Selasa, 31 Mac 2009

UMNO akan berubah atau UMNO akan rebah

PRK di Bukit Selambau mencipta sejarah dimana 15 calon yang akan bertanding, iaitu calon paling ramai dalam sejarah pilihan raya negara bagi merebut satu kerusi. 1 BN, 1 PKR dan 13 dari Bebas. Pilihan raya tersebut diadakan berikutan perletakan jawatan wakil rakyatnya, V Arumugam pada 9 Feb lalu. Sejarah juga tercipta dimana sebahagian dari calon Bebas yang bertanding adalah terdiri daripada ahli UMNO totok sendiri. Mengimbau kata-kata Pak Lah dalam Berita Hairan (30 Mac 09) berkata "Ini jelas berbeza dengan BN yang tidak pernah mempunyai dua calon. BN hanya meletakkan seorang calon yang dipilih saja bagi mana-mana pilihan raya yang diadakan. Ia menunjukkan bahawa kita (BN) lebih berdisiplin berbanding mereka (pembangkang)".

Woi!... Pak Lah!..., nak muntah aku baca kenyataan tu... Kawan2, mari kita gelak secara berjemaah meraikan ucapan bernas Pak Lah. Kah!... 3X.

Sejarah juga tercipta dimana sebahagian dari calon Bebas yang bertanding adalah terdiri daripada ahli UMNO totok sendiri. Tak malu ker!... Dengan sendirinya kenyataan dari Pak Lah adalah palsu semata-mata. Baca disini untuk mengetahui selanjutnya.

Sabtu, 28 Mac 2009

KENAPA SAYA TIDAK HADIR - TDM

By Dr. Mahathir Mohamad
1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.

6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.

7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.

8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.

11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.

Jumaat, 27 Mac 2009

Datuk Shahrir letak jawatan Kabinet 1 April

KUALA LUMPUR 27 Mac — Datuk Shahrir Abdul Samad memutuskan untuk meletakkan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna setelah tidak terpilih sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan Umno semalam dan ia adalah muktamad.
“Ini adalah prinsipnya berparti dan sekiranya tidak dapat sokongan di kalangan perwakilan untuk menjadi anggota MT, perlu sanggup berundur dari jawatan menteri,” katanya.
Ketika ditemui pemberita di luar Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini semasa sesi perbahasan Perhimpunan Agung Umno berhenti rehat, Shahrir berkata beliau akan mengundurkan diri pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.
Ketua Umno Bahagian Johor Baharu itu berkata adalah sukar untuk melaksanakan tugas sebagai Menteri sekiranya tidak mempunyai sokongan daripada parti.
“Kita kena ada prinsip dan kena patuh. Dalam politik terutamanya, kerja kita akan lebih mudah kalau kita mempunyai kekuatan moral. Jika kita tak ada kekuatan dan sokongan parti, kita tak boleh berdepan dengan pentadbiran, rakyat dan pembangkang dalam melaksanakan tugas kita.
“Umpamanya saya (sebagai) menteri kena hadir di Parlimen. Bagaimana saya nak menjawab soalan dengan begitu yakin kalau saya tak dapat sokongan dari parti.
“Itu jadi masalah bagi saya. (Orang akan mengatakan) YB ini, parti pun tak terima, kalah dalam pemilihan parti, macam mana boleh jadi menteri,” katanya. - Bernama

Catatan: Datuk Ali Rustam bila pula nak letak jawatan MB Melaka jika dia mempunyai prinsip seperti Datuk Shahrir berkaitan rasuah?

Khamis, 26 Mac 2009

Ahad, 22 Mac 2009

Wujud 2 undang-undang rasuah di Malaysia!

BESUT, 22 Mac (Hrkh) - Apakah Malaysia menggunapakai dua undang-undang berkaitan rasuah apabila pemimpin Umno yang disahkan terbabit dengan rasuah tidak diambil tindakan malah didiamkan begitu sahaja.

Sebaliknya kalau tuduhan dibabitkan pemimpin Pakatan Rakyat atau pegawai kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasar kepada amalan di negara ini sekarang kelihatan dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin Umno seperti dikecualikan daripada dikenakan tindakan.

"Buktinya dapat dilihat apabila rasuah yang berlaku dalam Umno dianggap tidak menjadi satu kesalahan, sebaliknya kalau berlaku membabitkan orang lain tindakan segera diambil.

"Mana ada negara mempunyai dua undang-undang mengenai rasuah seperti di Malaysia. Biar pun mereka cuba menggunakan istilah rasuah politik namun kesalahan tetap sama, katanya pada ceramah di Kampung Gong Penaga dekat sini, baru-baru ini.

Baru-baru ini, Lembaga Displin Umno memutuskan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam didapati bersalah mengamalkan politik wang ketika kempen merebut jawatan utama dalam Umno sempena Perhimpunan Agung parti tu bermula minggu ini.

Naib Presiden Umno itu sebelum ini menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Kamal Saari berkata, politik wang dan rasuah merupakan kesalahan yang sama kerana ia melibatkan pemberian wang bagi memenangkan jawatan yang ditandingi.

Katanya, kesalahan tersebut begitu besar dan tidak pula disiasat SPRM biar pun banyak pihak membuat laporan kepada badan itu terhadap kesalahan yang dilakukan Mohd Ali.

Tuan Ibrahim juga berkata. Dato' Seri Najib Razak dikatakan agak kelam kabut memandangkan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi belum lagi menetapkan tarikh penyerahan tugas.

"Saya difahamkan sudah tiga kali Najib bertemu Abdullah bagi mendapatkan tarikh penyerahan kuasa," katanya.

Menurutnya bakal perdana menteri kini dihantui banyak masalah peribadi termasuk dakwaan sebuah akhbar di Perancis, di mana Najib dilaporkan mengenali Altantuya, wanita Mongolia yang mati dibunuh dengan kejam di negara ini.

Kata beliau Pemuda Umno sepatutnya berarak ke kedutaan Perancis di ibu negara bagi menghantar memorandum bantahan terhadap penyiaran berita tersebut sekiranya Timbalan Perdana Menteri benar-benar tidak terbabit.

Beliau juga berkata, imej Najib tambah teruk apabila beliau dikatakan menjadi peneraju utama kepada 'rampasan' kuasa di Perak sehingga menyebabkan wujudnya dua kerajaan di negeri itu sekarang.

"Ekoran tindak tanduk pemimpin terbabit menyebabkan suasana politik di Perak tidak lagi aman melainkan dibubarkan Dewan Undangan Negeri," ujarnya.

Catatan: Undang-undang SPRM hanya untuk parti bukan kerajaan dan rakyat.

Selasa, 17 Mac 2009

Blogger BPN ketak lutut - akibat keceluparan GOMO

Tak sampai 10 minit wak berlabuh pungung di warung makan depan masjid sambil menantikan azan utk solat Asar, call masuk. Ciberboron call. Bila ada call dari Bilik Media tentu ada yang penting. Memang betul. Sebelum dia nak cerita, dia gelak dulu. Ape hal orang tua ni ? Dah habis gelak, baru dia cakap. BPN ajak BNP debat ! Nak tanya wak boleh ka masuk dalam list. Wak tanya sapa yang celupar sangat nak cabar kita debat tu ? Dia cakap, Gomo ! Giliran wak pula gelak..wakakaka..nak tunggu wak habis gelak, ranaplah kredit RM1.30 sen kot. Budak Gomo yang pakai baju Lanun tu ? wak tanya...iyer ! Dia cabar ni..!

Wak bila orang cabar macam tu, no hal ! Ni nak tulis ni..wak boleh ker ? tanya si boron. Wak cakap..okay no hal, tapi sebelum letak nama wak dalam senarai, cuba hubungi senior dulu..kena maklum kat depa tu dulu, kita yang junior ni..kena bagi laluan, jika boleh tanya depa, nak debat kaa ? kalau depa tolak, baru letak nama wak. Akhirnya shortlist pendebat BNP selesai dipilih. Senior pun semangat yang join..itu sudah bagus. Klik di sini.

Aku susah hati email wak, tanya macamana dengan cabaran tu ? Mintak wak ulas. Ulas ? hahaha..tak payah ulas..debat terus saja. Tapi berani ker depa ni..? Wak rasa ada masalah BPN nak sahut cabaran yang dibuat oleh Gomo tu ? Panglima mereka dah tahu ker ? atau Gomo tu seronok2 cabar, nak debat, sedangkan bos BPN haram tak tahu sebutir apa pun..! Wak rasa esok lusa bukan Ali saja kena gantung keahlian, Gomo ni pun sama, kena tindakan tata tertib kerana buat cabaran tanpa berbincang dgn bos BPN ! Wakakaka..!

