Khamis, 30 April 2009

N12 PENANTI - "BAKAL CALON MASIH DIBUKA"

BUAT MASA INI, HANYA 2 ORANG CALON YANG PASTI BAKAL BERTANDING DI DUN PENANTI. 1 PKR DAN 1 BEBAS. PENANTI MASIH LAGI TERNANTI-NANTI SIAPAKAH LAGI BAKAL CALON YANG BERANI MENYAHUT CABARANNYA SEHINGGA 23 MEI INI. UBN MASIH LAGI SAMAR-SAMAR DALAM MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN KERANA MASIH LAGI DALAM PROSES TIMBANG TARA.

YANG MENGHAIRANKAN, KENAPA SEMASA DI DUN B.SELAMBAU TERLALU RAMAI SEHINGGA 15 CALON. TAK TERFIKIR KAH MEREKA AKAN KEHILANGAN WANG PERTARUHAN!... KENAPA DI B.SELAMBAU SANGGUP BERHEMPAS PULAS MENCUBA NASIB TETAPI KECUT DI DUN PENANTI. APAKAH YANG PUAKA SANGAT DISINI!...
KENAPA??? KENAPA??? KENAPA???

DUN B.SELAMBAU TELAH MENCATAT REKOD SEJARAH POLITIK NEGARA KERANA TELAH MENYAKSIKAN CALON YANG PALING RAMAI BERTANDING MANAKALA DI DUN PENANTI MUNGKIN SEKALI AKAN MENCATAT REKOD SEJARAH POLITIK TANAHAIR DALAM KATEGORI TIDAK MELETAKKAN CALON DARI PARTI PEMERINTAH.

A-I-B: Ada seorang rakan sanggup jadi calon asalkan ada penaja. Segala kos sepenuhnya perlu ditanggung oleh pihak penaja. Calon tersebut bercadang nak taruk logo "mangkuk tandas".

Rabu, 29 April 2009

Kerajaan Perpaduan - Siapa yang untung???

SIAPA YANG AKAN UNTUNG JIKA KERAJAAN PERPADUAN BERJAYA DILAKSANAKAN KELAK. SEBAGAI RAKYAT BIASA MEMANG MENJADI LUMRAH, DI SETIAP PEMIKIRAN AKAN BERLEGAR-LEGAR PRO DAN KONTRANYA. MANA TIDAKNYA, SELAMA BERPULUH TAHUN BERTEGANG URAT KINI NAK RUJUK SEMULA. APA YANG KITA HARAPKAN BIARLAH IANYA SAMA-SAMA UNTUNG. TAK KIRA UMNO ATAU PAS DAN RAKYAT KHASNYA. JIKA SEBELAH PIHAK SAJA YANG NAK UNTUNG, ITU DAH DIKIRA AMBIL KESEMPATAN. KALAU BOLEH KITA AMBIL PENDEKATAN "WIN-WIN SITUASION". TETAPI KERAJAAN PERPADUAN MESTILAH BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNAH. YANG JADI PERSOALANNYA APAKAH PIHAK SEBELAH SANA SANGGUP MENERIMANYA. KERANA SEBELAH SINI SEMEMANGNYA MENGAMALKAN DASAR-DASAR YANG BERLANDASKAN ISLAM. SAMA-SAMA KITA TUNGGU APAKAH EPISOD SELANJUTNYA...

A-I-B: Peringatan; jangan sampai dipatuk ular buat kali kedua pada lubang yang sama.

Selasa, 28 April 2009

Umno guna khidmat dacing untuk timbang tentukan tanding atau tidak di Penanti






PUTRAJAYA: Umno belum membuat keputusan meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang, yang ditetapkan pada 31 Mei ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia hanya akan diputuskan pada mesyuarat Biro Politik Umno tidak lama lagi.

“Biro Politik Umno akan bersidang sedikit masa lagi untuk menentukan pendirian kita,” katanya pada sidang media mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara di Jabatan Perdana Menteri, semalam.

Presiden Umno itu mengulas pendirian parti selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari penamaan calon 23 Mei ini, manakala pengundian jika ada pertandingan, 31 Mei.

