Isnin, 10 Ogos 2009

USAH PERLEKEH SOAL TUDUNG KEPALA

Oleh: Normah Becok
Sejuk hati Cik Normah apabila diberitahu rakan sepejabat mengenai niat murni Pelakon Komedi Wanita Popular, ABP Berita Harian, Noorkhiriah untuk melakukan hijrah dalam hidupnya yakni bertudung litup. Tapi semua itu masih dalam peringkat perancangan dan masih belum pasti hujung pangkalnya.

Cik Normah tak melihat apa yang dirasai calon Pelakon Pembantu Wanita Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi filem Papadon itu sebagai sesuatui yang salah. Sebagai wanita beragama Islam, memang bertudung itu menjadi perkara wajib dan tidak boleh dibuat main-main. Cik Normah pun belum bersedia ke arah itu. Semoga terbuka pintu hati Cik Normah untuk bertudung suatu hari nanti. Insya-Allah.

Cik Normah difahamkan pelakon genit yang sedang berbadan dua itu memang ke arah itu (bertudung), cuma bukanlah dalam masa terdekat ini. Sebaiknya Noorkhiriah perlu memikir panjang untuk melakukan transformasi itu.

Bukannya apa, Cik Normah lihat ramai yang bergelar wanita Islam di Malaysia selalu mengambil mudah soal bertudung. Lebih baik tak payah pakai kalau nak sekejap pakai sekejap tanggal. Apa ingat tudung itu aksesori yang disuai padankah? Ada juga yang siang bertudung di tempat kerja tetapi menjelang malam hanya dibiarkan rambut terdedah.

Golongan artis pun ada yang terang lagi bersuluh seperti mempermainkan peranan bertudung untuk menutup aurat. Datuk Siti Nurhaliza juga tidak ketinggalan menjadi perhatian, malah bagi yang selalu memerhatikan forum arti di laman maya, penyanyi jelita itu pastinya akan dihentam mengenai imej bertudung atau lebih sesuai dikatakan berselendang.

Entahlah, Cik Normah pun kurang pasti apa yang Siti nak buktikan. Mungkin juga tindakan Siti bertudung pada awalnya, akhirnya menjerat diri sendiri. Lama kelamaan Cik Normah tengok tudung yang Siti pakai semakin menampakkan rambutnya. Alahai... Siti, lebih baik buka terus, senang tak payah jadi bahan umpatan orang. Tak perlu nak memaksa diri melakukan sesuatu perkara jika tidak bersedia.

Baru-baru ini, Cik Normah perhatikan gambar Wan Nur Azlin di dalam sistem komputer di pejabat pun sudah semakin terkebelakang posisi tudung hingga nampak rambut. Tak silap Cik Normah gambar itu diambil ketika majlis Indahnya Ramadan bersama Astro Screening, baru-baru ini. Cik Normah ingat apa yang melanda kehidupan peribadinya sehingga terpampang di media membuatkan pelakon itu insaf.

Ini tidak, sejak ada pihak produksi yang menawarkannya kerja berlakon, tudung pun tak menentu kedudukannya. Malah, kawan pejabat Cik Normah ada menonton telefilem di TV minggu lalu, ada menampilkan babak Wan Nur Azlin tanpa bertudung langsung. Cik Normah pun kurang pasti sama ada cerita dirakamkan sebelum dia bertudung atau tidak.

Cik Normah tak hairan apabila ada pelakon yang bertudung selamba membuka tudung atas tuntutan watak. Contohnya Fauziah Nawi dan Kartina Aziz pun pernah melakukan perkasa yang sama sebelum ini. Cik Normah pun tak faham kenapa soal bertudung itu terus diambil sambil lewa. Jangan sampai pahala dan dosa pun dibuat endah tak endah sudahlah.

Paling mengejutkan Cik Normah ialah tindakan bekasa isteri pengarah Aziz M Osman, Nor Aliah Lee (Vee) yang mengambil keputusan menanggalkan tudungnya untuk kembali aktif dalam bidang seni. Perubahan Vee dibuat selepasa dia berpisan dengan Aziz. Sedar atau tidak, apa yang dilakukan Vee sudah memang terang-terangan tak elok. Tapi entahlah, makan pengat sediri mau ingatlah.

Mungkin juga apa yang dilakukan Vee kerana bimbang rezeki berlakon akan berkurangan. Tapi lihat saja seleberiti tempatan di negara kita yang bertudung seperti Wardina Saffiyah, Bienda, Waheeda dan Ziela Jalil masih tegar berjuang di dalam seni dan tidak langsung melihat bertudung sebagai kekangan. Kalau niat betul, buat apa nak takut dengan rezeki ketentuan Allah?

Tiada ulasan: