Ahad, 28 Februari 2010

BILA PR SEMAKIN KUAT SECARA AUTOMATIK UMNO MENJADI SEMAKIN LEMAH

Butterworth: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin Umno Permatang Pauh menamatkan persengketaan antara mereka bagi mengukuhkan parti sebagai persediaan merampas semula kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata semua pihak dalam parti perlu bersatu padu dan mengetepikan masalah dalaman parti yang telah berlarutan sejak sekian lama dalam usaha mendapatkan semula sokongan rakyat.

"Jangan bergaduh lagi. Ini masa untuk kita bersatu," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini, semalam.

Katanya beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan berjaya merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh jika pemimpin dan anggota parti bersedia bekerjasama sebagai satu pasukan.

"Jangan di depan (pentas) ini sahaja kita berpeluk tetapi di belakang kita bertikam sesama sendiri," katanya. mStar

Jumaat, 26 Februari 2010

KALAU TAK MENIPU, BUKANLAH UMNO NAMANYA

SHAH ALAM, 26 Feb — Umno Selangor menafikan pihaknya mendalangi penerbitan akhbar baru “Selangor Kita”, tanpa permit, yang diedarkan di negeri itu sekarang dengan mengecam kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).

“Apa itu? Adakah ia dicetak oleh kerajaan Selangor?” soal Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukur Idrus semasa dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

“Tidak, tidak. Kami bukan di belakang terbitan akhbar ini,” kata Abdul Shukur sambil menambah Umno Selangor tidak menerbitkan sebarang akhbar.

Terdahulu pada sidang media, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Che Rosli Che Mat menggambarkan akhbar berkenaan ditujukan kepada PR dengan membawa kandungan berbaur fitnah.

Ahli Parlimen Hulu Langat ini yang memperoleh naskhah akhbar itu selepas sambutan Maulidur Rasul di Stadium Shah Alam mengecam mereka yang bertanggungjawab itu mengambil kesempatan sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Akhbar tabloid yang berharga RM2 itu tidak mempunyai identiti pencetak dan penerbit, yang wajib bagi setiap akhbar di negara ini.

Antara tajuk dibawa akhbar Bahasa Malaysia itu ialah “Arak menu biasa di Selangor”, “Selangor Darul Urut” dan “Pengakuan mangsa liwat Anwar”.

Akhbar itu turut membawa satu rencana terbitan 6 Sept 2000 iaitu temu bual dengan wartawan homoseksual Ashley Lee dengan tajuk “During the Anwar trial it was easy to get lucky”.

Rencana-rencana akhbar itu menyasarkan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco kerajaan negeri Ronnie Liu dari DAP dan Naib Presiden Azmin Ali yang juga ADUN Bukit Antarabangsa.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Hari ini kita akan menyambut Maulidur Rasul dengan tema "Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah".

Mencontohi Rasulullah ini juga merupakan perintah Allah yang tercatat dalam ayat 21, surah al-Ahzab yang bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah s.a.w. itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia menyebut dan mengingati nama Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang. Wallahualam

Khamis, 25 Februari 2010

DEPA KATA EKONOMI DAH PULIH, TAPI KERJA LEBIH MASA TAK MAMPU PULAK NAK BAYAR

Cuepacs menyarankan pekerja Kumpulan Sokongan II membuat kerja sampingan bagi menjana pendapatan tambahan sekiranya jabatan tidak mempunyai peruntukan bagi membayar kerja lebih masa yang dilakukan.

Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs ada menerima aduan dari pekerja kumpulan sokongan itu bahawa mereka tidak dibayar bagi kerja lebih masa yang dilakukan atas alasan jabatan tidak mempunyai peruntukan atau "bajet".

"Jadi buatlah kerja anda seperti biasa dari 8 pagi hingga 5 petang, lepas itu tidak perlulah buat OT (kerja lebih masa), pergilah tukar baju, jadi pemandu teksi ke," katanya ketika ditemui pemberita pada bengkel tatatertib sektor awam dan mesyuarat khas Majlis Kongres Cuepacs di Kuala Lumpur hari ini.

Omar berkata pihak jabatan sepatutnya membayar kerja lebih masa yang dilakukan walaupun tidak sepenuhnya agar tidak menjejaskan produktiviti.

"Janganlah tidak membayar langsung. Contohnya, jika pekerja buat kerja lebih masa 100 jam, sekiranya jabatan tidak boleh membayar 100 jam, bayarlah bagi 70 jam kerja lebih masa. Lagi 30 jam dijadikan sebagai cuti gantian," katanya.

Omar berkata terdapat hampir 450,000 pekerja Kumpulan Sokongan II di bawah Gred 1 hingga 16 yang terdiri daripada pemandu, pembantu am pejabat, pembantu rawatan kesihatan dan pekerja rendah awam yang mana 60 peratus daripadanya membuat kerja lebih masa.

Sementara itu, beliau meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 4/2010 supaya memberikan bayaran pampasan sepenuhnya kepada mana-mana kakitangan awam yang memilih untuk bersara awal.

"Ketika ini mana-mana kakitangan awam yang bersara awal dibayar pampasan 20 peratus daripada gaji akhir mereka atau RM10,000. Dan bakinya dibayar selepas mereka berumur 56 atau 58 tahun. Jadi, saya harap JPA dapat kaji semula pekeliling ini," katanya.

Beliau juga berkata mana-mana anggota perkhidmatan awam yang dibuang kerja kerana melakukan kesalahan tatatertib yang tidak melibatkan rasuah atau jenayah layak menerima pampasan sepanjang perkhidmatannya.

Mengenai sama ada tindakan akan diambil terhadap Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin kerana mengeluarkan kenyataan tentang kebimbangan penguasaan wanita dalam sektor awam hingga dikritik banyak pihak, Omar berkata satu mesyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.

Ahmad Shah dilaporkan berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara. Takbernama

Rabu, 24 Februari 2010

NAK HARAPKAN BN, SEMUANYA BARANG NAIK

Dijangka hari ini akan diketahui, samada kerajaan akan membuat keputusan untuk menaikkan tarif elektrik atau tidak. Dengan cuaca yang terik ketika ini, sedikit sebanyak peningkatan mendadak tarif elektrik bagi penggunanya. Diharap kerajaan mempertimbangkan untuk tidak menaikkan tarif elektrik. Yang pastinya, akan ada yang untung besar disebalik kenaikan tarif elektrik ini nanti. Siapakah mereka?

KUALA LUMPUR: Kabinet dijangka membuat keputusan sama ada akan mengekalkan atau menaikkan tarif elektrik pada mesyuarat esok(hari – 24 Februari 2010) , kata Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

“Sama ada tarif elektrik akan naik atau tidak, ia terpulang kepada Kabinet untuk memutuskannya. Kementerian hanya memberi cadangan kepada Kabinet,” katanya di sini sebentar tadi. Diminta mengulas kadar kenaikan sekiranya ia diputuskan, Peter Chin berkata: “Tidak tahu. Esok…esok…terpulang kepada Kabinet”.

Siapa lagi kalau bukan IPP. Dipendekan cerita Independent Power Producer (IPP) adalah penjana kuasa bebas (swasta seperti YTL , Malakoff). Tugas Independent Power Producer (IPP) menyediakan reserve margin bagi kuasa tambahan pada tahap-tahap tertentu (permintaan melebihi pengeluaran) walaupun hakikat sebenarnya kuasa-kuasa tambahan tersebut tidak digunakan pun. Dalam dunia reserve margin yang normal adalah hanya sekitar tahap 20% hingga 30% sahaja. Malaysia?

Melalui Power Purchace Agreement (PPA) di antara kerajaan Malaysia dengan Independent Power Producer (IPP), reserve margin yang telah ditandangani dan dipersetujui adalah fleksibel dan boleh dikatakan menguntungkan IPP dan sekaligus merugikan RAKYAT. Cuba bayangkan, sekarang reserve margin melonjak naik sekitar 47%. Jepun yang alam sekitarnya tidak stabil pun baru satu digit sahaja peratusnya.

Secara idealnya kita TIDAK memerlukan reserve margin. Namun realitinya penjanaan kuasa, kita perlu margin bagi menghadapi tiga senario:

  1. Breakdown
  2. Unexpected short term demand growth
  3. Terpaksa direhatkan untuk kerja-kerja senggaran.

Lebih tinggi reserve margin dari tahap tersebut akan memberi gambaran ketidak cekapan “expansion planning and execution”. Jangan risau. 47% reserve margin membolehkan kita menjadi salah sebuah negara yang yang paling tinggi reserve marginnya di dunia walupun kita bukanlah yang nombor satu. Adakah anda berbangga? Terserah…..

Kalau ada satu-satu power station yang ada masalah maka kita masih ada banyak lagi power station yang standby dan boleh digunakan untuk tujuan backup. Mengapa perlu sampai 40% reserve marginnya? Seperti yang umum tahu, sesetengah IPP walaupun mereka berada dalam keadaan standby ( tidak jalan langsung pun), TNB masih terpaksa membuat bayaran penuh sebagaimana kalau mereka beroperasi bagi penjanaan kuasa elektrik.

Untuk Independent Power Producer sahaja, TNB sebenarnya telah membelanjakan lebih RM5 billion kepada Independent Power Producer dan angka tersebut akan meningkat daripada masa ke semasa. Untuk pengetahuan, Independent Power Producer (IPP) tidak menanggung semua kos minyak lebih-lebih lagi untuk 1st generation IPP, apabila berlaku kenaikan bahan api melebihi tahap tertentu, kenaikan itu akan ditanggung oleh TNB. Jadi, sebab itulah IPP antara industri yang paling menguntungkan di Malaysia. Yang menanggung kerugian adalah TNB, dan rakyat Malaysia (TNB is 70% gov owned). Duit kerajaan = duit rakyat termasuk duit saya sendiri. Jadi itu sebabnya masalah dan kerenah IPP dimasukkan sekali dalam isu kenaikan tarif elektrik ini.

Kesimpulan dari kajian tu mudah aja. Perjanjian Tenaga Elektrik yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk Independent Power Producer (IPP) adalah merugikan rakyat dan menguntungkan IPP. Biasalah kita pun tahu, untuk sesebuah mahu mendapatkan keuntungan yang berlebihan tetapi jangan sampai rakyat terpaksa rugi berbillion billion ringgit untuk kuasa elektrik yang tidak pernah dijanakan langsung. sumber

Komen: Selepas ini mungkin ada perancangan menteri UMNO akan berkempen supaya kurangkan penggunaan letrik dan gunakanlah pelita minyak tanah atau lampu ayam untuk berjimat. Sebelum ini mereka pernah berkempen semasa kenaikan harga gula agar rakyat kurangkan makanan manis. Haprak punya kempen!... takde kerja lain nak perbodohkan rakyat agar rakyat jadi burung tekukur.

PEMUDA UMNO SEKADAR BERKOKOK SAJA, TAKUT DEBAT


GEORGETOWN, 24 Feb: Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat jemputan debat oleh Pemuda Pakatan Rakyat kelmarin jelas menggambarkan sayap parti itu sekadar berkokok sahaja tetapi takut berdepan dengan fakta yang sebenar.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah berkata, tindakan itu juga menunjukkan Pemuda Umno itu tidak sanggup berhadapan dengan sayap Pakatan Rakyat yang dilihat lebih relevan menangani isu yang berbangkit.

Menurutnya, mereka hanya berkokok tetapi ekor bergelumang tahi kerana sepanjang berada di arena politik mereka gagal meningkatkan tahap ekonomi, sosiobudaya serta gagal membawa hala tuju perjuangan Melayu.

"Selama berada di arena politik, apa yang mereka perjuangkan untuk rakyat, tiba-tiba apabila kalah merekalah orang yang paling tinggi bersuara kononnya mahu membantu Melayu," tambah beliau.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Amir Ghazali sewaktu dihubungi menyifatkan tindakan itu membuktikan tahap pemikiran pemuda Umno yang amat rendah dan tidak bertamadun.

Katanya, mereka langsung tidak menghormati usaha yang dibuat untuk membuktikan siapakah sebenarnya petualang yang sengaja mencari kesalahan tanpa fakta.

"Tindakan mereka itu tidak langsung nampak sikap beradab dan bertamadun malahan rakyat sendiri boleh mengukur betapa angkuhnya parti itu yang dikatakan membela nasib Melayu Pulau Pinang," katanya.

Setiausaha Pemuda Sosialis DAP negeri, Ng Wei Aik pula berkata, Pemuda Umno hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng hanyalah alasan kerana sebenarnya mereka bimbang hujah yang diberikan terkena batang hidung mereka sendiri.

Ini, katanya kerana apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat laksanakan sesuai dengan kehendak semasa iaitu melalui tender terbuka tidak lagi berkonsepkan kroni semacam dulu.

"Kedudukan Umno makin parah bila mengoyak kertas jemputan debat. Maruah mereka jatuh teruk kerana takut berhadapan dengan Pemuda Pakatan Rakyat bukan Ketua Menteri kerana Lim mempunyai bukti kukuh untuk tolak tohmohan mereka," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar. sumber

GEMPAR!... MENTERI KEWANGAN LETAK JAWATAN

Menteri Kewangan Pakistan yang mengumumkan peletakan jawatannya hari ini bagi menumpukan perhatian kepada perniagaannya berkata, jika beliau terus memegang jawatan itu, ia hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati.

Shaukat Tarin akan melepaskan jawatannya akhir bulan untuk menguruskan perniagaan perbankan diusahakannya, kata Perdana Menteri, Syed Yusuf Raza Gilani dalam satu kenyataan.

Dia akan terus memberi nasihat kepada Majlis Penasihat Ekonomi Negara.

“Ini tugasan kami, kami tidak sepatutnya mencampur aduk antara tugasan rasmi dan perniagaan peribadi.” kata Tarin kepada Televisyen Dunya.

Tarin, bekas pegawai bank kebangsaan dan memegang jawatan pengerusi Pertukaran Saham Karachi sebanyak dua kali dianggap berpengalaman serta bertanggungjawab dalam kedudukannya sebagai Menteri Kewangan.

Beliau pernah diberi kepercayaan mengadakan rundingan untuk membuat perjanjian pinjaman sejumlah AS$11.5 bilion (RM39.0 bilion) dengan Tabung Kewangan Antarabangsa pada tahun 2008 yang membantu mengeluarkan Pakistan daripada krisis kewangan.

Pengganti bagi kedudukan Tarin masih belum ditentukan. - AP

Komen: Kalau kat Malaysia perkara nie berlaku, berani ker!... menteri berkenaan nak letak jawatan???


Isnin, 22 Februari 2010

MUSTAPA GAGALKAN SLOGAN 'UMNO JUARA RAKYAT' DI KELANTAN


KUALA LUMPUR, 22 Feb:
PAS menyokong dakwaan rakyat Kelantan bahawa Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah pendehaka kerana enggan menyokong perjuangan rakyat menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan yang bernilai RM1 bilion.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Mustapa sepatutnya malu kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang begitu nekad menyokong perjuangan rakyat Kelantan walaupun tahu akibat perbuatan itu boleh menyebabkannya dipecat dari Umno.

“Tengku Razaleigh tahu untuk membezakan yang mana satu hak rakyat dan yang mana satu hak Kerajaan Persekutuan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

PAS juga, katanya mengecam surat layang yang diedarkan bagi memburuk-burukkan imej ahli parlimen Gua Musang itu.

Menurutnya, adalah tidak wajar Razaleigh menjadi mangsa sedangkan seluruh rakyat berdiri di atas perjuangan yang sama dan menolak pandangan Mustapa yang jelas menyeleweng dari fakta sebenar.

Tambahnya, PAS juga kesal kerana Mustapa mengungkit dana RM9.3 juta yang digunakan bagi projek pembangunan Medan Tuan Padang, Pasar Siti Khadijah dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan, walhal itu sememangnya hak dan duit rakyat Kelantan, bukan Umno.

Menurutnya lagi, Mustapa lupa bahawa segala hasil cukai kastam, saman trafik dan pelbagai hasil lain yang dikutip di negeri Kelantan telah banyak disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Dan tidak sepatutnya menjadi isu jika Kelantan menerima semula peruntukan itu daripada Persekutuan dan kerana duit itu bukan datang dari poket Mustapa untuk diungkit-ungkit.

“Amat memalukan kenapa pemberian kecil itu diungkit semula sedangkan rakyat Kelantan kini menuntut dana yang menjadi hak mereka iaitu duit royalti minyak bernilai RM1 bilion,” ujarnya.

Baginya, hanya kerana Kelantan diperintah oleh PAS, Mustapa dan Umno mencipta pelbagai alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka sedangkan pada hakikatnya rakyat sedar bahawa tindakan itu dibuat atas dasar politik, sama seperti apa yang dilalui oleh Terengganu ketika diperintah PAS.

Katanya, jika di Perak, Umno merampas kuasa rakyat, di Kelantan pula Umno merampas wang rakyat.

“Begitulah Umno yang tidak pernah mengenal erti kesusahan rakyat melainkan ingin mengumpul kuasa dan kekayaan untuk kepentingan mereka sendiri.

“Penderhakaan Mustapa dan Umno ini akan terus tercatat dalam sejarah pembangunan negeri Kelantan dan generasi akan datang harus diperingatkan tentang tragedi paling zalim ini,” ujarnya lagi. sumber

Kebenaran tidak semestinya menang, kemenangan tidak semestinya benar

Oleh: Roslan Harun

SEDANG anda memandu menghampiri sebuah persimpangan berlampu isyarat, anda terdengar bunyi siren. Anda pun mengerakkan kereta anda ke tepi, memberi laluan kenderaan yang anda sangkakan sebuah ambulans.

Bagaimanapun andaian anda salah. Kenderaan yang melepasi anda itu sebenarnya membawa orang besar dan berkuasa. Pegawai pengiring mengarahkan anda ke tepi dan kemudian konvoinya berdesup sekalipun lampu isyarat berwarna merah.

Demikianlah contoh menunjukkan bahawa ada orang lebih hebat daripada undang-undang. Mereka mengatasi undang-undang. Kisah 'The Emperor's New Clothes' (Pakaian Baru Raja) menceritakan bagaimana seseorang yang berkuasa itu sentiasa dikatakan betul sekalipun dia tidak betul (raja berbogel tetapi dikatakan berpakaian paling cantik dan hebat).

Anda benar kerana anda berkuasa. Yang penting di sini bukannya lojik sesuatu perkara itu tetapi siapa yang mengutarakan pendapat atau kata-kata tersebut.

Kata-kata seorang pengemis atau tukang sapu sampah mengenai politik sudah tentu tidak akan dipandang dengan sebelah mata walaupun apa yang mereka katakan itu ada kebenaran dan lojiknya.

Keadaan sebaliknya akan berlaku jika seorang raja atau mengemukakan pandangan. Walaupun kadang-kadang hal itu tidak masuk akal, disebabkan begitu berpengaruhnya orang tersebut, maka hal itu diterima juga orang awam kerana masing-masing terpaksa atau dipaksa mengakuinya.

Situasi ini berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita tidak lepas bebas kerana ada pihak yang mengikat diri kita. Dalam dunia hari ini, di mana terdapat aneka kemudahan dan penciptaan, dikatakan kehidupan kita semakin aman, hakikatnya mungkin tidak begitu.

Kita semakin takut, takut akan bayang-bayang kita sendiri dan juga takut kepada orang di atas kita kerana bagi mereka segala yang mereka utarakan kepada orang bawahan itu mereka anggap benar walaupun tidak benar.

Kisah pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat dalam dunia lama Melayu mungkin boleh dijadikan contoh mengenai apa yang didakwa betul dan tidak betul. Pada mulanya, Sultan mendapati Hang Tuah tidak betul dan perlu dihukum.

Hang Tuah disembunyikan Bendahara Tun Perak di Ulu Melaka. Selepas Hang Jebat mengamuk dan Hang Tuah diperlukan untuk menghapuskannya, Hang Tuah dikatakan tidak bersalah pula. Hari ini Hang Tuah bersalah, esok Hang Jebat pula bersalah yang yang sentiasa betul adalah Sultan.

Sultan akan sentiasa betul kerana baginda mempunyai kuasa. Kerana kuasa di tangan baginda, orang bawahan tiada hak untuk menyatakan sesuatu itu betul atau sebaliknya.

Dunia ini memang aneh. 'Kebenaran' dapat dibeli dengan wang ringgit. Dengan itu siapa yang banyak wang dan berkuasa, dialah yang 'benar'. Dan orang yang membenarkannya mempunyai kepentingan sendiri.

Bagaimanapun 'kebenaran' yang dibeli dengan wang ringgit ataupun yang ada udang di sebalik batu tidak bertahan lama.

Dalam kisah 'The Emperor's New Clothes' sendiri memperlihatkan kebijaksanaan seorang budak yang dapat mengalahkan raja; memang raja bersalah dan tidaklah payah untuk diselindungkan keaiban raja seperti dilakukan menteri-menterinya.

Mengenai kebenaran dan kemenangan, bijak pandai mengungkapkan "kebenaran itu tidak semestinya menang, dan kemenangan itu tidak semestinya benar."

