Khamis, 29 Disember 2011

BERITA GEMBIRA BUAT UMNO - AHLI DAP KELUAR PARTI DI P.PINANG

Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Eng berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri. mkini

Rabu, 28 Disember 2011

USAH GUNA MEDIA PENCACAI JIKA BERTELAGAH

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Datuk Dr Haron Din bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am PAS, agar semua pihak yang bertelagah tidak menggunakan media arus perdana.

Beliau berkata demikian dalam wawancara khasnya dengan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Pengarang Berita Harakah, Mohd Rashidi Hassan di rumahnya Isnin lepas.

Haron Din, timbalan Mursyidul Am PAS itu berkata, apa yang berlaku dalam PAS sekarang hanya sebutir pasir yang dijadikan sebuah busut dan diperbesarkan.

"Saya mahu semua pihak berhenti bercakap, jangan cakap apa-apa lagi," katanya.

Beliau juga mahu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali bermaf-maafan di antara satu sama lain.

"Saya amat gembira jika semua pihak yang terbabit meminta maaf secara terbuka," katanya.

Jumaat, 23 Disember 2011

NFC - SEORANG DATUK DITAHAN REMAN

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' ditahan reman selepas cuba menyogok beberapa pegawai polis yang sedang menjalankan siasatan kes jenayah komersial dipercayai ada kaitan dengan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ahli pernigaan berumur 45 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Perdana kira-kira jam 4.06 petang kelmarin.

Pengarah JSJK, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan Agensi Pekerja Asing dan syarikat pengangkutan teksi ini ditahan reman selama dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

"Suspek kini diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.

"Siasatan awal dapati suspek ditahan di Cheras tiga minggu lalu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu serta bersabit satu laporan kes sama di Bercham, Ipoh, Perak," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis JSJK, semalam.

Ketika ditanya berhubung nilai sogokan yang cuba diberikan serta adakah suspek mempunyai kaitan dengan kes skandal NFC, Syed Ismail bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Kita tak boleh komen tentang nilai sogokan itu dan kes ini kita serah kepada SPRM untuk siasatan," katanya.

Difahamkan, suspek dipercayai ada pertalian keluarga dengan orang kenamaan.

Dalam perkembangan lain, Syed Ismail berkata, setakat ini, seramai 27 individu sudah memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu skandal NFC dan mengesahkan tiada sebarang tangkapan dibuat.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali dalam satu kenyataan semalam, mengesahkan berhubung siasatan yang dijalankan pihaknya terhadap seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' yang ditahan kerana menawarkan rasuah kepada beberapa pegawai kanan polis yang dipercayai ada kaitan dengan kes NFC.

"Kita sudah terima kes dan sentiasa bekerjasama dengan polis dalam menjalankan siasatan membabitkan kes rasuah dan penyelewengan mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang," katanya. sinar harian

Rabu, 21 Disember 2011

HIPOKRIT - AKHIRNYA CHEDET MENGAKU JUGA

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia meminjam wang daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau namun menegaskan bahawa beliau tidak pernah menulis kepada badan berkenaan untuk mendapatkan dana.

Tiada surat mahupun permintaan bertulis dibuat oleh beliau kepada Bank Dunia, kata Mahathir menjawab dakwaan yang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah berbuat demikian ketika krisis kewangan 1999.

"Jika Anwar boleh menunjukkan bukti sebaliknya, dia patut berbuat demikian. Jika tidak dia mesti bersumpah dengan al-Quran di masjid bahawa dia tahu apa yang dia kata itu benar.

Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman daripada Bank Dunia," katanya lagi dalam tulisan di blog beliau, chedet.co.cc, semalam.

Katanya lagi, Malaysia enggan menerima dana pinjaman International Monetary Fund (IMF) daripada Bank Dunia kerana "bantuan yang dikatakan itu akan memburukkan lagi keadaan."

Mahathir mengambil alih kedudukan sebagai menteri kewangan selepas Anwar dipecat dan dipenjarakan pada 1998.

Katanya lagi, pinjaman sebanyak USD300 juta ditandatangani dengan Bank Dunia pada Jun 1998, ketika Anwar masih menjadi menteri kewangan, untuk makanan, pendidikan tinggi dan program mikrokredit.

Sebanyak USD100 juta turut ditandatangani untuk bantuan teknikal pada Mac 1999, namun hanya USD11.94 juta dikeluarkan.

Pinjaman sektor sosial sebanyak USD60 juta dihentikan selepas pengeluaran sebanyak USD60,000 manakala satu pinjaman pendidikan dihentikan selepas sejumlah USD244 juta dikeluarkan.

Kedua-duanya diluluskan pada Mac selepas Anwar dipecat daripada jawatan menteri kewangan.

Selasa, 20 Disember 2011

MENTANG-MENTANG LU POLIS, LU JANGAN KURANG AJAR TAU!...



Jangan berselindung disebalik uniform. Itulah kata-kata macha yang tengah hot!...

RUSLAN MOKHTAR HANYA BERANI DI BALAI POLIS

Muka dah macam samseng. Sesuailah jadi barua UMNO. Macam anggota polis pun ada. Nanti gua nak check kat member gua yang kerja di Bkt. Aman.

Kalau lu berani buat aksi nak tumbuk orang, cubalah try kat luar. Nescaya muka lu akan lebam macam dilenyek lembu Syahrizat atau tinggal nama jer!... Pi mamposlah UMNO dengan barua-baruanya.


ABU - Asalkan Bukan UMNO

Isnin, 19 Disember 2011

LEMBU UMNO MENGAMUK DI BUKIT AMAN

NFC - CERITA LEMBU DALAM KELUARGA UMNO

Umno Cheras hari ini menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberikan penjelasan berhubung dakwaan kehadiran dua pegawainya bersama kumpulan yang didakwa membuat kecoh di pejabat mereka.

Timbalan Ketua Umno bahagian Datuk Mahadi Haji Abdul Shukor berkata, Shahrizat perlu bertanggungjawab terhadap kejadian pada 15 Disember yang didakwa cuba mencederakan ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee.

"(Kami) melahirkan rasa dukacita dengan penglibatan secara langsung dua orang pegawai Khas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut serta bersama mereka yang mendakwa kononnya sebagai NGO," kata Mahadi.

Menurutnya, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat khas bahagian dan kesemua sayapnya petang ini. mkini


Ingat Lembu ingat UMNO

Ingat UMNO ingat lembu.

Ahad, 18 Disember 2011

PAPAGOMO SERANG BLOGGER UMB

Para blogger ternama pro-kerajaan terus tidak sehaluan, berpecah belah dan tidak segan silu menyerang antara satu sama lain meskipun telah diberitahu pucuk pimpinan UMNO untuk melenyapkan persengketaan itu menjelang Pilihanraya Umum ke-13 yang semakin hampir.

Pergaduhan di kalangan blogger pro-kerajaan semakin menjadi-jadi sepanjang tahun ini di mana secara terang-terangan mereka menulis di blog masing-masing mengenai pertikaian yang dipercayai berpunca dari persoalan ‘siapa dapat apa?’.

Papa Gomo menggelar blogger Bigdog dan Rocky Bru sebagai ‘anjing’ dan ‘Rockyngah’, manakala blogger Unit Media Baru (UMB) Tun Faisal menghentam Papa Gomo sebagai lupa daratan serta blogger jalanan.

Baru-baru ini Papa Gomo telah menyerang lagi Bigdog di dalam tulisannya mengenai isu menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011.

Dalam tulisannya, Papa Gomo menyatakan bahawa Bigdog telah melakukan khianat kepadanya kerana membocorkan maklumat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bahawa dia akan turut bersama Setiausahan DAP itu ketika menyelam bersama KD Tun Razak, Jumaat lalu.

“Apa pun Musuh Dari Dalam Lebih Merbahaya dari luar….. Terima Kasih Blogger Big Dog atas Pengkhianatan yang anda lakukan dalam menjadi Mulut Tempayan kepada Lim Guan Eng,” kata Papa Gomo di blognya.

Selain mendakwa dianiaya Bigdog, Papa Gomo turut mempersoalkan mengapa tidak seorang pun mempertikaikan tindakan Bigdog yang menaiki helikopter Superlinks bersama Guan Eng ketika itu.

Papa Gomo dan Bigdog pernah bergaduh di blog mengenai isu kononnya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, telah merogol seorang amahnya yang merupakan seorang warga Indonesia.

Di dalam kes itu, Papa Gomo mendakwa Bigdog telah menjadi punca fitnah tersebut dengan menyebarkan maklumat kepada blogger Rocky Bru untuk menimbulkan dakwaan itu sehingga menjadi bahan serangan para blogger pro-Pakatan Rakyat.

Dakwaan berkenaan terbukti palsu apabila Rais menang di dalam saman beliau terhadap seorang blogger pro-Pakatan Rakyat, Amizuddin Ahmat, dan pemilik blog sharpshooterblogger itu diarahkan mahkamah untuk membayar RM300,000 kepada Menteri berkenaan.

Para pemerhati blog-blog politik di negara ini juga menyaksikan pertelingkahan berlaku di antara Papa Gomo dan Tun Faisal, yang saling menyerang serta mengutuk antara satu sama lain.

Tun Faisal misalnya menuduh Papa Gomo sebagai penipu, ego, bongkak, lupa daratan dan menyerang peribadi blogger tersebut yang dikatakan berpendidikan rendah serta menyara hidup dengan berniaga barangan tiruan di uptown.

Papa Gomo membalas dengan menggelar Tun Faisal sebagai ‘Tun F**kzal’ dan mengutuk Ketua UMB itu sebagai bacul serta berbohong di blognya.

Mereka turut bergaduh di laman sosial Facebook dan Twitter mengenai soal remeh temeh berkenaan peruntukan, disiplin, bodek membodek Pak-Pak Menteri serta modus operandi “psy-war”.

Persoalannya kini, di kala para pemimpin Barisan Nasional (BN) membayangkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 sudah semakin hampir, mengapa blogger-blogger pro-kerajaan ini masih berbalah dan bergaduh sesama sendiri lagi?

Tidakkah mereka rasa malu pada pembaca dan blogger pro-pembangkang yang tertawa melihat sikap keanak-anakan yang dipamerkan?

Apakah dengan menggelar rakan seperjuangan yang lain dengan gelaran-gelaran keji sebegitu mampu memenangkan BN pada PRU ke-13 nanti?

Sampai bila mereka mahu menunjukkan ketidakmatangan mereka dan bertelingkah sedangkan mereka berada di dalam satu jemaah yang berjuang demi Islam, bangsa dan negara?

Itu baru jadi blogger.

Kalau mereka dilantik jadi pemimpin, calon BN, ADUN, Ahli Parlimen atau Menteri, mungkin huru-hara jadinya nanti.

Justeru itu, sudah-sudahlah bergaduh macam budak-budak dan sikap tersebut hanya akan membuat Pakatan Rakyat ketawa terbahak-bahak saja. Merapatkan saf perjuangan adalah lebih baik ketika ini– Mynewshub.my

UMNO BERTAKBIR UNTUK LUDAH MUKA MAHASISWA



Nak sokongan dari mahasiswa tapi dalam masa yang sama nak ludah muka mahasiswa. Punya lah bodo penchacai pemuda UMNO seekor nie...

Mana punya mazhab diorang belajar, agaknya dari ulama muda UMNO kot!... bila nak ludah muka orang, kena takbir dulu... Tak habis-habis dengan perangai lembu. Agaknya memang "kenan" lembu kot diorang nie... dari pemimpin sampai juak-juak penchacai semuanya lembu spesis "LEMBUNO".

RUPANYA UMNO LEBIH JAHAT DARIPADA DAP

SHAH ALAM: Penganut agama Kristian adalah paling minoriti dalam parti DAP, kata Teresa Kok, Pengerusi DAP Selangor.

"Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah beragama Sikh, saya ingat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tiada apa-apa agama tertentu.

"Penganut agama Hindu sebenarnya lebih ramai berbanding dengan Kristian dalam DAP," kata Teresa Kok dalam program Fokus Berita, TV Selangor.

Teresa menjelaskan perkara ini ekoran dakwaan Umno dan beberapa pihak lagi, DAP cuba untuk mengkristiankan umat Islam di negara ini.

Turut menjadi panel dalam diskusi itu adalah Dr Rani Othman (Pesuruhjaya PAS Selangor) dan Khalid Samad (anggota Parlimen Shah Alam) manakala Shariden Mahavira bertindak sebagai pengerusinya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selalu menyebut, bagaimana Umno boleh membuat tuduhan itu sedangkan beliau sendiripun bukan beragama Kristian. - Hrkh.

Fakta macam ni la yang Umno takmau orang melayu tau. Kalau orang melayu tau Umno BN akan hilang peluru berharga depa untuk kempen PRU.

Kalau nak diikutkan lebih sesuai kalau Umno nak main isu DAP membudhakan orang melayu dari nak mengkristiankan orang melayu pasai Umno dok kata DAP tu parti Chauvanis Cina dan kebanyakkan orang cina beragama budha. Tapi Umno tak boleh spin kut situ pasai hampir tak pernah dengar orang budha punya kerjabuat nak kembangkan agama budha.

Masalahnya majoriti orang melayu memang malas membaca, nak cari fakta lagi la malas. Kalau yang peka sikit pun kebanyakkannya terlalu bergantung kepada media penchachai Umno BN.

Walaupun dah banyak tindakan dan keputusan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Penang yang banyak bagi peruntukan dan bantuan kepada kebaikan Islam tapi tak ramai yang tau fakta tu.

Tak ramai yang tau berapa Guan Eng bagi peruntukan kepada majlis Agama Islam berbanding yang dibagi masa BN pegang Penang. Tak ramai yang tau fakta Guan Eng bagi saguhati kepada para Huffaz yang tak pernah sapa pun bagi sebelum ni. Tak ramai yang tau berapa peruntukan yang Guan Eng bagi kepada SAR yang sebelum ni Umno BN tarik balik bantuan.

Kalau ada yang tau sikit-sikit pun pasai fakta tu, ramai yang fikir tu cuma helah politik DAP, depa yakin DAP cuma berpura-pura tunjuk baik sedangkan DAP depa kata bercita-cita nak hancurkan orang melayu.

Memang aku pun boleh setuju dengan adaian tu. Kita memang taktau apa sebenar dalam hati Guan Eng, sama juga kita taktau apa yang sebenarnya ada dalam hati Najib yang menselogankan 1Malaysia tapi dalam masa yang sama mengiktiraf kerjabuat PEKIDA.

Paling kurang pun tindakan dan kerjabuat Guan Eng menunjukkan yang dia bukan rasis dan bukan anti Islam. Apa yang ada dalam hati dia mana kita tau tapi yang jelasnya tindakan dia tak merugikan Islam, jauh sekali untuk nak hancurkan Islam malah banyak bagi kelebihan kepada orang Islam. Sekurang-kurangnya setakat hari ni takdak lagi.

Berbanding dengan Umno yang mengaku pejuang Islam dan pejuang melayu, kerja buat Najib Rosmah dan para pemimpin Umno majoritinya tak menggambarkan sebagai pejuang Islam dam melayu. Dah 50 tahun langsung tak nampak Umno bercita-cita nak jalankan hukum Islam. Bukan setakat tak mau buat malah yang mempermain-mainkan pulak.

Macam tu jugak, berapa banyak tanah rizab melayu yang terlepas ke tangan bangsa lain. Walaupun dah lebih 50 tahun merdeka sasaran 30% kuasa ekonomi pun tak boleh nak capai sedangkan orang melayu lebih 60%, patutnya sebagai 'tuan' kuasa ekonomi orang melayu tak boleh kurang dari 60%.

