Khamis, 31 Mac 2011

SAYANG SARAWAK HUTANNYA GONDOL

Sebuah laman sesawang alam sekitar mendakwa imej satelit yang dirakamkan tidak selari dengan dakwaan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa 70 peratus daripada hutan di negeri itu masih tidak terusik.

Imej satelit Gogle Earth yang dikumpul dan diterbitkan di portal Mongabay.com menunjukkan hutan-hutan di Sarawak semakin jarang jika dibandingkan dengan jirannya di Kalimantan, Indonesia dan Brunei.

Menurut laman sesawang itu yang dipetik oleh penerbitan Universiti Yale environment360 berhubung topik yang sama, imej-imej itu diperolehi daripada GeoEye, TerraMetrics, Tele Atlas, Europa Technologies dan program satelit yang lain. “(Imej itu) menunjukkan jalan balak ke kawasan hutan Sarawak. Hutan sekitar sempadan antarabangsa pula kurang impak,” lapornya.

Ketika diakses oleh Malaysiakini, aplikasi Google Earth yang boleh juga dilihat oleh semua didapati selaras dengan penemuan di Mongabay.

Kerajaan Taib sejak kebelakangan ini dibidas oleh pelbagai pihak yang mendakwa imej satelit hanya menunjukkan kira-kira 10 peratus hutan di negeri itu masih tidak diusik. Ini termasuk kumpulan Bruno Manser Fund (BMF), yang berpangkalan di Switzerland.

Selasa, 29 Mac 2011

PATUTLAH PARPUKARI BOROI!... RAHSIA SUDAH TERDEDAH

Kali ini kita biarkan gambar bercerita dan luaskan imaginasi anda bagi menceritakan semula.


Ahad, 27 Mac 2011

PERGOLAKAN DALAMAN KOMPONEN BN SEMAKIN RUNCING

Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mengulangi bahawa parti itu tidak meminta Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meletak jawatan atau memohon maaf di atas kenyataan kontroversinya mengenai MCA, MIC dan Gerakan.

Ng yang juga Menteri Pelancongan berkata setiap orang berhak menyuarakan padangan mereka dan pada masa yang sama harus mematuhi etika BN.

"Bagi MCA, orang yang pandangannya paling penting bagi kami ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Jadi kami tak ambil peduli kenyataan Nazri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana Yayasan Perubatan 1MCA, di Georgetown malam semalam.

Beliau mengulas laporan Nanyang Siang Pau pada Rabu yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membandingkan kedudukan MCA sekarang sebagai "isteri yang dizalimi tetapi enggan meminta cerai".

Buat masa ini, Ng berkata parti itu memberi sepenuh tumpuan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Ng yang juga Pengerusi MCA negeri mengumumkan MCA Pulau Pinang berjaya mengumpulkan RM1 juta untuk yayasan tersebut.

"Kami jangka akan membelanjakan RM5 juta untuk membantu golongan yang memerlukan wang bagi tujuan perubatan kerana kami telah mengumpulkan RM10 juta di seluruh negara," katanya.

Mereka yang memerlukan bantuan itu boleh memohon menerusi MCA bahagian di kawasan masing-masing, katanya.

Sabtu, 26 Mac 2011

DUA EKOR 'DATUK T' DITAHAN

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, masing-masing menafikan mereka ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal dengan seorang wanita.

Laporan the Star Online hari ini berkata kedua-dua mereka dipercayai ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.

"Apa? Saya tak tahu yang saya ditangkap. Sekarang ini saya di rumah. Saya hanya ke (ibu pejabat) polis malam tadi bagi membantu siasatan mereka dan setelah beri keterangan, saya pulang ke rumah.

"Tiada disebut mereka mengenai tangkapan. Mungkin mereka (the Star) anggap beri keterangan malam tadi sebagai tangkapan. Saya tidak tahu. Saya di rumah,” kata Rahim.

Eskay pula yang sedang tidur, ketika dihubungi melalui telefon juga terkejut apabila diberitahu mengenai laporan portal berita itu.

"Malam tadi, saya hari beri kenyataan mengikut Seksyen 112 (Kanun Prosedur Jenayah). Saya serahkan rakaman video dan itu sahaja. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pulang lebih awal selepas kenyataannya dirakamkan. Saya pulang kemudian selepas menyerahkan barangan berkenaan untuk siasatan polis.

"Saya tidak tahu banyak mengenai prosedur polis kerana jarang berurusan dengan mereka (polis). Namun, saya tidak fikir yang sama ditahan. Saya tidak menandatangani apa-apa dokumen.

Jumaat, 25 Mac 2011

MENTERI NIE PANDAI TAPI PENGUNDI UMNO YANG BODO

Kenyataan Menteri bodo UMNO (1)

Seorang Menteri Dalam Negeri berkata, adalah menjadi satu kesalahan mengeluarkan kenyataan awal kerana menidakkan kesahihan video tersebut (dikaitkan pemimpin pembangkang) kerana ketulenannya hanya dapat ditentukan selepas pihak polis selesai melakukan siasatan.

