Sabtu, 31 Oktober 2009

1MALAYSIA NAK TAHU: APA KHABAR KETUA PUTERA UMNO!... Nizar Zambry




Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa hari penamaan calon di Bagan Pinang mengemparkan seluruh negara.

Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon yang lalu.

Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

Sampai sekarang tiada tangkapan dibuat terhadap penjenayah yang membelasah ketua Putera Umno tersebut. Kesian Azeez... penjenayah tidak sepatutnya dibiarkan lepas bebas.

Yang menjadi tanda tanya seluruh rakyat 1Malaysia, apa cerita putera UMNO tu sekarang? Masih sakit lagi kah!... atau dah sihat... Sapa tau cerita nie!...

Jumaat, 30 Oktober 2009

NO HOLDS BARRED - 1Malaysia news

Oleh: Raja Petra Kamarudin

Marilah kita melihat kembali ke sejarah. Bagaimanakah USSR dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Shah dari Iran dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Saddam dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimanakah Sukarno dan Suharto dapat mengekalkan kuasa mereka. Bagaimana regim ini dapat mengekalkan kuasa mereka dalam sejarah 5,000 tahun yang lepas, ya, anda akan menemui satu persamaan diantara mereka. Persamaan itu adalah bagaimana polis untuk menolong regim itu untuk mengekalkan kuasa mereka, sama ada ia sah dari segi undang-undang atau sebaliknya.

Inilah situasi yang berlaku di Malaysia hari ini.

Kemudian kita lihat bagaimana regim ini dijatuhkan. Hanya ketika pihak polis menukar laluan sokongan mereka ataupun berlaku adil, barulah regim ini akan dijatuhkan. Iaitu apabila pakatan yang haram diantara polis dan regim berkecai barulah regim dapat dijatuhkan. Tiada apa cara lagi, sejarah telah membuktikannya. Regim tidak akan jatuh kecuali sokongan polis terhadap mereka retak. Jadi untuk menjatuhkan regim, polis harus diubah terlebih dahulu.

Perkara yang berlaku di Dewan Undangan Perak semalam merupakan jejak terakhir polis. Tindakan ganas polis terhadap Pakatan Rakyat merupakan paku terakhir untuk sebuah keranda.

Saya bukannya tidak tahu sehingga mana keganasan yang dilakukan oleh polis. Saya telah menjadi "tetamu" mereka lebih daripada sekali dan anak saya sering dipukul di Penjara Sungai Buloh di tangan polis. Setelah beberapa insiden "pembunuhan kedaulatan undang-undang" di Malaysia, sekiranya anda masih sangsi bahawa polis tidak bertindak diluar undang-undang, saya tidak tahu apa contoh yang lagi untuk anda.

Najib Tun Razak yang boleh dipenjarakan kini menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana konspirasi penutupan cerita di sebalik pembunuhan Altantuya Shaariibuu oleh polis. Siapa lagi sekiranya bukan IGP sendiri, Musa Hassan untuk menutup kes ini. Hal ini telah diceritakan kepada saya secara peribadi oleh Konsul Kehormat Mongolia ke Malaysia, Datuk Syed Alhabshi Rahman. Dia memberitahu saya bahawa dia telah memberikan Musa Hassan segala bukti tetapi bukti itu telah dikuburkan dan tidak dibenarkan untuk muncul dalam perbicaraan pembunuhan di mahkamah.

Biarlah saya membuat penjelasan disini. Faktor Perdana Menteri Najib tidak dipenjarakan kerana Musa Hassan dan polis Malaysia. Selain itu, Musa Hassan juga menganas terhadap pembangkang. Dan apa yang berlaku di Perak dapa meyakinkan lagi sekiranya anda masih tidak percaya dengan situasi sebenar yang berlaku.

Musa Hassan harus dihantar ke penjara. Dia tahu dia akan dihantar ke penjara sekiranya Barisan Nasional ditempatkan dalam situasi yang paling sukar iaitu menjadi pembangkang dan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Jadi Musa Hassan akan memastikan Pakatan Rakyat tidak akan menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan. Dan dia akan melakukan apa pun untuk memastikan perkara ini tidak terjadi.

Ada orang yang cuba mengatakan saya melarikan diri untuk "mengelakkan" hukuman saya kerana mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Itu yang mereka mahu anda percaya. Ia langsung tiada kena mengena dengan kesalahan yang didakwa dalam perbicaraan saya mengenai hasutan. Aku telah melarikan diri kerana aku tahu mereka akan menahan saya di bawah Internal Security Act (ISA) tanpa sebarang perbicaraan untuk menghentikan saya untuk mendapatkan bukti yang lebih lanjut tentang cara polis menutup fakta-fakta di sebalik pembunuhan Altantuya.

Namun fakta ini tidak akan disemubuyikan lagi. Sebelum sambutan Natal tahun ini akan wujud fakta-fakta tersebut. Malaysia akan diberitahu kebenaran yang berlaku di sebalik pembunuhan Altantuya. Malaysia akan dapat melihat diri sendiri bukti-bukti bagaimana Musa Hassan dan polis Malaysia memastikan bahawa Najib akan menjadi Perdana Menteri daripada dipenjarakan dengan konspirasi menutup kebenaran di sebalik pembunuhan itu.

Sudah terlambat bagi mereka untuk menghentikan saya sekarang. Bahkan sekiranya saya masih menghilangkan diri sendiri, ia tidak akan menghalang fakta daripada daripada dikemukakan. Setelah lapan bulan saya melarikan diri, saya tidak menghabiskannya dengan sia-sai. Fakta-fakta telah dikumpul. Saya telah mengumpulkan semua fakta yang berkaitan untuk dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia. Dan, apabila ia dipersembahkan kepada Rakyat Malaysia, semua orang akan melihat bagaimana peranan Musa Hassan dan polis untuk menutup kes pembunuhan Altantuya untuk menyelamatkan orang-orang dalam pembunuhan itu daripada dihantar ke penjara.

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyesalkan bahawa Malaysia telah berubah menjadi negara polis. Mahathir, pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, marah kerana polis di negara ini dan membantu rejim haram yang dianggap oleh Mahathir untuk menjalankan tugas. Ini adalah pandangan Mahathir. Dan ini menjadi pandangan saya juga. Dan saya menolong Mahathir dalam perkara ini. Saya akan membantu Mahathir untuk membuktikan apa yang dia katakannya itu benar. Mahathir harus membuktikan juga bahawa apa yang dia katakan adalah benar iaitu Malaysia adalah negara polis dan polis membantu regim haram untuk mentadbir negara.

Tidak mengapa sekiranya Najib dan kumpulannya masuk penjara atau tidak. Yang saya prihatin ialah Musa Hassan akan menjadi orang yang pertama untuk dihantar ke penjara. Beliau harus dihantar ke penjara kerana beliau merupakan Ketua dalam kerja menutup kes pembunuhan Altantuya. Kemudian yang lain boleh dimasukkan penjara.

Polis di Malaysia merupakan sekumpulan gangster berseragam. Mereka sebenarnya lebih teruk daripada gangster. Bahkan gangster memiliki etika. Jika anda pernah bercampur dengan mereka, anda akan tahu apa yang saya maksudkan. Gangster yang berseragam tidak mempunyai etika sama sekali. Lebih teruk lagi, gangster berseragam ini sembahyang lima kali sehari dan menghala ke Mekah dan membayangkan diri mereka sebagai umat pilihan Allah yang telah dijanjikan sebuah tempat di Syurga , walaupun mereka tidak peduli apa pun dosa dan kejahatan yang mereka telah lakukan.

Saya telah dipenjara dulu. Penjara adalah satu tempat untuk mengumpul pelbagai jenis orang dan sampah masyarakat. Tapi banyak kali mereka yang disebut sebagai sampah masyarakat telah terbukti mereka adalah lebih baik daripada gangster yang berseragam. Saya telah, pada kenyataannya, telah diberikan perlindungan 24 jam oleh orang-orang yang akan anda anggap sebagai sampah masyarakat. Mereka berdiri di luar sel sementara saya tidur didalam demi memastikan bahawa tiada sebarang ancaman datang kepada saya supaya saya boleh hidup untuk meneruskan perjuangan untuk Malaysia.

Ya, apa yang ironi. Orang yang dianggap sampah masyarakat oleh kita telah menjadi penyelamat kepada saya ketika saya berada dalam penjara daripada orang-orang berseragam. Inilah pengajaran saya ketika dalam penjara. Ini telah membuat saya lebih mempercayai mereka sekiranya saya berada di tangan gangster, perampok dan penculik berbanding berada di tangan orang-orang berseragam.

Bukan apa lagi. Musuh utama bagi Malaysia sekarang adalah polis. Mereka adalah orang yang terlebih dahulu diubah sebelum kita dapat menurunkan satu regim yang dinamakan Barisan Nasional. Rakyat Malaysia harus mengubah Polis. Musa Hassan harus menjadi orang yang pertama. Sekiranya kita memisahkan kepala dari lehernya maka regim akan runtuh. Dan hanya selepas itu orang-orang di balik pelbagai pembunuhan dapat dibawa ke mahkamah.