Ahad, 21 Februari 2010

LIM GUAN ENG ANTI MELAYU - "AYUH UMNO, MARI KITA BERDEMO LAGI"


PULAU PINANG, 20 Feb (Bernama) -- Setiausaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Patahiyah Ismail dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) majlis itu berkuatkuasa 1 Mac ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengumumkan pelantikan itu hari ini berkata Patahiyah yang ketika ini memangku jawatan YDP majlis itu adalah wanita pertama di negara ini dilantik menerajui pihak berkuasa tempatan.

"Selepas persaraan Tan Cheng Chui sebagai YDP MPPP, Patahiyah dilantik memangku jawatan itu dan beliau telah menunjukkan prestasi memuaskan," katanya kepada pemberita di sini.

Tan, 54, memutuskan untuk bersara awal atas sebab kesihatan.

Patahiyah mengambil alih jawatan setiausaha MPPP pada Jun lepas selepas Tan, yang sebelum itu menyandang jawatan tersebut dilantik sebagai Yang Dipertua.

Beliau menyertai MPPP sebagai seorang arkitek di Jabatan Bangunan pada 1985.

Komen: UMNO, Brahim katak (Perkasa) dan NGO sila tetapkan tarikh, bila kita nak berdemo bantah perlantikan ini. Tak sabar rasanya nak tengok ulang tayang beruk-beruk yang sama berdemo ketika membantah pembatalan perarakan Maulidur Rasul yang kononnya diputuskan oleh kerajaan negeri P.Pinang tempohari. Kali ini aku terpaksa sokong UMNO kerana memang benar LGE anti melayu. Errkkkk!... Patahiyah tu... bukan melayu ker!...

Jumaat, 19 Februari 2010

HEBATNYA POLIS MALAYSIA, SUKAHATI NAK BELASAH ORANG

Malam 12 Feb adalah tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh seorang remaja buat selama-lamanya.

Pada malam itu, remaja berusia 18 tahun berkenaan mendakwa dia dibelasah oleh sekumpulan empat anggota polis yang tidak mengenalkan diri mereka.

“Waktu itu jam 10 malam. Saya sedang duduk besi penghadang di Stesen LRT Star di Sentul, menunggu ayah saya seperti biasanya.

"Tiba-tiba empat lelaki turun dari sebuah van. Mereka menghampiri, membelasah saya serta menghumban saya ke dalam van.

"Ketika itu saya fikir yang saya diculik,” kata remaja lepasan SPM itu yang begitu trauma dan mahukan identitinya dirahsiakan.

Dia mendakwa kumpulan lelaki itu menerpa ke arahnya tanpa berkata apa-apa lalu memukulnya. Seorang daripada lelaki itu kemudian 'duduk' di atas mukanya sebelum dia diheret ke balai polis Sentul.

Remaja itu memberitahu Malaysiakini keempat-empat lelaki tidak mengenalkan diri mereka sebagai anggota polis sebelum membelasahnya.

“Saya sebegitu takut dan menjerit meminta tolong, sedangkan saya tidak tahu bahwa mereka adalah polis.”

Di balai polis berkenaan, remaja itu mendakwa dia dilayan seperti seorang penjenayah semasa disoal-siasat dan sering-kali dipukul.

Dia ditanya tujuannya berada di stesen LRT ketika itu dan sama ada dia seorang penagih dadah ataupun seorang peragut.

Remaja itu mengalami kecederaan pada rusuk, perut dan juga mukanya.

Pada hari kejadian itu, ayah kepada remaja berkenaan berkata dia cuba menelefon anaknya sebanyak dua kali melalui telefon bimbitnya. Pada kali kedua seorang polis menjawab dan memaklumkannya mengenai penahanan anaknya itu.

Remaja itu berkata dia dibebaskan sejurus ketibaan ayahnya dan ujian air kencing yang dijadualkan juga dibatalkan.

“Apabila ayah saya bertanya kepada polis, seorang daripada anggota polis berkata saya diheret kerana cuba melarikan diri daripada ditangkap,” katanya lagi.

Remaja lepasan SPM itu berkata bapanya membuat laporan polis pada keesokkan hari di balai polis Sentul dan sehingga hari ini tiada tindakan diambil.

Beliau juga membuat aduan kepada akhbar arus perdana tetapi tiada yang melayan e-mailnya. Justeru, beliau menghubungi Malaysiakini.

Bapanya menuntut wang pampasan RM75 sebagai bayaran perubatan anaknya yang mendapat rawatan daripada sebuah klinik swasta dan juga kos atas kerosakan telefon bimbit, baju, seluar dan jaket anaknya itu.

OCPD Sentul, Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas mengenainya.

UMNO HANYA HEBAT DI P.PINANG TAPI MENJADI 'BARUA' DI JOHOR, PAHANG DAN PERLIS


Kalau ini macam..Tak menang tangan dan kaki UMNO nak berdemo..Lagi 3 buah negeri tak nak berarak Maulud Nabi. Nampak hangpa sakan sangat dok kutuk Lim Guan Eng pasal perarakan ni.

Tunggu apa lagi,buat la demo lepas sembahyang Jumaat. Hangpa kan suka berdemo lepas Jumaat. Time tu la senang nak tunjuk ramai.Tumpang background jemaah yang ramai tu...kah kah kah.. Jangan kelirukan umat Islam la..bak kata pengerusi BADAI kalau hangpa tak berdemo kat 3 negeri ni pasti ramai yang terkeliru nanti..Berdemolah secepat mungkin sebelum orang terkeliru dengan UMNO....kahkahkah.. biaqpila


Perarakan Mauludur Rasul, saya tunggu apa reaksi UMNO.

5 Rabiul Awwal 11431H.

Apa bila tiga negeri iaitu Pahang, Johor dan Perlis mengatakan mereka tidak mengadakan perarakan sempena sambutan malidur Rasul maka bermulalah satu titik baru kepada apa yang dibisingkan oleh UMNO Pulau Pinang dan seluruh negara mengenai pertikaian yang berlaku di negeri Pulau Mutiara itu yang kononnya telah membatalkan perarakan.

Saya mengalu-alukan komen dari pencacai UMNO dan apakah yang mereka akan buat di tiga negeri itu.

Cabaran saya kepada semua mereka ialah supaya mereka tunjukkan sama jagohnya di tiga negeri yang semuanya diketui oleh UMNO itu. Kebetulan pula hari ini hari Jumaat, dan keluarkan arahan kepada semua mesjid supaya diadakan demonstrasi dan pasti tidak akan diganggu oleh pasukan keselamatan.

Buatlah sepeti yang dibuat di Pulau Pinang dan tunjukanlah jaguh anda, saya sedang menunggu reaksi anda semua....

Khamis, 18 Februari 2010

TIADA PERARAKAN MAULIDUR RASUL DI JOHOR, PAHANG DAN PERLIS - KENAPA UMNO DIAM!...

Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

"Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

"Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

"(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.

Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

"Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan," katanya lagi.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran

"Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya. sumber

Rabu, 17 Februari 2010

PR PUNCA LAMBAKAN WARGA ASING DI MALAYSIA


PUTRAJAYA 16 Feb. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terkejut beruk dengan lambakan warga asing yang disifatkan beliau luar biasa.


Fenomena tersebut semakin ketara apabila kumpulan warga asing itu dilihat keluar beramai-ramai di sekitar ibu negara setiap kali musim cuti umum yang agak panjang.


