar bahawa beliau bersalah kerana melemparkan fitnah dengan membuat satu  laporan polis pada 27 Ogos lalu berpandukan laporan Utusan Malaysia. 

"Tak apalah saya maafkan Visva Nathan kerana beliau jadi boneka dan hanya berpandukan kepada Utusan  Malaysia yang melaporkan kononnya saya menghina pasukan polis dan Yang di-Pertuan Agong kerana menyanjung  Mat Indera yang disifatkan oleh penjajah sebagai pengkhianat.  Saya hanya maafkan dia bukan Utusan Malaysia," katanya ketika ditanya sejurus berucap di Perhimpunan Hijau Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai  Acheh, Nibung Tebal petang semalam.

Bukan sahaja Visva Nathan memohon maaf bahkan turut mencadangkan kepada pihak polis  agar tidak mengambil tindakan kepada Mohamad.

Mungkin kata Mohamad, setelah peguam Hanipa Maidin memberikannya keratan akhbar Utusan Malaysia dan teks ucapan  pada majlis di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora yang jelas tidak langsung menyebut perkataan 'komunis'.
"Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan  dengan saya," katanya secara berjenaka.

Turun berucap di majlis bertemakan 'Perhimpunan Hijau Tawan Dun Sungai Acheh' ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Yusuf dan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan.

Sabtu, 23 Jun 2012

BUDAYA FITNAH PALING TERUK DI ERA NAJIB

KETEREH: Biar pun Datuk Seri Najib Razak dianggap pewaris akhir kuasa Umno, namun budaya fitnah yang berlaku di bawah kepemimpinannya paling teruk dalam sejarah kemerdekaan negara.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, berbanding perdana menteri sebelumnya termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad, budaya fitnah di era Najib paling ketara sekali.

“Budaya fitnah paling teruk berlaku sekarang berbanding di era perdana menteri sebelum ini,” katanya pada ceramah isu semasa di Medan Ilmu, Kedai Peringat malam tadi.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa,  Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir,  Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh dan pegawai penerangan PAS Kelantan, Abdul Hamid Derani.

Azmin berkata, beliau dan keluarga diserang dengan dakwaan fitnah selama dua bulan secara berterusan melalui media Umno.

Menurutnya, Utusan Malaysia dan TV3 mencerca isteri dan anaknya dengan begitu mengaibkan sekali apabila mengungkitkan isu lama kira-kira 14 tahun lalu.

“Sedangkan laporan DNA daripada pakar perubatan di Hospital Kuala Lumpur dan Singapura mengesahkan anak saya bersama isteri, Shamsidar.

“Anak saya ketika itu berusia tiga tahun dan sekarang sudah berumur 17 tahun. Tetapi pemimpin Umno tidak mohon maaf kepada saya dan keluarga sehingga sekarang.

“Ini secara jelas menggambarkan Umno tidak reti masalah dosa dan pahala sehingga isu seks serta moral menjadi mainan bagi mereka,” ujarnya.

Beliau yang juga anggota parlimen Gombak berkata, pemimpin Umno boleh melakukan apa sahaja sekarang selagi ada sisa-sisa kuasa, biar pun melemparkan tuduhan yang tidak berasas.

Bagaimanapun dalam masa yang sama kerisauan Umno nampak semakin jelas sekarang apabila Dr Mahathir membuat kenyataan supaya Pakatan Rakyat tidak memfitnahnya sekiranya berlaku perubahan di Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Azmin berkata, beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersilih ganti menjadi mangsa fitnah secara rakus oleh pemimpin Umno  tanpa menghiraukan fakta dan kedudukan sebenar.

Sementara itu Husam mengesa kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan kononnya Anwar menguasai 20 akaun induk berjumlah RM3 bilion.

Katanya, sekiranya Suruhanjaya Diraja itu diwujudkan beliau akan menyerahkan bukti bertulis daripada tulisan tangan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad mengenai salah laku pemimpin Umno.

“Tulisan tangan itu ada dalam simpanan saya dan beberapa hari  lepas saya telah serahkan kepada Anwar. Tulisan itu ada menyebut bekas perdana menteri membawa banyak duit ke luar negara,” ujarnya.

Beliau juga mencadangkan perjumpaan anak-anak perantau dengan pimpinan kerajaan negeri pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini diadakan di tapak pembinaan lebuh raya rakyat bagi membolehkan mereka melihat sendiri projek dilaksanakan. hrk

Jumaat, 22 Jun 2012

SPR AMBILALIH TUGAS RTM, MEMANG LAWAK DER...

KUALA LUMPUR, 22 Jun — Parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.


Sejak bila mangkuk hayun nie jadi menteri penerangan
 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar) berkata ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.

“Kalau buat secara langsung, RTM mungkin tak boleh kawal apa dia nak cakap nanti,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas menjadi tetamu dalam program Terus Terang di stesen radio Nasionalfm di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata penyiaran sesuatu bahan tertakluk kepada penyuntingan dan merupakan peraturan biasa yang bukan sahaja terpakai kepada parti politik tetapi juga orang ramai.

“Saya harap parti politik tidak mempolitikkan syarat ini, sebaliknya gunakan peluang yang diberi untuk menyuarakan manifesto, dasar, perjuangan atau program parti masing-masing,” katanya.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 7 Jun lepas berkata parti politik kini dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.

Akses media yang bebas dan adil adalah antara 22 saranan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang diserahkan kepada SPR selepas mereka meluluskan tanpa bahas di Dewan Rakyat pada 3 April.

Abdul Aziz berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) hanya akan membenarkan parti politik menyiarkan manifesto mereka menerusi RTM jika mendapat kelulusan daripada SPR.

Beliau berkata ini bagi memastikan hanya parti politik yang berdaftar dan bertanding sahaja layak mendapat keistimewaan tersebut.

Mengenai waktu siaran, Abdul Aziz berkata perkara itu akan ditentukan oleh RTM dengan mengambil kira nilai berita selain memberi jaminan semua parti yang bertanding akan mendapat jumlah waktu siaran yang sama.

 “Kalau siar pukul 3 pagi siapa nak tengok? Kalau adapun mungkin tak ramai. Penyiaran pada waktu perdana akan dipertimbangkan dan SPR dengan KPKK akan perkemaskan perkara ini,” jelasnya.
Beliau berkata setiap parti diberi peluang untuk menyiarkan bahan mereka di TV1 dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa wajib, manakala penyiaran dalam bahasa lain boleh dibuat menerusi stesen radio.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata tempoh kempen dalam PRU ke-13 nanti mungkin melebihi 11 hari atas permintaan pelbagai pihak, termasuk parti politik.

Beliau berkata tempoh tersebut dirasakan sesuai walaupun terdapat tuntutan daripada pihak tertentu yang mahu kempen pada PRU-13 dijalankan selama tidak kurang 21 hari.

“Ada juga permintaan supaya tempoh kempen tidak terlalu panjang kerana pada mereka kempen di Malaysia sangat meletihkan bukan sahaja kepada calon tetapi juga kepada petugas media kerana perlu bertugas ‘around the clock’,” katanya.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata SPR akan meneliti perkara itu dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk kos pengendalian yang mungkin tinggi jika kempen dibuat dalam tempoh yang panjang. 

— Bernama

RAFIZI LOMPAT PARTI, UMNO PULA YANG MEROYAN

 Akhbar pencacai UMNO buat propaganda murahan tapi tak menjadi.


 
Tak percaya!... ini bukti Rafizi akan lompat parti. Kah!...3X

Rabu, 20 Jun 2012

UMNO JUARA DEMONSTRASI JALANAN SELEPAS PRU13

Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasioanal (BN) untuk mengadakan demonstrasi, dengan menyediakan garis panduan yang tidak menganiaya peserta demonstrasi, jika diberi peluang mentadbir Kerajaan Pusat.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, demonstrasi yang diadakan PR bukan langkah untuk gulingkan kerajaan tapi untuk memberi ruang kepada rakyat serta pembangkang dalam menuntut hak mereka daripada pemerintah.