Original Post: http://mt.m2day.org/2008/content/view/28167/84/

BILA MIC DAN MCA TAK SUKA, UMNO PASTI MENURUT SAJA - 1Malaysia news

KUALA LUMPUR 30 Okt. — MIC dan MCA menentang cadangan melaksanakan sistem pendidikan satu aliran, dengan mengatakan bahawa sekolah jenis kebangsaan yang ada sekarang tidak akan menghalang usaha ke arah mewujudkan perpaduan nasional.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini berkata, sekiranya cadangan itu dikemukakan dalam usaha menjalin perpaduan kaum, ada banyak cara lain lagi untuk melakukannya dan bukan melalui sistem pendidikan satu aliran.

"Bagi sekolah Tamil, pelajar (India) akan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak daripada kaum lain apabila mereka memasuki sekolah menengah,” katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan cek bernilai RM1 juta kepada lebih 50 kuil Hindu di sini.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong berpendapat sistem persekolahan pelbagai aliran patut diteruskan kerana ia tidak akan menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk negara ini.

"Ia bukan penghalang kepada perpaduan nasional, sebaliknya bantu menerapkan semangat bersatu padu di kalangan masyarakat majmuk,” kata Wee kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemuda MCA di Wisma MCA hari ini.

Dr. Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, walaupun bahasa pengantar di sekolah pelbagai aliran bukannya bahasa kebangsaan namun ia tidak menggugat pelajar untuk menghayati konsep 1Malaysia.

- BERNAMA

Khamis, 29 Oktober 2009

KERETA LEBIH 15 TAHUN BAKAL JADI TUKUN: NAJIB TUYA

KUALA LUMPUR - Berkuat kuasa 1 Januari 2010, semua kenderaan persendirian berusia 15 tahun atau lebih diwajibkan menjalani pemeriksaan komprehensif tahunan ekoran kajian semula Dasar Automotif Nasional (DAN) yang diumumkan semalam.

Ia mensyaratkan kelulusan daripada Puspakom Sdn. Bhd. sebelum pemilik boleh memperbaharui cukai jalan. Selanjutnya...

Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional yang bakal menyusahkan rakyat dan menguntungkan kerajaan. Sekali masuk untuk membuat pemeriksaan Puspakom dah berapa RM dikenakan? Setelah Puspakom mengesahkan ada terdapat komponen kenderaan yang perlu dibaiki, pemeriksaan kali kedua pula akan dibuat bagi pengesahan untuk diluluskan. Pemilik kenderaan perlu menghantar ke mana-mana bengkel/workshop untuk dibuat pembaikkan.

Itupun jika pemeriksaan kali kedua lulus, kalau nasib tak baik kena periksa kali ketiga atau empat... Kalau tak, jangan harap Puspakom nak keluarkan sijil Laporan Pemeriksaan Khas untuk memperbaharui cukai jalan. Akhirnya pemilik bengkel dan Puspakom juga yang kenyang.

Rabu, 28 Oktober 2009

ZAMBRY MB HARAM - JAMBATAN KALER BIRU RUPANYA TIADA KELULUSAN DARI JKR





Jambatan gantung yang runtuh sehingga mengakibatkan seorang murid sekolah meninggal dunia dan dua lagi hilang dalam tragedi kelmarin dibina tanpa mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

"Anggaran kos juga kita tidak boleh cakap kerana tidak ada penilaian kos yang dibuat," katanya ketika dihubungi petang ini.

Jelasnya, beliau juga tidak dapat memberi butiran berkenaan kerana maklumat tersebut tidak disampaikan kepadanya dari pihak pentadbiran SK Kuala Dipang, lokasi jambatan maut itu.

Pelan pembinaan jambatan yang dibina merentasi sebuah sungai berhampiran sekolah itu di Kampar sepatutnya dirujuk kepada JKR terlebih dahulu sebelum diluluskan, tambahnya.

"Kalau ikut amalan biasa, kena rujuk kepada JKR terlebih dahulu," kata Dr Safry.

Jelasnya lagi, JKR seharusnya dirujuk memandangkan jambatan itu dibina dalam sebahagian kawasan sekolah.

"Kawasan tapak perkhemahan di seberang sungai itu juga termasuk dalam kawasan sekolah," katanya, sambil menambah struktur itu dibina tanpa merujuk sebarang agensi teknikal.

Jambatan baru sepanjang beberapa puluh meter di belakang kawasan sekolah itu siap dibina kira-kira dua minggu lalu untuk menghubung sekolah dengan tapak perkhemahan.

Sewaktu kejadian pada 10.30 malam Isnin lalu, 22 murid sekolah rendah yang menyertai program perkhemahan 1Malaysia tetapi 19 lagi dapat diselamatkan.

Dr Safry, yang bakal menganggotai jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian berkenaan seperti diumumkan timbalan perdana menteri semalam, juga berkata:

"Setakat ini kita cuma dapat tahu tiangnya tercabut bersama dengan sangganya, sebab-sebab lain kita belum dapat pastikan lagi.

"Kita akan tengok aspek-aspek teknikal, butir-butir terperinci dalam pembinaannya serta integriti strukturnya."

Selasa, 27 Oktober 2009

ZAMBRY MB HARAM - PERKHEMAHAN 1MALAYSIA MENGUNDANG PADAH

Cara pembinaan jambatan gantung menyeberang Sungai Kampar di Kuala Dipang dekat Kampar yang runtuh menyebabkan seorang murid lemas dan dua lagi hilang semalam hangat dipersoalkan oleh pelbagai pihak yang berada di tempat kejadian.

Kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan terhadap kejadian itu namun kalangan ibu bapa dan orang ramai yang berada di tempat kejadian, membuat andaian terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sebagai punca utama kejadian.

"Saya seperti tidak percaya apabila melihat saiz konkrit pelapik tiang jambatan... ia terlalu kecil dan tiada cerucuk," kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Beliau yang mendakwa berpengalaman dalam sektor pembinaan berkata saiz konkrit berkenaan yang kecil tidak sepadan dengan tiang besi jambatan yang turut menampung kabel besi jambatan.

Inilah hebatnya projek kerajaan Barisan Nasional.

Murid berkenaan sebahagian daripada 298 murid dari 64 buah sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai aktiviti kokurikulum perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Seorang bapa murid, S Thiagaran, 42, berkata beliau hairan apabila melihat konkrit bagi tiang jambatan itu tidak dipasang besi cerucuk.

"Dari pemerhatian saya, simen pada kaki jambatan ini juga masih belum kering dan ia menunjukkan keadaan yang tidak selamat," katanya.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dua minggu lepas dan menurut seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kuala Dipang, ia dibina bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang telah runtuh sebelum ini.

Seorang lagi bapa murid Jaafar Arif, 65, berkata tindakan tegas perlu diambil hasil daripada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa kerana kejadian itu telah menyebabkan kehilangan nyawa.

Seorang penjawat awam yang berpengalaman dalam kegiatan lasak pula berpendapat bahawa jambatan gantung biasanya dihadkan bilangan pengguna kerana ia berbuai-buai atau bergoyang dan boleh menyebabkan pengguna terjatuh jika tidak berhati-hati.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat tempat kejadian (foto, bertopi) mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa siasatan yang diketuai Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai para pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan wakil kerajaan negeri Perak.

Jawatankuasa itu akan membuat siasatan terperinci bagi menentukan fakta sebenar yang membawa kepada insiden berkenaan dan membentangkan laporan itu kepada beliau, katanya.

"Kita akan bagi mereka tempoh masa yang sesuai supaya hal ini dapat dilaporkan dengan lengkap dan terperinci," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pada Selasa.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selepas melawat tempat kejadian malam tadi turut mengarahkan siasatan terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sama ada mengikut spesifikasi. BERNAMA

Isnin, 26 Oktober 2009

BERAHIM ALI PERASAAN ADA ORANG GELAR DIA KATAK

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang digelar 'katak' sedangkan menurutnya ramai lagi pemimpin politik yang turut melompat parti.

Beliau bagaimanapun mengakui pernah menganggotai banyak parti - Berjasa, Umno, Parti Semangat 46 (S46) dan kini menjadi wakil rakyat Bebas.

"Kalau dibandingkan dengan orang lompat parti, ada setengahnya lima enam tujuh parti.

"Tengok di Sabah berapa ramai... tidak ada pemimpin Sabah yang tidak lompat parti," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini Jumaat lalu.

Malah, katanya, pemimpin besar negara seperti bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn juga pernah keluar Umno apabila Datuk Onn Jaafar keluar dari Umno, dan beliau (Hussein) kembali semula ke pangkuan Umno.

"S46 masuk balik Umno. Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) menentang kerajaan, masuk Umno, kemudian keluar (Umno) tubuh (parti) Keadilan, mengapa tidak disebut lompat (katak)?" soalnya.

Katanya, begitu juga dengan pemimpin seperti Marina Yusof, Datuk Asri Muda, Hassan Adli dan ramai lagi.

'Sama saja...'


"Kenapa saya...kalau lompat (digelar) lontong, monyet, kera... tapi orang lain berapa ramai, Datuk Rais Yatim (Umno-S46-Umno) dan Datuk Shabery Cheek (S46-Umno)," katanya.

