Dengan berakhirnya demo Anti Isa, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mendapat peluang yang teramat baik. LHDN tidak perlu lagi menghantar pasukan membuat risikan selama berbulan-bulan untuk mendapatkan maklumat peniaga-peniaga yang menipu LHDN. Mereka menipu dengan memberikan penyata pendapatan yang jauh kurang dari pendapatan sebenar supaya cukai pendapatan yang dikenakan setiap tahun adalah sedikit sahaja.
Peniaga-peniaga yang dimaksudkan adalah ahli Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman. Mereka seramai lebih kurang 200 orang telah rugi sebanyak RM500,000 pada hari Sabtu lalu akibat demo jalanan anjuran GMI. Jika dihitung, pukul rata pendapatan kasar mereka adalah RM2,500 sehari. Lihat kenyataan Pengerusinya, Kamarudin Ibrahim (tentu penyokong tegar UMNO Jahanam) dalam Berita Harian. Sekarang mereka secara terang-terang telah membuat pengakuan terbuka.
Banyak pendapatan mereka!!! Walaupun hanya berniaga kecil dan menjaja sahaja. Siapa kata peniaga Melayu susah. Mereka tak susah. Tapi akibat dah dilatih oleh UMNO Jahanam supaya mengamal 'Budaya Susah", maka mereka sentiasa mengaku susah, susah dan susah. Tak pernah senang hanya susah setiap masa dan ketika.
Oleh itu supaya mereka lebih susah lagi, silalah Lembaga Hasil Dalam Negari membuat pemantauan dan siasatan terperinci ke atas tiap-tiap ahli Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman bermula dari hari pertama mereka memulakan perniagaan sehingga ke hari ini. Pastikan tiada tipu helah. Jika ada keraguan kira semula dan kenakan cukai yang tertunggak dan denda mereka berganda-ganda.
Sumber: Lee Copper
Tiada ulasan:
Catat Ulasan