Selain itu, SPR mahu semua parti politik dan penyokong parti pilihan raya kecil DUN Penanti mematuhi larangan berkempen pada hari mengundi mengikut Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata larangan berkempen, termasuk meraih undi dan mendirikan pondok panas atau barung bagi membolehkan pemilih keluar mengundi tanpa gangguan.

Mengenai cadangan SPR tidak membenarkan pondok panas, Najib berkata, ia langkah positif untuk mewujudkan suasana yang tenteram dan mengelakkan kekacauan.

Beliau berkata, kewujudan pondok panas dan penyokong parti yang terlalu ramai boleh menimbulkan ketegangan dan kekacauan, sekali gus mengganggu pengundi untuk mengundi.

Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 16 April lalu. Selanjutnya disini.

A-I-B: Memang buruk betul perangai UBN nie!... SPR dah lah macam lembu dicucuk hidung, mengikut apa sahaja kemahuan yang dicadangkan oleh parti gerombolan. Selepas ini apa lagi cadangan bernas yang menguntungkan UBN akan dicipta. Yang pasti, ciptalah beribu kekangan mengikut acuanUBN namun rakyat tetap menolak UBN serta gerombolannya.

Jumaat, 24 April 2009

"SURE HEBOH a.k.a JOM HEBOH" - MB PERAK HALAL, HARAMKAN TAPI MB PERAK HARAM, HALALKAN

"Jom Heboh" akan mewarnai negeri Perak bermula esok 25 dan 26 Apr 2009 bertempat di Kem TLDM Lumut sejak sekian lama tidak diadakan di negeri ini. Kini setelah Perak telah dirampas dan diperintah oleh MB haram maka pada waktu ketika dulu asalnya Jom Heboh haram, kini telah dihalalkan semula.

Majlis Mufti-Mufti Malaysia memutuskan bahawa konsert Sure Heboh TV3 pada suatu ketika dulu adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Sehubungan itu mereka yang menganjur, menghadiri dan menonton konsert anjuran stesen televisyen swasta popular itu juga haram.

Keputusan majlis mufti itu diumumkan oleh Mufti Kerajaan Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pada Julai 2004 yang lalu.

"Majlis Mufti telah membincangkannya dan berpendapat konsert Sure Heboh TV3 adalah sesuatu yang melalaikan dan oleh itu ia wajar dihentikan,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Muzakarah Ulama 2004 sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-76 di sini. Berita lanjut disini

A-I-B: Mohon Mufti Kerajaan Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria beri komen.

Selasa, 21 April 2009

SATU MALAYSIA

Satu Malaysia tahu UBN takut nak bertanding di DUN Penanti.

kah!... kah!... kah!... Jangan buat lawak lah kata membazir duit rakyat. kah!.. kah!... kah!...

kah!.. kah!... kah!... UBN takut kalah. kah!... kah!... kah!...

"Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan"

Betul ker!... Woi!..., jangan buat lawak ler!...

Isnin, 20 April 2009

TINDAKAN JIKA AHLI UMNO BERTANDING

KEPALA BATAS 19 April - UMNO Pulau Pinang memberi amaran kepada ahlinya supaya tidak bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Kecil Penanti yang mungkin tidak ditandingi parti itu.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata, mereka yang terbabit perlu bersedia berhadapan dengan tindakan Lembaga Disiplin parti.

Menurutnya, setakat ini Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak belum memutuskan sama ada akan meletakkan calon Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya.

"Terpulang kepada ahli UMNO yang mungkin berhasrat untuk bertanding di DUN Penanti atas tiket Bebas tetapi saya merasakan perkara itu tidak mungkin berlaku.

"Kalau ia berlaku, bersedialah berhadapan dengan Lembaga Disiplin parti untuk tindakan terhadap individu yang bertanding atas tiket Bebas," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Ekonomi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan Bantuan Program Tambahan Makanan Seimbang (PTMS) di sini hari ini.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I meletakkan jawatan Khamis lalu. Sumber dari Utusan Meloya

A-I-B: Berdasarkan dari skrip lama AMENO, jika ia mengatakan tindakan akan diambil pada ahlinya yang bertanding atas tiket Bebas bermaksud tindakan tidak akan diambil pada individu tersebut.

