Rabu, 30 Januari 2013

PRU13 - TARIKH MENGUNDI BERKIBLATKAN KALENDAR CINA


PUTRAJAYA 30 Jan. - Penentuan tarikh pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan mengambil kira dua tarikh penting dalam kalendar masyarakat Cina iaitu sambutan Tahun Baru Cina dan Qing Ming yang disambut pada Februari dan April.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penentuan tarikh pembubaran Parlimen juga akan melibatkan persetujuan daripada semua parti komponen dalam BN. Selanjutnya...

SURAT TERBUKA UNTUK PRESIDEN UMNO


Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
Ibu Pejabat UMNO Malaysia
Tingkat 38, Menara Dato’ Onn
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur


29hb Januari 2013


Menemui Datuk Seri Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Pertama sekali kami berdoa semoga Datuk Seri dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri kerana mengambil langkah yang cukup berani melawat Gaza minggu lepas. Kami amat berbangga dengan keberanian Datuk Seri.

Kami meminta maaf jika kedatangan surat ini sedikit sebanyak mengganggu Datuk Seri dan merencat perencanaan kerja untuk pilihan raya 13.

Kami tidak berniat untuk mengganggu tugas Datuk Seri atau cubaan untuk mensabotaj parti. Matlamat kami untuk memastikan parti dapat menghadapi pilihan raya dalam keadaan tidak ada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan.

Kami sebenarnya sudah beberapa kali cuba untuk berjumpa Datuk Seri bagi menjelaskan perkara ini tetapi penjaga-penjaga pagar Datuk Seri sering menjadi penghalang utama.

Kami tiada pilihan lain melainkan dengan cara ini sahaja yang boleh kami lakukan agar mesej yang kami hendak sampaikan sampai ke telinga Datuk Seri.

Datuk Seri, sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO dan PM manakala Anwar Ibrahim selaku Timbalan Presiden dan TPM, Tun banyak memberi kepercayaan kepada Anwar untuk menguruskan pelbagai hal ehwal negara dan parti.

Kepercayaan yang diberikan oleh Tun telah disalah guna oleh si rakus Anwar. Beliau menggunakan kepercayaan Tun untuk membina empayarnya baik dalam parti dan kerajaan.

Jika hendak diperkatakan tentang Tun dan Anwar kisahnya sangat panjang dan semua orang mengetahuinya bagaimana rakus nya Anwar mempergunakan kepercayaan Tun M untuk dia berada di tempat tertinggi termasuklah memangku jawatan Perdana Menteri.

Kisah berkenaan kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah setelah ia hampir memusnahkan UMNO pada tahun 1998 hasil tajamnya pandangan Tun pada kelibat Anwar Ibrahim.

Kini setelah lebih 15 tahun berlalu Anwar Ibrahim kedua dikesan wujud kembali di dalam UMNO di bawah pentadbiran Najib dengan modul dan sukatan pelajaran politik yang sama dilakukan Anwar dalam UMNO satu ketika dulu.

Datuk Seri mungkin terlepas pandang gerakan demi gerakan yang sedang berlaku ketika ini. Dalam masa Datuk Seri sedang berusaha untuk menang 2/3 majoriti dalam PRU13,ada pula pihak sedang mengambil kesempatan untuk menyusun gerakan bagi memperkukuhkan kedudukan dalam politik terutama sekali pada pemilihan parti yang akan berlangsung nanti.

Datuk Seri sedang dikelilingi oleh parasit-parasit parti.Datuk Seri sedang dibuai dengan nyanyian yang enak di telinga Datuk Seri oleh pencacai-pencacai terutama sekali sepupu Datuk Seri,Hishamuddin yang sedang memasang badan untuk ke peringkat tertinggi dalam parti dan sepupu Datuk Seri ini menjadi semakin angkuh kerana sepupunya adalah Perdana Menteri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang bahawa sepupu Datuk Seri sedang membina empayarnya di dalam UMNO untuk kepentingan politik dirinya ? Kepura-puraan beliau di depan Datuk Seri hanyalah umpan untuk menyedapkan mata dan telinga Datuk Seri. Datuk Seri ada pengalaman mengenal budaya ampu dan bodek ini tatkala Datuk Seri hampir-hampir tewas di Pekan,Pahang pada PRU11 lalu.

Sebagai mahu memenuhi tembolok politik peribadinya,Hishamuddin sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menabur fitnah terhadap saingannya,menghantar SMS kepada seluruh rangkaiannya,menggunakan KDN untuk menutup segala kebejatan moralnya dan apa yang didedahkan oleh mantan Ketua Polis Negara,Musa Hassan sampai sekarang tidak disanggah dengan bukti dan beliau hanya menafikannya semata-mata.Ini jugalah stail Anwar masa dalam kerajaan satu ketika dulu.

Hishamuddin umpama biawak hidup yang terpaksa Datuk Seri usung dan pikul.Beliau terlalu banyak mengguna serta memperalatkan nama Datuk Seri terutama sekali dalam soal pemilihan calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan DUN untuk PRU13, kononnya Dato Seri memberikan beliau mandat untuk menapis serta mengenal pasti calon-calon dan Hishamuddin terlalu banyak berjanji dengan setiap pemimpin UMNO atau ahli UMNO yang beliau temui.

Sikap hipokrit Hishamuddin ini cukup tebal Datuk Seri,di depan Datuk Seri lain cakapnya dan di belakang Datuk Seri lain pula tindakannya dan senario ini sama beliau lakukan di depan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Datuk Seri,beliau juga sedang ligat memasang orang-orang tertentu untuk bertanding dalam pemilihan parti dengan alasan kononnya Datuk Seri yang minta mereka ini menentang calon sedia ada.Begitu jugalah dengan menawarkan orang-orang tertentu untuk menjadi calon kerana Datuk Seri yang minta.

Tidak cukup beliau mengatur pertandingan UMNO di peringkat Bahagian,sepupu Dato Seri ini juga sudah pun menyusun orang-orang tertentu di dalam sayap-sayap parti untuk bertanding merebut jawatan sehingga diberitahu apa sahaja keputusan mesyuarat sayap-sayap parti perlu disampaikan kepadanya.

Kesan daripada menggunakan nama Datuk Seri ini,kita yakin dan amat percaya kalau gerakan sepupu Datuk Seri ini tidak dibendung ataupun diambil tindakan oleh Datuk Seri boleh mewujudkan budaya sabotaj ataupun lompat parti.

Surat ini untuk peringkat ini tidak mahu menyebut atau mendedahkan lagi bagaimana sepupu Datuk Seri ini mengumpul kekayaan terutama sekali di negeri Johor hingga mampu membeli sebuah rumah mewah di kawasan elit di Kota London baru-baru ini, tetapi surat ini lebih kepada mahu memberitahu sikap sebenar Hishamuddin yang selama ini setiap saat dan ketika memperdagangkan nama Datuk Seri.

Datuk Seri sedar atau tidak,helikopter dan kenderaan siapa yang digunakan oleh sepupu Datuk Seri untuk sebarang program parti ataupun peribadi beliau? Datuk Seri sedar atau tidak bagaimana akrabnya sepupu Datuk Seri ini dengan tokoh korporat Cina di Johor bernama Lim Kang Hoo itu ? Pernah Datuk Seri tanya sepupu Datuk Seri hubungan sebenar mereka berdua hingga Lim Kang Hoo begitu bermaharajalela di Johor?

Kenapa begitu hina sekali anak seorang pejuang UMNO sanggup bersekongkol dengan seorang tauke cina untuk meranapkan harta-harta anak bangsa sendiri di bumi Johor ?

Datuk Seri kami sedar apa yang kami lakukan ini ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Namun apakan daya kami kerana kami tiada jalan lain untuk menyampaikan mesej kepada Datuk Seri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang ketika kita sedang sibuk untuk memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya, Hishamuddin pula sibuk memantapkan rangkaiannya untuk menghadapi pemilihan UMNO ?

Beliau sedang sibuk mencatur orang sana-sini untuk berlawan orang itu ini kononnya itu permintaan Datuk Seri. Dalam masa yang sama juga sibuk mencaturkan orang untuk dilantik sebagai menteri, timbalan menteri dan menteri besar.

Ini adalah permulaan Surat Terbuka kepada Datuk Seri berkaitan dengan gelojohnya nafsu politik sepupu Datuk Seri ini dan akan menyusul lagi pendedahan tentang apa yang sepupu Datuk Seri lakukan ini boleh memecahbelahkan UMNO,boleh menggugat kedudukan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan mungkin juga menghalang transformasi politik yang Datuk Seri laung-laungkan selama ini.

Surat ini dibuat kerana ucapan Datuk Seri masa Perhimpunan UMNO lalu yang bertajuk Ubah Atau Rebah dan sekiranya Datuk Seri masih gagal merubah sepupu Datuk Seri ini,yakin dan percayalah Datuk Seri akan rebah bersama-sama sepupu Datuk Seri yang sedang bernafsu besar dalam politik negara ini.

Sekian dulu untuk yang pertama ini dan akan menyusul nanti beberapa pendedahan yang mengejutkan Datuk Seri tentang sepupu Datuk Seri ini.
Sekian
Warga-warga Johor

sumber: H3O

Jumaat, 25 Januari 2013

UMNO PASIR GUDANG BERGOLAK - BILIK GERAKAN DITUTUP


PASIR GUDANG – Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman akan dipertanggungjawabkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menyebabkan kerusi Parlimen Pasir Gudang jatuh ke tangan pembangkang.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad turut menyokong tindakan menutup sebahagian besar bilik gerakan di sembilan kampung setinggan kelmarin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, masalah setinggan yang dibangkitkan penduduk telah empat tahun diperjuangkan Pemuda Umno Pasir Gudang, namun tiada tanda-tanda isu itu akan menemui jalan penyelesaian.

“Tindakan ahli parti sehingga sanggup menutup bilik gerakan dalam saat-saat PRU13 semakin hampir, itu sebenarnya rakyat sudah bosan menunggu janji yang sudah terlalu lama dinanti.

“MB sudah janji nak selesai...sudah turun padang bertemu penduduk setinggan, tapi masih bermain teka-teki. Sampai bila? Sedangkan rakyat hari ini sudah pandai menilai janji yang ditaburkan pemimpin,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Rohazam berkata, tindakan menteri besar itu dikhuatiri menggugat jumlah undi membabitkan 100,000 pengundi di Pasir Gudang akibat kekecewaan penduduk, sedangkan jentera BN selama ini telah bersusah-payah meyakinkan lebih 54 peratus pengundi Melayu di situ.

Menurutnya, sudah tiba masanya perkara berkenaan diselesaikan kerana rakyat telah terlalu lama disogokkan dengan janji yang dibuat oleh pemimpin utama negeri ini.

“Kita tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga kerana jentera BN di Pasir Gudang sudah lama bersiap-sedia dengan pelbagai program mendekati rakyat, termasuk Pemuda bersama orang muda.

“Jika perkara ini tak selesai, jawapannya akan dapat kita tengok pada PRU13. Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN di Pasir Gudang pada PRU13, MB kena bertanggungjawab,” katanya.

Rohazam yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Negeri turut menyelar tindakan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang ingin mengambil tindakan tata tertib dan disiplin terhadap ahli Umno yang menjadi dalang boikot kempen.

Menurutnya, Ahmad diingatkan supaya tidak hanya menunjukkan kuasa dengan kenyataan sedemikian, sebaliknya turun menyelami rintihan penduduk setinggan di Pasir Gudang dan mencari jalan penyelesaian.

“Jangan cabar kami dengan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Kalau beliau pemimpin yang berjiwa rakyat, turun ke kawasan kami dan lihat sendiri rintihan penduduk setinggan di Pasir Gudang yang setia menagih janji sejak 13 tahun lepas.

“Bantu kami selesaikan kemelut ini, bukannya cuba menunjuk kuasa yang diamanahkan,” katanya.

Isnin, 21 Januari 2013

UTUSAN FITNAH KALAH LAGI


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu.

Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari.

Singham turut menegur Utusan kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" itu, Utusan memetik kenyataan bekas pemimpin PAS Datuk Hasan Ali yang mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.

Khamis, 17 Januari 2013

LISTEN!... KENAPA PERLU MERAYU KALAU RASA BN DAH KUAT


Hari-hari keluar berita tv atau suratkhabar kata UMNO-BN kuat dan semakin mendapat sambutan golongan muda dan pengundi atas pagar.

Kah!.. Kah!... Kah!...

Cakap serupa tak sayang mulut, parti pembangkang semakin hilang sokongan konon... tapi masih tak malu merayu-rayu minta pengundi beri peluang sekali lagi untuk tawan negeri di bawah Pakatan pembangkang.

Woi!... mabuk ker ape!?...

Dah 55 tahun kamu perintah negara nie... apa yang kamu buat untuk kemajuan orang melayu. Berapa ramai melayu jadi jutawan???... selain dari kroni kamu!!!... Sudah-sudah lah nak tipu orang melayu. Kamu boleh tipu orang UMNO tapi bukan orang PR.

Yang kamu tahu hanya nak tekan rakyat... naikkan harga barang... naikkan cukai... dan lain-lain... Tiba PRU masa tu kamu sibuk nak beri gula-gula, bantuan itu ini..., turun tol tapi lepas pilihanraya... tekan semula rakyat.

Tolonglah... Rakyat dah muak dengan permainan nie... Akhir kalam... bila nak bubarkan parlimen kalau rasa parti tu dah kuat???

 

Selasa, 15 Januari 2013

GANGUAN BEKALAN AIR - PENGGUNA JADI MANGSA KEADAAN

 
Belumpun reda kejadian gangguan bekalan air ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu, Syabas mengumumkan gangguan bekalan air tidak berjadual di lima kawasan lain yang disebabkan Loji b Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihentikan operasinya berikutan pencemaran di sungai itu.
  
Ketua Pegawai Operasi Syabas Datuk Ir Lee Miang Koi berkata kawasan terlibat ialah Petaling membabitkan 118,000 akaun, Hulu Langat (125,000), Sepang (65,000), Klang (19,000) dan Kuala Langat (22,000).
  
"Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang diurus oleh operator loji, Syarikat Konsortium Abass, terpaksa dihentikan operasi sekitar pukul 1.30 tengah hari tadi kerana mengesyaki berlaku pencemaran minyak kelapa sawit di Sungai Semenyih.
  
"Pada masa ini, Syabas sedang mengenal pasti kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan ekoran langkah menghentikan operasi loji itu," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna supaya mengurangkan penggunaan air selain menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.
  
Lee berkata Syabas juga telah menghantar surat kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkan kerjasama dalam menyediakan bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik memandangkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih diurus oleh kerajaan negeri.
  
Beliau berkata kerjasama itu juga perlu kerana aset Syabas masih terikat dengan insiden gangguan bekalan air yang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju.
  
"Memandangkan sumber dan kualiti air mentah adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri menerusi Lembaga Urus Air Seangor (LUAS), maka adalah wajar untuk Syabas mendapatkan kerjasama ini," katanya.
  
 Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 24 jam 1800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL aduan/pertanyaan dan hantar kepada 39222 selain menggunakan laman Twitter dan Facebook yang disediakan.
  
- Bernama

Sabtu, 12 Januari 2013

HKR #KL112 GAGAL MENANDINGI HIMPUNAN MESRA BERSAMA PM DI RINCHING

Mengikut Subseksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-keduanya sekali jika sabit kesalahan melibatkan kanak-kanak dibawa menghadiri perhimpunan.


SEMENYIH: Beratus-ribu menghadiri ke perhimpunan Mesra Bersama Perdana Menteri di Dataran Tesco Rinching di sini anjuran IPF Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan kalungan bunga di samping mendapat sorakan dan tepukan daripada orang ramai sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Barisan Nasional.

Turut kelihatan ialah sepanduk dan kain rentang "Saya suka PM" dan orang ramai melaungkan "Hidup BN" dan "1Malaysia" sewaktu Najib ke pentas.

Ribuan rakyat Malaysia pelbagai kaum hadir ke majlis itu. Rekod ini mengatasi rekod kehadiran di Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Stadium Merdeka oleh pembangkang.

Sila teruskan membaca...


 Kehadiran HKR #KL112 hanya sekitar 1000 lebih orang sahaja


KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur hari in boleh disifatkan paling berjaya dalam sejarah penganjurannya.

Berlangsung secara aman, himpunan yang berjaya menarik ratusan ribu orang ini juga boleh disifatkan paling bersejarah kerana seperti mengulangi himpunan perisytiharan Merdeka pada tahun 1957 dahulu.

 Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap. "Dengan semangat kebangkitan rakyat.


Bacaan doa dipimpin Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 

 

 Peserta menunaikan solat Zohor di stadium.

Rabu, 9 Januari 2013

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112


Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini mengumumkan bahawa pengurusan Stadium Merdeka membenarkan mereka menggunakan tempat bersejarah berkenaan bagi perhimpunan 12 Januari.

Pengerusi penganjur himpunan itu Mohamad Sabu berkata pihaknya menerima surat keizinan bagi menggunakan stadium pada kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Dalam surat berkenaan, pihak stadium juga menetapkan syarat agar penganjur membayar RM75,000 sebagai wang pendahuluan untuk menggunakan stadium berkenaan, katanya.

"Kita akan tunaikan," kata timbalan presiden PAS yang menambah, pihaknya akan menghantar delegasi untuk berbincang dengan pengurusan stadium mengenai aspek keselamatan dan persiapan perhimpunan tersebut.

"Kita akan menghantar jawatankuasa untuk berunding dengan pengurusan stadium mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh (dilakukan), yang dikenakan oleh pihak stadium," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Stadium Merdeka.


Dalam sidang media hari ini, Mohamad berkata seramai 5,000 orang anggota unit amal akan dikerahkan untuk menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan berkenaan.

Sementara itu, naib presiden PKR Tian Chua pula berkata, penganjur juga akan membincangkan dengan pihak stadium mengenai kapasiti hadirin bagi perhimpunan tersebut.

Pakatan Rakyat Selangor pada hari Isnin lalu dilaporkan akan membawa seramai 300,000 orang terdiri daripada aktivis dan penyokong parti bagi menyertai perhimpunan tersebut.

ISU KALIMAH ALLAH - SENIKATA LAGU NEGERI VERSI NON-MUSLIM PERLU DIWUJUDKAN






 

Rabu, 2 Januari 2013

ADAKAH PANG BUNUH DIRI KERANA RAPID PENGERANG

KUALA LUMPUR: Gabungan NGO Pengerang percaya lebih banyak tragedi berlaku di Pengerang jika pihak berkenaan masih lagi berkeras berhubung projek Rapid di situ.

Sehubungan itu, Bendaharinya Chua Peng Sin dalam satu kenyataan semalam menyeru pihak kerajaan agar mengambil berat terhadap apa yang telah berlaku khususnya tiga sekeluarga yang mati dengan membakar serpihan arang di blik mereka semalam.B

Berikut ialah kenyataan penuh Chua Peng Sin.

Pagi ini saya menerima maklumat bahawa sekeluarga Pang yang mempunyai 3 ahli keluarga di Kampung Jawa, didapati semua ahli keluarganya membunuh diri di tempat tinggal sendiri dengan membakar serpihan arang di blik.

Gabungan NGO Pengerang (GNP) lalu pergi ke tempat tragedi tersebut, dan 3 mayat telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Melalui penduduk tempatan, Ahli Gabungan telah dimaklumkan bahawa Keluarga Pang ini adalah keluarga miskin, dan isterinya adalah pesakit strok, dan anaknya yang berumur 20 tahun itu, merupakan orang kurang upaya yang mempunyai kecacatan akal.

Encik Pang yang berumur 50–an bekerja sebagai pembantu restoran, akan tetapi baru-baru dia perlu menjaga isteri dan anaknya, dia terpaksa berhenti bekerja.

Beberapa bulan yang lalu, disebabkan oleh pembangunan RAPID, Keluarga Pang telah menerima surat pengambil tanah.

Rumah kediaman Keluarga Pang dibina di atas seorang tuan tanah lain, sehubungan itu Keluarga Pang cuma menerima pampasan sebanyak RM20 ribu sahaja sebagai pampasan.

Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari pihak parti politik pemerintah, dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri.

GNP berasa amat sedih terhadap tragedi yang berlaku, di mana keluarga miskin tidak dapat menahan tekanan hidup, hasil dari pengambilan tanah oleh pihak pemaju, dan akhirnya terpaksa membunuh diri.

Kami juga menyeru pihak kerajaan perlu mengambil berat terhadap apa yang telah berlaku, jika pihak berkenaan masih lagi berkeras untuk terus membuat pembangunan ini, dipercayai akan menyebabkan lebih banyak tragedi berlaku di Pengerang.