Rais dan Shabery kini merupakan anggota kabinet dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sama saja... tapi buruknya Ibrahim Ali... tapi buruk Ibrahim Ali pun tidak ada rekod rasuah dan penyelewangan.

"Saya pegang banyak jawatan juga - pengerusi LKIM, lembaga pengarah KESEDAR, dalam Pernas - adakah orang kaitkan Ibrahim Ali dengan 'ikan kaloi'?... tak ada ... Ibrahim Ali dikaitkan dengan balak?... tak ada...mana (ada)..

"Alhamdullah, kalau dapat pertahan diri 30 tahun jadi pemimpin politik yang tidak dikait dengan rasuah dan penyelewengan kuasa, kira okaylah. Jadi tengoklah kebaikan saya....saya pun berjuang untuk bangsa dan negara juga," katanya.

Ibrahim berkata, antara sumbangan besarnya ialah perjuangan menaikkan taraf Institut Teknologi Mara (ITM) menjadi universiti.

Katanya, orang lupa bahawa pada 1972, diploma ITM hanya diiktiraf sama dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Tunjuk perasaan


"Ringkas cerita, (semasa) saya menjadi setiausaha agung dan kemudiannya presiden Persatuan Siswa ITM pada 1972,buat memorandum desak kerajaan.

"Pada 22 April (1972), berlaku tunjuk perasaan besar. ITM ditutup dan Tun Abdul Razak Hussein masih menjadi perdana menteri, sehinggalah kita buat rundingan penyelesaian sebahagian daripada diploma ITM pada masa itu diiktiraf setaraf dengan ijazah am di universiti-universiti lain.

"Siapa punya kerja... untuk orang Melayu, untuk Islam. Yang berpekik melolong kata kat Ibrahim Ali tu apakah sumbangan mereka?" soalnya lagi.

Namun, kata Ibrahim, perjuangannya tidak berhenti setakat ini sahaja dan selepas dibebaskan dari tahanan ISA, beliau menyertai politik pada tahun 1981.

"(Semasa) menjadi exco Pemuda Umno, saya lantang balik (mendesak) supaya diadakan fakulti perubatan di ITM untuk orang Melayu dan orang Islam, kerana saya tengok inilah gedung ilmu untuk tingkatkan martabat orang Melayu.

"Bila jadi ahli parlimen mulai 1986, setiap kali saya bahaskan perbelanjaan, saya mesti desak ITM dinaikkan (ke taraf) Universiti... saya juga bercakap dalam Majlis Tertinggi (MT) sehingga (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata 'kamu ni Ibrahim tak ada kerja lain... ITM universiti, ITM universiti...

"Kemudian bila saya jadi timbalan menteri pada 1997, saya kata, inilah kesempatan paling baik. Saya himpunkan 15,000 bekas siswazah ITM di Stadium Melawati. Waktu

itu Datuk Seri Najib (Tun Razak) selaku menteri pelajaran. Saya pengerusi perhimpunan. Saya berucap dan pelajar angkat kain rentang dan bendera mahukan ITM jadi universiti.

"Saya duduk di tengah-tengah, Dr Mahathir (di sebelah kanan). Perdana menteri tanya kat Datuk Seri Najib boleh tak kita isytihar ITM jadi universiti, peninglah saya dengan Ibrahim ini, itulah kata Dr Mahathir. Najib kata tak ada salah... Dr Mahathir orang yang luluskan, yang melaksanakannya Najib dan saya orang ketiga yang mendesak.

"Ini kerja katak, lutung, orang (yang didakwa) tak berprinsip... Tanyalah siswazah ITM. Tanyalah (bekas pengarah ITM), Tan Sri Arsyad Ayub, pergilah tanya...," katanya.

Sumber: malaysiakini

Ahad, 25 Oktober 2009

SEJARAH RAIS BAKAR JAMBATAN VS MD YUSOFF BAKAR JENTOLAK

KOTA BHARU, 25 Okt: Md Yusoff Abd Ghani (BN-Nenggiri) hari ini secara tidak langsung mengakui beliau antara orang yang terlibat membakar sebuah jentolak di Kampung Sungai Raya dalam Dun berkenaan pada tahun 2005 sebagai protes terhadap pemaju yang memajukan tanah yang diterokai mereka.

Md Yusoff secara spontan berkata "kalau saya terlibatpun (membakar jentolak) saya membela rakyat."

Beliau berkata demikian ketika Chek Hashim Sulaima, bangun bertanyakan soalan itu sewaktu Adun BN berkenaan berucap membahaskan Belanjawan 2010 di Sidang Dun Kelantan hari ini.

Pengakuan bekenan membuatkan dewan menjadi gamat seketika kerana secara tidak langsung beliau mengakui teka-teki berkenaan sebelum ini.

Ekoran pengakuan itu, beberapa pihak dikatakan akan membuat laporan polis kerana pengakuan Adun BN itu bermakna beliau mengaku membuat satu perbuatan jenayah.

Sebelum itu dewan juga menjadi gamat dengan kenyataan spontan Adun Nenggiri itu apabila beliau berkata bila tuduhan tentu tidak ada bukti.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk pada Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) apabila meminta Yusoff membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila mempunyai bukti kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk PMBK sebagaimana yang didakwa.

PMBK adalah Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang ditubuhkan kerajaan negeri untuk melaksanakan pelbagai projek untuk kepentingan rakyat dan negeri Kelantan. Ia diuruskan secara langsung oleh pejabat MB pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Antara projek utamanya dan memberikan hasil terbaik adalah PMBK Sawit yang mengurus ladang kelapa sawit yang banyak memberikan keuntungan kepada kerajaan negeri.

Adun Nenggiri itu sebelum ini mendakwa kerajaan negeri menyalurkan pelbagai kemudahan kepada PMBK dengan nilaian yang berjuta ringgit termasuk merampas tanah rakyat.

Sabtu, 24 Oktober 2009

LINGAM KOREK!... KOREK!... KOREK!... DAH TUTUP KES

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana kes pita video Lingam telah ditutup dan menyebabkan beliau tidak mendapat peluang untuk membersihkan namanya.

"Beliau tentu berasa lega,tetapi bagaimana dengan laporan suruhanjaya mengenai pengaruhnya terhadap saya dalam pemilihan hakim-hakim?"soal Mahathir dalam blog peribadinya.

Menurutnya, beliau sedang menunggu untuk hadir di mahkamah bagi mempertahankan dirinya berhubung isu tersebut, yang 'meletup' sewaktu pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ada banyak perkara yang hendak saya cakapkan mengenai percubaan untuk mempengaruhi saya dalam pelantikan hakim-hakim.

"Oleh kerana Lingam tidak ada kes untuk dijawab, jadi bagaimana ia memberi kesan terhadap tuduhan yang saya dipengaruhi olehnya, di mana pita itu adalah mengenai dakwaan perbualan telefonnya dengan individu-individu lain.

"Adakah dia kata saya memintanya bercakap dengan orang-orang berkenaan? Adakah nama saya terbabit dalam panggilan telefon itu?

"Persoalan-persoalan ini akan kekal dalam minda orang ramai yang membaca kesimpulan suruhanjaya tersebut. Jadi bagaimana sekarang?"ulasnya yang ternyata kecewa dengan kes pita Lingam itu.

Mahathir juga berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa pada waktu "rejim lalu", semakan terperinci dibuat untuk mencari contoh-contoh di mana beliau telah menyalahguna kuasa atau menerima pemberian secara salah ketika menjadi perdana menteri.

"Nampaknya, tiada apa yang ditemui. Mungkinkah salah satu cara untuk kenakan saya ialah dengan menuduh saya dipengaruhi oleh Lingam dalam pemilihan hakim-hakim oleh saya?"soalnya.

Sebelum ini,panel lima anggota suruhanjaya mendapati klip video yang menunjukkan peguam Datuk V.K.Lingam sedang berbual di telefon dengan bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu -- Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan seorang lagi bekas ketua hakim negara Tun Mohd Eusoff Chin kerana salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati terdapat bukti mencukupi untuk menyiasat enam individu berkenaan bagi kesalahan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan serta Akta Profesion Undang-undang 1976.


Catatan: Kalau suku-sakat dan kroni UMNO-BN hendak didakwa & dibicarakan di mahkamah, "kes ditutup sebab tak relevan, tiada saksi atau tiada bukti".

Kalau puak-puak Pakatan pula hendak didakwa & dibicarakan di mahkamah, walaupun bukti-bukti pendakwaan terhadap kes tersebut adalah lemah, namun kebarangkalian untuk berlaku tetap ada, mereka akan mencari saksi-saksi atau merasuah kambing hitam yang boleh membantu siasatan agar tampil kehadapan bagi membolehkan kes tersebut dibicarakan.........". Inilah... One Malaysia ciptaan UMNO-BN.

Jumaat, 23 Oktober 2009

NAJIB ALTANTUYA - APA KES... PENTING SANGAT KE... SIASAT BENDA NIE!...

1Malaysia jadi agak hairan, apa kes... polis dok sibuk nak siasat pasal sejadah berdiri. Sedangkan banyak lagi kes-kes jenayah series yang belum dapat diselesaikan. Contoh yang paling nyata iaitu kes adik Nurin, sampai sekarang pembunuhnya masih bebas dan belum dapat ditangkap.

Pelik betul 1Malaysia nie!... apakah afdhalnya siasatan berhubung kejadian misteri 36 sejadah yang dikatakan berdiri seperti makmum sedang mengerjakan solat di SK Tok Sangkut, dekat Pasir Mas dua hari lalu perlu disiasat polis?.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supt Haliludin Rahim berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan dari pelbagai sudut bagi memastikan dakwaan berhubung kejadian itu benar berlaku bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul.

"Dalam isu ini, polis bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama bagi menentukan kesahihan kejadian itu untuk mengelakkan kekeliruan yang timbul di kalangan umat Islam.

Dalam kejadian dua hari lepas, pelajar SK Tok Sangkut menemui 36 helai sejadah yang berada dalam kedudukan seperti makmum mengerjakan solat berjemaah di belakang imam dalam surau sekolah itu.

Kejadian sama berlaku pagi kelmarin apabila sebanyak 24 sejadah lagi ditemui dalam keadaan sama di surau Maahad Ar-Rahmah Kenali, dekat Kubang Kerian, kira-kira jam 10 pagi oleh dua pelajar Tingkatan Dua sekolah itu.

Haliludin bagaimanapun menafikan pihaknya ada menahan pelajar atau mana-mana individu yang disyaki terbabit melakukan perbuatan itu yang dipercayai boleh menimbulkan kekeliruan akidah umat Islam.

"Hasil siasatan itu kita akan serahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam untuk tindakan lanjut, kerana jabatan berkenaan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam.

Sementara itu, Mufti Kerajaan Kelantan,Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad, berkata umat Islam tidak harus terpengaruh kejadian misteri yang berlaku di dua sekolah negeri berkenaan.

Menurutnya, ini kerana tiada sebarang keanehan atau boleh dianggap pelik ekoran penemuan sejadah terbabit, kerana ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja.

Beliau menyifatkan kejadian itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau "budak-budak nakal". BERNAMA

Rabu, 21 Oktober 2009

BERAHIM KATAK - JENIS MUKA TEMBOK...

KUALA LUMPUR, 21 Okt : Sungguhpun merasakan tidak ada keperluan untuk menghantar borang menyertai Umno, Datuk Ibrahim Ali mengakui walaupun sebagai Ahli Parlimen bebas namun beliau cenderung untuk menyokong Umno.

Dakwanya, ini kerana Umno semakin terbuka dan kukuh di bawah pemerintahan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sekaligus berjaya membawa banyak perubahan.

Sambil menyambut baik kenyataan Muhyiddin berhubung menerima sesiapa sahaja menyertai parti itu, beliau menyatakan tidak akan masuk parti itu buat masa ini.

"Saya tidak mahu dituduh masuk sewaktu Umno kini kuat dan dituduh ada kepentingan peribadi ataupun kejar pangkat kuasa.

"Buat masa ini tidak ada keperluan untuk saya hantar borang menyertai Umno," katanya sewaktu sidang media di Lobi Parlimen tengah hari tadi.

Ditanya tentang kedudukan dan sebab-sebab beliau bertanding dengan bantuan sokongan PAS pada pilihan raya umum ke -12 di Parlimen Pasir Mas itu, beliau menyatakan bahawa parti itu memerlukan 'pertolongannya' ketika berada dalam keadaan lemah.

"Barangkali ketika itu PAS merasakan partinya lemah, jadi mereka menghulurkan tangan kepada saya untuk meminta bantuan," katanya yang turut membidas parti yang pernah 'menolong' beliau itu sebagai 'tidak mahu menerima' pendapat orang lain.

Baginya, beliau merupakan seorang yang sudah lama berjuang dalam bidang politik dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak ataupun boleh diperalatkan oleh sesiapa untuk kepentingan tertentu.

"Saya boleh hidup di padang pasir, saya boleh hidup di kaki gunung kerana saya orang yang berjuang..." katanya yang berulang kali memuji Najib dan Muhyidin yang pada pandangannya terlah berjaya mengubah perjuangan Umno.

Beliau mengadakan sidang media itu untuk menyatakan pendiriannya berhubung pelbagai spekulasi tentang kermasukannya ke dalam Umno semula.

Sebelum ini Pergerakan Pemuda Umno Kelantan meminta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan bekas Ketua Umno bahagian Pasir Mas bagi mengelak "pisang berbuat dua kali".

Setiausaha Pemuda Negeri, Bazlan Baharuddin dilaporkan berkata apa yang dialami oleh parti sebelum ini cukup menyedarkan apabila Anggota Parlimen Pasir Mas itu sanggup menentang calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 2005.

"Dia sanggup tentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan), pilihan raya kecil lepas sekali lagi dia tentang calon BN menggunakan lambang PAS," katanya yang dipetik daripada agensi berita.

Sementara itu, turut mengulas ialah Dewan Pemuda PAS Kelantan yang tidak akan menghalang Ibrahim Ali untuk menyertai semula Umno kerana menyedari pemimpin berkenaan tidak berprinsip.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, berkata sekiranya anggota Parlimen itu berprinsip, beliau akan melepaskan jawatan terlebih dahulu sebelum menyertai Umno.

"Anggota Parlimen itu kini sudah tidak bernilai lagi kepada kita berikutan tindakan yang tidak berprinsip serta tidak bertanggungjawab kepada kita selepas pihak parti memberi kepercayaan kepadanya,"ujarnya lagi.

Selasa, 20 Oktober 2009

CUTI 16 SEPTEMBER - NAJIB COPYRIGHT IDEA ANWAR

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.

"Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu.

Isnin, 19 Oktober 2009

SAMPAI BILA UMNO NAK BERUBAH TANPA RASUAH

Ironinya, ketika Umno mahu memerangi rasuah, tiba-tiba sang perasuah pula disanjung sebagai hero. "Hipokrasi Umno untuk banteras rasuah terdedah. Segala yang dibuat hanya untuk mengelabui rakyat sedangkan perangai Umno tetap macam dulu," kata seorang pemerhati politik.

"Selagi Umno tidak ditumpaskan sepenuhnya, dan merempat sebagai pembangkang di seluruh negara,maka ia tidak akan berubah, percayalah. Usah disambung hayatnya sebagai parti pemerintah jika kita mahu melihat Umno benar-benar berubah!" tambahnya.

Tentunya kepada rakyat, jika Pakatan dan BN berlumba-lumba menjaga kepentingan dan kebajikan mereka, ia menguntungkan semua. Soalnya, untuk kali ke berapa peluang harus diberikan buat Umno-BN?

Ruang 2004-2008 dibazirkan begitu sahaja; tiada perubahan yang menguntungkan rakyat dilaksanakan selain penciptaan slogan demi slogan. Kini Umno merayu kembali agar ia tidak direntap dari puncak kuasa, dengan turut menjanjikan deretan perubahan.

Pengundi pastinya lebih matang menilai. Sambil mengharapkan Pakatan mengotakan janji dan menambah-baik sistem penyampaian di empat negeri, rakyat mahu melihat segala teguran yang disampaikan, misalnya melalui keputusan Bagan Pinang, dipandang berat.

Jangan mengulangi tabiat buruk Umno-BN yang sentiasa dalam keadaan "menafikan". Seperti BN, Pakatan juga dinilai dari dekat dengan kacamata kritikal. Bukankah selama ini yang membentuk dan menyemai sikap kritis rakyat adalah Pakatan sendiri? Pedang yang menusuk musuh, ia juga boleh menikam diri sendiri.

Ahad, 18 Oktober 2009

DEWAN ULAMA UMNO - HARAP-HARAP JADI KENYATAAN

Siapakah yang bakal menjadi Ketua Ulama UMNO yang pertama di Malaysia agaknya? Jika cadangan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor itu diterima pakai, maka berlakulah lobi-melobi antara para ulama di dalam UMNO yang ingin merebut jawatan tersebut yang bakal ditonjolkan.

Tapi sanggupkah mereka yang bakal menjawat jawatan itu nanti, mengeluarkan fatwa dan hukum yang ada kena mengena atau yang terkena batang hidung pak-pak menteri atau bini-bini menteri. Sebagai contoh, hukum seorang perempuan islam yang tidak menutup aurat dan hukumnya memberi dan menerima rasuah yang diamalkan pemimpin UMNO. Ada berani ke...!?

(Cadangan: Ketua Dewan Ulama UMNO)

(Cadangan: Timbalan Ketua Ulama UMNO)

Semasa membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini, wakil Pulau Pinang, Shabudin Yahaya berkata walaupun kini terdapat banyak yayasan di negara ini tetapi semuanya adalah atas nama individu atau kumpulan tertentu dan tidak beroperasi dengan nama Umno.

"Kita mahu yayasan yang berjenama Umno supaya parti kita kekal relevan, barulah kewujudan Umno akan sampai ke bawah dan tetap diterima oleh rakyat.

Shabudin turut mencadangkan agar Umno mendekati ahli agama, dan jika sekiranya perlu, mewujudkan Dewan Ulama Umno bagi menjawab isu-isu tertentu.

Pada masa ini, katanya, apabila timbul isu, agensi rasmi agama mengambil jalan selamat dan tidak menolong untuk menjawab.

Beliau juga berharap Umno memanfaatkan sepenuhnya media alternatif yang ada dan meramaikan blogger bagi menangkis dan menghapuskan doktrin kebencian yang ditimbulkan oleh pembangkang terhadap Umno.

Sabtu, 17 Oktober 2009

UMNO KUAT PUN KERANA ADANYA KUDA TUNGGANGAN

HULU TERENGGANU, 17 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Umno kini sudah lemah dan terpaksa bergantung tongkat.

Katanya, Umno tidak mempunyai kekuatan sendiri sebaliknya bergantung kepada tongkat termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan media untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

"Umno bergantung kepada SPR, menang dengan undi pos dan media yang dipaksa," ujarnya pada sidang media selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-13 di Markas Tarbiah PAS Kubang Lembik, Manir, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan demikian ketika diminta mengulas Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam.

Begitupun, Abdul Hadi menghargai peranan yang dimainkan oleh pengamal media tetapi Umno mengawalnya sehingga tidak berlaku adil kepada pembangkang termasuk PAS.

Ini, katanya menyebabkan banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS tidak disiarkan melalui media atau disiarkan secara tidak lengkap.

"Kenyataan (pemimpin PAS) yang tidak menguntungkan BN, tidak disiarkan. Ini bukan cara demokrasi," ujarnya.

Khamis, 15 Oktober 2009

SIDANG DUN PERAK 28 OKT - NIZAR ZAMBRY

IPOH, 15 Okt: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak hari ini mengesahkan akan menghadiri sidang DUN yang dijadual 28 Oktober ini.

Bagaimanapun ia bukan atas panggilan Speaker BN, R.Ganesan tetapi berdasarkan notis panggilan dari Speaker Pakatan Rakyat, V.Sivakumar yang diterima mereka hari ini.

Sivakumar dalam satu kenyataan media bertarikh 14 Oktober memberitahu, hanya 49 Adun termasuk dari BN dihantar notis panggilan tersebut.

Manakala Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Ahli Exconya, Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon telah digantung sebelum ini.

ImagePersidangan kali ini adalah yang Ketiga untuk Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke 12 yang kan diadakan di Dewan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media siang tadi turut mengesahkan kehadiran Adun PR ke persidangan itu nanti.

Kehadiran tersebut katanya adalah berdasarkan panggilan Sivakumar bukannya Ganesan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit gantang juga sekali lagi menegaskan, PR hanya mengiktiraf Sivakumar sebagai speaker yang sah dan menolak Ganesan.

Sehubungan itu mereka turut mendesak Ganesan supaya tidak menganggu persidangan yang akan berlangsung kelak.

Kemelut negeri perak bagaimanapun dilihat makin rumit apabila Ganesan turut mengeluarkan notis panggilan ke sidang Dun untuk tarikh yang sama.

ImageAdun PR sebelum ini memutuskan untuk tidak hadir sidang Dun yang dipanggil Ganesan kerana menganggap beliau speaker tidak sah dan panggilan oleh Ganesan juga adalah tidak sah.

Namun dengan notis panggilan Sivarkumar yang baru diterima, kesemua mereka akan menghadirinya.

Ini bermakna persidangan pada tarikh tersebut akan dikendalikan oleh dua speaker berbeza seperti yang pernah berlaku pada 7 Mei lalu.

Mohammad Nizar ketika mengulas perkara itu memberitahu, PR tiada sebarang niat untuk melakukan huru hara.

Ditanya sama ada insiden persidangan Dun 7 Mei lalu akan berulang, Nizar hanya menjawab "tunggu dan lihat sahaja pada hari itu".

Hadir sama pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Perak siang tadi, ADUN Pantai Remis, Nga Kor Meng, ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Lubuk Merbau, Haji Zainuddin.

Selasa, 13 Oktober 2009

POLITIK MCA LEBIH MATANG BERBANDING UMNO - Najib Altantuya

KOTA BAHRU, 13 Okt : Umno disaran mempelajari cara berpolitik dari MCA, iaitu menolak pemimpin yang tidak mempunyai moral dan terlibat dengan pelbagai skandal.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, selama ini orang cina lebih pandai berpolitik berbanding dengan cara politik orang melayu Umno.

"Cara MCA berpolitik lebih pandai berbanding dengan Umno, dengan menolak Presiden dan Timbalan Presdiennya kerana terlibat dengan rasuah dan skandal dengan wanita.

"Saya puji MCA, cara mereka menyelesaikan masalah dengan mengadakan mesyuarat jawatankuasa dan tidak mengunakan kekerasan," katanya.

"MCA buang pemimpin yang tidak bermoral tetapi Umno masih memilih pemimpin yang terlibat dengan masalah moral (rasuah)," katanya lagi.

Ujarnya, keadaan ini sangat memalukan lebih lebih lagi sebagai parti orang Melayu dan mengaku beragama Islam, Umno sepatutnya lebih memahami nilai-nilai murni agama berbanding MCA.

MCA ujarnya walaupun sebuah parti kaum Cina, faham dan tahu membuat penilaian untuk kepntingan parti mereka.

"Umno yang mengaku bahawa Isa Samad terlibat dengan rasuah tetapi Umno masih pilih lagi dia sebagai calon dan menang dengan majoriti yang banyak, jadi di mana duduknya moral politik Umno?," soalnya.

Tuan Guru menambah, selepas krisis dalam MCA selesai, mereka akan berasa jijik untuk bersama dengan Umno, kerana Umno bersama dengan parti yang menerima bulat-bulat pemimpin yang tidak bermoral.

"Mana boleh orang bersih duduk sekali dengan orang yang kotor. Kalau sayalah, bersih nak duduk sekali dengan orang, busuk mana boleh. Kalau MCA ada moral dia tak boleh berkawan dengan Umno Umno yang tak bermoral," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui oleh wartawan di Bilikan Gerakan Negeri, Kota Darul Naim, semalam.

Ahad, 11 Oktober 2009

TAHNIAH, ISA SAMAD WAKIL POS BAGAN PINANG

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti 5,435 undi.

Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.

Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.

Pengundi Bagan Pinang berhak menentukan siapa wakil mereka. Dan sekarang ternyata mereka telah pun mempunyai wakil, walaupun sekurang-kurangnya wakil pos.

UMNO: AKHIRNYA TERSUNGKUR JUA


Jika ditakdirkan Isa Samad tersungkur di Bagan Pinang, orang pertama untuk mentertawakannya adalah Mat Asan. Diikuti dengan jemaah dalam PR. Mat Asan sebenarnya merasa risau jika Isa dinobatkan sebagai pemenang. Mana tidaknya, jawatannya sebagai MB mungkin akan tergugat.

Desas-desus kedengaran dari puak Isa untuk menaikkan kembali Isa di atas takhtanya setelah sekian lama ditinggalkan. Mat Asan naik pun disebabkan Isa turun. Kalau Isa masih di atas masa kan Mat Asan boleh naik.

Jika BN kalah semuanya akan selamat. Isa akan senyap dan Mat Asan akan tidur lena. Bantulah Mat Asan supaya tidak menangis kemudian hari dengan memberikan undi kepada calon Pas. Siapa dia calon Pas itu tak penting, yang penting ialah misi untuk selamatkan Mat Asan daripada menangis kemudian hari dengan menyekat kemaraan Isa.

Episod seterusnya, sama-sama lah kita nantikan keputusan PRK yang akan diumumkan secara rasmi pada malam ini oleh SPR.

Selamat mengundi

Sabtu, 10 Oktober 2009

SELEPAS 'MAKKAL SAKTHI', PARTI 'ANG POW' PULA BAKAL WUJUD: Najib Altantuya

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Perwakilan MCA tidak percaya kepada Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Kiat? Mereka juga tidak bersetuju timbalannya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memegang balik jawatannya.

Kemanakah MCA akan pergi? Apakah Presiden Umno perlu menubuhkan sebuah parti baru untuk menggantikan MCA yang hancur sebagaimana parti Makkal Sakthi ditubuhkan untuk menggantikan MIC?

Seorang pemerhati politik pula mencadangkan, Najib menubuhkan parti baru untuk gantikan MCA dan namanya adalah Ang Pau.

Apakah pandangan ini satu jenaka. Tidak, kerana nama ini sesuai dengan keadaan politik wang dalam Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib sekarang.

Para perwakilan MCA hari ini mengundi menyokong usul undi tidak percayai terhadap Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat, manakala Datuk Seri Chua Soi Lek gagal mendapat sokongan perwakilan untuk dilantik semula ke jawatan timbalan presiden.

Seramai 1,155 perwakilan mengundi menyokong usul tidak percaya terhadap Tee Keat, manakala 1,141 satu lagi menolaknya. Terdapat lapan undi rosak, lapor Malaysiakini.

Manakala 1,184 perwakilan mengundi menolak Soi Lek dilantik semula ke jawatan timbalan presiden, manakala 1,110 perwakilan menyokongnya. Terdapat 10 undi rosak.

Image








Bagi usul kedua, 1,204 perwakilan mengundi menolak pemecatan/penggantungan keahlian Soi Lek, manakala 1,095 menyokongnya. Terdapat 5 undi rosak.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA, Datuk Yip Phooi Hong.

Presiden MCA yang tidak dipercayai ahlinya, Ong Tee Kiat ketika mengulas keputusan ini berkata, beliau akan bermesyuarat dengan Majlis Presidennya sebelum membuat apa-apa keputusan.

"Dari hari pertama kita mahu menyelesaikan krisis parti melalui EGM, inilah dia dan kami menerima keputusannya," kata Tee Kiat dalam sidang medianya mengulas keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA hari ini.

Sebelum EGM bermula, pengerusi mesyuarat agung luar biasa itu, Datuk Yip Phooi Hong, mengumumkan bahawa dua daripada tiga usul telah ditarik balik.

Dua usul tersebut ialah usul membatalkan sebarang pelantikan termasuk timbalan presiden yang dibuat sebelum EGM dan tidak dikenakan tindakan disiplin terhadap penuntut EGM itu.

Yip berkata, dua usul tersebut diketepikan kerana ia tidak lagi menjadi isu.

BILA ZAHIDI DAN MAT ASAN JADI PERASUAH BERGABUNG PULA DENGAN CALON RASUAH: umno dan rasuah berpisah tiada

PUTRAJAYA, 10 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan segera ke atas dua pemimpin BN yang didakwa melakukan rasuah politik kepada tentera dalam kempen pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang.

Gesaan itu dibuat ketuanya Ustaz Nasrudin Hasan dalam satu aduan rasmi kepada SPRM petang semalam berhubung tindakan Menteri Pertahanan Dato' Seri Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Mohamad Hassan yang menjanjikan pelbagai projek pembangunan kepada tentera jika mereka mengundi Barisan Nasional.

Dalam aduan dua muka surat itu, Pemuda PAS memberikan maklumat lengkap mengenai rasuah politik yang dilakukan dua pemimpin BN itu dan diserahkan kepada seorang pegawai SPRM, Siti Fairuz.

Menurut Nasrudin, pihak SPRM menerima aduan tersebut dan berjanji akan memanjangkannya kepada pihak atasan dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan,aduan itu dibuat kerana perbuatan dua pemimpin itu merupakan satu kesalahan pilihanraya dan melanggar peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Nota:Seksyen 10) AKP.

Zahid dan Mohamad Hassan juga telah menggunakan kedudukan mereka sebagai penjawat awam dan pemimpin kerajaan untuk masuk berkempen di kem tentera di Bagan Pinang bertujuan untuk mempengaruhi anggota tentera yang merupakan pengundi pos untuk mengundi BN.

Semalam, Nasrudin mendedahkan kepada media rakaman ucapan Zahid dan Mohamad Hasan dalam satu majlis hari raya yang diadakan di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kampung Sawah di Port Dickson sekitar jam 10 pagi 6 Oktober lalu.

Dalam rakaman 10 minit ucapan yang diperdengarkan kepada media itu, kedua-dua pemimpin BN itu menjanjikan pelbagai projek pembangunan kepada tentera sekiranya mereka mengundi BN.

Antara janji dan rasuah politik yang ditawarkan ialah bantuan pendidikan kepada anak tentera, pembinaan kolam renang dan gelanggang futsal di dalam kem, penyediaan perkhidmatan internet tanpa wayar serta sumbangan bernilai RM100, 000 untuk menaik taraf surau IJED.

Cakera padat rakaman ucapan berkenaan yang diberikan kepada media semalam turut diserahkan kepada SPRM sebagai bukti dakwaan tersebut.

Nasrudin dalam pada itu berkata, perbuatan pemimpin BN itu juga mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi dan mencalarkan integriti BN sebagai sebuah kerajaan yang memerintah.

"BN ajak kita(PAS) sertai pilihanraya tapi meletakkan kita dalam suasana yang tidak seimbang. Kita tak dibenarkan masuk berkempen dalam kem. Tapi mereka boleh masuk bahkan menawarkan pelbagai rasuah politik,"katanya.

Beliau juga berharap pengundi di Bagan Pinang khususnya pengundi pos dapat berfikir dengan baik dan sedar mengenai rasuah yang ditaburkan BN itu.

"Sekaligus kita ingin nyatakan kepada pihak pengundi di Bagan Pinang bagaimana sikap tidak adanya satu kejujuran dan juga satu ketelusan dalam politik mereka.Integritai yang mereka laungkan selama ini juga satu kepalsuan. Mereka terlibat dengan rasuah dan menyogok pengundi dengan mengggunakan kelebihan material yang mereka ada,"katanya lagi.

Mengenai laporan kepada dua pihak lagi iaitu pihak polis dan Suruhanjaya Pilihanraya, Pemuda PAS menyerahkan perkara tersebut kepada jentera operasi PAS untuk diambil tindakan.

Pemuda PAS ujarnya menunggu tindakan positif dari pihak SPRM berhubung aduan yang dibuat itu.

Jumaat, 9 Oktober 2009

SALAHUDIN NAFIKAN INSIDEN PETUGAS PAS DIPUKUL BUKAN DIREKA-REKA

TELOK KEMANG, 9 Okt: Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah.

"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin telah memberikan keterangan di bawah seksyen 112 (keterangan saksi) di Balai Polis IPD Port Dickson jam 6.45 petang tadi.

Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi telah menyiarkan berita kononnya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Salahudin kerana tidak datang ke balai polis sebagaimana yang diminta.

Ini berikutan dari berita Harakahdaily yang menyiarkan gambar seorang mangsa yang berdarah kepala kerana dipukul dalam kejadian Rabu lepas.

Gambar mangsa yang sama juga telah diedarkan oleh sidang media yang dibuat oleh Salahudin dan pasukannya dalam sidang media harian mereka.

Pihak polis mendakwa, mangsa kepala berdarah itu tidak membuat sebarang laporan polis. Laporan polis hanya dibuat oleh beberapa pihak lain yang turut terlibat dalam serangan kepada Markas Pemuda PAS.

PAS pula berkata, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis ekoran kejadian serangan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ke atas petugas dan markas mereka.

(Gambar:Mata Bob bengkak akibat dipukul Rabu lalu dalam siri kejadian ganas pilihan raya Bagan Pinang.)

Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.

Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.

Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.

Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.

Image

(Gambar kejadian:Bob diselamatkan oleh petugas PAS selepas dibelasah oleh sekumpulan Pemuda Umno)

Image

Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.

Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan.

Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.

Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS.

"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS," kata Bob kepada Harakahdaily.

JANGAN SALAHKAN SISTEM, HABIS TU... NAK SALAHKAN SIAPA AZIZ OIII!...

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, mereka harus sedar bahawa parti pemerintah turut mengalami situasi yang sama tetapi tidak pernah menuduh ia berpunca daripada proses pilihan raya.

‘‘Jangan salahkan sistem sekiranya mereka tidak mendapat sokongan rakyat. Parti pemerintah sendiri pernah berhadapan dengan masalah yang sama tetapi mereka tidak pula menyalahkan sistem.

Ujarnya, SPR tidak pernah mengabaikan perkara itu malah sentiasa memastikan ia dikemaskini melalui kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Pertahanan dan Polis Diraja Malaysia. Selanjutnya-->


Inikah bukti bahawa SPR telah membersihkan nama daftar pemilih yang telah bersara?. Walaupun mereka telah bersara lebih setahun (Nov 2008) namun nama mereka masih lagi ujud dalam sistem pangkalan data SPR. Kalau dah SPR keturunan penipu, penipu jugak lah Tan Sri Abdul Aziz oiii!...

Klik pada imej untuk melihat dengan jelasTentera yang telah bersara sebagai pengundi pos di Parlimen Pekan

Tentera yang telah bersara sebagai pengundi pos di Parlimen Telok Kemang


Semakan di atas dibuat pada 9 Okt 2009 jam 9.30am

Khamis, 8 Oktober 2009

UMNO PENGANAS: POLIS RELEX JER... KAT BALAI

TELOK KEMANG, 8 Okt: Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi meminta ahli-ahli Pemuda meningkat keselamatan di markas dan unit peti undi parti di kawasan Bagan Pinang, sebagai respons kepada peningkatan tindakan ganas di sini.

Nasrudin berkata demikian dalam ucapannya di perhimpunan Pemuda di Markas Induk PAS di Telok Kemang sebentar tadi.

Perhimpunan dihadiri sekitar 300 ahli Pemuda dari seluruh negara itu dikerah Dewan Pemuda siang tadi untuk meningkatkan keselamatan di kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

"Tujuan Pemuda dikerahkan hadir ialah untuk meningkatkan keselamatan agar mengelakkan berlaku provokasi dan kekacauan di sini," kata Nasrudin ketika ditemui Harakahdaily.

Beliau menggesa semua Pemuda agar tidak bertindak balas terhadap provokasi dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terjadi sebarang kejadian tidak diingini.

Ketua Pemuda PAS juga berpesan kepada Pemuda supaya "jangan bertindak tanpa sebarang arahan," tegasnya.

Majlis bermula sekitar pukul 8.30 di sini dihadiri Nasrudin, Timbalan Ketua Pemuda Ustaz Azman Syafawi Abdul Rani, exco Pemuda Kamaruzzaman Mohamad dan Ustaz Riduan Mohd Noor dan pemimpin pemuda seluruh negara.

