KOTA BHARU - Seorang pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pengkalan Chepa di sini semalam memfailkan saman RM10 juta selepas mata kanannya buta kerana didakwa terkena tembakan peluru gas pemedih mata.
Dalam saman itu, Muhammad Huzaifah Mohd. Noor, 18, selaku plaintif menamakan Pegawai Medan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Asisten Suptritendan Sathasivam a/l Maniam sebagai defendan pertama, Polis Diraja Malaysia (PDRM), defendan kedua dan Kerajaan Malaysia, kerajaan negeri Selangor defendan ketiga.
Saman itu difailkan oleh Huzaifah melalui Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz yang diwakili peguam Shaharuddin Mohamed di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Anak bongsu daripada 12 beradik dari Kampung Tok Kambing, Kedai Lalat di sini ditemani ibunya, Kamariah Hussin, 60, dan abangnya, Salahuddin.
Dalam pernyataan tuntutan, plaintif memohon supaya semua defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, ganti rugi khas, kos tindakan dan faedah pada kadar yang difikirkan adil dan sesuai dalam kes itu.
Sumber: kosmo.online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan