KUALA LUMPUR 7 Ogos - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Nor bersedia tampil sebagai saksi utama kes tuntutan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membuktikan siri pengkhianatan yang pernah dilakukan oleh Penasihat PKR itu.
Katanya, beliau bersedia berbuat demikian kerana mahu bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan lebih banyak lagi tindakan khianat Anwar terutama terhadap orang Melayu.
Sebagai contoh beliau berkata, Anwar pernah menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan mendapatkan semaksimum undi kaum Cina serta India dalam satu mesyuarat yang turut dihadirinya.
''Akhirnya saya keluar dari PKR apabila melihat Anwar sanggup menghina DEB iaitu sebuah institusi bagi orang Melayu. Saya tidak sangka dia bertindak sebegini rupa hanya semata-mata untuk mendapatkan undi Cina dan India. Selanjutnya baca disini.
Ezam!... lu cerita apa nie. Lu keluar sebab Anwar hina DEB atau lu keluar PKR sebab tak dapat jawatan yang lu mintak! Ngko boleh berambus, dan sekarang apa yang lu dapat pulak dari UBN? Ngko melalak lah sepuas-puasnya dan ngko kipas lah selaju-lajunya, namun UBN tak akan termakan dengan umpan ngko!...
Ngko bagi UBN, "hanya sekadar dipinggiran" seperti lagu nyanyian Franciscer Peter. Ataupun ngko juga boleh diibaratkan sebagai kain buruk pada UBN. UBN akan gunakan khidmat ngko bila ada kekotoran untuk di lap.
Sampai sekarang aku tak faham dengan perangai ngko. Mana kotak-kotak tuuu, ngko sorokkan?...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan