Isnin, 25 September 2017

SIBUK PASAL DOBI, PESTA ARAK KENAPA DIAM!?...


Tindakan sebuah kedai dobi layan diri di Muar Johor, menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan beragama Islam sahaja telah mendapat perhatian beberapa tokoh tertentu.

“Amalan itu bertentangan dengan Islam yang memudahkan penganutnya, pada masa sama tidak sesuai dalam masyarakat yang pelbagai agama dan budaya,” kata seorang tokoh agama dari Utara. 

Manakala seorang tokoh parti politik dari pembangkang pula berkata, “Tindakan itu dilihat tidak matang dalam keadaan negara yang berbilang agama dan bangsa.”

Berbeza dengan pandangan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Nooh Gadut yang berkata, orang Islam dan bukan Islam perlu menjamin pakaian yang dicuci di kedai dobi layan diri dalam keadaan bersih daripada najis mughallazah (najis berat). “Najis mughallazah dan kotor lain (berbeza), kotor boleh buat sembahyang. Sebab itu mesti dibersihkan dulu (pakaian) dan baru boleh masuk dalam mesin basuh," katanya.


Inilah lumrah kehidupan, perkara remeh seperti ini pun mereka cepat ambil tahu tetapi berkaitan pesta arak “Better Beer Festival 2017” mereka diam pula!.. 

Isnin, 18 September 2017

MAT TAIB DAH U-TURN


Dulu....



Kini....


Bekas Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib kini menyertai semula parti UMNO setelah bersama parti pembangkang lebih kurang empat tahun. 

Ditanya sama ada beliau akan ditawarkan jawatan dalam UMNO baik di peringkat negeri atau nasional, beliau menjelaskan, keputusan yang dibuatnya adalah semata-mata atas dasar perjuangan.

"Saya ingin meneruskan perjuangan agenda Melayu dan sedar bahawa UMNO adalah satu-satunya parti yang menjaga kepentingan Melayu, dan juga kaum lain," katanya.

Untuk rekod, beliau sebelum ini pernah menyertai PAS pada April 2013, kemudian melompat kepada PKR pada Sept 2015 dan kini kembali kepangkuan UMNO. 

Isnin, 11 September 2017

NASIHAT PENCURI KEPADA PEROMPAK!...


"Itu Hadi pakai kopiah, tapi sokong Najib. Kalau PAS parti Islam, kenapa dia sokong itu perompak dan pencuri? Kalau PAS bertanding jangan sokong PAS, Umno bertanding jangan sokong Umno. Mari kita sokong Pakatan Harapan!" - Muhyidin Yasin.



Berpuluh tahun dia jadi ahli kumpulan perompak dan pencuri. Dapat jawatan dan harta hasil dari bekerja bersama kumpulan perompak dan pencuri. Sehingga dia dilantik menjadi Timbalan Chief kumpulan perompak dan pencuri. Ada kediaman rasmi, ada kenderaan rasmi, boleh guna pesawat kerajaan, keselamatan dikawal rapi oleh UTK, lalu atas jalan raya dengan iringan polis, datang ke majlis disambut dengan hamparan permaidani, disediakan tempat terhormat atas pentas dan pelbagai lagi keistimewaan yang semuanya dia perolehi sepanjang menganggotai kumpulan perompak dan pencuri. 

Sepanjang tempoh itu juga PAS lawan kumpulan perompak dan pencuri ini dengan penuh istiqamah dan pengorbanan. Malah ada ketikanya sampai hilang wang deposit. Maklumlah bekas Timbalan Chief ini berasal dari sebuah negeri tempat lahir kumpulan perompak dan pencuri ini. Kuatnya usah dikira lagi. Tapi PAS tak pernah hirau dan gerun dengan kekuatan itu. Lawan dan terus lawan. Sehinggalah akhirnya kubu kuat kumpulan perompak dan pancuri telah ditembusi. Mereka bukan lagi kebal walaupun pakai aneka tangkal dan segala azimat.

Biasa saja dalam sebuah kumpulan perompak dan pencuri. Masa harta rompakan banyak, mereka ok saja. Boleh agih sesama mereka. Bila harta dah semakin berkurangan dan anggota kumpulan pula makin ramai yang berebut untuk mendapatkannya, maka yang lemah akan tersingkir.

Kesian Timbalan Chief yang akhirnya tersingkir. Tiada daya dan upaya nak melawan Chief yang lebih perkasa. Lalu pergilah dia dengan hina dan hilang segalanya walau saya yakin harta simpanan dia sepanjang bersama kumpulannya dulu dah tak habis untuk dimakan bersama anak cucu. Kalau tak dipecat maka sehingga kini tentunya dia masih lagi Timbalan Chief.

Sekarang Timbalan Chief ini berlagak suci. Bagaikan dialah juara penentang kumpulan perompak dan pencuri itu. PAS yang berjuang berpuluh tahun lawan bekas kumpulannya dulu akhirnya dipalitkan dengan kotoran demi untuk mensucikan dirinya sendiri. Alangkah sucinya diri dia.

Ahli-ahli kumpulan yang masih setia jangan terasa hati. Yang kata perompak dan pencuri ialah bekas Timbalan Chief kamu semua. Bukan saya.

Dr Azman Ibrahim
11 September 2017.