REHATKAN MINDA SEJENAK DI HENTIAN R&R (A-I-B)

CERITA KERETA KEBAL DAN TOK GURU ILMU KEBAL
Tahukah anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal,
akhlak kereta kebal adalah lebih baik
kerana kereta kebal walaupun ia kebal
tapi tak pernah membanggakan diri
dan riak akan kekebalannya.

A-I-B: Fahami maksud yang tersirat: Lu fikirlah sendiri!...

Sabtu, 18 April 2009

PENANTI - Ternanti-nanti Projek "mee segera"

Projek "mee segera" mungkin tidak akan berlaku di DUN Penanti jika Bee End samada untuk menarik diri atau tidak akan bertanding di kawasan itu seperti mengikut khabar-khabar angin. Maka akan kehampaanlah penyokong-penyokong tegar AMENO-Bee End di kawasan tersebut kerana tidak dapat merasa apa yang penduduk di B.Gantang, B.Selambau dan Batang Ai rasa. Tidak merasa lah mereka akan nikmat dapat anak ayam percuma, bantuan basikal untuk anak-anak sekolah, kain pelikat/batik seorang sehelai dan berbagai lagi bantuan segera.

Mohon patik sembah derhaka pada AMENO-Bee End, apalah kiranya jika parti kesayangan ramai AMENO-Bee End agar bertandinglah di Penanti agar kami dapat nikmatnya nanti.

Khamis, 16 April 2009

SIAR BERITA PALSU: AMARAN KEPADA BLOGGER

PUTRAJAYA 15 April – Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan ke atas penulis-penulis blog (bloggers) yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau yang akan memberi tumpuan memantau perkembangan laman-laman blog berharap golongan itu dapat bersama bertanggungjawab membantu memajukan negara dalam penulisan masing-masing.

‘‘Kalau terus menyebar berita palsu yang boleh mewujudkan lunas saman malu, kita tidak akan teragak- agak melaksanakan langkah perundangan.

‘‘Walaupun tidak sepakat (dengan kerajaan), saya harap bloggers dapat bekerjasama dalam memajukan bangsa dan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Rais berkata, Kabinet bersetuju mengemaskini nama Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Menurutnya, beliau mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet pertama hari ini dan ia dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

‘‘Kalau tidak nama kementerian ini panjang, lagipun aspek kesenian memang sedia ada dalam kebudayaan dan ia lebih afdal,” katanya.

Sumber berita lanjut disini

Amaran: Laman-laman blog yang mungkin akan dipantau adalah selain dari laman blog pro Bee End. Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV3 suku selaku akhbar dan stesyen tv dakyah Bee End mungkin akan dikecualikan dari dipantau. Takutnyer!... maaf, saya dari blogger pro Bee End tau!...

Rabu, 15 April 2009

BARU NAJIB RASA, APA YANG SEBELUMNYA PAK LAH RASA

Meskipun lebih seminggu kabinet Dato' Seri Najib Tun Razak telah diumumkan, namun pelbagai pandangan terhadap barisan kepimpinannya tidak berlalu begitu sahaja.

Malah, setiap hari akhbar arus perdana termasuk eletronik terus menerus membincangkan perihal kabinet baru Najib yang mengekalkan 'ciri lama' ala pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ramai yang melihat, inilah kabinet 'glokal' idaman Najib yang juga diimpikan 'first lady', Datin Seri Rosmah Mansor yang akan menerajui negara bersama suami tersayang.

Menyentuh kabnet Najib, pemerhati politik rata-ratanya melihat tidak ada apa yang istimewa kecuali usaha beliau untuk kembali menarik golongan agama dengan melantik Mej-Jen (B) Dato' Jamil Khir Baharom bekas Pengarah Kagat sebagai Menteri Hal Ehwal Agama Islam.

Selainnya, sama wayang lama yang dipamerkan semula untuk tatapan rakyat yang semakin boleh menilai sejauh mana kabinet 'ikan busuk' ini mampu melakukan kerja untuk rakyat.

Malangnya, berdasarkan pengalaman kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini perihal melantik golongan agamawan tidak mampu menggugat Pakatan Rakyat terutamanya PAS.

Untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada Umno dilihat semakin sukar kerana telah terbukti penolakan rakyat kepada Umno adalah penolakan total yang berkait rapat dengan dasar dan idealis Umno yang semakin menyimpang jauh. Berita lanjut disini

Selasa, 14 April 2009

KECIL TETAPI BESAR...

Siapa kata jemaah/kabinet Menteri Najib itu secara menyeluruhnya 'kecil' ?

Kabinet Abdullah Badawi saiznya 67 (32 menteri dan 35 timbalan menteri).
Kabinet Mahathir tahun 1999 saiznya 54 (27 menteri dan 27 timbalan menteri).
Kabinet Najib Razak bagaimana pula? Saiznya 68! (28 menteri dan 40 timbalan menteri).

Ertinya, walaupun dikurangkan sedikit bilangan menteri penuh sebanyak 4 saja, bilangan timbalan menteri naik sebanyak 5!

Dan dengan itu, saiz kabinet yang diwar-warkan akan dikecilkan, kononnya, adalah satu penipuan besar terhadap rakyat Malaysia. Malah, kabinet Najib adalah kabinet yang memegang rekod sebagai kabinet yang TERBESAR sekali dalam sejarah Malaysia.

Negara-negara dengan bilangan penduduk yang dua atau tiga kali ganda penduduk daripada Malaysia pun ada yang saiz kabinetnya lagi kecil daripada kabinet menteri negara kita. Bayangkanlah. Selanjutnya disini

Sabtu, 11 April 2009

KAMBING HITAM @ MAMAT BUNGKUS DIHUKUM GANTUNG


Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Karpal Singh yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya juga menyatakan bahawa sabitan ke atas kedua-dua tertuduh itu, tidak dapat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Kaedah penyiasatan dan prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya telah mengundang rasa ragu dan kesal rakyat terhadap sistem kehakiman, PDRM dan pemimpin politik kerajaan Malaysia. Satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain. pemuda cheh

p/s: Kini kedua-dua anggota polis tersebut telah dijadikan kambing hitam. Persoalannya, siapakah gembala kambing tersebut sehingga sekarang masih belum terjawab.

Rabu, 1 April 2009

EDISI TERJAH: TIADA PENGUNDI HANTU DI BKT SELAMBAU - YER.. KE!...


Skuad AMK bersama Timbalan AMK Malaysia, Cikgu Fariz Musa petang semnalam telah membuat serbuan ke TAMAN BANDAR BHARU. Rumah yang di percayai sarang pengundi hantu berjaya akhirnya di kesan. Pada tengah hari semalam bekas MB Kedah, Dato Seri Mahadzir Khalid telah mencabar PKR supaya mengemukakan bukti adanya pengundi hantu di BUKIT SELAMBAU. Ternyata BUKTINYA ada untuk di tunjukkan kepada rakyat bahawa BARISAN NASIONAL sudah menipu rakyat. Hasil siasatam, AMK dan rombongannya yang diketuai oleh Cikgu Fariz telah menemui sebuah rumah YANG MEMPUNYAI 42 ORANG PENGHUNI. Selepas itu satu rumah lagi terdapat 56 orang yang menggunakan alamat yang sama. Dalam pada masa yang sama seramai 49 orang telah menggunakan alamat sebuah rumah yang tiada penghuni. Ini bukti jelas penipuan yang di lakukan oleh BARISAN NASIONAL TELAH DI BUKTIKAN OLEH PKR.
Catatan: Ramainya, dalam satu rumah sampai ada 50 lebih penghuni. Aku rasa ini bukan pengundi hantu yang duduk kat rumah tu tetapi ianya adalah hasil dari anak haram UMNO yang bersekedudukan dengan orang bunian kot!... Lawaknya UMNO... berubah dari jahat ke lebih jahat.