“Mengapa hendak menghakimi kes ini, sedangkan orang yang mengeluarkan kenyataan itu sendiri berkemungkinan besar belum tengok lagi rakaman itu,” jelasnya.

Catatan: Tuduh Anwar dalam kes Liwat 2 tu belum lagi dibuktikan oleh mahkamah salah atau tidak, tak jadi kesalahan ker menteri bodo UMNO (1) woi!... Dah kantoi...


Kenyataan Menteri bodo UMNO (2)

Seekor lagi menteri bodo UMNO mengulas berhubung 'tayangan video aksi seks' di hotel Carcosa Seri Negara, bertegas tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian.

“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumkan kepada kami,” katanya.

Menurutnya, jika tayangan yang diaturkan oleh seseorang individu yang hanya dikenali sebagai Datuk T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satu kesalahan.

Catatan: Lepas nie tentu ramai budak-budak sekolah akan upload video prono dalam handset kemudian share dengan kawan-kawan. Bukannya salah pun tonton, sebab menteri bodo tu kata bukan untuk cari keuntungan. Budah-budak tu cuma tonton bila nak dapat idea macamana nak jawap kertas periksa bulanan.

Siapa kedua-dua Menteri bodo UMNO tersebut, cari sendiri...

Khamis, 24 Mac 2011

MIC!..., PI MAIN JAUH-JAUH!...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mahu MIC menyerahkan kesemua enam kerusi di Perak yang gagal dimenangi parti itu dalam pilihan raya umum lalu, kerana BN boleh kalah jika MIC terus bertanding di situ.

Dalam bahagian kedua temubualnya dengan akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau yang disiarkan hari ini, Nazri berpandangan jika calon untuk pilihan raya umum akan datang dipilih berdasarkan 'peluang menang' seperti dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, maka MIC tidak harus bertanding di semua kerusi berkenaan.

Ahli perlimen Padang Rengas, Perak itu berkata, parti kaum India itu tewas di kesemua enam kerusi yang ditandinginya di Perak dalam pilihan raya umum lalu, dan kerusi-kerusi tersebut boleh menyebabkan Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Nazri berkata, kekalahan BN di Perak adalah disebabkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meletak terlalu ramai orang luar bertanding di Perak.

Sambil menegaskan langkah meletakkan calon 'payung terjun' yang tidak pernah berkhidmatan di kawasan berkenaan sebagai satu kesilapan, Nazri menegaskan bahawa ia merupakan alasan yang sama yang ditegaskan oleh Najib dalam memilih calon yang berpeluang untuk menang.

Sementara itu, Nazri yang lantang bersuara itu menegaskan bahawa pemimpin yang memegang jawatan dalam parti tidak dijamin menjadi calon dalam pilihan raya umum.

Mengambil presiden MCA, Datuk Seri, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai contoh, Nazri berkata, walaupun mendapat sokongan ahli untuk menang jawatan presiden parti, tetapi tidak semestinya Chua akan disokong oleh pengundi wanita disebabkan skandal DVD seksnya.

“Jangan ingat, menang pemilihan parti akan menjamin kemenangan anda dalam pilihan raya umum." mkini

Selasa, 22 Mac 2011

TANGKAP 'DATUK T' KERANA MENYIMPAN BAHAN LUCAH

Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002


Tiada seorang pun boleh:

1. Ada atau menyebabkan dirinya ada dalam milikan, jagaan, kawalan atau pemunyaannya; atau

2. Menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluar, menjual atau menyewakan apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam

Hukuman

Seksyen 5(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya

Seksyen 6

Tiada seorang pun boleh:

1. ada dalam milikannya atau jagaannya atau dibawah kawalannya ; atau

2. Menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluar, menjual atau menyewakan, apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang belum diluluskan oleh Lembaga

Seksyen 6(2)

Mana-mana orang yang melanggar sub seksyen (1) melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh:-

1. Berkenaan dengan apa-apa filem, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempuh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau

2. Berkenaan dengan apa-apa bahan publisiti filem, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripda sepuluh ribu ringgit

Seksyen 7(3)

Mana-mana orang yang tanpa suatu permit atau suatu perakuan pengecualian yang dikeluarkan dibawah seksyen 8, mengalih atau menyebabkan dialihkan daripada kawalan mana-mana pegawai kastam hak apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang telah diimport ke dalam Malaysia melakukan suatu kesalahan

Apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga pluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya

Seksyen 9

Pemunya sesuatu filem hendaklah mengemukakan filem itu kepada Lembaga untuk penapisan filem mengikut cara yang ditetapkan tanpa apa-apa pengubahan atau pemotongan dan atas risiko dan perbelanjaan sendiri

1. Dalam hal sesuatu filem yang diimport yang tidak dikecualikan dibawah sub seksyen 8(3) yang dilepaskan dibawah seksyen 7, dalam masa dan ditempat yang dinyatakan dalam permit yang dikeluarkan berkenaan dengan filem itu dibawah sub seksyen 8(1) atau

2. Dalam hak sesuatu filem yang dinuat atau dikeluarkan di Malaysia dan dicadangkan untuk ditayangkan di Malaysia, dalam masa empat belas hari dari tarikh pembuatannya atau pengeluaran itu selesai

Seksyen 9(2)

Pemunya filem yang melanggar sub seksyen:

1. Melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 11(1)

Bahan yang dikehendaki oleh Lembaga dibawah perenggan 10(1) boleh dibuat:-

Oleh Lembaga; atau Dengan keizinan bertulis dan tertakluk kepada apa-apa syarat Lembaga, oleh pemunyanya

Seksyen 11(2)

Jika apa-apa filem di hantar serahkan kepada pemunya filem itu bagi maksud membolehkan pemunya itu membuat pengubahan kepada filem itu dibawah perenggan 10(1)(b); pemunya itu hendaklah memulangkan filem itu kepada Lembaga:-

1. Dalam masa yang ditentukan oleh Lembaga; dan

2. Dengan mana-mana bahagian yang dipotong, jika pengubahan secara pengeluaran dibuat.

Seksyen 11(3)

Pemunya filem yang melanggar sub seksyen (2) melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan secara tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya

Seksyen 16

Pembuatan pendua filem

1. Jika sesorang bercadang untuk membuat pendua keseluruhan atau mana-mana bahagian sesuatu filem yang telah diperakui dibawah seksyen 14, dia hendaklah mengemukakan suatu akuan berkanun kepada Lembaga dengan menyatakan:-

a. Cadangannya untuk membuat salinan pendua

b. Bilangan sebenar salinan pendua yang dia bercadang untuk membuatnya dan

c. Bahawa salinan pendua itu dibuat daripada filem asal yang diluluskan dan diperakui oleh Lembaga masing-masing dibawah seksyen 10 dan 14

2. Tiada seorang pun boleh membuat salinan pendua keseluruhan atau mana-mana bahagian dan diperakui oleh Lembaga masing-masing di bawah seksyen 10 dan 14

Seksyen 16(3)

Mana-mana orang yang melanggar sub seksyen (2) melakukan sesuatu kesalahan dan apabila di sabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak boleh lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duannya

Seksyen 18

1. Pemunya sesuatu filem yang diluluskan oleh Lembaga untuk tayangan hendaklah mengecapkan pada filem itu tanda kelulusan Lembaga

2. Maka hendaklah dipamerkan mengikut cara yang ditetapkan berkenaan dengan tiap-tiap filem yang diluluskan oleh Lembaga untuk tayangan

a. perakuan berkenaan dengan filem itu

b. pengelasan filem itu; dan

c. nama dan alamat orang yang menayangkan, mengedarkan, mempamerkan atau menjual, mengikut mana-mana yang berkenaan, filem itu.

d. Pemunya filem yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan

e. Mana-mana orang yang menayangkan, mengedarkan atau menjual sesuatu filem dengan melanggar subseksyen (2); atau

f. mempamerkan berkenaan dengan sesuatu filem pengelasan yang berbeza daripada pengelasan yang telah diberikan oleh Lembaga kepada filem itu

Seksyen 18(5)

Sesorang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh didenda tidak kurang lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya

Seksyen 19

1. Tiap-tiap bahan publisisti filem hendaklah dikemukakan kepada Lembaga mengikut cara yang ditetapkan bagi kelulusannya

2. Seksyen 10 dan 11 hendaklah terpakai bagi mana-mana bahan publisiti filem yang dikemukakan kepada Lembaga bagi .kelulusannya seolah-olah perkataan ”filem” dalam seksyen itu telah digantikan dengan perkataan :bahan publisiti filem”

3. Mana-mana orang yang melanggar subseksyen 11(2) yang dibaca bersama dengan subseksyen (2) seksyen ini melakukan suatu kesalahan

4. Seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit.

Seksyen 20

1. Lembaga hendaklah mengecapkan tanda kelulusannya pada mana-mana bahan publisiti flem yang telah diluluskan oleh Lembaga atau yang talah diubah sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga

2. Jika berbilang salinan apa-apa bahan publisiti filem dikemukakan bagi kelulusan Lembaga, maka Lembaga hendaklah mengecapkan tanda kelulusannya pada salinan pertama sahaja dan salinan pendua boleh di buat daripada salinan pertama

3. Mana-mana orang yang menayangkan apa-apa bahan publisiti filem atau mana-mana salinan pendua bahan itu tanpa mempamerkan tanda kelulusan Lembaga berkenaan dengan bahan itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit.

Yang menghairankan, kenapa si barua yang mengaku sebagai 'Datuk T' dengan jelas mengaku memiliki video tersebut tidak ditangkap seperti yang terkandung dalam akta yang dicipta oleh KERAjaan ditunjangi UMNO.

Jangan jadikan akta sebagai bahan hiasan. Cakap tak serupa bikinnnn.....

Anwar telah membuat laporan polis menafikan beliau terlibat berhubung pita video sex tersebut.

Sabtu, 19 Mac 2011

KALAU LU BLOGGER UMNO, BARU KEBAL BEB!...


Penulis blog Mohd Nur Hanief Abdul Jalil mendakwa beliau disiasat tiga jam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ada yang "sakit hati" tentang kandungan blognya.

"Mereka (SKMM) kata ada orang yang laporkan saya sebab 'sakit hati'.

"Kalau orang ada sakit hati tentang gambar atau kandungan blog mereka kata boleh laporkan pada SKMM untuk disiasat," kata Hanief.

Dalam soal-siasat pagi jam 10 pagi tadi di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, Hanief hadir berseorangan kerana peguamnya N Surendran tidak dapat hadir.

Rabu, 16 Mac 2011

LOJI NUKLEAR DI MALAYSIA: ANTARA RUNTUH ATAU BOCOR

Bina stadium pun runtuh, apatah lagi loji nuklear. Boleh beri jaminan ker loji tu tak bocor atau runtuh! Hahaha!.... Ambillah iktibar dari pengalaman yang lalu. Jangan jadikan rakyat menderita kemudian hari.

Malaysia, yang merancang membina dua loji tenaga nuklear akan mengambil iktibar dari Jepun yang dilanda kebocoran radiokatif setelah negara itu dilanda gempa bumi dan dibadai tsunami, minggu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya sama ada Malaysia akan mengkaji program nuklearnya berikutan apa yang dialami Jepun jelas tidak memberikan jawapan yang terus terang.

"Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun. Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya. Muhyiddin bercakap kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga 1Malaysia, anjuran Kementerian Pelajaran, di Putrajaya hari ini berkata agensi tempatan akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan di dua loji tenaga yang dijadual dibina di negara ini.

Kebocoran radiokatif di Fukushima, Jepun.

Ahad, 13 Mac 2011

BILA ULTRAMAN TAKUT TSUNAMI

Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.

Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi
hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.

Berikutan itu, ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan rasa kesal dan kemarahan mereka - melalui lamanweb sosial dan Twitter - terhadap Berita Minggu, malah ada yang menggesa supaya memboikot akhbar tersebut.

Satu laman petisyen online turut diwujudkan untuk membantah kartun tersebut, dan dalam beberapa jam sahaja, telah mengumpul 571 tandatangan.

Beberapa ahli politik dari kedua belah pihak turut mengecam kartun
yang menurut mereka sebagai tidak sensitif.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam Twitter, menulis bahawa BH perlu memohon maaf kerana menyiarkan kartun tersebut yang menurutnya tidak sensitif langsung terhadap apa yang menimpa rakyat Jepun.

Jumaat, 11 Mac 2011

UMNO BARU SEDAR, SYARIKAT INSURANS TIPU RAKYAT

KUALA LUMPUR 10 Mac - Penyokong kerajaan dan pembangkang hari ini 'bersatu' menyelar syarikat-syarikat insurans kerana mengenakan premium yang tidak masuk akal terhadap kenderaan lama berusia lebih 10 tahun dan insurans pihak ketiga sejak dua tahun lalu.

Sambil menyifatkan dua langkah itu sebagai tidak munasabah, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, peraturan baru tersebut telah menyusahkan rakyat terutama penduduk di luar bandar.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengkaji semula kadar dikenakan itu sejak dua tahun lalu kerana jelas membebankan rakyat ekoran harga premium insurans yang terlalu tinggi.

''Ini isu serius. Oleh itu Kementerian Kewangan dan BNM perlu melihat masalah ini kerana ia tidak memberi keadilan kepada rakyat di kampung-kampung. Kebanyakan kenderaan mereka adalah kenderaan lama. Peraturan ini langsung tidak munasabah.

''Munasabah ke premium insurans kereta lama lebih tinggi daripada kereta baru. Begitu juga dengan pembelian insurans pihak ketiga, mengapa kadarnya terlalu tinggi?'' katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Isu mengenakan premium insurans pihak ketiga yang terlalu tinggi pernah dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat sebelum ini.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika mencelah berkata, kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula operasi syarikat-syarikat insurans kerana perjalanan perniagaan mereka adalah secara menipu.

''Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah perniagaan insurans. Berlaku sahaja kes kemalangan berpuluh tahun baru selesai. Saya minta satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memantau operasi mereka kerana mereka ini adalah penipu paling besar di negara ini," katanya.

Mohamed dalam pada itu turut mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu syarikat insurans yang baru sebagai alternatif bagi syarikat insurans sedia ada.

''Kalau masalah ini tidak selesai, apa kata Kementerian Kewangan mewujudkan syarikat insurans baru yang boleh menjual insurans dengan harga berpatutan. Namakan sahaja insurans ini, insurans 1Malaysia. Jangan terima lagi syarikat-syarikat insurans yang sedia ada sekarang," ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee ketika mencelah telah meminta isu yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading itu meliputi pembelian insurans hayat.