"Kami akan bagi ruang pada BN nanti sekiranya kami kuasai Putrajaya.

"BN yang ketika itu sebagai parti pembangkang akan dibenarkan berhimpun atau melakukan demonstrasi secara aman tanpa ada sebarang kekecohan atau provokasi yang terjadi kepada perhimpunan yang disertai PR lalu," katanya dalam Debat Sinar malam tadi.
Beliau juga berkata, PR akan menghapuskan doktrin undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara sepenuhnya jika mereka diberi peluang untuk menerajui negara.
"Kalau PR ambil alaih Putrjaya malam ini, kami akan hapuskan terus doktrin undang-undang dan kebebasan suara dapat diberikan kepada rakyat spenuhnya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, demonstrasi yang diadakan PR telah dicemari provokasi oleh pihak tertentu dengan pelbagai insiden yang berlaku terutamanya Bersih 3.0 April lalu.

"Perhimpunan Bersih 3.0 lalu telah dicemari provokasi pihak tertentu yang nyata pesertanya hanya membawa botol dan garam dalam perhimpunan tersebut.

"Penguat kuasa telah melepaskan gas pemedih dan gunakan cota menyebabkan perhimpunan tersebut bertukar buruk," katanya.
Sementara itu, Salahuddin turut menyatakan PR akan memberi arahan prosedur operasi standard (SOP) yang betul kepada pasukan polis untuk menjaga demonstrasi yang di ketuai BN kelak katanya.

APA HAL DENGAN MAJLIS BETINA NIE!...

Jumaat, 15 Jun 2012

MEMANG BENAR UMNO KATA DAP KOMUNIS



SEPANG, 14 Jun – Anggota jawatankuasa tetap biro politik jawatankuasa pusat Parti Komunis China (CPC), He Guoqiang tiba di sini untuk lawatan kerja empat hari.

Ketibaan He, yang juga setiausaha suruhanjaya pusat bagi pemantauan disiplin CPC bersama anggota delegasinya, disambut Duta Besar China ke Malaysia Chai Xi dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf berkata ketibaan He adalah atas jemputan kerajaan Malaysia dan UMNO untuk memperkukuh hubungan kepimpinan antara kedua-dua parti dan negara.

“Malah peminjaman sepasang beruang panda dari kerajaan China juga adalah simbolik persahabatan antara kedua-dua negara,” katanya sebelum ketibaan He di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini hari ini.

Sepanjang lawatan ke Malaysia, He dijadual membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu beliau juga dijangka menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara China dan Malaysia untuk meminjam sepasang beruang panda yang akan ditempatkan di Taman Wetland di Putrajaya.

RAKYAT JOHOR LEBIH MARAHKAN NIZAR BERBANDING SINGAPURA





KOS SEWAAN PANDA RM3.2 JUTA SETAHUN

PANDA didahulukan... rakyat mampuih pi la... Mana lebih penting, bela Panda dengan kos RM3.2 juta atau beri pendidikan percuma??? Sapa berani kata perbuatan ini membazir... Sapa nak jawab!...

Rabu, 13 Jun 2012

SEKEJAP HARAM SEKEJAP TIDAK - APA PUNYA FATWA

Sinar Harian - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas seperti mana yang didakwa parti pembangkang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim berkata jawatankuasa itu sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan media sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lepas. selanjutnya

Sementara dalam Berita Hairan (akhbar lidah resmi UMNO) melaporkan, Majlis Fatwa Kebangsaan tetap berpendirian haram bagi umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Pendirian itu sekali gus menolak ketetapan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu, tidak bercanggah dengan syariat.


Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata keputusan sebulat suara yang dicapai pada muzakarah ke-99 jawatankuasa majlis itu, awal bulan lalu turut disepakati Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad. 

Agaknya si Mashitah nie tak baca laporan majlis fatwa kot atau majlis fatwa gagal lapor keputusan mereka kepada Mashitah berkenaan hukum berdemo BERSIH 3.0 tempohari.

Memang lawak betul cara UMNO nak berhujah.  