ERA NAJIB ALTANTUYA - JANGAN MARAHKAN UMNO, ITU BUDAYA KEMPEN MEREKA

"Ini sesuatu yang amat memalukan bahkan bercanggah sama sekali dengan ajaran agama Islam". Kaum wanita dijadikan bahan kempen UMNO demi meraih simpati pengundi muda. UMNO sepatutnya berasa malu untuk menyatakan bahawa mereka memperjuangkan dasar Islam di Malaysia.

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapura ada masjid, di German pun ada masjid. Namun, pentadbiran negara mereka juga tidak mengikut ajaran Islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin di negara barat dan timur yang sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO di Malaysia ini.


Kempen Isa Samad di Bagan Pinang


Kempen Zahid Hamidi di Kuala Sepetang

Bagan Pinang News: UMNO AKAN TERUS MENGGANAS

Terkini berita yang diperolehi daripada sumber-sumber yang soheh dan boleh dipercayai dari pihak dalaman umno.

Mesyuarat UMNO jam 5.00 pagi tadi (08/10/2009) memutuskan untuk membuat kacau di Markas DAP, Batu 9. Malam ini dan sehingga hari pengundian Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat harus meningkatkan tahap keselamatan dan harus berjaga-jaga kerana Pemuda UMNO akan membuat gangguan kekerasan terhadap ceramah-ceramah DAP dan PAS serta keutamaan akan diberikan kepada Markas DAP.

Sumber juga memberitahu, Pemuda UMNO akan membuat kacau secara berterusan sehingga hari pengundian.

Gangguan akan diperhebatkan lagi semasa ceramah DSAI esok (09/10) dan lusa (10/10).

Sumber adalah ahli umno yang tidak sanggup melihat perlakuan ahli umno yang bertindak seperti binatang dan tanpa batasan undang-undang.


Pada Petugas PAS dan Pakatan Rakyat sila tingkatkan tahap keselamatan di kawasan ceramah dan Markas...Sila hubungi dan maklum pada pihak Polis dan SPR jika terlihat makhluk-makhluk umno berkeliaran dan mencurigakan di kawasan anda.

Salam....

Sumber: loveperak

ERA NAJIB ALTANTUYA - UMNO MEMANG KAKI PUKUL

BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi.

Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut.

Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Ekoran itu DPP pusat akan membuat laporan polis jam 6 petang ini di Balai Polis Port Dickson.

"Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini," Ujar Nasaruddin lagi.

Nasarudin turut mempersoal sikap pihak keselamatan yang lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis.

"Semalam sudah berlaku perkara ini, kita dah maklum kepada pihak polis supaya ketatkan keselamatan, tapi malam tadi berlaku lagi, yang ini kita sangat kecewa," katanya.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Image(GambarSalah seorang mangsa yang ditetak dengan parang)

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut juga, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

Image"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

ERA NAJIB ALTANTUYA - HARAMJADAH SPR MAKIN MENJADI

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bahawa tidak wujud pertindihan nama dalam senarai daftar pemilih di DUN Bagan Pinang, kata Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata hasil semakan yang dibuat SPR semalam mendapati tidak wujud penggandaan nama di kawasan itu seperti yang ditimbulkan PAS.

"Kita beri jaminan setelah semakan dibuat hari ini, tidak wujud penggandaan nama di DUN Bagan Pinang yang akan menghadapi pilihan raya kecil.

"Ini bermakna kerisauan tidak berbangkit," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ura-ura PAS yang ingin memohon perintah injunksi bagi menghalang 253 pengundi pos daripada mengundi hari ini atas dakwaan wujud pertindihan nama dalam senarai daftar pemilih SPR di DUN Bagan Pinang.

Terdahulu semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan ahli-ahli SPR lain di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Wan Ahmad berkata dalam pertemuan itu, PAS turut menyerahkan senarai nama yang didakwa bertindih.

Beliau berkata SPR juga akan membuat pemeriksaan menyeluruh senarai daftar pemilih bagi memastikan tidak berlaku penggandaan nama, yang mungkin berlaku apabila anggota tentera mendaftar sebagai pemilih awam sebelum menyertai perkhidmatan itu.

Sementara itu, Mustafa berkata permohonan untuk mendapatkan perintah injunksi itu akan mengambil kira daripada segi praktikalitinya memandangkan undi pos akan dijalankan hari ini.

"Kesannya daripada ini, kita akan lihat. Saya akan bincang dengan peguam lagilah," katanya.

Ditanya sama ada PAS akan mengemukakan petisyen pilihan raya jika BN menang dalam pilihan raya kecil itu, beliau berkata:

"Kita belum tahu lagi. Kita tengok suasana dan keadaan. Kita akan bincang apa tindakan selanjutnya." BERNAMA

PERTINDIHAN PENGUNDI: SPR BERDOLAK DALIH DEMI MEMENANGKAN UMNO

TELOK KEMANG, 7 Okt: Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak cadangan Pakatan Rakyat untuk mengadakan injunksi pilihanraya membuktikan bahawa badan pelaksana pilihanraya itu juga sedang mencipta alasan untuk menutup kelemahan mereka.

Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub yang dihubungi petang tadi bertegas, isu pertindihan nama sejumlah tertentu anggota tentera dalam senarai daftar undi pos dan senarai daftar pemilih biasa bukan masalah teknikal, tetapi masalah pokok yang bertentangan dengan prinsip pilihanraya negara.

"Apa yang diputuskan SPR hanyalah alasan, walhal isu daftar pemilih tidak puteh adalah masalah pokok.

"Bagaimana Wan Ahmad (Timbalan Pengerusi SPR) boleh beri jamina..mahu tunggu dan lihat adakah akan berlaku undian berganda?

"Kalau benar berlaku pengundian berganda, adakah SPR akan melaksanakan pilihanraya semula?

"Itu (tindakan SPR) saya lihat suatu alasan yang langsung tidak rasional dan profesional," katanya.

Sambil melahirkan rasa kesal, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan bahawa desakan Pakatan tersebut bukanlah bersandarkan soal menang kalah pilihanraya antara kedua-dua parti semata-mata.

"Ini (kes pertindihan nama dalam dua senarai pemilih) bukan isu kalah menang PAS (atau) Umno. Ini kes prinsip...daftar pemilih wajib diputehkan sebelum pilihanraya. Sebab itu perlukan masa dan injunksi," katanya.

Dikatakan terdapat lebih 600 anggota tentera disenaraikan bertindih dalam buku daftar undi pos dan daftar pemilih biasa.

Salehuddin yang juga Pengarah Operasi Jentera Induk PAS N31 berkata, PAS serta Pakatan sedang membuat perhitungan terakhir; termasuk mendapatkan injunksi mahkamah.

Petang tadi, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menolak cadangan injunksi pilihanraya N31; kerana menganggapnya sebagai alasan remeh Pakatan Rakyat serta PAS sendiri.

Bagaimanapun, Wan Ahmad bersedia menyemak segala dakwaan Pakatan wujudnya sejumlah tentera mempunyai nama bertindih dalam senarai daftar undi pos dan daftar pemilih awam.

Menurut Wan Ahmad, SPR masih menunggu dan lihat segala bukti yang dikemukakan Pakatan secepat mungkin.

Pagi tadi, Salehuddin dalam kenyataan bersama pemimpin Pakatan Rakyat memberi kata dua sama ada SPR menangguhkan serta merta pilihanraya N31 sehingga buku dartar pemilih benar-benar puteh; atau Pakatan proaktif mendapatkan injunksi mahkamah.

Dakwa Salehuddin lagi, tentera berupaya mengundi dua kali kerana mereka masing-masing mempunyai kad pengenalan tentera dan kad pengenalan awam; yang menjadi lesen masuk ke pusat pembungan undi.

Dalam perkembangan berkaitan, pemilik blog Mind No EVIL yang juga pesara tentera darat, Brigadier General (B) Mohamad Arshah Rajia mendedahkan bahawa Tentera bukan sahaja terlibat dalam politik kepartian; sebaliknya termasuk politik wang.

Beliau mendakwa Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak memberikan sejumlah RM300 kepada setiap tentera dan pemimpin Umno tempatan yang menyertai keraian di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), baru-baru ini di sini; sebelum mengumumkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.

Jika benar dakwaan pengundian berganda serta usaha merasuah tentera oleh Umno BN, pilihanraya kecil ini bakal menjadi satu lagi titik hitam dalam sejarah pilihanraya demokrasi negara.

Selasa, 6 Oktober 2009

1 LAGI PROJEK keraJAAN BARISAN NASIONAL JADI GAJAH PUTIH

ALOR SETAR 6 Okt. — Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar hari ini kesal dan kecewa apabila pembinaan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Kedah di sini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Kompleks bernilai kira-kira RM60 juta itu tidak dapat digunakan ekoran kelemahan kontraktor perunding yang tidak membuat perancangan baik untuk membinanya dan mengakibatkan kompleks itu serba kekurangan dan tidak mempunyai stesen minyak untuk kegunaan nelayan.

“Saya kecewa kerana kompleks yang bernilai kira-kira RM60 juta itu masih belum mendapat sijil layak menduduki (CF) walaupun pembinaannya telah siap sejak tahun 2006 dan kompleks itu juga tidak mempunyai stesen minyak,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat kompleks berkenaan di sini. - Bernama

ERA NAJIB ALTANTUYA - HARAMJADAH PUNYA SPR


PAS mendakwa berjaya mengesan kira-kira 200 orang yang dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk menggunakan kad pengenalan tentera, pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

"Daftar pemilih ini berpotensi tidak bersih. Kita berjaya mengesan kira-kira 200 (kemungkinan) undian berganda.

"Terdapat (kemungkinan) undi di dua tempat. Mereka ini ada kad pengenalan tentera dan ada kad pengenalan awam," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa undi pos.

Itulah keistimewaan anggota tentera, kerana mereka mempunyai dua nombor kad pengenalan. Bagi UMNO-BN, tentera merupakan aset yang paling berharga setiap kali berlakunya musim pilihanraya. Sebab itulah talian hayat ini perlu dijaga sebaik mungkin. Pemegang amanah ini dikawal selia oleh SPR selaku kuda tunggangan rasmi UMNO.

PR berulangkali membangkitkan berkaitan ketelusan undi pos yang mana sering dimanipulasi bagi kepentingan pihak UMNO-BN. Namun SPR bertegas dan sering mengatakan bahawa rekod pengundi pos bersih dan sentiasa dikemaskini. Jika benar dakwaan SPR rekod telah dikemaskini, mengapa perkara yang sama masih berulang. SPR sanggup tipu rakyat hidup-hidup. Memang haramjadah sungguh SPR.

Return to Aku Ingin Bebas

YA ALLAH, KABULKANLAH PERMINTAAN AZEEZ

Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Putera UMNO (Azeez) sehingga mengalami kemalangan yang serius akibat ditumbuk di Bagan Pinang. Tengok gayanya, sekurang-kurangnya mahu 1 bulan dia akan terlantar di hospital sehingga kecederaan akan pulih seperti sediakala.

Tetapi benarkah dia ditumbuk seperti yang dilaporkan media. Andai berita itu tidak benar, maka saya berdoa "Ya allah, engkau kabulkanlah permintaan Azeez agar dia benar-benar ditumbuk. Aminnn....

Isnin, 5 Oktober 2009

PENYOKONG PAS ZALIM: BELASAH AZEEZ TANPA RASA BELAS KASIHAN

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Benarkah Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan baru-baru ini?

Laporan Azeez yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini membuktikan sebaliknya.

Ustaz Idris dalam kenyataannya, membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azeez adalah tidak benar apabila mendedahkan tiga keping gambar yang menunjukkan situasi sebenar semasa hari pencalonan tersebut.

(Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS)

Image

"Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

"Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.


(Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS)

Image

"Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis,"jelasnya.

Tambahnya,ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

"Rakaman gambar yang dibuat menunjukkan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

"PAS mahu Azeez meminta maaf kepada rakyat Bagan Pinang dan seluruh negara atas pembohongan yang beliau lakukan. PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat,"tegas beliau sambil menambah bahawa rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon.


(Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden)

Image

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa Azeez hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon semalam.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Sebelum ini, Azeez mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang pagi ini.

Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu.

"Yang saya tahu, lebih daripada sembilan orang kerumuni saya. Saya terima lebih daripada 20 tumbukan," katanya ketika dihubungi oleh sebuah akhbar portal.

Ahad, 4 Oktober 2009

MANSUHKAN ISA: MALAYSIA SEJAHTERA TANPANYA - B.Pinang News





ISA SAMAD: UMNO PERBODOHKAN RAKYAT 1MALAYSIA

Heboh 1Malaysia samada dalam media blog pencacai UMNO dan akhbar dakyah UMNO mempertikaikan Zulkefly Mohamad, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan bukan calon tempatan. Sejak bermulanya kempen semalam, UMNO mula mencari publisiti murahan tanpa merujuk kepada fakta.

Zulkefly sebagai calon PAS berkata, soal anak tempatan tidak timbul kerana beliau dilahirkan di Lenggeng, juga di negeri itu. Beliau berkata isu "anak tempatan" tidak timbul kerana Mohd Isa, yang juga Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, bukan berasal dari negeri itu sebaliknya dilahirkan di Melaka.

Anak tempatan bermaksud "orang yang berasal dari sesuatu tempat itu juga". Sumber: Kamus Dewan (edisi ketiga, ms 40).





Anak kelahiran Melaka
(anak tempatan-UMNO)

Anak kelahiran Lenggeng, N9
(bukan anak tempatan)

Sabtu, 3 Oktober 2009

MAMAT REMPIT DITUMBUK BANGLA - B.Pinang News

Kalau dahulu heboh Satu Malaya surat khabar pencacai Umno mengatakan Anwar Ibrahim tumbuk diri sendiri hingga mengakibatkan matanya menjadi lebam. Kini kenapa pula Umno tidak berani mengatakan si mamak Azeez pun tumbuk tengkok sendiri.

Yang peliknya kenapa bila terjadi insiden kemalangan terhadap orang Umno, puncanya mesti disalahkan kepada parti pembangkang. Hairan betul Umno nie!... Agaknya, gempa bumi di Padang, Indonesia pun pasti mereka salahkan PR juga puncanya.

Umno makin hari semakin teruk perangainya. Kalau ia pun nak raih simpati, bukanlah itu caranya. Takkan lah polis siang-siang hari buta kot tak nampak kejadian tu. Penyokong sendiri tersilap tumbuk, mamat rempit ni jadi sasaran.

PORT DICKSON 3 Okt. — Tindakan provokasi sekumpulan lelaki dipercayai penyokong Pas mengeluarkan kata-kata kesat malah menumbuk seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO mencemarkan proses penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang hari ini.

Insiden sama turut melibatkan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang nyaris-nyaris mengalami nasib sama ketika menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini.

“Ini bukan budaya kita, ini budaya samseng,” kata Abdul Azeez Abdul Rahim kepada pemberita di luar Dewan MPPD sejurus insiden berlaku.

Abdul Azeez, yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling, kesal dengan insiden yang beliau sifatkan paling teruk pernah dialaminya sejak mengikuti 11 pilihan raya kecil sebelum ini.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya sembilan penyokong Pas melepas tumbukan ke bahagian belakang lehernya sambil menunjukkan tompok-tompok kemerahan kesan pukulan di bahagian berkenaan kepada pemberita.-Bernama

SPR KAKI KENCING - B.Pinang News

Utusan Meloya - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan dakwaan Pas bahawa hanya 1,200 pemilih pos sahaja yang berada di kem yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang berbanding 4,604 yang berdaftar kerana sudah pencen atau berkhidmat di luar kawasan sebagai tidak benar.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kesemua pemilih pos yang diwartakan itu ialah mereka yang direkodkan Kementerian Pertahanan sebagai petugas di kem berkenaan.

Katanya, dalam hal ini Pas tidak boleh samakan seseorang tentera yang berdaftar sebagai pemilih pos dengan pemilih biasa kerana jenis pekerjaan itu memerlukan mereka berkhidmat di luar kem yang didaftarkan seperti menjalani latihan di tempat lain.

''Takkanlah kalau tentera laut yang didaftarkan tempat bekerja di kem Lumut, dia mesti berada sepanjang masa di kem. Sebagai tentera laut mungkin dia sedang berlayar.

''Begitu juga dengan Kem Sri Rusa. Mereka ada yang jalani latihan atau bersama pasukan ditempatkan di kawasan di luar kem untuk tugas tertentu. Tak kan askar kena duduk dalam kem saja.

''Mengenai dakwaan ada pemilih pos yang sudah lama bersara juga tidak betul, kita kemas kini rekod sebelum warta pada September lalu. Pelik juga kenapa mereka tak faham kerana ini bukan baru kita gunakan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

SPR ingat, rakyat sekarang ini bodoh sangat ke!... macam orang UMNO jugak. SPR bina laman web untuk rakyat buat semakan kelayakan pengundi berdaftar tetapi mereka sendiri tidak percaya pada sistem yang mereka cipta. Bodohnya SPR kerana ia menjadi kuda tunggangan UMNO. Manakala bodohnya UMNO menjadi gelak tawa rakyat, kerana menunggang kuda cacat penglihatan.

Sebelum ini pun saya pernah mengeluarkan posting berkaitan ketelusan undi pos disini. Malangnya dengan kuasa SPR, mereka hanya menghilangkan sebahagian daftar pemilih pengundi pos disaat-saat akhir yang mana melibatkan anggota tentera telah bersara seperti di bawah. Itupun setelah ianya disiarkan di laman-laman blog. Nombor tentera yang dimerahkan adalah pengundi pos bagi DUN Bagan Pinang telah dibuang dari data SPR tetapi mengapa nombor-nombor lain masih dikekalkan sebagai pengundi pos di kawasan tertentu. Mana kebenarannya kata SPR mereka telah mengemaskini rekod data pengundi tentera yang telah bersara.

1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148, 1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.

Sifat munafik SPR makin terserlah kebodohannya. Inilah akibatnya apabila melantik pemimpin yang bodoh dan dungu. Apabila bercakap mereka selalu berbohong. Sanggup menjadi kuda tunggangan dari dulu kini dan selamanya.

Return to Aku Ingin Bebas