Chong Chieng Jen (DAP-Kuching) di dalam perbahasannya juga bersetuju supaya kadar premium insurans pihak ketiga diturunkan bagi meringankan beban rakyat.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bagaimana syarikat-syarikat insurans ketika ini memaksa pelanggan membeli polisi insurans kemalangan peribadi sebelum dikeluarkan polisi insurans pihak ketiga walaupun kerajaan tidak membenarkan ia berlaku.

''Itu belum dikira caj tambahan (loading) yang turut dikenakan kepada pelanggan. Apabila dicampur kedua-duanya dan ditambahkan dengan bayaran premium insurans pihak ketiga sudah tentu harganya tinggi dan membebankan.

''Walaupun Kementerian Kewangan sudah kata tidak ada syarikat yang boleh paksa pemilik kenderaan untuk membeli insurans tambahan ini, tetapi ini masih diamalkan oleh semua syarikat insurans di negara ini," katanya.

Akibatnya beliau berkata, harga premium insurans pihak ketiga yang dahulu dibayar sekitar RM70 sehingga RM80 tetapi sekarang harganya antara RM100 hingga RM200.

''Bank Negara ini butakah, takkan tidak tahu langsung, ini hakikat yang memang berleluasa? Mengapa kerajaan tidak ada penyelesaian sebaliknya terus membenarkan syarikat insurans mengeksploitasi pelanggan mereka," katanya.

Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) pula berpendapat operasi syarikat trak penunda juga harus dipantau kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar premium insurans yang dijual kepada pemilik kenderaan, termasuk caj tambahan.

Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pula mempersoalkan kuasa Bank Negara dalam mengawal syarikat-syarikat berkenaan.

Meskipun katanya, telah ada arahan supaya syarikat-syarikat insurans tidak boleh memaksa pemilik kenderaan membeli pelindungan insurans tambahan namun perkara itu masih berleluasa.

Rabu, 9 Mac 2011

'FLOM' TU MENATANG GAPO?...


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menafikan kewujudan unit Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Justeru katanya, persoalan mengenai kewujudan pegawai-pegawai khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewajarnya tidak timbul.

“Saya ingin menjelaskan soalan ini telah dijawab saya pada 25 Disember 2010 "Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau.”

Beliau mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.

Loke ingin tahu fungsi unit FLOM, jumlah kakitangan dan peruntukan kos operasi unit itu bagi tahun 2011.

Menjawab soalan Loke yang ingin tahu bahawa sebelum ini tertera nama serta jawatan enam pegawai yang ditugaskan membantu Rosmah dalam laman web JPM, Nazri berkata pegawai itu merupakan kakitangan JPM yang ditugaskan membantu Rosmah dalam menjalankan tugas-tugas beliau selaku isteri Perdana Menteri.

"Direktori dan laman web Jabatan PM sedang dalam proses kemas-kini, untuk elakkan kekeliruan,” katanya di bangunan parlimen hari ini.

Katanya, antara tugasan pegawai yang dipinjamkan itu termasuk menguruskan surat menyurat dan dan mengendalikan jemputan rasmi dari dalam dan luar negara.

Tambahnya, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang telah diambil bertugas di pejabat perdana menteri.

"Tidak timbul elemen elemen kos tambahan kerana mereka yang ditugaskan itu adalah kakitangan pejabat PM,” katanya lagi.

Dalam jawapan bertulisnya, Nazri juga berkata kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai menteri wanita, isteri-isteri menteri-menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.

Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan jemaah menteri.

Laman web flom yang asal sebelum didelete disini

Ahad, 6 Mac 2011

BN BERJAYA KEKALKAN KEMENANGAN DI KERDAU DAN MERLIMAU

Berikut adalah keputusan PRK DUN Merlimau (N27).

Roslan Ahmad (BN) - 5962

Yuhaizad Abdullah (PAS) - 2319

Majoriti - 3643

Peratus Mengundi - 79%

Manakala keputusan PRK DUN Kerdau (N28).

Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN) - 5060

Hasanuddin Salim (PAS) - 2336

Majoriti - 2724

Peratus Mengundi - 83%

BN berjaya mengekalkan kemenangan. Tahniah.

UTUSAN DAN TV3, MEDIA FITNAH NO.1 DI MALAYSIA

TEMERLOH, 6 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan TV3 kerana didakwa memfitnah beliau membeli tanah peneroka Felda yang sebenarnya dibeli oleh pihak lain.

Berdasarkan laporan blog-blog Umno, semalam Utusan menyiarkan tiga artikel berturut-turut yang menuduh Tuan Ibrahim mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka.

Malah Utusan turut menuduh disebabkan pembelian tersebut, tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.

Pertuduhan terhadap Tuan Ibrahim turut dilaporkan Buletin Utama di TV3 pada sebelah malamnya walaupun selepas pembeli sebenar tanah tersebut, Ibrahim Osman membuat pendedahan sebenar dalam satu sidang akhbar di markas induk PAS Kerdau dengan menafikan perkara tersebut.

"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.

"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang semalam.

