Sila baca perutusan khas di bawah:
----------------------------------------------------------------------------------
Katanya kerajaan tidak akan tunduk dan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan sentimen perkauman dan agama di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika merujuk insiden 200 penduduk Islam selepas solat Jumaat lepas yang berarak membawa kepala lembu bagi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.
"Insiden seperti itu jika tidak dikawal, boleh mencetuskan ketegangan serta perbalahan yang berlarutan. Saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang amat sensitif," katanya dalam kenyataan di sini pada hari Ahad.
Hishammuddin berkata walaupun ada pihak yang menggesa kerajaan supaya menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani isu tersebut, namun akta itu hanya akan digunakan sebagai cara terakhir atau dalam keadaan di mana ia boleh mencetuskan ancaman kepada negara.
"Bagaimanapun, saya ingin jelaskan bahawa banyak undang-undang lain yang boleh digunakan dalam perkara ini," katanya.
Mengenai tindakan sesetengah pihak menghasut kaum India seperti yang tersiar di Internet, beliau menjelaskan polis, Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi dan Peguam Negara sedang mengambil tindakan.
Di samping itu, Hishammuddin berkata tuduhan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bahawa kononnya polis bersekongkol dengan Umno dalam menangani isu tersebut adalah sesuatu yang amat serius dan berniat semata-mata untuk memburukkan nama baik pasukan polis.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan