Khamis, 30 Jun 2016

HADIAH KEMENANGAN BN DI KUALA KANGSAR DAN SG. BESAR. MINYAK NAIK LAGI!...


Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan meningkat sebanyak 5 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Ini bermakna harga baru RON95 akan menjadi RM1.75 seliter manakala RON97 akan dijual pada harga RM2.10 seliter.

Bagi diesel pula, harga barunya adalah RM1.60.

Kali terakhir harga minyak naik adalah pada April lalu dan harga tidak berubah selama tiga bulan.

Sesetengah pihak mengaitkan harga minyak yang tidak berubah itu dengan pilihan raya negeri Sarawak serta pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar di sebalik harga pasaran minyak mentah yang dilaporkan mencatatkan peningkatan sejak beberapa bulan lalu.

Harga minyak mentah Brent adalah serendah AS$36 setong pada Mac tetapi secara beransur-ansur meningkat sehingga kira-kira AS$ 48 pada bulan April dan kekal sehingga kini pada tahap yang sama.

Ringgit pada hari ini, diniagakan pada RM3.98 bagi setiap dolar AS, sedikit lemah berbanding h pada akhir bulan April lalu apabila ia berada pada paras RM3.93 bagi setiap dolar AS.

Kerajaan menentukan harga bahan api melalui apungan terurus.


Ia mengambil kira beberapa faktor, termasuk harga minyak mentah dunia dan kekuatan nilai mata wang negara pada bulan sebelumnya. 

Isnin, 20 Jun 2016

EGO YANG MEMBAWA PADAH

Dalam kesibukan mencari ruang untuk Amanah, PKR bakal tenggelam dan DAP di peringkat nyawa-nyawa ikan jika keputusan pilihanraya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar dijadikan ukuran.
Kerjasama dengan Amanah umpama formula algebra di bawah:

PKR + DAP = X
PKR + DAP + Amanah =

Formula di atas menunjukkan Amanah tidak membawa sebarang nilai kepada Pakatan Harapan, malah segala kerja menghidupkan Amanah oleh PKR dan DAP membawa kesan negatif kepada parti masing-masing.

PKR tidak boleh lagi bermain mengikut rentak DAP dan juga Rafizi Ramli. PKR harus mengikut rentak timbalannya Datuk Seri Azmin Ali selama ini, iaitu cuba berbaik dengan pelbagai pihak sebelum pentadbiran beliau diugut dengan laporan rasuah oleh pemimpin PKR sendiri.

Setelah putus dengan PAS, DAP berusaha mencari ganti kepada PAS. Mereka yang tewas di pemilihan PAS disokong sepenuhnya untuk menubuhkan parti baru ialah Amanah.

DAP sememangnya mengharapkan Amanah sekurang-kurangnya dapat mengambil lebih 50% sokongan daripada PAS, kerana mereka mempercayai dakwaan bekas pimpinan PAS yang kini di Amanah, bahawa ramai di dalam PAS yang menyokong mereka berbanding PAS sendiri.

Bukan itu sahaja, kerana khuatir Amanah tidak dapat menggantikan PAS sepenuhnya, DAP juga mengambil kesempatan untuk rapat bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan harapan beliau dapat membawa undi orang Umno bagi menggantikan undi PAS yang hilang.

Bagi DAP, sifir persepsi yang cuba ditanam mudah:

Pakatan Harapan + Dr Mahathir > Pakatan Rakyat (bersama PAS)

Oleh itu, di saluran pro-DAP dan media sosial, DAP terus mengeluarkan kenyataan bertubi-tubi untuk membuatkan pembaca mempercayai persepsi bahawa PAS sudah lemas, penyokong PAS sudah lari sepenuhnya dan Amanah sudah dapat menggantikannnya.

Malangnya, dan sebahagian pimpinan tertinggi PKR termakan persepsi ini, kecuali Azmin dan Tian Chua, yang masih percaya PAS diperlukan.

Kini, segala telah terburai di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar dan menunjukkan semua sifir matematik yang diwar-warkan DAP tidak betul.

Seorang Facebooker menulis:

“Hari ini, sekurang-kurangnya kita tahu takat mana kekuatan PAS di dalam pembangkang.
Rupa-rupanya PAS ada saham 47-53% sokongan daripada undi yang didapati oleh keseluruhan pembangkang.