(Gambar: Ibrahim Osman menunjukkan bukti bahawa tanah itu adalah milik beliau melalui syarikatnya)

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya
menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak Mara atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd,” katanya sambil menambah bahawa soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.

"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," katanya.

Harakahdaily difahamkan Tuan Ibrahim akan berbincang dengan peguamnya untuk memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 serta beberapa pihak lain dalam masa terdekat.

KERDAU DAN MERLIMAU MILIK SIAPA?

SEBANYAK 10,679 pengundi dan 8,999 lagi pemilih berdaftar akan keluar menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi memilih wakil rakyat baru, masing-masing di dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau hari ini.

Pilihan raya kecil kali ke-15 dan 16 sejak pilihan raya umum Mac 2008 itu menyaksikan pertembungan tradisi Barisan Nasional (BN) dan Pas.

BN memenangi kedua-dua kerusi itu tiga tahun lalu.

BN dalam tempoh setahun ini telah memenangi empat daripada lima pilihan raya kecil iaitu di Hulu Selangor, Batu Sapi, Galas dan Tenang.

Kemenangan di Merlimau dan Kerdau jika berpihak kepada BN disifatkan penganalisis politik sebagai peningkatan momentum sokongan rakyat kepada parti itu sejak kebelakangan ini.

Di Merlimau, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin yang juga anak bekas Ahli Parlimen Jasin, Roslan Ahmad berhadapan dengan calon Pas, Yuhaizat Abdullah.

Yuhaizat merupakan Timbalan Ketua Pemuda Pas Melaka.

Sementara di kerusi DUN Kerdau, BN mempertaruhkan Naib Ketua UMNO Kuala Krau yang juga lulusan bahasa arab, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Beliau menghadapi tentangan daripada Ketua Penerangan Pas Pahang, Hassanuddin Salim.

Hassanuddin pernah bertanding di Kerdau pada 2008 tetapi tewas.

Kerusi Kerdau kosong berikutan kematian Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari BN 12 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan Hassanuddin dengan majoriti 1,615 undi.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau pula diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum lepas, Mohamad Hidhir menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti undi 2,154.

Terdapat seramai 8,999 pengundi berdaftar di DUN Kerdau dengan 15 orang daripadanya pengundi pos. Sebanyak 13 pusat mengundi dengan 22 saluran mengundi dibuka kepada pengundi.

Tiga kawasan di DUN berkenaan mempunyai jumlah pengundi lebih daripada 1,000 orang iaitu kawasan Felda Jengka 23 seramai 1,572 orang, Desa Murni (1,343 orang) dan Felda Jengka 22 (1,048 orang)

Sama seperti di Merlimau, kawasan Kerdau memperlihatkan jumlah pengundi wanita melebihi jumlah pengundi lelaki dengan pengundi wanita 4,628 iaitu 51.43 peratus.

Di Merlimau, sejumlah 10,679 pengundi berdaftar dicatatkan di situ termasuk 36 pengundi pos. Golongan wanita di situ mengatasi pengundi lelaki dengan masing-masing 5,592 dan 5,087.

Daripada keseluruhan pengundi, 7,988 adalah Melayu. Sejumlah tujuh pusat mengundi dengan 21 saluran mengundi disediakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan meminta para pengundi di kedua-kedua kerusi supaya keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan cuaca mendung di Merlimau pada sebelah pagi manakala di Kerdau adalah baik.

Bagaimanapun kedua-kedua kawasan dijangka hujan pada petang.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar turut mengingatkan pengundi supaya menyemak nama mereka dalam senarai daftar pemilih dan tidak lupa membawa kad pengenalan ke pusat mengundi.

"SPR juga berharap tidak ada tanggapan bahawa pengundi akan beratur panjang pada sebelah pagi kerana kita ada mekanisme untuk menyelesaikannya.

"Seperti mana pelaksanaan mekanisme itu dilaksanakan pada PRK lepas, SPR akan menyediakan kerani di setiap saluran untuk memanggil dua pengundi serentak yang beratur di luar dengan bergilir-gilir membuang undi," katanya.

SPR menyasarkan jumlah keluar mengundi di Merlimau dan Kerdau melebihi 80 peratus iaitu naik lima peratus daripada pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya umum 2008, peratusan keluar mengundi di Merlimau dan Kerdau masing-masing mencatatkan 76.18 peratus dan 80.3 peratus.

Sabtu, 5 Mac 2011

NILAI PENGUNDI KERDAU HANYA 'SEKOTAK ROKOK'

Tengok nii.."Pencacai" Umno Kelas "A"..??


Jika penoreh getah lain berlumba-lumba mengejar pendapatan lumayan hasil jualan getah ekoran kenaikan harga komoditi itu, lain pula ceritanya bagi beberapa penoreh getah di Kampung Kerai di sini.

Pemuda yang mahu dikenali sebagai Dee, 37, berkata pendapatannya yang boleh mencecah RM500 sehari itu, sanggup ditinggalkan demi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Ahad ini yang sekaligus membolehkan agenda pembangunan di kampungnya diteruskan.

