Rabu, 19 Jun 2013

MENARA UMNO RUNTUH DI P.PINANG PUN SALAH ANWAR

 

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hanya ketawa apabila cuba dikaitkan dengan insiden runtuhan di Menara Umno Pulau Pinang.

Ditanya tentang kenyataan pengerusi Umno negeri Zainal Abidin Osman berhubung perkara itu semalam, Anwar berkata seperti selalu, beliau akan dipersalahkan.

"Tak apa, buatlah siasatan. Ini salah Anwarlah. Biasalah. Itu salah Anwar.

"Bangunan runtuh salah Anwar. Nanti esok pemilihan dalam Umno (pun) salah Anwar," sindir Anwar.

Zainal Abidin semalam berkata, Anwar merupakan orang paling layak untuk menjawab soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar.

Zainal berkata, Anwar ketika itu timbalan perdana menteri dan pengerusi Umno Pulau Pinang dan mereka tidak mempunyai sebarang jawatan pada masa itu. mkini

Selasa, 18 Jun 2013

TURUN HARGA KERETA: KALAU TAK TIPU BUKAN BN NAMANYA...

 Cer baca promosi di atas ngan menatang yang ditulis di bawah.

"Saga SV juga memberikan lebih banyak tarikan kepada pembeli dengan ciri-cirinya yang tidak dikurangkan serta ditambah baik bagi kegunaan orang ramai," katanya di sini hari ini.



Jumaat, 14 Jun 2013

BLACKOUT 505 - WANG BESAR!.. WANG BESAR!. DBKL PUTAR LAGI...


PELBAGAI alasan diberikan untuk menghalang penganjuran Himpunan Aman Black 505 yang dijadualkan pada 22 Jun ini di Padang Merbok Kuala Lumpur.

Hasil rundingan oleh pihak penganjur dengan DBKL sebelum ini telah menyebabkan himpunan yang sepatutnya berlangsung pada 16 Jun itu ditunda ke 22 Jun.

Alasan terbaru yang diberikan untuk menolak kelulusan himpunan itu ialah kononnya Majlis Olimpik telah menempah Dataran Merbok sejak tahun lalu bagi menganjurkan satu acara larian.

Namun sebuah Iklan yang disiarkan oleh portal McDonald's tentang acara larian yang dimaksudkan nampaknya mendedahkan perkara sebaliknya. - milosuam

Selasa, 4 Jun 2013

GUNA POLIS DAN SKMM SEKAT KEBEBASAN PRO PR

 Dikecualikan kepada facebooker dan blogger UMNO.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendakwa pihak berkuasa mengamalkan sikap 'pilih kasih’ dalam menjalankan siasatan ke atas media-media sosial kerana tidak mengambil tindakan terhadap serangan media sosial pro-Umno-Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sikap bias tidak sepatutnya berlaku, malah lebih dikesali hanya 'cyber troopers' propembangkang dikenakan dengan pelbagai tindakan dan sekatan walaupun ia belum terbukti kesahihan. dipetik dari Sinar Harian
 

 Hukuman khas untuk facebooker PR sahaja. Mengikut terma dan syarat.

 Mengwujudkan persepsi yang salah secara terang-terangan. 

 Tiup api perkauman untuk memusuhi kaum cina.

Menyedari bahawa sebenarnya mereka 'kalah dalam kemenangan', mula membuat tuduhan perkauman seperti kononya berlakunya 'tsunami Cina' dan api perkauman ini dieksploitasi oleh sesetengah media arus perdana bagi mempamerkan kononnya mereka adalah juara dalam membela agama, bangsa dan negara.

 Akhbar propaganda penghasut pemecahbelah bangsa melayu.

Ahad, 2 Jun 2013

OKT MATI DALAM LOKAP IPD TAMPIN


Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Tampin, dekat Seremban lewat petang semalam.

Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera.   

"Dalam Twitter contohnya kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis.

"Ini adalah straight forward case di mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di Seremban hari ini.

Semalam, PV Karuna Nithi, 42, yang ditahan sejak Selasa lalu selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar 6.30 petang.

Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.

Osman berkata, pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokap berkenaan dan mendapati tiada sebarang kekerasan berlaku ke atas mangsa sepanjang penahanannya.

Katanya, seorang koroner dari Mahkamah Seremban juga telah datang melihat mayat mangsa semasa di lokap dan mengesahkan tiada kesan luka, lebam atau kecederaan padan badan mangsa.

"Hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban juga mendapati tiada kecederaan fizikal pada badan mangsa, bagaimanapun punca sebenar mangsa meninggal dunia belum dapat dikenalpasti," katanya.

Katanya, Jumaat lalu mangsa yang tidak bekerja telah didakwa di Mahkamah Majistret Tampin dan mengaku bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas tuduhan memukul isterinya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 sementara menunggu hukuman ke atasnya dijatuhkan pada 1 Julai depan.

"Keluarga tertuduh yang kekurangan wang merayu untuk membayar ikat jamin tersebut pada esok (Isnin) dan polis telah menempatkan mangsa di lokap tersebut bagi memudahkan proses jaminan itu," katanya.

- Bernama

Sabtu, 1 Jun 2013

'Dharmendran yang digari alami 52 kecederaan'


Mangsa yang mati dalam tahanan, N Dharmendran telah dipukul hingga mati ketika digari, demikian dibayangkan oleh laporan awal bedah siasat yang didedahkan hari ini. sumber

Laporan bertulis oleh pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu membuat kesimpulan bahawa tidak ada luka defensif pada badan Dharmendran.

Peguam keluarga tersebut, N Surendran memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa ia agak jelas bahawa semasa dipukul, mangsa digari dan dalam kedudukan yang lebih rendah, mungkin melutut atau sesuatu.

Dharmendran telah mengalami 52 tanda kecederaan di seluruh tubuhnya, dari kepala ke kaki.

Surendran menegaskan bahawa ini adalah "lebih teruk daripada kes A Kugan" pada tahun 2009.
Menurut bedah siasat, tompok lebam garis berganda, dipercayai kesan tanda rotan, ditemui dalam corak selari serong di bahagian bawah  belakang.

"Kita hanya boleh membuat spekulasi tetapi ia nampak seperti tanda rotan, atau sesuatu yang serupa dengannya," kata Surendran.

Satu corak lebam menyerupai nombor lapan yang tidak lengkap ditemui di tulang pinggul.
Menurut bedah siasat, tompokan lebam garis berganda, dipercayai kesan tanda rotan, ditemui dalam corak selari serong di bahagian bawah  belakang.

"Kita hanya boleh membuat spekulasi tetapi ia nampak seperti tanda rotan, atau sesuatu yang serupa dengannya," kata Surendran.

Satu corak lebam menyerupai nombor lapan yang tidak lengkap ditemui di tulang pinggul.

Terdapat juga satu lagi lebam garis berganda pada pergelangan Dhamendran yang konsisten dengan tanda gari.

Bedah siasat itu juga melaporkan banyak kesan lebam hitam di wajahnya, kawasan dada, bahu, kaki, kulit kepala dan belakang, yang digambarkan oleh Surendran sebagai "lebam bertindih".
Abdomennya, di bawah kawasan buah pinggang dan pusat, juga mempunyai kesan yang sama.

Kedua-dua telinga Dhamendran itu terdapat kesan luka 'staple' dengan 'staple' masih ada di situ manakala kakinya terdapat luka tusukan, juga dipercayai dari 'staple' yang telah dibuang.

Menurut Surendran, terdapat luka staple yang konsisten dan menurutnya ia menunjukkan bahawa stapler telah digunakan untuk menyeksanya.

Beberapa lebam lain yang dijumpai pada badan Dhamendran ialah: darah beku tebal pada bahagian bawah paha kanannya, berukuran 28 x 20 cm.
  • Satu tanda darah beku yang banyak paha kirinya, berukuran 50 x 31 cm.
  • Lebam berukuran 23 x 14 cm pada bahagian bawah kaki kiri.
  • Darah beku berukuran 9 x 6.5cm pada sebelah kiri mukanya.
  • Tanda  lebam di leher dan bahagian atas dada, berukuran 13 x 8cm.