Isnin, 11 Jun 2012

PESARA POLIS LUPA NAK 'GOOGLE' KAT MANA LETAKNYA BUKIT KEPONG

PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.

Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.

Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.

Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.

Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.

Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.

S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.

S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.

S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.

S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
J : Ya, setuju.

S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.

S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.

Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.

Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu).

Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan  beliau dan meminta maaf sekali lagi.

Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.

Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.

Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis.

MPS TOLONG BAIKI SEGERA JALAN SUNGAI TUA B.CAVES

 Jalan berlubang yang tidak ditampal dengan sempurna di Jalan Sungai Tua berhadapan simpang ke Kg Laksamana B.Caves.

 Pelajar sekolah terjatuh dari motosikal serta mengalami luka di kaki dan mulut gara-gara mengelak lubang tersebut.
 
Bermacam-macam kerosakan jalan yang telah saya alami. Dari tayar pecah ke rim bengkok sehingga lah pernah tergolek dog kerana mengelak lubang yang berada di tengah-tengah jalan. Keadaan sebegini biasa saya lihat terjadi kepada para pengguna jalan raya sekitar Batu Caves/Selayang.


Kejadian seperti motosikal terbabas (gara-gara elak lubang), kereta tersadai di tepi jalan ( tayar pecah ) adalah lumrah bagi saya,sebagai pengguna tegar jalan tersebut (nak naik kapal,tak mampu).



Terbaru, pada petang tadi ketika saya pulang dari kerja dua orang pelajar sekolah menengah terjatuh dari motosikal gara-gara mengelak jalan berlubang di Jalan Sungai Tua, Batu Caves. Saya sekadar membantu mengangkat pelajar tersebut untuk dibawa ketepi jalan berhampiran kedai di Kg Laksamana.

Kawasan ini di bawah seliaan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Sepatutnya MPS harus memantau kerja-kerja penampalan semula lubang-lubang yang telah digali oleh pihak kontraktor setelah kerja-kerja penyelanggaraan seperti memasang paip dan kabel tamat. 


Persoalannya sampai bila keadaan ini berlanjutan? Siapakah yang akan bertanggungjawab terhadap segala kerugian yang melibat kerosakan kenderaan dan kecederaan terhadap pengguna terbabit? Ini belum mengambil kira kerugian dari segi kehilangan nyawa orang-orang yang tidak bersalah.

Oleh itu saya bagi pihak pengguna jalan yang lain berharap agar ada pihak-pihak berwajib menyelesaikan masalah ini. Sesungguhnya, keadaan jalan yang selamat adalah harapan kita semua.

Jumaat, 8 Jun 2012

TINDAKKAN BODOH MELANTUN-LANTUN PTPTN AKHIRNYA MEMAKAN DIRI

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.

Tindakan itu juga diambil ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pelajar supaya jangan membayar balik pinjaman PTPTN dan berjanji ianya akan dimansukan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS.

"Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya) pinjaman PTPTN diteruskan kepada Unisel dan KUIS," katanya yang tidak mahu namanya disebut.

"Eloknya hubungi pejabat YB menteri," katanya dalam SMS tersebut. 

Khaled seterusnya mengesahkan tindakan menarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel.
Beliau dilaporkan Utusan Online sebagai berkata, tindakan terbaru itu diambil ekoran "rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar."

"Unisel juga mengakui bahawa PTPTN penting untuk pelajar justeru mengambil kira penjelasan dan keseriusan Unisel mengenai perkara ini saya telah meminta PTPTN menarik balik pembekuan itu pagi ini,’’ katanya seperti dipetik laman itu.

Perkara itu turut disahkan seorang pegawai kanan kerajaan Selangor yang dihubungi Malaysiakini hari ini.

Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata siswa berkenaan boleh membuat permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini.

SEKAT PTPTN, POLITIK BALAS DENDAM UMNO SEMAKIN MENYERLAH


SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar menyekat penuntut Universiti Selangor (Unisel) daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan, kata Khairy Jamaluddin hari ini.

Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor.

 
"Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar.

"Mereka ini datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian.


"Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu," kata beliau dalam satu kenyataan SMS hari ini.
 
Semalam, pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar Unisel. Unisel terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled.


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel.
 
"Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?

"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau.

Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel.

Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik.

Khamis, 7 Jun 2012

JPJ TAK PERLU BUAT TENDER BIDAAN NOMBOR PENDAFTARAN, CUKUP SEKADAR BUAT CABUTAN BERTUAH

Pemberian nombor pendafaran percuma WWW15 yang menjadi rebutan pembida kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai boleh merosakkan sistem bidaan 'tender terbuka' Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata PKR.

"Perkembangan terbaru ini akan menyebabkan masyarakat awam hilang kepercayaan kepada sistem tender terbuka JPJ," dakwa pengerusi biro perdagangan dan pelaburan PKR Wong Chen.


Beliau juga mempersoalkan kenapa JPJ melepaskan hasil sebanyak RM24, 200 dengan memberikan nombor itu percuma sedangkan Sultan Johor sendiri perlu membayar harga penuh.

"Bagaimanakah JPJ akan terangkan kepada pemohon lain yang telah melalui sistem tender terbuka yang berjaya, termasuk Sultan Johor, kenapa mereka perlu membayar harga sepenuhnya?

"Macam mana rakyat boleh percaya lagi kepada sistem tender terbuka JPJ," soalnya Wong Chen lagi.

Sehari selepas menjadi sasaran soalan pemberita, Liow semalam berkata tidak membayar satu sen pun untuk mendapatkan nombor tersebut.

Dalam tweetnya, Liow berkata telah dimaklumkan oleh JPJ bahawa beliau tidak perlu membayar harga bidaannya kerana nombor itu "percuma".

Bagaimanapun, ini bercanggah dengan laporan akhbar
China Press pada hari sama, yang memetik jurucakap JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata setiap orang yang membida nombor plat, perlu membayar untuk mendapatkannya.

SIRI FITNAH NIK AZIZ - BLOGGER UMNO KANTOI!...

Gambar sebenar disini


Gambar sebenar disini

Rabu, 6 Jun 2012

CERAMAH HASAN ALI GAGAL MENYAINGI K-POP

 
Semasa ceramah di Batu Caves suasana yang sana disini

Isnin, 4 Jun 2012

TENGOK MUKA PUN DAH TAHU UMNO


LARUT: PAS Kawasan Larut menafikan laporan yang disiarkan dalam Akhbar Sinar Harian dan Mingguan Malaysia bertarikh 3 Jun 2012 yang melaporkan 688 ahli PAS di kawasan tersebut mengisyhtiharkan diri keluar parti dan menyertai Umno.

Ketua Penerangannya,Mohd Akmal Kamaruddin berkata laporan tersebut adalah pembohongan terancang dan pengulangan skrip lama yang dilakukan Umno bertujuan meraih sokongan masyarakat di sini terhadap parti itu.

Jelasnya“Ini adalah kali ketiga mereka membuat pembohongan serupa,mungkin disebabkan mereka berasa cemas dan tergugat setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat”

Menurut Akmal lagi,pihaknya telah membuat semakan di setiap cawangan dan mendapati tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar parti.

Beliau turut membuat cabaran kepada Umno bahagian Larut agar mengemukakan bukti kukuh seperti sijil atau nombor keahlian kesemua 688 ahli PAS seperti yang dinyatakan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.

Ia bagi memudahkan kerja kita untuk megeluarkan nama-nama mereka daripada senarai ahli berdaftar sekiranya mereka adalah ahli PAS.Katanya lagi

Sebelum ini cabaran yang sama pernah dibuat beliau kepada Umno bahagian Larut apabila laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012 melaporkan 360 ahli PAS di kawasan ini bertindak keluar parti,namun sehingga ke hari ini cabaran tersebut tidak diendahkan mereka.

“Yang sebetulnya bukan ahli PAS menyertai Umno,tetapi ahli Umno yang menyertai Umno.Semuanya hanyalah lakonan semata-mata.Ujar Akmal lagi.

Laporan akhbar Sinar Harian dan Mingguan Malaysia hari ini melaporkan beberapa orang ahli PAS telah membuat penyerahan borang menyertai Umno mewakili 688 ahli PAS kawasan ini kepada Ahli Parlimen Larut,Datuk Hamzah Zainuddin.

Majlis penyerahan borang berlangsung di kediaman salah seorang bekas ahli PAS,Abdul Wahab Mahmud yang telahpun meisyhtiharkan diri keluar parti dan menyertai Umno beberapa minggu yang lalu.Abdul Wahab sebelum ini adalah ahli PAS cawangan Titi Kasai,Batu Kurau.

Bagi merungkaikan segala pembohongan ini,Akmal berkata,pihaknya telahpun menziarahi seorang warga emas yang turut serta dalam majlis penyerahan borang tersebut bagi mendapatkan gambaran cerita sebenar.

Beliau adalah Mohd Sulaiman Abd Wahab atau dikenali sebagai “Pak Su Mat” oleh masyarakat setempat.Apa yang menarik perhatian kami,beliau sendiri mengakui telah “dipergunakan” bagi tujuan menjayakan skrip yang dirancang Umno.

“Saya hanya dipergunakan untuk kepentingan nafsu serakah Umno.”Katanya sewaktu menerima kunjungan PAS Kawasan Larut.

Ujarnya lagi,memang wujud ahli PAS di sini menyertai Umno,tetapi hanya 2 orang,bukannya 688 seperti yang dilaporkan.

Pak Su Mat turut mempelawa PAS kawasan Larut agar menganjurkan satu program ceramah bagi menafikan dakwaan tersebut di kediamannya yang hanya bersebelahan dengan kediaman Abdul Wahab Mahmud,tempat berlangsungnya majlis penyerahan borang 688 ahli PAS yang kononnya menyertai Umno..

Pak Su Mat(dalam bulatan) sewaktu majlis penyerahan borang Umno

"Saya hanya dipergunakan Umno",katanya sewaktu menerima kunjungan Akmal Kamaruddin

Ahad, 3 Jun 2012

BODO!... BODO!... BODO!... NATANG SUNGGUH!...

KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.

“Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat.

“Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah,” katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.

Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan.

Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan.

Sabtu, 2 Jun 2012

BEZA HIMPUNAN ORANG HIJAU DENGAN ORANG BIRU BERKALER MERAH

Peserta 'Himpunan HIJAU' yang diadakan di Stadium Darul Aman. Datang secara sukarela, sebab tu tak ramai yang datang.


 
Himpunan Ulangtahun UMNO Ke-66 di Stadium Bukit Jalil. Datang dengan beimbuhan sebab tu ramai peserta.

Jumaat, 1 Jun 2012

K-POP, PENERAPAN NILAI MURNI BERMUTU TINGGI

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf sekiranya persembahan artis dikenali sebagai KPop dari Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis dari luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.


Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu.


Menurutnya, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara diadakan. “Mungkin ada beberapa acara perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat.


Malah banyak program keagamaan dan modal insan turut diadakan," katanya.


Sebelum itu, Ahmad Shabery ke Hospital Putrajaya, melawat ketiga-tiga mangsa yang cedera ketika menyaksikan aksi drag, apabila sebuah kereta yang terbabit dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton.


Ahmad Shabery berkata, kesemua mangsa kini berunsur baik dan kementeriannya bersama penganjur sukan itu akan menanggung segala kos perubatan mangsa.


“Perkara ini tidak akan dipanjangkan oleh pihak keluarga dan saya juga meminta agar ia tidak dipolitikkan.


“Kita tidak mahu menuding jari. Perkara sudah berlaku, dan kita akan pastikan ia tidak akan berulang lagi,” katanya.


Sementara itu, salah penonton yang menyaksikan kejadian dan mengalami cedera ringan, Mohd Norizam Mohd Rihani menyatakan, kemalangan itu turut berpunca daripada kecuaian mereka sendiri.


Menurutnya, sebelum perlumbaan itu berlangsung pihak penganjur memberikan amaran, tetapi ia tidak dianggap penting dan dipandang ringan oleh setengah penonton. sinar