"Saya dengan rela hati turun padang membantu BN dengan memasang bendera di sekitar kampung saya tidak kira siang atau pun malam demi memastikan BN menang. Kami di kampung berasa amat selesa di bawah pentadbiran BN," katanya dengan penuh semangat.

Dee berkata walaupun sedar tugasan itu mengundang risiko namun beliau dan rakan-rakannya sanggup melakukan tugas itu secara sukarela.

"Kalau nak kira bayaran, dah banyak dah kita dapat manfaat daripada bantuan kerajaan. Jadi bayaran itu bukan masalahnya. Dapat air dan 'sekotak rokok' pun kami dah gembira," katanya yang turut disokong rakannya Rozaimi Mohd Ali, 24. karatijau.blogspot

Jumaat, 4 Mac 2011

ALI KETAM TAK KENAL ANTARA AYAM DENGAN BIAWAK

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempunyai satu anekdot kegemarannya yang beliau suka berkongsi dengan sesiapa sahaja yang bersedia mendengarnya, sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Dalam cerita ini, Mohd Ali dan pengerusi MIC Melaka, R Perumal, melawat Kampung Paya Buloh yang sebahagian besar penduduknya adalah kaum India, untuk mencari satu keluarga yang didakwa oleh DAP sering tidur dalam kelaparan.

"Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi. Saya tanya mereka, 'Apa lauk hari ini?'

"Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam!

"Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin," kata Mohd
Ali mengenai isu tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan.

Dalam laporannya, akhbar harian berbahasa Tamil itu bercakap dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari sebuah keluarga seramai lima orang, yang mendakwa dia sedang menimbang berhenti sekolah untuk bekerja sepenuh masa sebagai penjaga lembu bagi menambah pendapatan keluarganya kerana ibu bapanya sakit.

Sebaik sahaja disiarkan, wartawan berkenaan menjadi sasaran gangguan "orang ramai" yang marah dengan laporannya itu.

Terdapat cubaan untuk memecahkan cermin pintu belakang keretanya pada malam tersebut, tetapi tiada barang yang diambil.

Kerosakan pada kenderaan tersebut dianggarkan sekitar RM400. dibaiki.

Malaysiakini kemudiannya berkunjung ke Kampung Paya Buloh bagi mendapatkan kesahihan berhubung aporan Nanban itu.

Lebih menarik lagi, bapa budak lelaki itu - yang hanya mahu dikenali sebagai Periamalai - berkata kari ayam kari yang didakwa oleh Mohd Ali dalam periuk mereka, sebenarnya adalah biawak yang ditangkap anjing peliharaan mereka.

"Kami tangkap biawak beberapa kali dalam seminggu," katanya sambil menambah mereka tidak makan ayam kerana tidak begitu suka rasanya.

Manakala nasi yang Mohd Ali nampak, tambahnya, adalah pemberian seseorang. Dan sekali dua dalam seminggu, keluarganya tidur dalam keadaan perut kosong selepas makan sedikit bubur, dan adakalanya hanya minum air sahaja.

RASUAH HANYA SALAH BILA DIDAKWA TAPI BUKAN PADA UMNO-BN

Ada sorang blogger pro UMNO marah benar dia pada Adun Lenggeng, kononnya pasal rasuah. Tapi betul ker korang tak suka perbuatan rasuah!...

Macam mana rasuah yang berlaku kat Kerdau dan Merlimau!... Korang tak marah pulak. Ooo..., itu bukan rasuah bro!... cuma projek kebetulan. Cakap tak serupa bikin lah pencacai-pencacai UMNO nie!...


Berita Hairan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Negeri Sembilan, Mustafa Salim didapati bersalah menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor bertujuan mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mendapati ADUN Barisan Nasional itu bersalah terhadap dua tuduhan menerima suapan daripada M Manimaran untuk tujuan itu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 10(a)(aa) Akta Anti-Rasuah 1997, menerima wang suapan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008 dan boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari dan 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau minimum RM10,000.

BIAR BETUL!..., PM LETAK JAWATAN

KAHERAH 4 Mac - Perdana Menteri Mesir, Ahmed Syafiq meletakkan jawatannya berkuat kuasa semalam, satu lagi sambutan kegembiraan bagi penunjuk perasaan yang mahukan sisa pemerintahan rejim presiden Hosni Mubarak dibersihkan.

Bekas Menteri Pengangkutan, Essam Sharaf dilantik untuk menggantikan Shafiq dan membentuk kerajaan baru.

Angkatan bersenjata memerintah negara itu sejak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 18 Februari lalu ekoran protes selama 18 hari di seluruh negara tersebut. - AFP

Khamis, 3 Mac 2011

ANWAR GESA UMNO, UTUSAN HENTIKAN BUDAYA FITNAH

Budaya memfitnah dan mengaibkan orang yang disebarkan oleh Umno dan akhbar kawalannya Utusan Malaysia hanya memakan diri dan gagal mempengaruhi rakyat, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TV Selangor memetik beliau berkata perbicaraan fitnah ke atas dirinya mendedahkan kepada orang ramai angkara jahat politik Umno untuk memanjangkan jangka hayat parti itu.

