Rabu, 3 April 2013

SAH PEMBUBARAN PARLIMEN HARI INI

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelumnya.

Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sekarang boleh buat lapuran polis salah laku najib dan menteri menteri yang songlap duit rakyat termasuk kakitangan kerajaan yang bersengtongkol

Tanpa Nama berkata...

Setuju!....