Jumaat, 28 Oktober 2011

PROTES HARGA TIKET: LAMAN WEB FAM DIGODAM

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.

Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.

Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.

Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini.

Khamis, 27 Oktober 2011

TAKUTKAN ORANG ASLI DENGAN SENJATA API DAN GARI, INI KERJA PR KER... ATAU KERAjaan HARAM

Penduduk Orang Asli suku kaum Semai, di Perkampungan Orang Asli Palawan, Sungai Manik di Teluk Intan, Perak (negeri yg diperintah PR) kesal dengan tindakan pegawai Jabatan Perhutanan Negeri yang didakwa membawa senjata api dan gari ketika berunding dengan mereka mengenai status tanah berkenaan pada Isnin.

Tok Batin, Apong a/l Bah El, 45, berkata perkara itu berlaku ketika kira-kira 10 anggota jabatan itu berunding dengan penduduk kampung yang meneroka tanah di pinggir Hutan Simpan Kekal Chikus untuk menanam sayur-sayuran dan sawit.

"Mereka tidak membenarkan kami meneroka kawasan itu yang telah diluluskan untuk tanaman herba. Kami pula terpaksa meneroka (hutan ini) kerana tiada lagi kawasan untuk kami bercucuk tanam... kami masih memerlukan hutan rayau untuk mencari rezeki," katanya kepada pemberita di Teluk Intan, semalam.

Beliau berkata anggota Jabatan Perhutanan Negeri melarang masyarakat Orang Asli bercucuk tanam di kawasan itu tetapi pada masa sama mereka "membutakan mata, memekakkan telinga" apabila ada pihak lain mengusahakan tanaman betik, limau, kelapa sawit berskala ladang serta penternakan itik di situ.

Apong turut mempersoalkan tindakan pilih kasih itu.

Tinjauan Bernama di kawasan hutan seluas 4,000 hektar itu mendapati sebahagian besar hutan telah dibersihkan dan diusahakan dengan tanaman sawit.

Sebahagian jalan di dalam kawasan hutan diletakkan dengan batang kayu, longgokan tanah dan lubang-lubang dipercayai bagi menghalang penduduk Orang Asli melalui kawasan ini.

ADUN Sungai Manik Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata beliau dimaklumkan mengenai insiden berkenaan semalam.

"Saya terkejut dengan tindakan kakitangan jabatan terbabit yang membawa senjata api dan gari ketika berunding sedangkan ia tidak perlu," katanya.

Zainol Padzi, yang juga exco kerajaan negeri, berkata masalah penduduk Orang Asli itu telah dibawa kepada Yayasan Bina Upaya dan permohonan telah dikemukakan agar sebahagian hutan simpan itu dibenarkan bagi kegiatan pertanian penduduk Orang Asli di situ.

Katanya walaupun permohonan tanah itu diluluskan semasa mesyuarat exco kerajaan negeri, Jabatan Perhutanan Negeri menghalang kelulusan itu dengan alasan Hutan Simpan Chikus akan dijadikan tapak kajian pelbagai jenis tumbuhan.

"Tetapi apa yang kita lihat hari ini, ia dikuasai sesetengah pihak yang menanam pelbagai jenis tumbuhan untuk mengaut keuntungan," katanya.

- Bernama

Isnin, 24 Oktober 2011

SAMAN BLOGGER UMNO SAMPAI MUFLIS

Ibu kepada gadis muda yang gambarnya digunakan oleh blog pro-Umno untuk menuduh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada teman sekelasnya berkata beliau akan menimbangkan semua pilihan dalam melindungi kepentingan anak perempuannya.

Ini, termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyebarkan khabar angin ke atas Anya Ann Corke, yang berusia 21 tahun, kata ibunya, Mei Sun.

"Sebagai ibu bapa Anya, saya akan semak pilihan yang ada untuk melindunginya daripada gangguan seumpama ini," katanya yang dipetik dalam akhbar South China Morning Post hari ini.

Anya, yang satu ketika dulu adalah juara catur satu Hong Kong kini menuntut di Amerika Syarikat. Beliau didakwa oleh penulis blog pro-Umno telah dicabul oleh anak remaja Lim dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee.


Ketua Menteri itu juga didakwa telah membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa Anya untuk menutup skandal berkenaan.

Anya, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan.

