Oleh: Hamidah
Assalamualaikum. Salam buat pembaca. Dikesempatan ini aku ingin membawa tinjauan jauh situasi di negara kita yang menghadapi wabak H1N1 yang kini telah sampai ketahap yang membimbangkan. Aku warga guru yang mengajar di sebuah pekan kecil yang suasananya tenang tetapi ceria. Kini pekan ini kurang ceria dengan menularnya wabak ini. Seorang guru di pekan kecil dapat mengimbas hampir keseluruhan anak muridnya.
Assalamualaikum. Salam buat pembaca. Dikesempatan ini aku ingin membawa tinjauan jauh situasi di negara kita yang menghadapi wabak H1N1 yang kini telah sampai ketahap yang membimbangkan. Aku warga guru yang mengajar di sebuah pekan kecil yang suasananya tenang tetapi ceria. Kini pekan ini kurang ceria dengan menularnya wabak ini. Seorang guru di pekan kecil dapat mengimbas hampir keseluruhan anak muridnya.
Ditika ini kehadiran murid kesekolah menurun dengan mendadak. Ramai kanak-kanak yang demam, batuk dan selsema. Guru berpesan kepada murid setiap hari, "murid-murid yang deman jangan datang sekolah". Jawab murid "cikgu ayah kami suruh kami datang juga sebab ayah dan mak pergi menoreh". Walaupun ada murid yang menurut perintah tapi murid yang demam datang juga kesekolah kerana ketiadaan penjaga di rumah. Akhirnya kedengaran suara-suara kokohan batuk dari murid-murid memecah suasan pembelajaran.
Guru rasa bimbang dengan keaadaan ini lalu berpesan kepada murid, "pakailah topeng muka supaya batuk kamu tak berjangkit kepada orang lain". Murid menjawab "topeng muka tak ada jual, nak dapat kat mana cikgu, kat kedai dah habis?". Murid lain pula mencelah "cikgu topeng muka mahal sangat RM1 duit nak belanja lagi mana cukup, ayah menoreh ja mana ada duit nak beli topeng muka hari-hari cikgu".
Guru cuba menolong murid untuk mendapatkan topeng muka. Guru korbankan masa untuk ke bandar yang jauhnya 35 km semata-mata untuk membeli topeng muka dengan duit sendiri untuk keperluan murid. Tiba di bandar hati rasa hampa kesemua Farmasi tiada bekalan. Guru belum berputus asa cuba pula ke klinik kesihatan kerajaan, pun menyatakan tiada bekalan hanya untuk kakakitangan klinik dan pesakit luar sahaja.
Guru pulang, sambil memandu terdengar pesanan dari radio kereta supaya memakai topeng muka untuk mengelakkan jangkitan H1N1. Dalam hati, mana topeng mukanya yang disuruh pakai? Mengapa pihak berwajib tidak membekalkan topeng muka kepada kanak-kanak sekolah kerana mereka ini sangat berisiko tinggi. Diwaktu yang kritikal ini topeng muka saja yang membantu, jangan ditunggu kehadiran vaksin yang entah berapa bulan lagi dan berapa banyak lagi nyawa yang akan melayang.
Esok nya guru menyatakan topeng muka tidak ada bekalan kepada murid-murid. "Tak mengapa lah kita cuba cara lain", kata guru kepada muridnya. Guru ada idea untuk membeli beberapa meter kain putih untuk digunting kecil-kecil dan dijahit dijadikan topeng muka . Guru berfikir mungkin ini lebih menjimatkan kerana boleh dibasuh dan boleh dipakai setiap hari, daripada membeli topeng dengan harga seringgit sehari.
Hajat guru tak kesampaian kerana selepas itu guru diserang demam, batuk dan selsema dan diarahkan tinggal di rumah hingga sembuh. Kini aku sudah sihat dan kembali ke sekolah setelah beberapa hari berehat di rumah. Keadaan di sekolah kian lengang kerana ramai murid yang demam.
Akhir harapan dari ku kepada pihak yang berwajib, usahakanlah pembekalan topeng muka dengan mudah kepada anak-anak didik kita yang masih sihat berada di sekolah untuk meneruskan pembelajaran. Kami warga luar bandar sukar mendapatkan bekalan. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan