Beliau berkata perselisihan faham berikutan masalah perniagaan mereka tidak sepatutnya dijadikan masalah politik dan menjadi isu dalam pilihan raya kecil itu.
"Masalah itu sebenarnya tiada kena mengena dengan parti. Pada saya kita harus hentikan isu ini dan jangan menyentuh tentangnya lagi," katanya kepada pemberita di pusat operasi BN di sini.
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, adalah lebih baik kedua-dua pihak tidak mendedahkan keaiban orang lain dan sebaliknya yang harus ditonjolkan ialah kebaikan dan kelebihan mereka.
Isu pembatalan lesen guaman sivil Rohaizat menjadi modal kempen PAS pada pilihan raya kecil itu dan hari ini Yusri mendakwa beliau dijadikan "kambing hitam" dalam isu berkenaan.
Rohaizat, 38, akan menentang calon PAS Mohd Salleh Man, 52, pada pilihan raya kecil 25 Ogos ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lalu.
1 ulasan:
Biasalah Zahid - Melayu berperangai Yahudi
Catat Ulasan