Bagi Lim, celaan itu bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya yang sekaligus cubaan meranapkan kehidupan anak remajanya yang dianggap “cukup keji dari segi moral dan tidak bertamadun”.

Anya, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu dan juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang yang disebutkan dalam blog berkenaan.

“Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun,”katanya. sumber

Ahad, 23 Oktober 2011

UMNO HARUS JADIKAN IKTIBAR APA YANG BERLAKU DI LIBYA

TRIPOLI: Selama empat dekad, Muammar Gaddafi berkuasa di Libya dan menyifatkan dirinya seorang pejuang revolusi menentang penjajahan Barat, namun kini yang tinggal hanyalah kisah tragis bekas pemimpin itu.

Kematian beliau bakal membuka lembaran baru kepada rakyat Libya, namun pada masa sama ia menjadi satu amaran kepada beberapa lagi pemimpin kuku besi di Afrika dan Asia Barat, bahawa mereka mungkin menerima nasib seperti Gaddafi jika tidak segera melakukan perubahan.

Gaddafi maut selepas dikatakan ditembak pemberontak di bandar kelahirannya sendiri, Sirte pada Khamis. Rakyat Libya dilaporkan bersorak mendengar khabar kematiannya, sebuah pengakhiran yang disifatkan tragis bagi pemimpin yang pernah menggelarkan dirinya sebagai ‘raja segala raja” ini.

Laporan terbaru menyatakan bahawa bedah siasat ke atas mayatnya akan dilakukan dalam masa terdekat, manakala anggota keluarga beliau menuntut siasatan terperinci dilakukan mengenai punca kematiannya.

Berdepan dengan wasangka pembunuhan dilakukan kumpulan samseng, arahan ‘tiada siapa di sini membunuh Gaddafi’, tersebar di kalangan pejuang yang menangkap bekas pemimpin Libya itu hidup-hidup Khamis lalu sebelum disahkan maut selepas itu.

Pejuang di ladang di pinggir bandar raya Misrata sedang menjalankan tugas ketika pangkalan briged Al-Ghiran bangga mempamerkan but hitam milik bekas pemimpin itu, selain senjata disadur emas dan skaf.

Lelaki berpangkat kolonel ini berkuasa selepas menggulingkan Raja Idris pada 1969. Ketika itu beliau adalah Kapten Gaddafi yang baru berusia 27 tahun.

Gaddafi sering tampil bergaya, baik ketika berseragam tentera mahupun ketika mengenakan jubah Arab Badwi, darah puak yang mengalir kuat dalam dirinya. Beliau tidak pernah meninggalkan aksesori yang sinonim dengan dirinya, iaitu kaca mata hitam. Begitu juga dengan jururawat dan pengawal peribadinya yang terdiri daripada wanita cantik.

Bekas penasihat undang-undang pemerintah Libya, Saad Djebbar mengatakan bahawa penampilan itu diambil kira Gaddafi untuk mewujudkan kesan pelik dan menarik.

“Bagaimanapun, ketika revolusi Arab, Gaddafi terpencil dari dunia luar,” kata Djebbar.

Ketika berkuasa beliau mengatakan dirinya nasionalis Arab sehingga menarik perhatian Amerika Syarikat. Namun ternyata kebijaksanaan Gaddafi bertentangan dengan Barat. Ini ditegaskan ketika tahun 1972 di mana beliau meminta seluruh umat Islam memerangi Barat.

Tiga tahun selepas itu Gaddafi memperkenalkan Buku Hijau bagi memberi panduan kepada negara membabitkan seluruh sistem politik, ekonomi dan sosial Libya.

Menurut bekas duta besar Britain ke Libya, Oliver Miles, ia adalah peluang kepada Gaddafi. “Beliau menjadi kuasa mutlak. Gaddafi merosak seluruh institusi di Libya sehingga menghapuskan satu sistem kemasyarakatan,” kata Miles.

Gaddafi berusaha menyatukan Mesir, Libya dan Syria pada 1972. Ketika itu Arab menentang Gaddafi dan ada yang menggelarnya sebagai badut.

Menurut pakar Libya di Universiti Dartmouth, Dirk J Candewalle, penolakan Arab dan cita-cita peribadi itu menyebabkan Gaddafi melakukan keganasan pada 1970-an dan 1980-an.

Selepas menggegarkan dunia dengan tindakan ganas dan mengakuinya, Gaddafi berusaha memperbaiki reputasinya. Sejak 2006, beliau memperuntukkan sejumlah AS$3 (RM9.4 juta) setiap tahun bagi strategi perhubungan awam.

Cita-cita beliau menyatukan Arab tetap tidak pernah padam. Pada 2009, Gaddafi menjadi ketua Kesatuan Afrika yang menyatukan 54 anggotanya dan merayu benua miskin Afrika itu menyediakan pelbagai bantuan. – Agensi

Sabtu, 22 Oktober 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT: MANA PERGINYA 1 JUTA AHLI UMNO!...

Banyak nie jer!...

Blogger pro UMNO kata, himpunan ini gagal... tak caya baca kat sini


Jumaat, 21 Oktober 2011

PAPAGOMO LABELKAN KELUARGA ARWAH SARBANI BODOH LAGI BANGANG

(Gambar hiasan)

Blogger upahan UMNO (papagomo pig) nampaknya semakin berani dari hari ke sehari membuat pelbagai fitnah. Dalam entrinya semalam (Oct 20, 2011 8.17PM) dengan bangga blogger upahan UMNO ini melabelkan keluarga allahyarham Sarbani sebagai bodoh dan bangang. Wow!... hebat blogger sorang nie.

Sebelum inipun pelbagai fitnah yang dilemparkan oleh blogger pig ini saban hari terhadap PR. Setiap kata-kata pig upahan UMNO ini nampaknya dilindungi oleh KERAjaan. Namun sekebal manapun hidup kamu, di akhirat nanti kamu tunggulah azab pembalasannya daripada fitnah yang kamu cipta.

Sekebal-kebal kereta kebal pun, akhlak kereta kebal adalah lebih mulia daripada (papagomo pig) kerana kereta kebal walaupun ianya kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

Kat bawah nie aku copy paste ayat-ayat original dari blog (papagomo pig).

GOMO: Pertama sekali Gomo nak kata pada keluarga arwah Sarbani yang begitu bodoh lagi bangang apabila mengikut bontot pembangkang dalam isu ini. Kebodohan yang jelas ditunjukkan keluarga Arwah Sarbani dengan mempercayai kata kata pembangkang. Selanjutnya

Khamis, 20 Oktober 2011

ZUL KULIM BERDEBAT DENGAN KERUSI

Orang yang tak siuman sahaja yang akan hadir di majlis tersebut


Ramainya yang datang mendengar ceramah Zul Kulim selaku jurucakap UMNO. Kerusi-kerusi setia memberikan tumpuan apabila mendengar beliau berceramah namun persatuan katak-katak semalaysia telah memboikot majlis tersebut.

Dengan sambutan yang sebegitu ramai, ini mungkin menandakan hayat politik Zul Kulim akan berakhir pada PRU13 akan datang. Selanjutnya

Rabu, 19 Oktober 2011

BLOGGER UMNO KEHABISAN MODAL: FITNAH DAH JADI MENU WAJIB

DAP hari ini mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim Guan Eng, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town.

Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.

Pemblog-pemblog pro-Umno termasuk ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri mendakwa anak lelaki Ketua Menteri telah mengganggu rakan satu kelas yang berusia 16 tahun dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menunjukkan paparan skrin dari blog Dr Novandri dan Papagomo dan dipadankan dengan gambar-gambar dari laman web www.chessbase.com.

“Papan catur telah dipadamkan. Tanpa ragu-ragu, ia menunjukkan bahawa dakwaan mereka tidak lain tidak bukan hanya satu pembohongan yang kejam,” katanya.

“Mereka telah cuba untuk memfitnah anak lelaki Lim Guan Eng dan mengaibkan keluarganya dengan (menyebarkan) berita gangguan seks yang sengaja direka,” kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Menurut laman web Wikipedia, Corke memenangi Kejuaraan Kebangsaan Hong Kong pada 2004, 2005, 2006 dan 2008. Dia merupakan juara kebangsaan paling muda.Semalam, Lim berkata keluargannya kesal dengan “pembohongan biadab” dibawa terhadap anak lelakinya oleh “pihak-pihak kejam yang pro-Umno” sambil merujuk kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin parti itu yang turut menyebarkan dakwaan dengan komen sinis menerusi blog dan media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Saya dan keluarga saya kesal dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita terhadap anak lelaki saya yang kecil adalah sesuatu yang kejam dan keji. Umno seharusnya bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita dalam usaha mahu memusnahkan saya daripada politik,” kata beliau.

