Jumaat, 31 Ogos 2012

Elehh!... nak salam jer... tak kan salah kot...

Suasana yang dirakam di rumah terbuka Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, di Dewan PKNS, Kelana Jaya semalam. klpos

Khamis, 30 Ogos 2012

DATARAN MERDEKA BAPAK AKU YANG PUNYA


Ini adalah sebahagian dari proses kejatuhan UMNO-BN yang bakal menimpa di PRU13.

SAMBUTAN MERDEKA DI DATARAN HANYA UNTUK PENGANUT AMENO

Himpunan Janji Demokrasi telah diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram oleh Polis Diraja Malaysia kerana gagal memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan berlangsung di Dataran Merdeka pada malam ambang merdeka.

Hanya kerana notis serta kebenaran menggunakan Dataran Merdeka, menyebabkan Himpunan Janji Demokrasi yang turut sama mahu menyambut merdeka tidak diizinkan berlangsung.

Walhal, kerajaan awal-awal lagi promosikan sambutan hari kemerdekaan negara dengan mengajak seluruh rakyat hadir bagi memberikan sokongan sebagai tanda kemeriahan sambutan itu.

Sambutan Hari Merdeka adalah milik rakyat Malaysia yang cintakan negaranya. Sesiapa sahaja perlu digalakkan menyambutnya sebagai tanda mengingati negara yang mendapat kemerdekaan penuh pada tarikh 31 Ogos setiap tahun.

Malangnya, dengan pengharaman ini, ada sebilangan rakyat ternafi untuk menyambut kemerdekaan negara dengan cara mereka. Apakah sambutan hari kemerdekaan hanya untuk versi yang direstui oleh kerajaan semata-mata?

Sepatutnya, PDRM memberikan sokongan penuh kepada himpunan ‘Janji Demokrasi’ yang bertujuan menghidupkan sentimen patriotik terhadap rakyat negara ini.


PARTI KOLAM RENANG - BERITA YANG TAK AKAN DISIARKAN DI RTM DAN TV3

Pemuda PAS mendesak pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan tegas terhadap penganjur acara 'perang bikini' yang akan diadakan di sebuah tempat bersantai di Ampang hari ini.

Timbalan ketuanya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan itu perlu diambil kerana program "mungkar" dibimbangi mengundang bala Allah.

"Pihak penganjur tanpa segan silu turut menggalakkan wanita berpakaian seksi dengan kod berpakaian seksi, mengghairahkan, serta pakaian renang," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Pesta dinamakan "Wet and Mad Wednesday Pool Party: Bikini Wars" (Parti kolam renang Rabu yang basah dan gila: Perang bikini) itu akan diadakan bermula pukul 7 malam sehingga 2 pagi.

Selain itu, Nik Abduh berkata, beliau menganggap acara tersebut sebagai pesta seks yang wajib ditentang oleh semua umat Islam.

Beliau berkata lagi, apa yang lebih menyedihkan apabila pesta tersebut dianjurkan di negara ini.

"Pemuda PAS menganggap penganjur telah menghina agama Islam serta mencarik adab serta norma kehidupan manusia. Manusia sudah dianggap seperti haiwan yang bertelanjang di mana sahaja serta melakukan apa sahaja yang mereka inginkan.

"Manusia sudah kembali ke alam jahiliah di mana wanita dianggap sebagai barang dagangan dan pemuas nafsu lelaki semata-mata," katanya.

Sehubungan itu, Nik Abduh mempersoalkan bagaimana program tersebut mendapat kelulusan serta publisiti yang meluas.

Beliau juga berkata, sebagai sebuah negara Islam, aktiviti seperti itu sepatutnya tidak dibenarkan untuk dianjur sewenang-wenangnya.

"Apakah kerajaan mahu membina masyarakat yang bertamadun hasil daripada program songsang seperti ini? Berapa ramai anak gadis dan remaja beragama Islam akan musnah dengan aktiviti seperti ini.

"Tidak apa yang boleh diharapkan dari masyarakat selain dari gejala seks bebas, penzinaan, pelacuran yang membawa kepada berlakunya kelahiran anak luar nikah, pengguguran, pembuangan bayi dan sebagainya.

"Kami merasa kesal kerana sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh kerajaan serta suara para ulama yang bangkit menentang program seumpama ini.