Macam tu jugak ramai yang taktau fakta bila Penang buat sistem tender terbuka, lebih ramai kontraktor melayu yang dapat projek. Sebelum ni masa BN memerintah Penang memang kebanyakkan kontrek dapat kat kontraktor melayu tapi fakta sebenarnya yang dapat tu bukan genuine kontraktor, lebih kepada 'kontraktor air liur' akhirnya yang buat kontrak tu kontraktor cina jugak.

Banyak lagi fakta yang Umno sembunyikan dari pengetahuan majoriti orang melayu. Kalau semua fakta-fakta tu orang melayu faham, dah lama orang melayu tolak Umno BN. Kena pulak dengan tabiat orang melayu yang malas membaca, kerja Umno BN nak sorok fakta-fakta tu jadi sangat mudah.

Apa pun, aku harap berita macam kat bawah ni dapat buka mata lebih ramai orang melayu untuk mula berfikir keluar dari tempurung Umno. Tambah pulak dengan perkembangan pesat media baru aku yakin semakin ramai orang melayu terutamanya golongan muda yang celik politik dan nampak kerja CELAKA pencacai Umno BN.

Harakahdaily melaporkan:

PULAU PINANG, 14 Dis: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan memfitnah Lim Guan Eng dan diarahkan membayar RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu serta mendapati dia tidak anti Melayu atau anti Islam tetapi itu adalah niat buruk Utusan.

Sebelum ini, Guan Eng berkata, "Jika menang, apa-apa wang yang diterima akan kami dermakan kepaada program membasmi kemiskinan.”

Lim Guan Eng pada 6 Januri lalu mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP.
Lim memutuskan untuk menyaman Utusan setelah akhbar harian itu menyiarkan sebuah artikel pada Disember lalu yang mendakwa DAP adalah alat kerajaan asing dan mahu parti berkenaan diharamkan.

Sebelum itu, Lim mengutuskan sepucuk surat tuntutan meminta Utusan menarik balik beberapa perkataan yang didakwa memfitnahnya dalam berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng'.
Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan ‘anti-Melayu’ dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu. - Harakah. - ada aku kesah

Sabtu, 17 Disember 2011

INTERLOK - AKHIRNYA... UMNO IKUT TELUNJUK MIC

Hampir setahun selepas kontroversinya muncul, kerajaan membuat keputusan akan menarik balik novel Interlok daripada sukatan pelajaran di sekolah menengah.

Presiden MIC G Palanivel berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat kabinet sebelum ini dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.

"Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor. Kaum India berterima kasih terhadap keputusan itu," kata Palanivel kepada Malaysiakini malam tadi.

Novel karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain itu sebelum ini mendapat tentangan beberapa kumpulan masyarakat India yang tidak senang dengan banyak perkara, terutamanya penggunaan perkataan "paria".

Pengumuman itu dilihat mengejutkan kerana kerajaan sebelum ini memutuskan meminda beberapa bahagian sahaja dalam novel itu.

Akhirnya, umat melayu UMNO gagal mempertahankan karya yang dianggap bernilai dari segi sejarah kependudukan bangsa asing di Tanah Melayu suatu ketika dulu.

Selepas ini slogan "Hidup UMNO" atau "Hidup Melayu" perlu ditukar kepada "Hidup MIC". Saya bukanlah anti kaum India yang berada di negara One Malaysia ini tetapi saya respect kepada bangsa mereka kerana mereka sanggup mempertahankan maruah mereka jika mereka berasa ianya perlu dipertahankan.

Jumaat, 16 Disember 2011

TINGGALKANLAH PAS, JIKA ITU YANG KAU MAHU...

Inilah wajah-wajah di dalam jemaah PAS yang mesra UMNO. Pergilah ke dalam dakapan UMNO jika itu yang kau mahu. Pergilah...

UTUSAN TEMBERANG - BAD GATEWAY

Sejak sekitar jam 6.30 pagi

Berita malang untuk orang UMNO yang biasanya hanya mahu membaca Utusan secara online. Pepagi nie dah kantoi!... Utusan dah tak boleh bukak... Aku cadangkan kepada penyokong tegar UMNO-BN, korang pagi nie kalau nak dapat maklumat lebih tepat boleh lah beralih kepada akhbar alternatif Pakatan Rakyat. Akhbar apa, cari sendiri...

Khamis, 15 Disember 2011

HASAN, NASHARUDIN TERPERANGKAP DALAM AGENDA UMNO

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini.

Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama Harakah dan Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Mustafa berkata, kenyataan Hassan turut menggambarkan dia seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," katanya.

Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.

Mustafa dalam pada itu turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

"Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden," katanya.

Walaubagaimana pun tegas Mustafa, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan Presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya. harakahdaily.net

Ahad, 11 Disember 2011

APA KEISTIMEWAANNYA BABI SEEKOR INI PADA UMNO

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi didesak menjelaskan kepada rakyat, apakah keistimewaan penulis blog Papagomo sehingga dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak, Jumaat lalu.

Dalam kenyataan medianya, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata, kehadiran penulis blog pro-Umno dalam kapal selam berkenaan telah membuktikan bahawa Zahid yang juga naib presiden Umno telah berbohong.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata tidak ada penulis blog yang dibenarkan menaiki kapal selam itu melainkan wartawan Bernama dan TV3 yang turut disertai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua timbalannya.

"Keistimewaan yang dimiliki Papagomo adalah jelas membuktikan salah guna kuasa, dan menteri pertahanan mesti menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang pembohongannya dan hubungan intimnya dengan blogger Umno itu," katanya.

Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".

Dalam pos blognya semalam, beliau juga mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis makan malam amal PKR di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi juga mempersoal tindakan kementerian pertahanan itu.

Menurut Anwar tindakan membawa penulis blog itu mungkin menjejaskan keselamatan negara dan beliau mahu pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan.

Selasa, 6 Disember 2011

KATAK PUN BERKEMPEN UNTUK UMNO-BN

Seraya berkatalah katak bayan baru, ‘‘Ini pesanan saya kepada rakan-rakan BN. Kita harus bertawaduk dalam berkempen. Janganlah ghairah berkempen soal dua pertiga tetapi minta pengundi sokong supaya kerajaan dapat mandat selesa". Selanjutnya...

Katak seekor nie bercakap seolah-olah sedang meminta simpati agar dia diambil semula untuk masuk ke dalam UMNO-BN. Atau dia mungkin dah tahu nasibnya di PRU13 jika dia masih bersendirian sebagai MP Bebas. Katak dari Kulim siapa peduli...

Sabtu, 3 Disember 2011

ITU BUKAN SAYA - MUSA HASSAN

Gambar mirip Musa Hassan. Lagi gambar disini

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin baru-baru ini.

Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Musa, 60, berkata, segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah.

"Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.

"Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama," katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26, dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau akan menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan fitnah tersebut.

Sementara itu, Syella gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya berhubung isu ini. Bagaimanapun, dalam laporan perkahwinannya yang disiarkan dalam majalah URTV keluaran 1 Disember ini, Syella mengesahkan majlis pernikahan itu berlangsung pada 11 hingga 13 November lalu di ibu negara.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suaminya sebaliknya memaklumkan kepada wartawan URTV, suaminya itu bukan seperti dihebohkan di Internet.

Jumaat, 2 Disember 2011

NAJIB - ORANG UMNO VS AHLI UMNO

Najib mahu lahirkan lebih ramai "orang UMNO" daripada "ahli UMNO" dalam twitternya. Kah!....Kah!... Kah!... Lahirkanlah orang UMNO yang kurang ajar... kaki fitnah... penipu... kaki ampu... makan rasuah... pinjaman untuk bela lembu pastu beli kondo... dan bla... bla... bla...

Kalau boleh, lahirkan juga lebih ramai lagi orang-orang seperti di atas supaya lebih cepat hayat UMNO akan berakhir. Kah!... Kah!... Kah!...

Orang UMNO

Kad keahlian UMNO