Dalam kenyataan menggunakan nada yang keras, Ketua Menteri Pulau Pinang ini berkata anaknya terganggu dengan dakwaan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno dan tidak hadir di sekolah sejak beberapa hari lalu.

“Saya menggesa pihak-pihak pro-Umno yang kejam jangan mengganggu anak-anak saya yang kecil. Jika anda mahu menghabiskan saya, buat yang terburuk ke atas saya, biarkan anak-anak saya yang kecil,” katanya lagi.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP menggesa kepimpinan Umno mengambil tindakan ke atas ahli-ahli partinya yang didapati menyebarkan khabar angin.

Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan susulan ke atas pihak-pihak berkenaan.

“Buat masa sekarang, saya dan isteri saya sedang berusaha untuk memulihkan anak kecil saya dan berdoa agar dia dapat kembali pulih daripada gangguan disebabkan oleh pihak-pihak kejam pro-Umno ini,” katanya lagi.

Dalam penjelasannya, Pua juga menggesa Khairy agar menarik balik kenyataan sinisnya dan meminta maaf kepada Lim atas mesej yang dihantar menerusi Twitter.

“Sebagai model teladan kepada generasi muda rakyat Malaysia, dan yang mendakwa sebaagi teladan kepada politik baru, beliau harus memikul tanggungjawab,” katanya lagi.

Beliau juga menuntut Umno mengambil tindakan disiplin ke atas ahli-ahlinya yang menyebarkan fitnah.

Ahad, 16 Oktober 2011

AKHIRNYA UMNO JADI KUDA TUNGGANGAN DI P.PINANG

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh ketua perhubungan Umno Pulau Pinang.

NONE"Dia (ketua Umno negeri) pun sependapat bahawa Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN diberi mandat," katanya selepas merasmikan persidang nasional parti GERAKAN hari ini.

Najib bagaimanapun menjelaskan, keputusan berkenaan hanya pendirian Umno dan masih perlu dibincangkan dalam BN.

"Tapi ianya tidak akan jadi calon (ketua menteri) Umno," katanya lagi.

Sementara itu, Najib turut ditanya berhubung kenyataan ketua wanita parti itu, Datuk Seri Tan Lian Hoe semalam yang dilaporkan mahu Koh meletakkan jawatan.

Tan menyatakan kebimbangan bahawa kedudukan Koh sebagai teraju utama parti itu akan menjejaskan peluang calon GERAKAN dalam pilihan raya akan datang.

"Apa pun, saya mempunyai hubungan kerja yang baik dengan Tan Sri Koh Tsu Koon dan kita telah berbincang apa yang patut dilakukan dan saya serahkan kepada beliau.

"Saya fikir dia tahu apa perkara yang perlu dilakukan," kata Najib lagi.

'Bersedia untuk keputusan perit'

Dalam ucapannya terdahulu, Najib berkata GERAKAN perlu bersedia untuk membuat keputusan perit dan mengemukakan diri mereka sebagai alternatif yang baik kepada rakyat negeri itu.

"Pelan alternatif untuk Pulau Pinang dan juga barisan pemimpin alternatif untuk Pulau Pinang juga mesti dipersembahkan kepada rakyat.

najib abdul razak"Setiap daripada kita mesti menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan sebahagian daripada masalah.

"Kalau kita buat perkara ini, saya tidak akan putus asa dengan Pulau Pinang," katanya yang turut berjanji untuk berlaku adil kepada pemimpin GERAKAN, Umno MCA, dan MIC di negeri itu dalam soal calon pilihan raya.

Katanya BN perlu membuat ubahsuai itu mengikut realiti serta kekuatan dan kelemahan diri mereka.

"Realiti politik adalah tentang nombor. Bila kita dah tahu ini, kita mesti buat kerja. Bila anda kata cakap serupa bikin, anda perlu turun ke bawah dan dapatkan sokongan... Tambah lagi pengundi. mkini

Jumaat, 14 Oktober 2011

"JOM MASUK UMNO" PLATFORM UNTUK ARTIS KERAP KELUAR RANCANGAN TV

Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid 2008)

Seramai 10 artis hari ini menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda Umno.

Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda Umno di ibunegara ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.

Zed Zaidi berkata penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam program "Jom Masuk Umno".



Pelakon itu yakin corak kepimpinan perdana menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan.

Bagi saya, kemasukkan artis ini ke dalam UMNO hanya sekadar platform untuk memudahkan mereka bergerak aktif dipentas-pentas dan masuk rancangan tv tanpa ada sekatan.

Umum mengetahui, kita lihat sahaja apa jadi pada Azhan Atan iaitu bekas Juara Akademi Nasyid 2008 yang dikelolakan oleh TV9. Azhan tidak pernah diberi peluang untuk muncul di kaca tv mahupun rancangan radio disebabkan beliau penyokong parti berlawanan.

Azhan Atan yang mempunyai vokal yang mantap dan bertenaga sememangnya layak dinobatkan sebagai juara Akademi Nasyid ketika itu namun sehingga sekarang kita tidak pernah melihat kelibatnya di rancangan tv yang dikuasi oleh UMNO-BN.

Pendek kata, jika seseorang artis itu mahu kerap berada dipentas rancangan hiburan tv mestilah menyertai UMNO.

Khamis, 13 Oktober 2011

PILIHANRAYA: BN TAKUT TAK JADI RAYA DI NEGERI PAKATAN

Kerajaan Pakatan Rakyat di empat negeri berkemungkinan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan itu berkemungkinan merupakan strategi Pakatan untuk menumpukan kekuatan dan meraih sokongan rakyat di negeri-negeri pemerintahan BN.

Pakatan menerajui pentadbiran kerajaan negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

"Dengan ini, mereka (Pakatan) dalam tangan ada empat buah negeri. Mereka tumpu di negeri-negeri lain untuk menambah kekuatan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penganjur Larian Sahara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, semalam.

"Bagi pilihan raya di peringkat DUN, ia bergantung kepada kerajaan negeri sama ada bubar atau tidak dewannya. Kalau keempat-empat DUN di bawah pemerintahan Pakatan tidak dibubar, kita akan lihat pilihan raya terhad kepada negeri-negeri yang diperintah BN," katanya.

"Namun begitu, sekiranya pilihan raya umum diadakan dekat dengan tamat tempoh penggal lima tahun, nak tak nak, dia (Pakatan) kena buat (membubarkan DUN) juga," katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan BN tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 kerana tempoh penggal hanya berakhir pada Mac 2013.

Katanya kerajaan BN perlu membuat ujian dan kaji selidiki untuk mengetahui pandangan rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan dan rakyat akan menunggu dengan apa yang dijanjikan oleh kerajaan.

"Jangan-jangan yang dijanji tidak ditunaikan. Kalau cakap tidak serupa bikin, susah. Jadi, cakap seperti apa yang akan dibikinkan," katanya.

Mengenai Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, Jumaat lalu, katanya kerajaan BN harus memastikan semua projek dilaksanakan dengan jayanya kerana rakyat akan menilai hasil dan usaha kerajaan.

Rabu, 12 Oktober 2011

TIMBALAN PERDANA MENTERI LETAK JAWATAN

KAHERAH 12 Okt. – Timbalan Perdana Menteri Mesir, Hazem al-Beblawi meletak jawatan semalam ekoran konflik antara agama yang makin meruncing.

Perletakan jawatan itu sekaligus memperlihatkan pentadbiran yang tidak kukuh selepas penggulingan bekas Presiden Mubarak Hosni pada Februari lalu.

Hazem mengumumkan peletakan jawatannya sambil menjelaskan beliau tidak terlibat dengan pertempuran tersebut namun sebagai orang penting kerajaan, beliau bersedia untuk mengundur diri agar keadaan tidak menjadi semakin tegang.

Ahad lalu, seramai 25 penunjuk perasaan yang terdiri daripada penganut Kristian Koptik maut dan 300 cedera apabila protes yang dianjurkan diserang pasukan tentera.– AFP

Selasa, 11 Oktober 2011

BN BAYAR CYBER TROOPER 'PENCACAI UMNO'

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Laman-laman web berita diberikan ingatan bahawa pemimpin BN telah melantik 200 cyber trooper untuk mempengaruhi pandangan pembaca laman web dan laman sosial termasuk Facebook.

Tugas mereka adalah mempengaruhi pandangan pembaca dengan komen-komen pro kerajaan melalui laman berkenaan walaupun ia tidaklah berasaskan kebenaran.

"Tujuannya adalah untuk menghasilkan persepsi bahawa Najib Razak dan kerajaannya mempunyai penyokong yang ramai di alam siber di samping mengacau pembaca yang lain," kata satu surat pembaca yang disiarkan oleh laman The Malaysian Insider hari ini.

Sebenarnya mereka dibayar melalui cukai yang dipungut dari rakyat Malaysia, kata penulis surat itu.

"Saya mencadangkan pemilik laman web berita ini tidak menyiarkan pandangan mereka kerena mereka hanya dibayar untuk berbuat demikian dan bukannya berasaskan kebenaran atau untuk kepentingan Malaysia," tulis pembaca yang menggunakan nama Gomen Man itu.

Sabtu, 8 Oktober 2011

BILA NAK BERTAUBAT! GUA TUNGGU PENCEN...

Senario kakitangan kerajaan ketika berumur 60 tahun

Pro dan kontra apabila umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun. Pelbagai kemungkinan masalah yang akan timbul apabila ianya dilaksanakan.

Pertama, lambakan siswazah sedang mengganggur berjumlah ratusan ribu itu akan lebih parah lagi kerana terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan kerja.

Kedua, prestasi pekerja lanjut umur itu tidak akan sama dengan prestasi mereka yang muda dan segar segalanya.

Ketiga, kenapa kerajaan harus membazirkan membayar gaji maksimum apabila ditambah dua tahun lagi, sedangkan kita boleh ambil tenaga pekerja yang muda dengan gaji minimum dan lebih aktif itu?

Keempat, apabila seseorang itu berusia 60 tahun, kebanyakan kakitangan ini tidak begitu cekap dalam penggunaan pengendalian komputer dan sistem canggih lain di pejabat.

CUEPACS sepatutnya berjuang bagi kenaikan gaji untuk ahli-ahlinya, terutama sekali yang berpendapatan rendah dan bekerja pula di bandar-bandar besar, bukannya perjuangkan masalah orang hendak pencen.

APA NAK JADI DENGAN WANITA ZAMAN SEKARANG

Atas tutup tapi bawah bukak!... Bajet 2012 patutnya masukkan sekali bantuan pakaian bagi wanita-wanita melayu seperti di atas. Ini tidak... belanjawan hanya sekadar pancing undi. Akhlak terus menerus rosak.


Sabtu, 1 Oktober 2011

UMNO MANUSIA LIDAH BERCABANG

KUALA LUMPUR, 1 Okt: “Umno tunjuk hero lagi, konon membela Raja-Raja Melayu. Mereka cuba ambil kesempatan kononnya merekalah mempertahankan Raja-Raja Melayu.

“Sahlah pemimpin Umno manusia lidah bercabang,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, ketika berada keadaan lemas, apa sahaja mereka akan lakukan.

Menurutnya, jika modal agama boleh dijadikan alat, maka agama akan diperalatkan.

Katanya, jika isu Melayu yang boleh dijadikan modal politik, maka mereka akan menggunakannya.

Sekarang, kata beliau isu kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengatakan negeri Johor tidak selamat sehingga Sultan Johor murka, maka pemimpin Umno cuba tunjuk hero.

Menurutnya, rakyat tidak dengar pula, pemimpin Umno yang mengatakan Sultan Terengganu binatang kerana tidak puas hati apabila Datuk Seri Idris Jusoh tidak dipekenan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu.

“Bila pula pemimpin Umno hendak memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu yang mengaibkan Raja-Raja Melayu di persidangan Agung Umno dan rapat umum ketika krisis Pindaaan Perlembagaan Umno 1983 dan 1991?” soalnya.

Katanya lagi, mungkin pemimpin Umno lupa dan PAS cuba memperingatkan kepada mereka bagaimana keceluparan mereka kepada Raja-Raja Melayu.

“Rakyat tidak lupa, mungkin pemimpin Umno buat-buat lupa,” katanya.

ADUN LOMPAT: INI MESTI KERJA JAHAT BN

ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat Bebas.

Dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee berkata, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.

Menurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee, akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.

Gwee mendedahkan trankrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' empat hari selepas dihubungi.

Katanya, 'ejen', tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan.

Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut.

Gwee berkata, 'ejen' itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000.

"Lelaki itu berkata dia berasa kesian dengan saya bahawa kami
berkongsi nama keluarga yang sama dan dia mahu membantu saya kerana parti saya tidak mahukan saya lagi ...

"Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP. Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan. Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli. Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP," kata Gwee, sambil mengesat air mata. utusan malaysia