Musykhil yang kedua, mereka rela kaa..muka dan wajah mereka yang sebelum ini ditutup dengan nyiru dan topeng, di buka untuk tatapan umum. Sudah pasti blog2 pejuang Pakatan akan meletakkan muka-muka bertopeng ini di headline blog masing-masing. Itu memang sah ! Ada berani kaa ?

Wak akan pastikan Majlis Debat itu akan diadakan dalam dewan. Kalau boleh panggil TV broadcast buat LIVE. Baru nampak gempak. Satu negara boleh tengok muka bloggers-bloggers yang berani berdebat. Wak standby saja ! Juga wak mahu Majlis Debat itu akan dihadiri oleh lebih 10 ribu orang. Tak cukup lagi tu, Unit Media BNP akan wak minta buat siaran langsung menerusi saluran 3 TVPas buat LIVE juga untuk pelayar blog seluruh dunia, cenangau dan Dugong no hal punya, kepakaran itu depa berdua ada ! Untuk menjadi menarik lagi, adakan Majlis itu selepas proses penamaan calon Bukit Gantang iaitu selepas 29.3.09 ini. Maka tumpuan lebih terfokus terhadapa apa isu yang mahu dibawa. Ada berani kaa..bloggers Umno ?

Wak dah tak sabar ni...! Jangan fikir bloggers Pakatan Rakyat takut berdebat, biar mereka kenal siapa dia Pendebat Terhebat dan digeruni di UM, UiTM(dulu ITM) . Bukan setakat hebat berdebat, malah pernah memimpin Kesatuan Pelajar Mahasiswa di universiti. Wak nak ingatkan..jangan pandang bloggers Pakatan tidak berpelajaran. Malah ada bloggers dalam BNP memegang kelulusan Ijazah Sarjana(Master). Kita buka gelanggang ! Kita lihat siapa yang bakal tersungkur ! Cabaran disahut ! Takbir !!

Cilok: al-banjari online

Ahad, 15 Mac 2009

3 KATEGORI MANUSIA


ORANG YANG BERJAYA

Hari ini lebih baik daripada semalam


ORANG YANG TERPEDAYA

Hari ini sama seperti semalam


ORANG YANG CELAKA

hari ini lebih teruk daripada semalam

Sabtu, 14 Mac 2009

Hina Sultan Perak sudah didakwa, hina Sultan Terengganu bila pula nak didakwa?


UMNO dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah berjaya mengesan siapakah individu yang menulis komen yang didakwa menghina Sultan Perak di laman web http://books.dreambooks.com/duliduli/html melalui IP lokasi penulis. Kita mungkin memuji sikap SKM kerana bersusah payah mengesan individu tersebut melalui IP yang digunakan tetapi kita juga menjadi muykhil kenapa sudah terang lagi bersuluh kejadian menghina sultan di Terengganu dengan perkataan 'NATANG' tidak dapat dikesan oleh pihak-pihak yang tertentu siapakah individu tersebut sehingga kini dan individu itu pun tidak didakwa sehingga sekarang!... Buta sungguh mata orang-orang UMNO yang melihat kejadian di Terengganu tempohari. Inilah yang dinamakan keadilan dalam perjuangan UMNO. Lu pikir lah sendiri!...
5 didakwa hina Sultan

Utusan Meloya. 13/03/09
Chan Hon Keong, 26, dituduh bersama isterinya, Khoo Hui Shuang, 27, menghina Sultan Perak melalui laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak, www.sultanperak.gov.my. Di Permatang Pauh, Butterworth, kira-kira pukul 12.05 pagi, 13 Februari lalu.

Rutinin Suhaimin, 35, dituduh melakukan kesalahan sama menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komen di alamat http://booksdreambook.com/duli/duli.html yang pada pukul 6.33 petang pada 13 Februari lalu di Kundasang, Sabah.

Nor Hisham Osman, 36, didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya di http://books.dreambook.com.web per/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my. Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan, Selangor.

Muslim Ahmad, 54, didakwa atas tiga tuduhan menulis komen menghina Sultan Perak menggunakan perkhidmatan Internet menghina Sultan Perak di Setapak, Kuala Lumpur pukul 2.21 dan 2.27 petang, 7 Februari lalu.

PEMBANTU makmal Azrin Md. Zain, 33, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah menulis komen yang menghina Sultan Perak.

Jumaat, 13 Mac 2009

Najib perlu bersih imej


Selagi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Gobind Singh Deo, akhbar Liberation dan wartawannya, Arnaud Dubus (awat aku rasa semacam muka dia?!! Tak gamak nak bubuh gambaq tu di sini), selagi itulah itulah rakyat seperti saya tidak mampu melihat Najib sebagai seorang yang bersih.Selain memang betul-betul bersih, adalah sangat penting seseorang pemimpin dilihat bersih. Jika tidak, dia memalukan negara dan rakyat yang dipimpinnya. Rakyat tidak boleh dibiarkan terus dihukum dengan soalan demi soalan dari serata dunia, "Adakah Perdana Menteri kamu pembunuh, perasuah?"

Petikan berita 1:
"Tidak ada sesiapa pun yang didakwa berikutan kematian Kugan," kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.Meneruskan pertanyaannya, perkara yang sama juga berlalu dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata beliau.Ahli Parlimen Puchong itu merujuk kepada kenyataan pegawai penyiasat kes tersebut, Supt Gan Tack Guan yang bersetuju dengannya di dalam perbicaraan terhadap Raja Petra Kamarudin bahawa Najib adalah saksi penting dalam kes pembunuhan Altantuya tetapi masih belum memberikan kenyataan."Seorang pegawai polis bersetuju dengan saya bahawa Najib adalah saksi penting pembunuhan beliau (Altantuya)," katanya.Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee segera mengingatkan Gobind supaya jangan membangkitkan isu tersebut kerana perkara itu sedang dibicarakan di mahkamah tetapi Ahli Parlimen Puchong itu terus menuntut Najib menjawab persoalan yang dibangkitkannya.Gobind terus diherdik oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaludin Jarjis.Ketika itulah Najib hendak bangun meninggalkan dewan. Melihat Najib mahu meninggalkan dewan, Gobind terus memanggil Najib dan menuduh beliau pembunuh: "Saya belum habis dengan kamu. Tolong duduk... Ahli Parlimen Pekan, awak di sini, bangun dan jelaskan."Jawab (soalan) saya, kamu pembunuh!"Najib kembali ke tempat duduknya dan terus berdiam diri. Ketika peristiwa itu berlaku, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya berada di galeri awam sebagai pemerhati persidangan. (Rujukan berita di sini)

Petikan berita 2:
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berlaku adil kepada negara dan rakyat jika beliau enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Perancis yang menggambarkan beliau sebagai pembohong, kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.Dalam laporan Liberation baru-baru ini, Najib didakwa pernah bergambar bersama Altantuya Shaariibuu dan Abdul Razak Baginda.Timbalan Perdana Menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas."Laporan akhbar itu memalukan rakyat dan negara ini. Ia menggambarkan seorang pembohong dalam kes pembunuhan akan menjadi Perdana Menteri negara ini."Jika dakwaan akhbar itu tidak dinafikan melalui tindakan undang-undang di negara di mana akhbar itu diterbitkan, Najib bukan sahaja terdedah kepada tuduhan berbohong malah beliau juga terdedah kepada tuduhan menghina Allah apabila beliau bersumpah dengan menggunakan nama Allah bahawa beliau tidak mengenali wanita itu," kata Salahuddin.Lebih buruk lagi, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, Najib dituduh oleh akhbar itu sebagai cuba menutup kes tersebut apabila dilaporkan, beberapa jam sebelum penahanan Abdul Razak, dia menghantar satu SMS: "Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah".Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) yang dituduh membunuh Altantuya, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.Memandangkan wartawan yang menulis cerita itu, Arnaud Dubus mahu menulis buku untuk mendedahkan lebih lanjut mengenai pembunuhan wanita itu dan mengaitkannya dengan komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan, Salahuddin menggesa Najib segera mengambil tindakan undang-undang ke atas wartawan itu dan akhbar Liberation dan membuktikan tanpa sebarang keraguan di dalam mahkamah di negara akhbar tersebut diterbitkan bahawa apa jua dakwaan yang dibuat ke atasnya adalah bohong dan tidak berasas .Salahuddin berkata, beliau bersimpati kepada Najib yang menghadapi dakwaan seburuk itu."Tetapi pada masa yang sama, rakyat dan negara ini akan dizalimi jika mereka terpaksa menerima Perdana Menteri yang didakwa pembohong, cuba menutup kes pembunuhan serta terlibat dengan rasuah."Bakal Perdana Menteri kita dituduh mempunyai sifat yang terlalu jijik dan jahat. Saya menyeru Najib supaya segera mengambil tindakan undang-undang ke atas Dubus dan Liberation kerana tuduhan tersebut amat berat serta memalukan negara ini."Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini seorang pemimpinnya dikaitkan dengan kes pembunuhan yang mempunyai kaitan dengan rasuah," katanya.Selain dakwaan tersebut, wartawan Liberation itu turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.
Sumber: penarik beca

Khamis, 12 Mac 2009

Menyampuk Speaker diarah keluar dewan, bagaimana pula di Perak?

Sumber: idhamlim.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Ranau, Sabah, Datuk Siringan Gubal diarah keluar Dewan Rakyat pagi ini kerana 'menyampuk' percakapan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Beliau diarah Pandikar Amin supaya tidak bercakap sesuka hati terutama perkataan 'ngam Yang Dipertua' ternyata tidak disenangi Speaker. Beliau diarah keluar jam 11.20 pagi dan hanya dibenar memasuki semula Dewan apabila sidang bersambung selepas rehat tengah hari jam 2.30 petang. Itulah kuasa seorang Speaker yang tidak boleh dicabar oleh sesiapa termasuklah di mahkamah. Namun BN mengajar rakyat dengan satu budaya baru iaitu Speaker akan jadi bersalah dan semuanya tindakan speaker jadi tidak betul jika menganggu kerja jahat mereka.Demikianlah nasib malang yang berlaku di Perak. Berbagai hak Speaker di "kronyok" oleh BN termasuklah hakim Mahkamah Tinggi Ipoh yang sudah jadi hakin "coklat Hacks". Bagaikan beruk diberikan bunga manalah dia tahu untuk menilainya, demikianlah UMNO tidak menilai undang-undang yang ada. Kejadian kelmarim menyaksikan mahkamah jadi macam "kartun" bila Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dipaksa untuk menggunakan khidmat Penasihat Undang-undang Negeri dalam kes samannya mengenai status 3 ADUN lompat. Sivakumar yang berhujah dikamar hakim telah bertegas menolak khidmat penasihat undang-undang negeri dan memohon membela dirinya sendiri, namun ditolak oleh hakim.Dalam kes bunuh Altantuya pun, tertuduh Azilah, 33, dan Sirul, 37 yang diperintah membela diri telah dibenarkan oleh hakim untuk membela dirinya sendiri di kandang saksi, manakala Sirul pula memilih membacakan keterangan bertulisnya dari kandang tertuduh. Ini pula seorang yang tinggi kedudukan dalam kerajaan negeri dan disebutkan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan:72. Keistimewaan Dewan Negeri. 1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah. Namun di Perak nasi bukan saja menjadi bubur malah sudah basi dan busuk sekali, semua tindakan speaker dipersalahkan semuanya. Inilah perangai BN yang sebenarnya, langsung tidak menghormati undang-undaang yang sedia ada. Bukankah itu "bangang" namanya.

Ahad, 8 Mac 2009

Sabtu, 7 Mac 2009

Himpunan PPMSI terbukti UMNO sudah terkubur...

Petang tadi terbukti Umno sudah tidak lagi berjuang untuk agama, bangsa dan Negara sebagaimana yang ia laung-laungkan disaat Allahyarham Dato Onn Jaafar menubuhkannya dahulu. Petang tadi Umno tidak terlibat dalam mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu. Petang tadi yang hadir untuk mendaulatkan bahasa Melayu dari Masjid Negara sehingga ke Istana Negara hanyalah para intelek dan sasterawan Melayu selain pimpinan tertinggi dan ahli-ahli serta penyokong PAS salian rakan-rakan dari PKR.Petang tadi kerajaan yang ditunjangi Umno mengarahkan agar kelongsong-kelongsong gas pemedih mata dituju dan dihalakan ke arah para pejuang bahasa Melayu yang berhimpun dari Masjid Negara ke Istana Negara. Sudahlah mereka bertanggungjawab mengorbankan kedaulatan bahasa, sudahlah mereka tidak hadir bersama mempertahankan bahasa ketika ianya dalam ancaman, mereka tergamak melihat anak-anak bangsa yang berhimpun untuk mempertahankan bahasa mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dihujani dengan air kimia dari water canon FRU.Pejuang bangsa apakah Umno ini?!!Apalah sangat sehingga mahu tunjukkan kuasa ke atas anak-anak bangsa sendiri? Mereka sekadar mahu menyerahkan memorandum suara hati mereka kepada Raja mereka, ketua Negara, ketua Melayu ketua agama, tetapi mengapa mereka diperlakukan sedemikian rupa? Sudah hilangkah kewarasan dan pertimbangan kita? 100 lebih anak-anak bangsa ditangkap tadi atas dosa mempertahankan kedaulatan bahasa mereka, sudah sasau dan biulkah Umno??!!Saya yakin dan percaya perisitwa malang petang tadi akan merupakan kemuncak kehancuran parti yang kononnya berjuang untuk survival umat Melayu itu. Syabas dan tahniah para pejuang bahasa Melayu dari Sasterawan Negara, tokoh-tokoh akademik, para pelajar termasuklah ketua dan pimpinan parti siasah. Anda semua telah membuktikan bahawa perjuangan memartabatkan bahasa ini yang sudah dilupakan oleh Umno sanggup terus dipikul dan diperjuangkan oleh kita semua selain Umno.Hapuskan PPSMI. Hidup Bahasa Melayu!

Sumber: Roslan SMS

SPRM tahan setiausaha politik menteri

Sumber: Utusan Meloya
KUALA LUMPUR 6 Mac – Setiausaha politik kepada seorang menteri Kabinet ditahan di sebuah restoran di sini kelmarin kerana dipercayai menerima suapan lebih RM70,000.
Penahanan lelaki berusia dalam 40-an tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah menjalankan intipan ketika menerima suapan kira-kira pukul 10.30 malam.
Sumber SPRM yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini memberitahu, lelaki berkenaan bagaimanapun telah dibebaskan semalam selepas keterangannya diambil.
Penahanan tersebut bagaimanapun tidak diketahui sama ada mempunyai kaitan ataupun tidak dengan kempen pemilihan UMNO akhir bulan ini.
Semalam, Ketua Pesuruhjayanya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya bersiap sedia menangani gejala politik wang menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac ini.
Katanya, SPRM akan menempatkan pegawai dan anggotanya di beberapa lokasi yang dipercayai menjadi tumpuan ejen-ejen calon memancing undi.

Komen: Sumber yang dipetik dari Utusan Meloya, sedikitpun tidak dinyatakan siapa nama individu tersebut samada setiausaha politik dan menteri kabinet berkenaan. Inilah cara terpilih akhbar dakyah pro kerajaan samada dari Utusan Meloya dan Berita Hairan ataupun stesen tv dari RTM atau TV3 suku. Kalau cerita dari Pakatan Rakyat siap dengan resume sekali mereka dedahkan. Kita tunggu dan lihat saja apakah kesudahan episod ini. Adakan ianya sekadar gimik dari SPRM untuk menyatakan mereka bukan bertindak secara terpilih atau sekadar dibakulsampahkan bila rakyat lupa.

Jumaat, 6 Mac 2009

NO TO UMNO

UMNO sekarang sedang bersandiwara. Mereka sudah melakukan 2 kesalahan baru baru ni dan sekarang di dalam usaha untuk menukar dialog dan schene untuk dilihat peristiwa itu memihak pada mereka.

Tengku Razaleigh sudah berkata bahawa undang undang dan perlembagaan kita sudah hancur ! hancur ... dah hancurrrr !

Insiden yang aku maksudkan adalah mengalang DUN, Speaker dan Ahli Parlimen dari masuk ke SUK dan dewan.

Menghalang ADUN, Speaker dan Ahli Parlimen dari masuk ke dewan adalah satu kesalahan di bawah akta Kanun Keseksaan.
Insiden terdahulu, Pemuda UMNO telah menghalang Karpal Singh dari memasuki dewan.

Insiden kedua, pihak polis dan pemuda UMNO di anggarkan seramai 30 orang telah menghalang, Speaker dan DUN memasuki kawasan SUK.
Apa yang UMNO sedang lakukan sekarang?

Tentang insiden di Parlimen, Pemuda UMNO sedang mengubah topik menyalahkan DAP kerana menjadi punca perbalahan. Sedangkan bukan itu lah isu sebenar. Khabarnya video kejadian sedang di edarkan. Manakala, di Perak, pihak polis menyoal siasat kesemua ADUN yang di bawah tuduhan berhimpun secara haram. Kertas melarang mereka masuk ke dewan pun tiba tiba sudah hilang kerana mereka tahu menghalang itu satu kesalahan.

Menarik kan?

Kalau isu ini tidak di terangkan secara jelas kepada masyarakat dan rakyat, maka kesalahan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, dan sekiranya di dedahkan keadaan sebenar, UMNO akan tanggung akibat.

Berjaya kah mereka UMNO membodohkan rakyat dengan memutarbelitkan undang undang?

Sumber: notoumno

Khamis, 5 Mac 2009

CERITA TAK SERONOK BAKAL PM KELUAR DI AKHBAR PERANCIS

Bakal Perdana Menteri, Najib Razak kembali panas dan tidak senang duduk hari ini apabila Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution membongkar suatu laporan sebuah akhbar berbahasa Peranchis bahawa mereka berdua (Najib dan Altantuya) pernah bergambar bersama. Mereka juga didakwa sebagai pasangan kekasih.
Dalam laporan Liberation hari ini, Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.
Jadi saya mengharapkan pihak berkuasa di negara kita supaya menyiasat kesahihan laporan akhbar ini kerana ianya memalukan negara dan pemimpin negara yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri.
Dakwaan akhbar adalah berat dan serius kerana jika ianya benar maka sudah tentu Najib tidak layak untuk dilantik menjadi Perdana Menteri bahkan beliau sepatutnya di dakwa di mahkamah jika ada bukti-bukti beliau terlibat.
Manakala jika dakwaan itu tidak benar Najib Razak mesti bertindak untuk menyaman surat khabar itu yang cuba menjatuhkan imej beliau dan negara kita Malaysia.
Saya cadangkan Najib supaya mengambil tindakan mahkamah kepada akhbar tersebut jika benar-benar beliau tidak mengenali Altantuya. Jika Najib tidak menyaman akhbar tersebut saya pasti rakyat akan terus sangsi dan ragu-ragu dengan penafian Najib sebelum ini.

Rabu, 4 Mac 2009

KISAH RAJA, 3 LAKSAMANE & MENTERI PASOLA

Oleh: Huzaifah (huzaifahsview.blogspot.com)

Alkisah, tikar mengkuang terbang milik laksamana Do pun berlepas. “Wahai tiko mengkuang teman yang pande terobang, mike singgah le di negeri Perak Darul Ridzuan…zam-zam…allla kazam!”
Zusss…
Sesampe sahaje tige laksamane yang gagoh perkase di negeri berkenaan, amat masghullah mereka. Arakian melihatkan betapa porak perandanya negeri berkenaan. Dahulu, Perak Darul Ridzuan adalah negeri yang permai dan makmur, le ni udah bertuko menjadi negeri yang mamai dan hancur.
“Wahai memanda menteri, cuba mike teropong ke hujung padang sana. Pada firasat beta, seakan-akan ada lembaga yang sedang mengintai-ngintai ke arah kite semua.” Sang Raja bersuara.
Lalu memanda menteri pun meneropong… “Benar tuanku…ada tige orang, gayanye macam oghang luo, deme seakan laksamane Do Re Mi seperti yang pernah tuanku mimpikan dahulu…”
Tidak lama, bertemu dan berlabunlah tiga laksamane dengan memanda menteri dan paduka raja. Dikisahkanlah segala yang berlaku. Angkara jahat Menteri Pasola yang telah merompak dan menggulingkan kerajaan yang ada. Hingga kini, raja dan memanda menterinya pun terpaksa bersidang di ‘bawah pokok’ adanya.
“Tuanku jangan bimbang…sembah Laksamane Re. Ini…teman ada teropong ajaib. Dengan teropong ini, kita boleh mencari di mana Menteri Pasola berada. Kita juga boleh mengetahui apakah kelemahan-kelemahan pada diri Menteri Pasola.”
Maka diteroponglah oleh Laksamane Re. Dilihatnya Menteri Pasola sedang mengudap roti telur cecah sambe sardin…seakan-akan di Karai atau Pekan Manong…eh bukan, bukan Pekan Manong…tapi Pekan Pahang adanya.
Kemudian, dia meneliti apakah kelemahan-kelemahan pada Menteri Pasola. Dia memulas-mulas teropongnya, agak susah juga mencari apa kelemahan Menteri Pasola. Kerana setiap sudut ada sahaja penutupnya. Di sudut kiri ada Sang Musang, di kanan ada Guni Bertahil, di bawah ada Said Pak Porno (namanya dikaitkan dengan anankandanya yang ditangkap sewaktu mengedo cakera porno di Sulawesi Utara), di atas pula ada Tiang Seli Usop 2020…makna kata, keliling-kelalangnya penuh ‘body guard.’
“Ampuan tuanku. Teman udah nampok di mana orang yang menjadi punca segala masalah ini…ya, Menteri Pasola sedang berenak-enak melantak roti telo cecah sardin di Pekan Pahang tuanku…”
Dipendekkan cerita, ketiga-tiga laksamana itu pun berangkatlah lagi dengan tiko mengkuang ke Pekan Pahang. Perjalanan tidaklah begitu senang, memandangkan banyak juga sekatan polis udara anak-anak buah si Musang Hasang…mujo lah si Laksamana Mi mempunyai harmonica ajaib, bila ditiup sahaja, mereka pun ghaib.
Sesampai sahaja mereka di Pekan Pahang, mulalah tiga laksamana cerdik dan gagah itu bermesyuarat. Apakah caranya mengalahkan Menteri Pasola yang ‘biadap’ dan ‘kurang hajar’ itu. Biadap kerana berani melanggar dan memporak-perandakan negeri Perak Darul Ridzuan dan kurang hajar kerana menghina Raja Perak dengan membiarkan para menteri bersidang di bawah pokok ketapang di tepi padang.
“Wahai pangsi atau harmonika ajaib, che mike kabo ke teman…apakah rahasia kelemahan si Menteri Pasola lahanat ini…Fiiiiung….Jeng…jeng…!”
Maka, dapatlah diketahui akhirnya bahawa, kelemahan Menteri Pasola ini hanya ada satu sahaja…iaitu: ISTERINYA!
Dan ketiga-tiga laksamana itupun tahulah apa tindakan mereka seterusnya….kita cerita lain kali pulak ye…

Rakyat makin meluat dengan UMNO-BN di Perak

Rakyat semakin meluat dengan perangai UMNO-BN yang tidak berani berdepan dengan pilihanraya jika DUN Perak dibubarkan. UMNO-BN akan berusaha sedaya upaya agar DUN tidak dibubarkan walau dengan apa cara sekalipun. Mereka sanggup mengunakan sultan agar impian mereka terlaksana. Inilah yang berlaku di Perak sekarang. Kemelut ini berlarutan selama hampir sebulan dan belum ada tanda-tanda kemelut ini akan berakhir.

Apabila Speaker dan Adun hendak bersidang mereka dihalang, maknanya demokrasi sudah mati. Apabila pegawai kerajaan menjadi penghalangnya, maka mereka sudah melanggar aku janji, etika kerja, tugas dan tanggung jawab selaku anggota perkhidmtan awam yang mendokong sistem demokrasi dan raja berperlembagaan. Sultan tak kata apa pun, apa pasal mereka bertindak mensabotaj DUN.

Perak mencatat sejarah apabila mangadakan sidang DUN di bawah pokok pada 03.03.09.

Ahad, 1 Mac 2009

Tender Terbuka Untuk Bersihkan Tanah Kubur UMNO


Aku ingatkan selama ini UMNO-BN hanya berminat untuk mendapatkan tender2 bernilai jutaan ringgit hanya dari projek-projek besar, rupa2nya tender bersihkan tanah kubur pun mereka berminat. Baguslah kalau macam tu... Cuma yang aku muskhil takut2 parti tu dah hampir nazak. Eloklah!... kubur dah disediakan cuma nak dikuburkan saja lagi.

MANA ADA SAMPAI 50 JUTA ?????

Najib nafi mana ada sampai RM50 juta. Walaupun berapa RM sekalipun ianya telah menjawab bahawa kenyataan atau tuduhan itu sememangnya benar. Kalau tak masakan Najib nafikan bukan banyak tu... tapi banyak nie jer!....