"Kalau Utusan itu akhbar Melayu, kemudian orang tak dibenarkan berfikir, siapa yang khianat Melayu? Nak ikut Rais Yatim (bahawa kononya) 'kita mestilah jaga budi pekerti dan budaya bangsa kita, maka orang-orang seperti pembangkang yang rendah akhlaknya tidak boleh disokong'.


"Tiga hari kemudian Wikileaks dedahkan kes rogol... jadi jangan fitnah orang," kata Anwar.


"Sekejap saja, terbalik. Kena pada dia (Rais). Saya kesal, apakah budaya kita memfitnah? Tak terfikirkah bagaimana perasaan saya? Dihina dan diaibkan? Aku kena 12 tahun... hentikanlah fitnah khianat ini," katanya.

Berucap pada ceramah di Merlimau, Anwar berkata perbicaraannya atas tuduhan fitnah liwat sekali lagi membongkar kezaliman pemerintah dan polis.

"Hari ini keluar gambar lokap. apa dia cerita? Lokap Anwar ada televisyen, ya televisyen apa? CCTV. Ada katil, khas. Tadi Ketua Polis IPD Bukit Aman sahkan tak ada. Karpal Singh tanya, bukankah Datuk Seri Anwar kata ada sakit pinggang? Dia jawab ada. Kamu tak bagi tilam, bantal? Tak ada. dia tidur atas lantai simen? ya," katanya.

Anwar berkata beliau menyedari layanan polis dan pejabat Peguam Negara di bawah telunjuk Umno adalah untuk mengaibkan beliau semata-mata demi meluntur semangat dan perjuangan politiknya.

"Telanjang saya dan ukur, sebab nak aibkan, kamu tangkap kamu telanjang ukur, hina. nak lawan lagi? Bukan kamu tentukan. Kalau Allah takdirkan ujian ini, saya terima dengan sabar dan doa.

"Ya Allah janganlah beri beban sehingga aku tak mampu menanggungnya - maksudnya sekarang ini, saya masih mampu tanggung tapi percayalah kekuasaan Tuhan," tegas Anwar. Anwar mendakwa meskipun media massa seperti Utusan dan TV3 cuba memesongkan keterangan-keterangan pada perbicaraan beliau, hakikatnya ialah bukti-bukti terhadapnya direka cipta dan fitnah semata-mata.

"Sekarang terbongkar satu persatu dalam mahkamah. Spesimen doktor periksa 28hb, periksa-periksa, 5 jantan dalam tu , bila ambil spesimen, 28hb, berapa doktor, 4 doktor. bawa spesimen ke jabatan kimia, berapa haribulan, 28 haribulan.

"Tetapi salah satu spesimen terpenting yang melibatkan DNA saya tarikh, 26 haribulan, Peguam tanya jabatan kimia, berapa haribulan, 26, periksa bila 28. Jadi macamana kamu terima, saya terima. Siapa yang periksa, 26hb, tak tau siapa periksa, Najib ka Rosmah saya tak tau. tapi terima" ujar Anwar. mkini

Rabu, 2 Mac 2011

LANJUT SAMAN HANYA UNTUK PANCING UNDI


Tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi bayaran kompaun kesalahan trafik yang tamat kelmarin dilanjutkan sehingga 10 Mac ini. Seperti yang dilaporkan di dalam Berita Hairan.

Sebelum ini, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, "Tempoh enam bulan sejak Ogos tahun lalu yang diberikan oleh kerajaan sebagai kelonggaran untuk pengguna yang mempunyai saman tertunggak menjelaskan saman mereka sudah memadai," seperti yang dilaporkan oleh Utusan Meloya.

Dah agak dah!... Kerajaan Barisan Nazional yang ditunjangi oleh UMNO hanya ingin mengugut rakyat. Mereka paksa rakyat membayar denda kesalahan trafik yang belum pasti 100% dilakukan oleh pemilik kenderaan berkenaan.

Nescaya, selepas 10 Mac ini, tarikh akhir pembayaran saman akan dilanjutkan lagi jika kutipan tidak memberangsangkan sepertimana yang dirancangkan.

Negara 1Malaysia mana pernah konsisten dengan undang-undang. Ia akan sentiasa bertukar bentuk dan warna mengikut selera.

PRK MERLIMAU: PECAHKAN CERMIN KENDERAAN BUKAN PERBUATAN UMNO

Kempen pilihan raya kecil dewangan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.

Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

Menurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.

"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak,” katanya.

Menurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar.

Pada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Terdapat ramai anggota polis di sini dan sayapasti perbelanjaan mereka mungkin sehinga berjuta-juta ringgit tetapi mengapa mereka tidak boleh menghentikan tindakan sekupumpulan remaja nakal itu?” kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

Katanya, beliau akan menghubungi ketua polis Melaka jika kejadian seumpama itu terus berulang.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian,” katanya. Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan.