Selasa, 28 September 2010

DUN Galas - Projek Mee Segera UMNO-BN bakal bermula

Berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Chek Hashim Sulaima, maka satu lagi PRK bakal berlaku.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.

Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi.

Maka dengan adanya PRK kali ini, Umno-BN sudah pastinya berkira-kira mula untuk menabur janji dan 'merasuah' pengundi dengan projek-projek mee segera. Istilah yang dipopularkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia sendiri yang dikatakan menyebabkan rakyat muak dan meluat kepadaUmno-BN.

Apa yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia dalam kempen politik di Hulu Selangor yang lalu menunjukkan Umno masih lagi beranggapan rakyat di Malaysia masih dungu dan jahil yang akan termakan umpan apabila ditaburkan dengan projek pembangunan.

Telah menjadi afdhal bagi Umno-BN. Semua ini cuma mukadimah, selepas ini mungkin pak cik mak cik yang dah tak ada gigi dapat subsidi gigi palsu. Jamban yang nak runtuh akan digantikan dengan jamban batu. Titi batang kelapa akan digantikan dengan jambatan besi keluli.

Selepas ini juga pak cik mak cik di DUN Galas tak perlu gaduh-gaduh dan bising-bising jalan becak atau berlubang kerana pastinya kerajaan 1Malaysia bersedia untuk buat jalan tar sehingga depan muka pintu!

Ahad, 26 September 2010

MAHATHIR TERSINGGUNG DENGAN NAZRI, SEBENARNYA RAMAI LAGI DALAM UMNO BERPERANGAI SEPERTI NAZRI

Pasir Mas - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak mempunyai keinginan untuk kembali menjadi Perdana Menteri sebagaimana dibimbangi oleh sesetengah pihak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana usia beliau telah pun menjangkau 85 tahun.

"Jadi, tak ada keinginan nak jadi Perdana Menteri. Tolonglah bagi tau kat Nazri ni (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz), dia ingat saya nak jadi Perdana Menteri.

"Dia jadi Menteri pun kerana saya angkat dia, tapi orang macam ini, kita suap dia dengan nasi, dia gigit tangan kita. Inilah manusia yang jadi pemimpin sekarang ini," katanya.

Beliau berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk terdiri daripada pelbagai kaum pada Perhimpunan Melayu Perkasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini. MLoya

Khamis, 23 September 2010

KALAULAH AKU... MALUNYA JADI SEPERTI ROSMAH

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan sidang kemuncak First Ladies pada 11 hingga 13 Oktober ini disifatkan sebagai 'tidak sopan' dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Rosmah masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran yang diterima selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah disiarkan di New York Times pada April lalu.

Ia adalah iklan ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

"Tindakan Rosmah ini satu tindakan yang sangat tidak bersopan. Setelah mendapat kritikan daripada banyak pihak selepas iklan itu, kita ingatkan dia belajar daripada kesilapan dan tahu meletakkan diri dia di mana," kata Athirah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Athirah yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, penggunaan istilah 'wanita pertama' itu juga ternyata bertentangan dengan Artikel 32, Perlembagaan Malaysia.

"Dalam artikel itu jelas menyebut bahawa ketua pertama negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jadi secara automatik, wanita pertama mestilah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong," katanya lagi.

Tambahnya, penggunaan 'wanita pertama' setelah Najib memerintah negara menunjukkan ceteknya kesedaran beliau mengenai kepentingan menghormati Perlembagaan Negara.

"Negara kita mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan, bukan negara republik yang mempunyai presiden. Memang tidak pernah wujud istilah wanita pertama di negara kita.

"Apabila Najib dan Rosmah muncul, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan, ini menunjukkan kesedaran mereka yang sangat cetek dari sudut sejarah dan berpelembagaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, satu gerakan perlu diwujudkan bagi memberikan kesedaran kepada rakyat dan juga para pemimpin agar menghormati Perlembagaan Negara.

"Saya sebagai wanita muda Malaysia sangat terpanggil untuk menggerakkan kesedaran massa untuk menolak kebiadapan dan ketidaksopanan Rosmah yang membelakangi Raja Permaisuri Agong.

"Ini satu tindakan yang sangat derhaka dan rakyat mesti sedar dan menolak kepimpinan yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan," tegasnya.

Beliau turut mempersoal tindakan Rosmah yang seolah-olah cuba mencampuri peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Dari satu sudut dia mempergunakan Sharizat. Isteri perdana menteri telah mempergunakan Menteri Pembangunan Wanita (Keluarga dan Masyarakat) untuk mengadakan satu program besar di negara kita dan akan menggunakan segala duit daripada hasil negara dan cukai yang dibayar oleh rakyat," katanya.

Rosmah seperti yang dilaporkan berkata, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

Ianya Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses, di sini, dan bakal dihadiri lebih 20 Wanita Pertama dari seluruh dunia. hrk

Isnin, 20 September 2010

PETROLEUM: DOA SAMPAI TERBALIK

KOTA BHARU, 20 Sept: Di samping berharap kepada tindakan saman terhadap Petronas, rakyat Kelantan turut diseru berdoa kepada Allah SWT agar hak royalti negeri ini dikembalikan semula.

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, biarpun kerajaan negeri sedia maklum dengan campurtangan politik dalam sistem kehakiman negara, namun yakin kuasa Allah mampu merubah segalanya.

"Kita tahu saman ini akan dibicarakan di mahkamah Malaysia, anda semua tahu mahkamah ini duduk dalam poket siapa.

"Memang betul duduk dalam poket kerajaan 'itu', parti itu, tetapi kerajaan itu, hakim itu duduk dalam kuasa Allah SWT," katanya pada satu ceramah di sini baru-baru ini.

Menurut beliau yang juga exco kerajaan negeri Kelantan, usaha dan doa harus selari sebagai syarat mencapai sesuatu kejayaan termasuk dalam kes menuntut royalti ini.

Tindakan saman itu juga menurut Husam dibuat secara bersungguh dan bukan-main demi menuntut kembali hak rakyat negeri seperti termaktub dalam perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Kalaupun hakim itu duduk sebelah 'dia' sedangkan petroleum itu memang hak kita, kita doa sampai kerajaan Malaysia terbalik.

Pada 30 Ogos lalu, kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas tuntutan secara rundingan hak petroleum negeri itu tidak berhasil.

Tuntutan tersebut seperti kata Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz adalah atas dasar menjaga kehormatan harta rakyat negeri Kelantan yang telah dirampas oleh kerajaan Persekutuan.

Jumaat, 17 September 2010

GAP hanya sekadar jadi syaitan bisu bila 'Ustaz Kamal' masuk mesjid

'Ustaz Kamalanathan' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

170910 kamalanathan masjid mosque












Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu.

Blog haramjadah pro UMNO laknatullah sebelum ini seperti http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ mendakwa tindakan tersebut merupakan satu penghinaan kepada umat Islam serta telah mencemarkan kesucian rumah Allah. Tetapi bila isu 'Ustaz Kamal' masuk mesjid, puak-puak haramjadah nie hanya sekadar diam membisu.

Gambar dirembat dari blog wak albanjari

Jumaat, 10 September 2010

UMNO PUN DAH MELUAT DENGAN PERKASA

Parti Cinta Malaysia menyokong tindakan pemimpin Umno memisahkan diri mereka daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Naib presidennya, Huan Cheng Guan berkata orang dan individu yang berfikiran waras sepatutnya menjauhkan diri daripada pertubuhan pimpinan ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

"Barisan Nasional, khususnya kepimpinan Umno, perlu menunjukkan dengan jelas bahawa PERKASA dan Ibrahim tidak disokong oleh Umno jika mereka mahukan sokongan masyarakat Cina dan masyarakat lain," katanya kepada Malaysiakini.

"Kepimpinan Umno mesti mengarahkan wakil rakyatnya dan ketua bahagiannya supaya tidak menyertai aktiviti anjurah PERKASA dan menganggotai jawatankuasanya," kata Huan yang juga bekas naib presiden Gerakan.

"Harus ada arahan terus daripada pihak pengurusan tinggi Umno kepada ahli akar umbinya berkaitan dengan pembabitan mereka dalam PERKASA," tegasnya.

PERKASA, yang mendakwa mempunyai 50,000 ahli, ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008 selepas pilihanraya dalam usaha untuk melindungi hak-hak berperlembagaan orang Melayu. Ramai ahlinya adalah dari Umno.

Rabu lalu, mesyuarat BN di Putrajaya memutuskan untuk memisahkan dirinya dari PERKASA kerana aktiviti pertubuhan itu boleh menjejaskan usaha BN untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu.

Sejumlah pemimpin BN yang menghadiri mesyuarat tersebut, telah menyatakan keraguan terhadap PERKASA dan mendesak Umno menyatakan pendiriannya terhadap pertubuhan tersebut.

Setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor kemudian berjanji kepada rakan-rakan BN bahawa parti itu tidak akan memberi sokongan kepada PERKASA ataupun Ibrahim.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Rabu, 8 September 2010

SMS PROPAGANDA DAN FITNAH


Mesej ini diterima oleh isteri aku pada petang tadi yang dihantar oleh seseorang melalui syarikat pengendali nombor 66300. SMS yang berbunyi "Bila org Islam dalam PAS dn PKR akan sedar sedangkan seorang Cina Muslim, UstazRidhuan Tee, telah pun menerangkan siapa DAP yang sebenarnya... ?? DAP ingat agenda mereka jadikan kaum bumi/Muslim menjadi bangsa yg berpecahpelah telah berjaya.. Sedarlah..Bukankah ini melangkaui soal politik BN vs PR?" Sender: 66300

(SMS tersebut disalin semula tanpa edit.)

Benarkah Ridhuan Tee pernah mengungkapkan kata-kata di atas di dalam suatu majlis ataupun ianya sekadar fitnah untuk memburukkan nama beliau.

Yang pasti orang yang menghantar SMS ini terdiri dari keturunan orang yang tak ada telor kerana tak berani menggunakan nombor telefon peribadi. Takut lah tu!... jika ianya diketahui siapa pemilik atau pelakunya.... Kita semua sedia maklum, siapa lagi kalau bukan kerja orang UM#@

Isnin, 6 September 2010

Slogan 1Malaysia Najib jadi cacamerba akibat kebangangan iklan di TV3/4


Setelah dikritik dan dibantah banyak pihak, stesen televisyen swasta TV3 hari ini menarik balik iklan kontroversi Aidil Fitri yang disiar stesen itu sejak beberapa hari lalu.

Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Pihak mereka juga turut memohon maaf di atas penyiaran iklan tersebut yang telah mengguris hati umat Islam.

Permohonan maaf itu diumumkan melalui Buletin Utama jam 8 malam tadi.

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Pusat bercadang menghantar surat bantahan ke stesen televisyen tersebut dan juga kepada Kementerian Penerangan esok ekoran penyiaran iklan tersebut.

Selain mengguris perasaan umat Islam, iklan tersebut juga dakwa mereka mengelirukan dan boleh menjerumuskan umat Islam ke kancah syirik.

Biarpun menepati konsep 1Malaysia, namun iklan tersebut dilihat mencemar kemuliaan Aidil Fitri yang akan disambut umat Islam tidak lama lagi.

Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) digesa cermat dan memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini.

Iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat umat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3.

Jumaat, 3 September 2010

BELUM SAMPAI AJAL

NEW YORK: Seorang lelaki hanya patah kaki apabila dia jatuh di atas sebuah kereta selepas terjun dari tingkat 39 rumah pangsa ketika cuba bunuh diri.

Kereta tempat Magill jatuh.
Kereta tempat Magill jatuh.

Thomas Magill, 22, ditemui terperusuk di tempat belakang kereta berkenaan.

Keadaannya dilapor stabil selepas hanya patah kaki dalam kejadian itu.

Magill yang bercita-cita menjadi pelakon, terjun dari tingkat 39 blok rumah pangsa yang didiaminya.

Dia yang menulis ‘Saya benci kehidupan saya’ dalam Facebooknya, jatuh dengan kelajuan 202 kilometer sejam sebelum jatuh di atas kereta Dodge Charger.

Dia dilapor sedar sepanjang kejadian itu.

Saksi, Andrew Petrocelli berkata: “Ia kejadian menakjubkan pernah saya lihat. Dia sepatutnya sudah mati. Dia jatuh kaki dulu dengan tangannya diangkat.” - Metro