Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melahirkan kesanggupan mereka untuk turun padang menyertai demonstrasi aman yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Jumaat ini bagi mendesak Kerajaan Selangor menukar portfolio Exconya, Ronnie Liu.
Bagaimanapun, menurut pergerakan itu, Pemuda UMNO hanya akan menyertai perhimpunan tersebut sekiranya Pas berjaya mendapat permit daripada polis untuk mengadakan demonstrasi aman tersebut.
Apa yang kita harapkan, jika demonstrasi itu hendak diadakan juga oleh Pemuda PAS, janganlah libatkan Pemuda UMNO walaupun mereka telah memberi kesanggupan untuk bekerjasama. Melalui pengalaman yang lalu, kita takut akan berlakunya provokasi yang akan diambil kesempatan oleh Pemuda UMNO dalam demonstrasi ini nanti.Kita perlu berwaspada kerana dalam saat-saat genting ini, mungkin ada pihak yang akan mengambil kesempatan. Persoalannya, adakah mereka itu ikhlas?...
Sumber: utusan meloya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan