Semasa di PRK Manek Urai pada 14 Julai 09 yang lalu Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah berjanji kepada penduduk di Manek Urai, UBN akan menjadikan DUN tersebut sebagai sebuah kota agropolitan bagi melonjakkan pembangunan dan menjana ekonomi rakyat yang masih memerlukan banyak pembelaan.
Beliau juga berjanji untuk memajukan pertanian secara komersial, prasarana untuk keselesaan rakyat akan disegerakan oleh UBN termasuk membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru.
Ternyata dengan janji-janji yang pernah diberikan kepada pengundi-pengundi di Manek Urai ketika itu, UBN hampir berjaya menawan Manek Urai walaupun ia hanya mengalami kekalahan sangat tipis.
Itu cerita di Manek Urai. Manakala di Permatang Pasir pula, dengan menggunakan formula yang hampir sama UBN akan mengubah sedikit strateginya pada kali ini. Mereka masih berkeyakinan bahawa formula yang digunakan di Manek Urai mampu diadaptasi sekali lagi di Permatang Pasir. Sama-samalah kita saksikan apakah kejutan yang bakal diterima oleh penduduk Permatang Pasir nanti sebagai hadiah dari UBN selepas tarikh penamaan calon esok.
1 ulasan:
takder pengunjung pun ,,blog tak laku patutla menipu kat blog orang
Catat Ulasan