Selasa, 4 Ogos 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - PESERTA DEMO PRO ISA DIUPAH?



PUTRAJAYA 3 Ogos - Sebahagian individu yang menyertai perhimpunan pro ISA di ibu negara, Sabtu lalu dipercayai telah diupah oleh pihak tertentu.

Menurut sumber yang diperolehi mendapati motif perhimpunan dari pro ISA bertujuan untuk membuat provokasi terhadap GMI.

''Anak-anak muda dari pro ISA yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak. Ini agak mengejutkan pihak penganjur anti ISA.

Mereka berada di dalam kelompok kecil dicelah-celah penyokong anti ISA sambil membuat provokasi. Kesempatan ini dibuat secara terancang oleh pihak pro ISA bagi menjejaskan perhimpunan secara aman oleh GMI.

''Motif perhimpunan juga mahu mengalih perhatian rakyat terhadap kes pergolakan dalam parti komponen BN yang kian meruncing serta ditolak rakyat.

Perhimpunan haram anjuran pro ISA itu mengakibatkan orang ramai terperangkap dalam kesesakan jalan raya manakala peniaga menutup premis masing-masing.

Berikutan itu, banyak pihak menuntut tindakan tegas harus dikenakan terhadap dalang di sebalik pro ISA supaya kejadian membuat provokasi terhadap perhimpunan aman GMI tersebut tidak berulang.

Sumber: cari sendiri.

Tiada ulasan: