Jumaat, 24 Mei 2013

HIMPUNAN BLACKOUT 505 DI AMCORP MALL SABTU INI DITERUSKAN


KUALA LUMPUR: PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam.

Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman masing-masing.

Semalam penggerak utama kepada himpunan itu, Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan penangkapan.

Mereka mengulas beberapa pemimpin serta aktivis rakyat yang ditahan sejak bebarapa hari lalu di bawah akta hasutan.

Ianya termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua dan penggerak ABU Haris Ibrahim.


Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah turut memaklumkan bahawa PAS Kedah juga turut akan turun menyertai himpunan itu esok.


"Saya harap pihak polis dapat memberi kerjasama untuk mengawal himpunan itu esok dan tidak menggunakan kekasaran yang boleh mengeruhkan suasana," katanya.

Khamis, 23 Mei 2013

TIAN CHUA DITANGKAP TAPI KENAPA KETUA PENGARANG UTUSAN TIDAK DITANGKAP SAMA

 
Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua dan juga seorang akvtivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.


Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.

Beliau juga turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.

Tuduhan yang dikenakan ke atas Adam Adli hari ini adalah berdasarkan ucapan siswa berkenaan dalam forum sama.

Rabu, 15 Mei 2013

HIMPUNAN BLACKOUT 505 DI JOHOR


 




LIM GUAN ENG ZALIM - SERAH RUMAH KEPADA PENDUDUK KG BUAH PALA

Guan Eng Terus Malukan BN- Serah Rumah Mewah RM500K Kepada 24 Penduduk Kg Buah Pala

Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.

“Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.

“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.

“Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.

“Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri.

“Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.

“Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu... Mana TV3?? Mana utusan?? Mana Umno???

Selasa, 7 Mei 2013

UTUSAN TIUP API PERKAUMAN

PULAU PINANG: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang, Quak Ah Hee mendesak akhbar Utusan Malaysia menarik balik tajuk muka depan hari ini 'Apa lagi Cina mahu' .

Katanya, tajuk itu nampak kasar dan tidak sewajarnya dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

"Utusan Malaysia kena tarik balik tajuk yang tertera di muka depan akhbar berkenaan, bunyinya menyinggung peraaan orang Cina," katanya.

Beliau turut mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa masyarakat Cina begitu rasis apabila tidak memberikan undi kepadanya di Parlimen Bukit Katil menyebabkan beliau tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar dengan majoriti 5,447 undi.

“Bagi kami kaum Tionghua bukan rasis atau pun perkauman tetapi kerana terlalu ingin melihat kejatuhan sebuah kerajaan yang mendera rakyat dengan perbagai kenaikan.

“Kami juga mahu melihat wujudnya sebuah kerajaan adil dan saksama, jauh daripada gejala rasuah, penyelewengan serta tidak amanah,” katanya.