"Lebih dikesali apabila pusat-pusat hiburan, kelab malam, disko, rumah-rumah urut dibiarkan beroperasi selama ini di pusat bandar raya di negara ini tanpa usaha untuk menutupnya," kata Nik Abduh.

Rabu, 29 Ogos 2012

PENEROKA TANGGUNG HUTANG - MASIHKAH MAMPU TERSENYUM!...


Peneroka yang berhutang dengan bank untuk membeli 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) tidak perlu lagi membayar kepada bank mulai bulan depan apabila hutang mereka itu diambil alih Felda.
  
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata peruntukan RM360 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membiayai pembelian unit saham itu semalam akan digunakan untuk membayar balik  pinjaman yang dibuat oleh peneroka, kepada 10 konsortium bank.
  
"Jadi, daripada bayar kepada bank yang ada faedah lima peratus setahun, peneroka akan bayar kepada Felda tanpa faedah dalam tempoh lima tahun iaitu kira-kira RM50 sebulan," katanya kepada pemberita selepas menutup Kem Anak Muda Generasi Felda (Kemuda) dan Kursus Induksi Permuafakatan Siswa/Siswi Felda (Persada) 2012 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang hari  ini.
  
Najib semalam mengumumkan Felda memperuntuk RM360.7 juta untuk membiayai sepenuhnya 800 unit saham yang diberi kepada setiap peneroka bagi meringankan beban mereka dalam pemilikan saham itu.
  
Ahmad berkata peralihan itu akan dilakukan secara automatik dan pembayaran balik kepada Felda boleh dilakukan dengan potongan pendapatan, di mana ia bakal memberi keuntungan lebih kepada peneroka apabila mereka tidak dikenakan sebarang faedah ke atas pinjaman itu.
    
Haha... rupanya peneroka tertipu dengan penyenaraian felda di bursa saham. Kononnya mereka dijanjikan bulan dan bintang rupanya hutang bank yang bakal tiba.

Sebab nak cover line punya pasal, felda sanggup bayarkan dulu hutang peneroka kemudian peneroka berhutang pula dengan felda.  Pi mai pi mai tang tu jugak cuma tak nampak seolah-olah berhutang dengan bank. Memang otak pembelit.

Itupun nak kata pembangkang dengki lagi...

Sabtu, 25 Ogos 2012

PENIAGA BAKAL RUGI - JALAN KE DATARAN MERDEKA DITUTUP

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 dan Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, sebanyak 18 jalan sekitar Dataran Merdeka ditutup secara berperingkat bermula 27 Ogos hingga 31 Ogos ini bagi tujuan persiapan, latihan serta sambutan sebenar.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Superintendan, Zuraidah Samsudin, penutupan jalan dilaksanakan berperingkat mulai jam 6 pagi dan akan dibuka semula selepas acara selesai.



Katanya, semua jalan ditutup adalah untuk acara utama perbarisan di Dataran Merdeka yang diadakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 pada 31 Ogos 2012.

Jalan yang ditutup adalah:




  • Jalan Travers/Jalan Damansara
  • Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara)
  • Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara)
  • Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah
  • Jalan Tembusu/Jalan Lembah
  • Jalan Cenderasari/Jalan Perdana
  • Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman
  • Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin
  • Jalan Raja/Jalan Hishamuddin
  • Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin
  • Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak
  • Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen
  • Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut
  • Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman
  • Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi
  • Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman
  • Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan
  • Jalan T.A Rahman/Jalan Raja

    Manakala, bagi acara Perhimpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, pula tiada penutupan jalan dibuat.

    “Acara berkenaan dijalankan pada 31 Ogos juga, bermula jam 4.00 petang dan dijangka tamat jam 12.30 malam,” katanya.
  • Jumaat, 24 Ogos 2012

    JANJI DITEPATI - RAKYAT NEGERI PM PUN TAK TERBELA


    SEBERANG TEMERLOH – Seorang ibu tunggal meneruskan tahun-tahun suram menyambut Syawal dalam keadaan rumah serba daif sama seperti sebelum ini.

    Rosdi Tahir, 53, yang juga orang kurang upaya (OKU) mental hilang tempat bergantung selepas kematian suami tiga tahun lalu.

    Rosdi yang mengalami masalah mental sejak melahirkan anak bongsunya kira-kira 14 tahun lalu itu terpaksa mendiami sebuah rumah usang dekat Jalan Maran berhampiran stesen minyak Esso Seberang Temerloh bersama lapan anaknya.

    Menurutnya, mereka sekeluarga mendiami rumah itu yang dibina menggunakan lebihan kayu sebuah kilang papan sejak lebih 30 tahun lalu.

    “Sekarang anak-anak sudah besar. Dua anak lelaki sudah berkahwin. Anak sulung tinggal di Bera, manakala anak kedua tinggal menyewa berhampiran rumah ini sebab nak jaga saya.
    “Anak-anak lain masih belajar dan ada antaranya bekerja sambilan. Manakala anak bongsu pula masih bersekolah,” katanya.

    Anak kedua Rosdi, Najmuddin Mohamad, 30, berkata, sejak kematian bapanya tiga tahun lalu, dia mengambil-alih tugas membantu keluarga.

    Menurutnya, tiga adiknya melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat latihan kemahiran di seluruh negara dan terpaksa belajar bergilir-gilir kerana kekangan kewangan.

    “Saya terpaksa hadkan pelajaran mereka di mana mereka perlu belajar secara bergilir-gilir kerana saya sendiri kurang mampu sebab sudah ada keluarga dan tanggungan sendiri.

    “Jika adik ketiga belajar, adik keempat dan kelima kena tunggu dulu sebab tak cukup belanja, “ katanya.

    Najmuddin berkata, dia bukan mahu mengharapkan bantuan daripada orang ramai, tetapi sedikit terkilan kerana ibunya tidak pernah menerima bantuan kerajaan.

    “Saya lakukan pelbagai ikhtiar selama ini untuk memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebagainya, tetapi semuanya hampa.

    “Saya sudah mengikut prosedur tetapi tidak layak. Saya hanya mengharapkan kerajaan dapat membantu ibu kerana dia tergolong sebagai ibu tunggal dan ada masalah mental.

    Rumah didudukinya sekarang terlalu usang di mana hanya ada satu bilik. Manakala, atap pula bocor,” katanya. sinar

    Khamis, 23 Ogos 2012

    DEMI PEMBANGUNAN KUBUR CINA JADI MANGSA

    Kalau lah kejadian ini berlaku di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat nescaya heboh dalam akhbar atau media elektronik UMNO dicanang mengatakan kerajaan pakatan zalim dengan rakyat demi pembangunan.

    Seperti biasa media pencacai UMNO akan berdiam diri jika ianya berlaku di negeri di bawah pentadbiran UMNO-BN kecuali media yang sedikit telus di dalam laporan mereka.

    Gambar hiasan
     
    JOHOR BAHRU - Keputusan Kerajaan Negeri mengalihkan tapak perkuburan bukan Islam di Pengerang, Kota Tinggi menimbulkan rasa terkilan dan tidak puas hati di kalangan penduduk di mukim berkenaan.

    Kira-kira 40 penduduk Pengerang  hadir menunjukkan sokongan kepada panel peguam dilantik bagi mendapatkan Perintah Certiorari untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan Kerajaan Negeri terhadap pengalihan tapak perkuburan itu.

    Chong Chun Yet, 38, berkata, segala keputusan yang mahu dibuat seharusnya mendahulukan penduduk terlebih dahulu, sebaliknya Kerajaan Negeri mengetepikan mereka sekali gus gagal mendapatkan maklum balas sewajarnya.

    “Tanah perkuburan ini sudah berusia beratus tahun lamanya. Tiba-tiba mahu dialihkan untuk mendahulukan projek pembangunan.

    “Apa salahnya mereka bertemu dan berunding bersama kami dahulu,” katanya.
    Sementara itu, Sim Seng San, 48, berkata, penduduk pernah berdialog dengan wakil rakyat kawasan mengenai bantahan dibuat, tetapi suara dilontarkan tidak didengari dan dibawa ke mana-mana.

    Sabtu, 18 Ogos 2012

    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

    Pejam celik pejam celik dah lama tak jumpa.
    Pejam celik dah sebulam berpuasa.
    Makin dipejam, makin celik.
    Makin banyak salah dan dosa.

    Sementara masih celik, banyak-banyak lah buat pahala.
    Sebelum pejam tak celik-celik.
    Harap maaf jika ada tersalah kata.
    Selamat Hari Raya Edul Fitri.
    Maaf Zahir & Batin

    Selasa, 14 Ogos 2012

    KORANG NAMPAK APA YANG AKU NAMPAK!...


    MEKAH 14 Ogos - Beberapa tokoh ulama dari Arab Saudi hari ini menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan.

    Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish menyatakan pandangan mereka itu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

    Aku bukan hairan pun apa yang ditulis oleh Utusan tentang Najib tapi aku hairan macam mana mamat tu boleh berada disebelah Najib

    Sabtu, 11 Ogos 2012

    PAKAT DOA SAYA MASUK PAS - TAMRIN

    KUALA LUMPUR: Sambil berseloroh, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba, Datuk Tamrin Abdul Ghafar berkata beliau akan menyertai PAS apabila telah mendapat ilham.

    Beliau yang kini masih lagi ahli Umno berkata, banyak pihak sebelum ini mengajaknya menyertai parti Islam itu namun belum tergerak hati berbuat demikian walaupun sering tampil berceramah di pentas PAS.

    "Tunggu la, dapat ilham nanti saya join la. Tuan-tuan doa la malam ni untuk saya supaya saya cepat sikit masuk PAS," katanya sambil tersenyum.

    Beliau berkata demikian menjawab soalan hadirin pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di sebuah restoran di Gombak semalam.

    Soalan tersebut berhubung pelbagai gesaan agar beliau meninggalkan Umno dan menyertai Pakatan Rakyat ekoran dilihat tidak sebulu lagi dengan pimpinan Umno pada hari ini.

    "Saya secara peribadai lebih seronok dengan tuan-tuan ni, cuma bila PAS nak terima saya.

    "Saya dah ikut Mazlan (Aliman) lama dah, tapi baju hijau tak dapat lagi. Mana boleh join PAS stakat pakai skaf," katanya berseloroh lagi sambil merujuk gambarnya di poster di belakang pentas.

    Poster tersebut mempamerkan gambarnya memakai skaf hijau dengan tulisan PAS dalam satu ceramah di ibu negara sebelum ini.

    Sementara itu, beliau turut ditanya apakah amanat terakhir Tun Ghafar kepada anak-anak.

    Beliau berkata, Tun banyak kali berpesan agar anak-anak berjuang untuk kepentingan rakyat.

    "Kami dinasihatkan kalau berjuang berjuang utk rayat. Itu pesan dia banyak kali.

    "Dia kata biar kita miskin (dunia) tak mengapa, janji tuhan tahu kerja baik kita," katanya. hrk

    Jumaat, 10 Ogos 2012

    "JANJI DITEPATI" - RON97 NAIK 10 SEN

    Belum pun sempat nak stim, harga petrol RON97 naik semula 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuatkuasa 12 malam ini.

    Apa tidaknya, pada 6 Jun 2012 yang lalu harganya diturunkan 10 sen seliter menjadi RM2.80 seliter. Hari ini baru 2 bulan 3 hari kerajaan naikkan semula harganya. Seolah nampak sangat kerajaan hanya nak mempermainkan rakyat.

    RON95 bila nak naik!?? 
    "Janji Ditepati" "Haramjadah"

    Sabtu, 4 Ogos 2012

    ROYALTI KELANTAN - BN ANGKAT BENDERA PUTIH


    SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat awal pagi ini memberitahu bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan. 
    Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau semalam.
    Perkara ini dimaklumkan oleh Nik Aziz kepadaHarakahdaily sebaik sahaja selesai solat Subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu pagi ini.
    Beliau turut memaklumkan berita ini dalam tazkirah Subuh yang disampaikan beliau sebaik sahaja selesai solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya pagi ini.
    "Surat ini diterima oleh Setiausaha Sulit saya, Encik Rosdi (Mohamad). Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," kata Nik Aziz.
    Sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Nik Aziz berkata, beliau akan menghadap Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara tersebut.
    Yang menariknya, istilah yang digunakan dalam surat ini adalah pembayaran 'bayaran tunai'.
    Nik Aziz menyambut baik keputusan kerajaan ini dan menyifatkannya sebagai keberkatan bulan Ramadan.
    "Semoga ALLAH membuka pintu hati kerajaan Pusat selepas jawatankuasa ini bersidang," katanya.
    Awal minggu ini, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
    Katanya, isu itu perlu diselesaikan sebelum PRU13 untuk menarik sokongan rakyat Kelantan kepada BN.
    Pas mengekalkan kerajaan negeri yang dirampas daripada BN pada 1990. Beberapa kajian terbaru, termasuk yang diumumkan minggu lalu menunjukkan negeri itu akan kekal di tangan Pas pada PRU13.
    Dipetik laporan Astro Awani, Tengku Razaleigh mengulas perkembangan selepas laporan beberapa bulan lalu bahawa Umno Kelantan mahu mendapatkan pandangannya untuk persiapan menghadapi PRU13.
    Razaleigh, yang pernah mengeluarkan pandangan yang sama tahun lalu, mengakui bahawa beliau ada didatangi oleh beberapa pemimpin Umno Kelantan yang meminta pandangan bagaimana untuk menguatkan semula Umno di Kelantan.
    Pada Ogos 2010, Kerajaan Pas Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang didakwa dikeluarkan dari perairan negeri itu.
    Dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan tuntutan yang dibuat, sebaliknya terserah kepada mahkamah menentukannya.
    Hujung minggu lalu, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan penganjur Konvoi Royalti, yang menjelajah negeri ini, sepatutnya menunggu mahkamah membuat keputusan mengenai kes tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas.
    "Jika mereka mengambil langkah sebelum mahkamah membuat keputusan, ia dibimbangi tidak selari dengan keperluan undang-undang," katanya.
    Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) menganjurkan Konvoi Royalti, yang diketuai Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke Gua Musang.
    Awang Adek, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wan Ehsan Kelantan berkata, pemberian wang itu dilaksanakan mengikut keperluan undang-undang dan dilakukan dengan telus membabitkan semua golongan seperti pelajar, mangsa kebakaran rumah dan bencana alam, tanpa mengira fahaman politik.
    Kerajaan Pas Kelantan menuntut Kerajaan Pusat membayar royalti minyak RM1 bilion bagi pengeluaran petroelum dan gas di perairan negeri itu antara 2004 hingga 2009. Kerajaan Pusat menolak tuntutan itu.
    Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, perkembangan ini sedikit sebanyak adalah berkat doa rakyat Kelantan termasuk 40 orang ulama yang pergi ke Makkah sebelum ini untuk bermunajat kepada ALLAH agar diselesaikan isu ini segera.
    Beliau juga meminta semua rakyat Kelantan terus berdoa agar pembayaran royalti ini menjadi kenyataan.
    Nik Aziz juga berkata, beliau sangat gembira jika bayaran royalti ini menjadi kenyataan tetapi sedar ia adalah satu amanah besar dari ALLAH.
    "Harta kerajaan ini tidak boleh buat pandai-pandai, harta sendiri pun tidak boleh buat ikut sedap je," kata beliau.
    Nik Aziz berkata, jika bayaran ini menjadi kenyataan bermakna apa yang dikatakan oleh dua wakil kerajaan Pusat di Kelantan selama ini bercanggah dengan surat Perdana Menteri ini.
    "PM nak buat jawatankuasa khas, Timbalan Menteri Awang Adek kata sudah bayar wang ihsan. Seorang lagi Menteri (Datuk Mustapha Mohamad) pula mengaku dalam (Dewan Undangan Negeri) Dun, dia yang sekat," kata Nik Aziz.

    BN SABAH SEMAKIN KUAT - INI BUKTINYA...

    SHAH ALAM – PKR memberi gambaran awal berhubung 'berita baik' yang akan diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatannya di Sabah, Sabtu depan, dengan mendedahkan lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) akan berhijrah menyokong Pakatan Rakyat (PR).

    Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, kedudukan BN di Sabah dijangka akan tergugat dan bakal berdepan kemelut, sekiranya 'berita baik' itu diumumkan nanti.

    "Kejutan ini adalah 'gempa bumi' buat BN kerana sokongan terhadap PR di Sabah semakin kukuh apabila pemimpin BN tinggalkan parti itu dalam masa terdekat," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar kelmarin yang memberitahu, akan ada lebih banyak 'berita baik' sempena lawatan beliau ke Sabah 12 Ogos ini.

    Ketika ditanya sama ada hanya seorang pemimpin terlibat, Tian Chua berkata, dijangka lebih daripada seorang akan tinggalkan BN dan bukan hanya Ahli Parlimen.

    Bagaimanapun, Tian Chua enggan dedahkan lebih lanjut dan menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkannya.

    Hujung bulan lalu, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, meletakkan jawatan dalam parti.

    Jumaat, 3 Ogos 2012

    ROYALTI KELANTAN - UMNO SEMAKIN TERDESAK


    KUALA LUMPUR: PAS Kelantan yakin kesediaan Umno Kelantan untuk menyelesaikan tuntutan royalti minyak sebelum pilihan raya umum ke-13 disebabkan kebimbangan terhadap kebangkitan anak muda yang menyokong tuntutan tersebut.

    Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof berkata, Umno Kelantan berasa ketinggalan dalam menjaga kebajikan rakyat negeri itu dan berusaha mengambil hati mereka semula.

    "Umno Kelantan rasa rugi kalau tak turut serta dalam isu ini. Apatah lagi bila melihat mood orang muda yang menyokong NGO menuntut royalti minyak ini dikembalikan. Umno fikir mereka kena beri perhatian isu yang mendapat sokongan pengundi muda," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa Umno Kelantan akan berusaha menyelesaikan isu berbangkit termasuk tuntutan royalti minyak.

    Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan sebelum ini menubuhkan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR) dan mendapat sambutan yang hebat daripada golongan muda.

    Wan Nik juga berkata, Umno tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil sebarang tindakan berhubung tuntutan ini kerana ianya sudah dibawa ke mahkamah.

    "Saya yakin Mustapa mesti sudah berbincang dengan perdana menteri untuk uruskan hal tuntutan ini.

    "Masalah tuntutan minyak ini sudah jadi kes mahkmah. Kalau betul Umno nak selesaikan, mereka kena selesai cara mahkmahlah. Hal ini tak mudah walaupun Mustapa cakap macam mudah sahaja," katanya.

    Tambah beliau lagi, Mustapa dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain terlebih dahulu perlu menarik balik kenyataan mereka sebelum ini yang menafikan hak rakyat ke atas royalti minyak.

    "Sebelum ini Mustapa, Dr. Awang Adek dan pemimpin Umno Kelantan yang lain kata Kelantan tak layak dapat royalti. Jadi kalau nak selesaikan isu ini, mereka kena tarik balik semua kenyataan sebelum ini," katanya.


    Ogos 2010, PAS Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Petronas berhubung royalti minyak yang didakwa bukan terletak di perairan negeri.

    FGVH - PEMBANGKANG RUGI SAHAM FELDA JATUH



    Sebelum ini puak-puak dari keturunan bani UMNO beria-ia mempertahankan Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham. Kata mereka kelak hanya akan merugikan pihak pembangkang, bukan warga Felda.

    Kata juak-juak itu lagi, pembangkang mengetahui undi di kalangan warga Felda akan merosot sebaik sahaja FGVH disenaraikan berikutan pelbagai hasil dan keuntungan yang akan dinikmati warga Felda hasil penyenaraian itu.

    "Itu sebab mereka (pembangkang) memomokkan warga Felda dengan pelbagai tohmahan mengenai penyenaraian FGVH sebab mereka mahu rakyat menolak kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

    Bagi mereka (UMNO) dalam Pakatan tiada pakar-pakar ekonomi yang setanding dengan mereka yang boleh meramal akan perkiraan untung rugi saham FGVH. Mereka anggap pakar-pakar ekonomi kita (Pakatan) bodoh serupa mereka juga. Ternyata perkiraan mereka silap. 

    Sekarang apa sudah jadi dengan saham FGVH!?... makin naik atau makin turun... Dengar cerita orang felda sekarang tengah bengang. Cerita kedai kopi selepas terawih terus jadi bualan hangat. Nasi dah jadi bubur. Bila saham nak naik... belum tentu.

    Tengoklah saham ASN suatu ketika dulu naik sementara tetapi selepas tahun 1997 terus merudum tak naik-naik sampai sekarang. Kepada puak-puak keturunan bani UMNO, tolonglah jawap. Peneroka felda tengah hangin ni...

    Rabu, 1 Ogos 2012

    KERANA LEMBU RAFIZI DITAHAN


    Pengarah Strategi PKR Mohd  Rafizi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.

    Beliau pagi ini ditangkap polis atas alasan sama.

    "Saya kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan akan dibawa ke mahkamah sekarang," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

    Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.

    "Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.

    Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.

    Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.