Realitinya lambakan itu tidak bertepatan dengan rekod warga asing berada di negara ini termasuk yang berdaftar dengan agensi pengambilan pekerja asing.


Aiikkk!... sekarang baru hang tau warga asing dok melambak-lambak di sini. Selama nie... KDN buat apa!?...


Menurut Hishammuddin, hasil tinjauan mendapati sebahagian besar daripada mereka bukan pelancong asing tetapi mendakwa bekerja di negara ini secara sah. Beliau berkesempatan meninjau sendiri suasana di ibu negara sempena cuti umum sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Selanjutnya


Hakikatnya, semakin ramai pekerja asing khususnya PATI yang datang ke Malaysia memperlihatkan wujudnya kegagalan pelaksanaan program pencegahan dan pengawalan yang berkesan bagi membendung masalah ini. Kepintaran dan kebijaksanaan agensi penguatkuasa yang terlibat belum mampu memberikan tindakan penyelesaian yang mantap bagi mengurangkan kehadiran PATI ini.


Apakah kita perlu menunggu kebanjiran pekerja asing dan PATI yang menimbulkan huru-hara dan menyebarkan penyakit barulah kita akan terburu-buru mencari penyelesaiannya? Ataupun fenomena ini kesan sampingan untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020?


Kawalan keluar masuk pendatang asing sangat lemah hingga ada yg mengambil kesempatan, jadi virus dalam negara, tinggal lebih tempoh atau tidak balik langsung. Itu belum campur lagi dengan yang kononnya datang melancong, dan belajar tapi lepas tu hilang tanpa dapat dikesan. Baru-baru ini terbongkar isu 40,000 warganegara India yang tidak dapat dikesan selepas diberi kelonggaran VOA - visa on arrival.


Apa nak jadi negara one Malaysia aku nie…, aku pun tak tau. Apa yang depa dok buat kerja hari-hari. Aku rasa ini semuanya salah parti pembangkang yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP.kut!… sebab depa tak jaga pintu keselamatan negara dengan betul. Maklumlah!…, negara ini hanya layak diperintah oleh UMNO-BN sahaja. Nak harapkan PR, pendatang asing pun depa tak boleh nak settle.

Selasa, 16 Februari 2010

UMNO PENTINGKAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL DARIPADA MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH

KUALA TERENGGANU, 16 Feb: “Tidak cukup dengan sambut maulud setahun sekali, berarak, angkat sepanduk, berselawat, dalam masa yang sama kita tengok di hadapan mata kita, hukum-hukum Islam, perintah Allah Taala tidak diamalkan,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam supaya memahami bahawa dibangkitkan Rasulullah s.a.w. untuk mengajar manusia supaya beramal dengan Islam.

“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah s.a.w. mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya ketika menyampaikan ceramah di pekarangan Surau Istiqamah, Padang Nenas, malam tadi.

Turut berucap pada majlis ceramah yang diadakan bersempena Nadwah Ulama PAS Terengganu itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.

Katanya, berita kedatangan Rasulullah s.a.w. dibawa oleh Allah Taala melalui semua nabi dan rasul.

Jelasnya, Allah memerintahkan nabi-nabi dan rasul-rasul mengarahkan umat masing-masing supaya beriman, menolong dan berjuang bersama-sama dengan Rasulullah sekiranya sempat dengan baginda s.a.w. untuk memenangkan Islam.

“Menolong untuk memenangkan Islam, menang untuk apa, menang untuk memerintah, mendirikan kerajaan,” ujarnya yang menafsirkan ayat 81, surah Aali Imran berhubung perintah Allah tersebut.

Jelasnya, setelah dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi rasul, maka Rasulullah mengajak kaum keluarganya dan mereka yang ditemui supaya mengucapkan dua kalimah syahadah di samping mengajak mereka mendirikan kerajaan yang beramal dengan hukum-hukum Allah sebagaimana yang diturunkan di dalam al-Quran.

Tambahnya, Nabi s.a.w. juga mengumpulkan para sahabat, orang-orang beriman selain mengajak ahli-ahli kitab Yahudi dan Kristian dan mengutuskan surat kepada raja-raja dalam dunia supaya menganut Islam dan menerima Islam sebagai agama yang memerintah dan berdaulat.

Justeru itu, tegasnya perjuangan itu tidak berhenti walaupun Rasulullah s.a.w. sudah wafat.

Maka, katanya, adalah tidak cukup dengan sekadar sambutan Maulidur Rasul setahun sekali dengan berarak, mengangkat sepanduk dan berselawat tetapi dalam masa yang sama tidak melaksanakan perintah Allah Taala.

Tambahnya, akibat tidak melaksanakan hukum-hukum Islam menyebabkan keadaan menjadi huru-hara dengan peningkatan jenayah seperti rompakan, kecurian, pembunuhan dan sebagainya.

Di samping itu, ujarnya, bencana semakin banyak berlaku kerana manusia meninggalkan perintah Allah supaya beramal dengan hukum-Nya dalam semua perkara.

“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah s.a.w. mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya.

Tambahnya lagi, para sahabat dibunuh dan dihalau dari kamung halaman kerana berjuang bersama-sama Rasulullah s.a.w untuk mendirikan kerajaan dan memerintah dengan syariat Allah. harakahdaily

Isnin, 15 Februari 2010

MELUAT DENGAN PKR

Kalau sebelum ini seorang mangkuk ayun dari Bayan Baru meletakkan semua jawatannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengumumkan untuk keluar parti itu serta-merta kerana tidak lagi percaya dengan perjuangan PR.

Namun keadaan ini sedikit berbeza dengan kes perletakkan jawatan Hasbie Satar, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Beliau telah meletakkan jawatan berkuat kuasa semalam.

Menurut sumber, peletakan jawatan itu tidak menyatakan sebabnya. Tetapi beberapa andaian dibuat menyatakan mungkin ada kaitan beliau meluat dengan PKR. - AFP

AWAS! E-MAIL MINTA MAKLUMAT PERIBADI

Cybersecurity Malaysia mengingatkan pengguna Internet supaya berwaspada apabila menerima e-mel daripada institusi bank dengan meminta mendedahkan maklumat peribadi bagi mengelak ia digunakan untuk tujuan khianat oleh pihak tertentu.

E-mel itu meminta mengemaskinikan butiran peribadi, mengaktifkan semula akaun perbankan dalam talian atau menyertai dalam kaji selidik yang menawarkan ganjaran RM200.

Mereka yang menerima emel dengan pesanan seperti itu dinasihatkan supaya memadamkannya kerana dengan menjawab soalan itu mereka mungkin menjadi mangsa penipuan penjenayah siber yang kian meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Husin Jazri berkata, menjawab pesanan itu dengan memasukkan butiran peribadi seperti nama akaun perbankan dalam talian dan kata laluan merupakan percubaan untuk mencuri wang dalam akaun pemegang.

Oleh kerana laman web palsu itu menyerupai laman web bank yang sah, maka pelanggan terpedaya dengan memasukkan butiran peribadi sulit dan dengan itu nama dan kata laluan pemegang akaun dapati dicuri tanpa disyaki," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, tahun lepas, Pusat Bantuan Cyber999 telah menerima sebanyak 3,564 aduan mengenai insiden penipuan dalam Internet iaitu meningkat 68 peratus aduan berbanding tahun sebelumnya.

Husin berkata, laman web palsu dibangunkan sama seperti laman web bank terkenal tempatan dan penghantaran emel dengan menggunakan soalan yang meyakinkan untuk pelanggan membuka hubungan kepada laman web palsu itu.

"Bank tidak pernah tanya pelanggannya khususnya pengguna e-perbankan untuk mengemaskinikan akaun, mengubah semula kata laluan atau butiran peribadi menerusi emel," katanya.

Husin berkata pihaknya, sebagai agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, kini mengawasi keadaan itu dan bekerja rapat dengan Polis, Bank Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan menyediakan sokong teknikal cara mengatasi ancaman siber ini.

Katanya, kegiatan penipuan siber semakin menonjol setiap tahun dan dianggap salah satu ancaman besar dalam negara dan kerajaan mengambil langkah untuk memerangi jenayah siber dengan menubuhkan CyberSecurity Malaysia dan penggubalan Dasar Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSP).

Katanya, dalam usaha mendidik masyarakat dan meningkatkan tahap kesedaran keselamatan internet, CyberSecurity telah membangunkan program 'CyberSAFE' yang mana orang awam boleh mendapatkan maklumat mengenai keselamatan internet dalam portal di alamat www.cybersafe.my.

Pengguna internet yang ingin mendapatkan nasihat dan sokongan teknikal boleh menghubungi CyberSecurity di Pusat Bantuan Cyber999 di alamat emel cyber999@cybersecurity.my. - Takbernama

Ahad, 14 Februari 2010

RASUAH LAGI - SETIAUSAHA POLITIK MENTERI DITAHAN SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri ditahan SPRM kerana dipercayai memiliki kekayaan di luar jangkaan dalam tempoh singkat perkhidmatannya.

Perkara itu disahkan oleh sumber SPRM sendiri.

Difahamkan beliau ditahan semalam bagi membolehkan SPRM merekodkan keterangan berhubung dakwaan itu.

Setiausaha yang berusia lewat 30-an itu dikatakan berkerja dengan menteri berkenaan sejak April lalu.

Difahamkan SPRM mula menyiasat Setiausaha Politik itu sejak setahun lalu selepas menerima aduan daripada orang awam yang melihat gaya hidup mewahnya.

Siasatan mendapati Setiausaha Politik itu memperolehi kekayaan tersebut melalui wang sogokan yang diperolehinya dengan meluluskan projek-projek gergasi yang mencecah jutaan ringgit.

SPRM juga dikatakan sebelum ini memperoleh perintah untuk membekukan beberapa harta milik beliau dan akaun banknya bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

Beliau juga difahamkan mempunyai beberapa kereta mewah dan juga beberapa buah rumah mewah di Lembah Klang. Kesemua harta itu juga dipercayai dibeli menggunakan nama pihak lain, bagi mengelakkan dirinya menjadi buruan SPRM.

Bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed ketika dihubungi meminta orang ramai dan media supaya tidak membuat sebarang spekulasi tanpa asas yang kukuh. u-meloya

SELAMAT TAHUN BARU CINA


KEPADA SELURUH KAUM TIONGHUA
YANG BERADA DI 1MALAYSIA

DENGAN UCAPAN
SELAMAT TAHUN BARU CINA

Sabtu, 13 Februari 2010

TIADA PEMBATALAN MAJLIS MAULIDUR RASUL DI P.PINANG


PULAU PINANG, 13 Feb: Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim menafikan berita akhbar arus perdana (baca:akhbar propaganda UMNO) yang mengatakan perarakan Maulidur Rasul dibatalkan di negeri ini.

Jelasnya kepada Harakahdaily, kerajaan negeri juga tidak pernah mengumumkan tentang ketiadaan perarakan tersebut sebaliknya hanya menegaskan kepada wartawan bahawa kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tentang perkara itu kelmarin tetapi semalam semuanya telah selesai apabila satu sidang media diadakan.

"Kerajaan negeri menafikan berita yang tersiar dalam akhbar arus perdana. Apa yang mereka ingin buat adalah mengusutkan keadaan yang tenang," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.

Menurutnya lagi, majlis Maulidur Rasul bermula pada 25 Februari dengan bacaan Yaasin dan tahlil di seluruh masjid negeri ini.

Katanya, pada peringkat negeri pula diadakan di Masjid Negeri yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abas.

Pada 26 Februari, perarakan diadakan sekitar Dewan Seri Pinang di mana pelepasan perarakan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman.

*************************************************************************

Menurut sebuah laporan akhbar propaganda UMNO adalah dipetik seperti di bawah.

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu penduduk Islam di Pulau Pinang ‘membuka mata’ terhadap sikap sebenar kerajaan negeri pimpinan DAP apabila bertindak membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul yang secara tradisinya diadakan setiap tahun.

Sambil mempersoalkan tindakan itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan Pulau Pinang terutama Ketua Menterinya, Lim Guan Eng nampaknya mula mempraktikkan satu sikap baru iaitu mereka enggan mendukung cita-cita serta hasrat yang membabitkan kepentingan umat Islam.

“Saya mahu bertanya kepada kerajaan Pulau Pinang khususnya Guan Eng. Adakah dia mahu menunjukkan satu sikap baru bahawa dia tidak lagi bersama mendukung hasrat dan cita-cita umat Islam di negeri berkenaan?

‘‘Jika Guan Eng kata tidak, lebih baik dia benarkan perarakan ini diadakan. Apa yang Guan Eng bimbangkan sangat? Pasal keselamatan? Setakat ini tidak pernah pula kita mendengar perarakan Maulidur Rasul boleh mengancam keselamatan,’’ katanya.

Jumaat, 12 Februari 2010

BILA KAPAL TERBANG TAK BOLEH TERBANG DAN KAPAL SELAM TAK BOLEH MENYELAM



Sebelum ini negara kita dikejutkan dengan kehilangan enjin pesawat F5E. Logiknya, kalau dah tak ada enjin pesawat bagaimana pesawat mampu untuk terbang.

Kini kita dikejutkan pula dengan berita berkaitan dengan kapal selam pertama negara tidak mampu untuk menyelam
kerana dikhuatiri membahayakan.

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan kecil pada sistem saluran air bertekanan tinggi pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.

Bagaimanapun beliau berkata, kerosakan mekanikal yang dikesan pada 7 Januari lalu ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah itu tidak membimbangkan kerana hanya melibatkan sistem sokongan kapal.

"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk dan ini menyebabkan kapal tersebut gagal dilancarkan ke bawah permukaan air. Ia berlaku ketika kapal selam berada di limbungan kering dan bukannya semasa operasi,'' katanya

Anehnya dalam negara 1Malaysia, macam-macam perkara pelik yang berlaku membabitkan aset pertahanan negara. Bayangkanlah jika kita diserang, kita hanya mampu bergantung harap pada tentera darat sahaja bilamana laut dan udara gagal berfungsi sepenuhnya.

BERITA BERGAMBAR - CERAMAH DSAI DI DUN BATU CAVES

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim


YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin


YB Gobind Singh Deo


YB Azmin Ali


YB Amiruddin Shaari







Rabu, 10 Februari 2010

KOLEKSI LUCAH TERLAMPAU PEREKA GRAFIK MULUT SENGET

Saya setuju dengan pendapat Jeffry yang menyatakan, gambar boleh menceritakan seribu perkataan (rujuk disini). Maka dengan itu, satu gambar yang tidak betul akan menyatakan seribu perkataan yang tidak betul juga.

Anugerah seni grafik untuk berkarya yang ada pada Jeffry telah disalahgunakan. Jika di negara Barat, penghasilan filem porno juga mereka katakan sebagai hasil seni. Adakah di Malaysia juga, Jeffry perlu menganggapnya begitu juga?...

Lakarkanlah sempadan WAJIB, SUNAT, HARUS, MAKRUH, HARAM dan HALAL untuk berkarya.


Anda lihatlah sendiri hasil karya Jeffry. Dengan bangganya setiap hasil karyanya dicop dengan alamat laman blognya.

http://jeffrydamien09.blogspot.com/2010/01/anuwar-si-anjing-tersepit.html

PEREKA GRAFIK MULUT SENGET DITAHAN

Penulis blog yang memaparkan foto yang diubahsuai yang menunjukkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan yang mengaibkan, telah ditahan semalam.

Sumber polis Kelantan mengesahkan kepada dia ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis kontinjen Johor Bahru.

Menurutnya, penulis blog lelaki berumur sekitar 40-an itu ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan di sana terlebih dahulu," kata sumber sambil menambah bahawa penulis blog itu masih ditahan di Johor Bahru.

Ahad lalu, Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan Mejar (B) Mohamad Ibrahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu terhadap tindakan blogger tersebut.

Mohamad dilaporkan berpendapat tindakan penulis blog itu adalah bersifat provokatif dan bertentangan dengan undang-undang.

Sementara itu, Star online hari ini melaporkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan penahanan penulis blog itu dan menurutnya, siasatan lanjut akan diuruskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan.

Penahanan penulis blog itu adalah penulis yang kedua ditahan tahun ini selepas Khairul Nizam Abdul Ghani atau dikenali sebagai Aduka Taruna ditahan pada 29 Januari lalu.


Ulasan: Allah bagi ilmu berkebolehan merekacipta dan menguasai teknologi ICT bukan untuk menghasilkan gambar-gambar berunsur lucah serta menelanjangkan seseorang yang kita tidak sukai. Bukankah lebih elok jika kebolehan menghasilkan grafik digunakan untuk memperkembangkan lagi ajaran islam.

Selasa, 9 Februari 2010

HA... HA... HA... AKULAH MB PERAK YANG SAH



Ha.. Ha.. Ha.. Akulah Menteri Besar Perak yang sah dan sekarang.. Apa korang nak kata itu korang punya suka.. Aku peduli apa..

Korang nak kata aku Penguasa Haram ka, Aku Menteri Besar Hamsah (Haram+Sah ) ka, nak kata aku Menteri Besar Mahkamah ka… itu korang punya suka.. sikit aku tak hairan..

Ha.. Ha.. Ha.. Ha.. Ha..

Bubar DUN?? Ha.. Ha.. Ha.. mimpilah korang.. Ha.. Ha.. Ha..

Barangkali itu yang terlintas di fikiran Zambry semasa sedang ketawa.(sumber).


TAFSIR MIMPI BURUK ZAMBRY TERJUN DARI MENARA TINGGI TERJAWAP


Biasanya apabila sesuatu mimpi buruk berlaku kita akan mengandaikan bahawa buruklah jua petaka yang akan terjadi pada diri seseorang atau empunya diri yang bermimpi. Namun tidak semua mimpi adalah benar. Kerana mimpi hanyalah mainan tidur.

Namun mimpi 'Zambry terjun dari menara tinggi' rupa-rupanya membawa berita gembira buat Zambry di atas keputusan mahkamah sebentar tadi. Kemenangan 5-0 itulah yang diberikan oleh hakim kepada Zambry. Sekian...



Mutiara kata:

"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada
kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan
ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak
tapi diiringi dengan riak."


MIMPI NGERI - ZAMBRY TERJUN DARI MENARA TINGGI

Malam tadi aku mimpi ngeri... Kenapa Zambry terjun dari menara tinggi??? Sampai pagi ini aku masih mencari tafsir mimpi itu...

Sabtu, 6 Februari 2010

ZAMBRY GELISAH, GUNA JENTERA KERAJAAN UNTUK POLITIK


IPOH, 6 Feb: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan kerajaan BN/Umno semakin resah gelisah sehingga menggunakan jentera kerajaan termasuk setiausaha kerajaan negeri (SUK) untuk mengerah pegawai kerajaan dan isteri hadir solat hajat di kediaman menteri besar malam ini.

Setiausaha PAS negeri, Misbahul Munir Masduki berkata, Pakatan Rakyat (PR) sering menganjurkan solat hajat waktu menjadi kerajaan tetapi tidak pernah menggunakan SUK atau jabatan agama untuk mengerah pegawai kerajaan hadir.

“Kita guna jentera parti pertahan kerajaan tetapi Umno/BN guna jentera dan pegawai kerajaan untuk pertahan kerajaan. Jadi Umno peralat pegawai kerajaan untuk kepentingan politik,” ujarnya.

Selain itu, katanya penyelaras masjid juga diperkuda untuk mengerah pengerusi, setiausaha dan bendahari masjid melalui panggilan telefon supaya hadir ke majlis itu.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas jemputan yang dihantar oleh SUK melalui sms kepada semua pegawai kerajaan bersama pasangan ke program solat hajat itu dengan berpakaian baju kebangsaan dan sopan.

Jumaat, 5 Februari 2010

2 HARI SAIFUL TAK BOLEH BERAK


Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selanjutnya

52 TAHUN MELAYU P.PINANG DITIPU UMNO, MASIH TAK SEDAQ-SEDAQ


Sambil memakai ikat kepala sambil meluangkan 'Sedaq' dan laungan 'Hidup Melayu', mereka mengecam kerajaan negeri kerana didakwa tidak memperduli dan menghiraukan nasib orang Melayu, Pulau Pinang. Setelah 52 tahun kena tipu dengan kerajaan terdahulu, baru sekarang nak bangkit dari tidur yang panjang, pe... hal bro!...

Enam pemimpin Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim, menyampai ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng.

Selepas solat Jumaat, kira-kira 30,000 orang berarak ke Komtar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Guan Eng.

Mereka juga bertindak membakar patung Guan Eng di luar bangunan Komtar, dan anggota bomba kemudian memadamkannya.

UMNO MELOMPAT GEMBIRA BILA NIK AZIZ ROYAK LAGI NI!...

KOTA BHARU 4 Feb. - Jika sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat begitu lantang menentang sebarang usaha mengadakan rundingan dengan UMNO, tetapi hari ini nada beliau berbeza sama sekali.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemikiran Islam Semasa - Pemakaian Kalimah Allah di sini, Nik Abdul Aziz mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau rasa amat gembira jika soal perbincangan yang menjadi isu bermusim itu menjadi kenyataan.

"Ia kerana selama ini banyak masa, wang dan tumpuan dihabiskan kerana pertengkaran yang tidak membawa apa-apa faedah," katanya.

Menurut beliau, jika majlis perbincangan antara pemimpin berlainan agama boleh dilangsungkan dengan baik, maka tidak ada masalah untuk Pas dan UMNO - yang sama- sama Islam - duduk berbincang.

"Saya bersyukur kepada Allah kita berjaya mengadakan seminar mengenai penggunaan kalimah Allah hari ini.

"Saya datang hanya untuk menutup majlis, tapi saya sangat gembira kalau boleh majlis macam ini dibuat antara Pas dengan UMNO.

"Lebih 50 tahun kita bertengkar dengan UMNO, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas. Apa hasil? Banyak masa habis, UMNO guna masa begitu banyak, kepakaran begitu banyak, lawan gerakan Islam yang dibawa oleh Pas, apa hasilnya?" katanya.

Ujar Nik Abdul Aziz, Pas adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam UMNO sendiri dan adalah tidak wajar perseteruan yang ada terus menerus berlaku.

"Tolong fikirlah, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas dan Pas ini dibuat oleh alim ulama UMNO.

"Pada 1946, semua orang Melayu bersama UMNO tok gurunya, cikgunya, pelajar, tetapi pada 1951, alim ulama keluar daripada UMNO dan buat parti baru namanya Pas, Persatuan Islam Se-Tanah Melayu kemudian berubah jadi Parti Islam Se-Malaysia.

"Jadi apa pentingnya UMNO bertengkar dengan Pas, sedangkan Pas bawa Islam. Selepas kita mati, Melayu tidak ada guna, Cina tak ada guna, Arab tak ada guna.., yang guna Islam dan bertakwa kepada Allah," katanya.

Jelas beliau, jika isu pembangunan yang menjadi punca UMNO memusuhi Pas, ia tidak sepatutnya berlaku kerana beliau mendakwa Pas juga membawa pembangunan kepada negeri yang diperintah.

Nik Abdul Aziz berkata, sehubungan itu beliau meminta tokoh-tokoh UMNO agar menimbangkan permintaannya itu.

Khamis, 4 Februari 2010

RAKYAT MENDERITA AKIBAT KEGAWATAN EKONOMI TIBA-TIBA POLIS PULA DAPAT DURIAN RUNTUH


Hishammuddin Tun Hussein bersalaman dengan Musa Hassan selepas sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, semalam.

















Dalam keadaan negara dilanda kegawatan ekonomi, manakala rakyat jadi mangsa dan menderita akibat kenaikan harga barang, tiba-tiba seramai 98,747 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula akan menikmati pelarasan kenaikan gaji dan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP) antara RM1,500 hingga RM6,000 berkuat kuasa 1 Januari 2009.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan berita baik itu berkata, penyelarasan di bawah skim perkhidmatan baru itu disebabkan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan elaun ITKP, bergantung kepada pangkat dan perubahan jadual gaji matriks. Selanjutnya

"1Malaysia, polis didahulukan rakyat dipinggirkan". Bukanlah nak mempertikaikan untuk mempertingkatkan taraf ekonomi polis tetapi kerajaan harus berlaku adil kepada semua rakyat jelata. Nak tanya UMNO-BN, bila PRU13 rakyat nak letak mana...?

Rabu, 3 Februari 2010

'INDIA PENGEMIS', 'CINA JUAL TUBUH' - 12 LAPORAN POLIS DIBUAT

Sekurang-kurang 12 laporan polis dibuat ke atas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar berhubung kenyataannya yang berbaur perkauman pada seminar 1Malaysia di Melaka, semalam.

Menurut Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Zinin, semua 12 laporan itu dibuat di seluruh negara dan beliau memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan.
Ditanya samada Nasir akan ditahan atau diheret ke mahkamah berhubung kenyataannya itu, Mohd Bakri berkata adalah terlalu awal untuk mengulas sementara siasatan dijalankan.

“Biar kami menyiasat terlebih dahulu. Kami mesti mengumpul semua fakta dan saksi. Hanya selepas itu, kami akan menentukan samada untuk menahannya,” katanya.

Ucapan Nasir di Melaka semalam itu menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.
Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Beberapa jam selepas Malaysiakini mendedahkan berita itu, Pejabat Perdana Menteri pada satu kenyataan malam semalam mengumumkan Nasir akan meletakkan jawatan.

Menurut kenyataan media itu lagi, kenyataan Nasir juga tidak mencerminkan pandangan perdana menteri.
Nasir, tambahnya, memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.

Utusan juga pernah menyiarkan berita berunsur rasis suatau ketika dahulu

PEGAWAI KHAS NAJIB PUN TIDAK FAHAM APA ITU 'GAGASAN 1MALAYSIA'

Kenyataan berbau perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka semalam, menyaksikan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

NONEMenurut sumber, pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar (kanan, bertali leher) menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Selama ini bukan sahaja rakyat biasa yang masih tidak faham apa itu gagasan 1Malaysia, rupa-rupanya pegawai khas Najib sendiri pun ikut sama tidak cerdik mengenai gagasan 1Malaysia yang dimaksudkan oleh bosnya sendiri.

Pemuda MIC dijadual akan membuat laporan polis dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Feb.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.

Akibat keceluparan mulut pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar diarah meletakkan jawatan berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman di Melaka pagi semalam, demikian menurut sumber.

Selasa, 2 Februari 2010

UMNO BOLEH BUAT APA MEREKA MAHU - KU LI



Apa yang ingin dilakukan oleh Umno terhadap Tengku Razaleigh Hamzah adalah tidak relevan kerana isu sebenar ialah ketetapan undang-undang bahawa Kelantan dan Terengganu berhak mendapat royalti.

"Siapa saya berbanding isu sebenarnya, iaitu undang-undang dan hak rakyat. Umno boleh buat apa yang mereka mahu. Tetapi selepas itu mereka tetap terpaksa berhadapan dengan undang-undang negara dan berhadapan dengan rakyat," Malaysiakini memetik bekas Menteri Kewangan itu berkata ketika mengulas kemungkinan tindakan Umno terhadapnya.

Ini ekoran tindakan Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menyampaikan ucapan mengenai hak Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak di Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu pada 28 Januari lalu.

Beliau mengulangi penegasan bahawa Akta Kemajuan Petroleum memberikan hak di sisi undang-undang kepada Kelantan dan Terengganu untuk mendapat bayaran tunai royalti sebanyak lima peratus hasil keuntungan minyak di luar pesisir.

"Sebagai Pengerusi Petronas pada waktu itu, saya yang merangkakan undang-undang tersebut dan menandatangani perjanjian atas arahan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

"Beliau mahu memastikan negeri-negeri yang miskin di Semenanjung mendapat faedah dari minyak yang diperolehi di luar pesisir," kata bekas Naib Presiden Umno itu.

Razaleigh berkata, beliau tahu negeri-negeri tersebut tidak mempunyai minyak di pesisirnya.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pihaknya memerlukan masa untuk meneliti kenyataan yang dibuat oleh Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu sebelum menentukan adakah ia melanggar disiplin parti.

Katanya, Umno juga akan meneliti terlebih dahulu kenyataan yang dibuat oleh Razaleigh mengenai persetujuannya untuk mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

Menurut Tengku Razaleigh pula, fungsi kaukus tersebut seharusnya diperluaskan dengan mengkaji semula kedudukan dan hak negeri-negeri sebagai anggota kepada Persekutuan Malaysia.