“Ini tahap kekuatan bersih PAS hari ini – setelah dipecahkan, dilanyak kiri-kanan, dituduh pelbagai dan diletakkan pelbagai persepsi oleh mereka yang tidak menyukai perjuangan PAS, – selama setahun lebih dan lebih-lebih lagi setelah RUU dibentang. Terbukti, PAS ada kekuatannya sendiri, yang dimilikinya sendiri dan tidak mampu diganti mana-mana parti. Dan inilah sokongan yang dibawa PAS ke dalam Pakatan dulu. Dan inilah kehilangan daripada Pakatan apabila PAS tidak lagi bersama.

“Bagaimana pula dengan kekuatan bloc pembangkang yang satu lagi? Yang pasti mereka tidak berada dalam lingkungan 50% kerana apa yang didapati bukan berdasarkan kekuatan bersih mereka kerana kali ini mereka mempunyai faktor Tun Dr Mahathir, yang tidak diketahui nilainya.”

Matematik Facebooker ini dapat disimpulkan seperti di bawah:

Pakatan Rakyat = (DAP + PKR, 50%) + PAS, 50%
Pakatan Harapan (PKR + DAP + Amanah) + Tun Dr Mahathir = PAS

Pilihanraya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar membuktikan DAP gagal menggantikan sokongan yang hilang kerana kehilangan PAS, walaupun adanya Amanah dan Tun Dr Mahathir serta sokongan Azmin sebagai MB Selangor.

Malah boleh dikatakan Amanah langsung tidak membawa sebarang nilai kepada DAP dan PKR dan kerjasama dengan Dr Mahathir pula menyebabkan undi Melayu merosot dan undi Cina lari kembali ke BN.

Kerana sibuk mencari ruang bagi Amanah hidup di politik, PKR kini berdepan situasi rugi-rugi dan DAP berada di dalam keadaan separuh mati.

Ya, PAS hilang sokongan Cina yang banyak, tapi PKR dan DAP juga hilang sokongan Melayu yang banyak malah undi Cina juga merosot dengan ketara seperti yang berlaku di Sarawak.

Tapi, jika PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar dijadikan kayu pengukur: di kerusi di mana majoriti Melayu melebihi 80%, PAS masih dapat bersaing dengan dengan Umno, walaupun ada peperangan tiga penjuru yang melibatkan Amanah, PKR mahupun DAP.

Manakala di kerusi campuran di mana undi Cina sekitar 20%-50%, PKR dan DAP pula hilang daya saing dengan BN, jika berlaku tiga penjuru yang melibatkan PAS.

Situasi ini sekaligus menyebabkan DAP akan bertambah keras dan tidak akan berkompromi untuk melepaskan kerusi-kerusi majoriti Cina kepada PKR di dalam Pakatan Harapan.

Dan seperti yang dijangka Ahli Parlimen Selayang PKR, William Leong, sikap DAP ini menyebabkan PKR dan Amanah akan terus ditolak menjadi parti yang terpaksa bergantung pada undi Melayu kerana DAP enggan melepaskan kerusi Cinanya.

Malah, PKR akan diasak oleh DAP dan Amanah untuk melepaskan beberapa kerusi campuran yang mempunyai saiz pengundi Cina yang besar kepada Amanah dan DAP di pilihanraya umum ke 14 seperti yang berlaku di Sarawak.

Walaupun PRK ini juga membuktikan PAS tidak boleh keseorangan, tapi hakikat pahit yang perlu ditelan ialah pembangkang lebih memerlukan PAS dan bukan seperti yang cuba diwar-warkan DAP mahupun Amanah bahawa PAS sudah tidak relevan lagi.

Apapun, keputusan kedua-dua pilihanraya kecil ini membuktikan Azmin betul bahawa semua pembangkang perlu berunding. PKR perlu menjaga rumahnya sendiri, dan jangan kerana terikut-ikut rentak DAP yang ingin menghidupkan Amanah kerana kepentingan mereka, rumah PKR sendiri yang disambar api sehingga menjadi abu.

Baliklah ke formula sebelum 2008, di mana Pakatan Rakyat belum dihidupkan dan DAP dan PAS tetap tidak mengadakan kerjasama, akan tetapi ketiga-tiga parti saling tidak mengacau kerusi masing-masing.

Timothy Heng seorang pembaca Free Malaysia Today.

Ahad, 19 Jun 2016

NAK TAWAN PUTRAJAYA KONON. PIGIDAHHH!...

BANGI, Ahad – Keputusan pilihan raya Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam membuktikan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) yang pernah ditubuhkan sebelum ini separuhnya adalah bergantung kepada PAS.

Ini dibuktikan apabila PAS mampu menarik undi dan sokongan rakyat meskipun berjuang secara bersendirian.

Mengulas perkara itu, Penganalisis politik dan pendakwah bebas, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, sekiranya PAS masih berada dalam PR, tidak mustahil keputusan PRK ini akan berubah.

“Melalui PRK ini, PAS telah berjaya membuktikan separuh dari kekuatan PR adalah bergantung dengan parti Islam itu, selebihnya gabungan PKR dan DAP. Tanpa PAS, misi menawan Putrajaya putih mata.

“Tahniah kepada PAS kerana mengamalkan politik matang demi kepentingan Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Mengulas mengenai kejayaan UMNO semalam, Ridhuan Tee mengingatkan supaya parti Melayu itu tidak mendabik dada dan merasakan mereka sudah kuat.

“UMNO jangan mendabik dada. Berterima kasihlah kepada PAS kerana berjaya mengambil politik matang dan secara tidak langsung telah berjaya menyelamatkan UMNO.

“UMNO perlu bersyukur dan menjadi baik dalam erti kata buang segala tabiat lama seperti rasuah, kroni, penyelewengan, salah guna harta kerajaan dan lain-lain.

“Jika UMNO terus dengan perangai lama, tidak melihat percaturan ini sebagai satu iktibar dan ujian Allah, adalah tidak mustahil nasib yang sama akan berulang dan menjadi lebih buruk,” katanya.

Sambil membayangkan PRK di kedua-dua Parlimen itu sebagai gambaran untuk Pilihan Raya Umum ke14 akan datang Ridhuan Tee berkata, parti politik Melayu mesti meletakkan kepentingan Islam di hadapan dalam apa jua keputusan untuk mengecutkan ultra kiasu.


“Kenali musuh sebenar. Musuh sebenar adalah ultra kiasu iaitu mereka yang menentang segala agenda Islam termasuk Rang Undang-Undang 355 dan hak Melayu di buminya. Hadapi musuh ini jika umat Islam mahu selamat,” katanya. Sumber: http://www.ismaweb.net/

Sabtu, 18 Jun 2016

TAHNIAH!... 6,969 DAN 9,191 KELEBIHAN UMNO-BN DI K.KANGSAR & SG. BESAR
















Keputusan PRK P.67 K.Kangsar
BN = 12,653. PAS = 5,684. PAN = 4,883. BEBAS = 54. Majoriti = 6,969.

Calonnya, Datin Mastura Yazid yang merupakan isteri kepada Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, telah menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 6,969, meraih jumlah undi sebanyak 12,653 undi.

Beliau menewaskan Ketua Dewan Muslimat Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, Naib Ketua Amanah Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.




Keputusan PRK P.93 Sg. Besar
BN = 16,800. PAS = 6,902. PAN = 7,609. Majoriti = 9,191.

Calonnya, Budiman Mohd Zohdi yang merupakan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, telah menewaskan calon PAS dengan majoriti 9,191 meraih jumlah undi sebanyak 16,800 undi.

Beliau yang juga merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar menewaskan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abdul Rani Osman, dan Azhar Abdul Shukur dari parti Amanah.


Fakta:

         BN = Sokongan gabungan Umno+MCA+MIC+Gerakan dan seluruh jentera kerajaan.

         Amanah = Sokongan gabungan Pan+DAP+PKR.

         PAS = Sendirian

Jangan mimpi kau ingin ke Putrajaya, selagi engkau masih lagi berpecah dan bergaduh dan salah-menyalah sesama sendiri yang sebenarnya menguntungkan UMNO-BN. Lihatlah hasilnya... Jangan hairan jika BN terus berkuasa...

Jumaat, 10 Jun 2016

"BERPOLITIK BIAR JADI JANTAN"


Provokasi gambar badut


“Kalau kita mahu bersama Umno, kita tidak akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Macam mana boleh kata kita sokong Umno?

“Sekarang zaman politik matang. Kerja-kerja burukkan individu itu cerita lama. Tidak perlu melakukan perkara sedemikian kerana bukannya Abdul Hadi bertanding di Kuala Kangsar." Razman Zakaria - Pesuruhjaya Pas Perak.