Rabu, 11 Mac 2020
Sabtu, 29 Februari 2020
Selasa, 25 Februari 2020
KEMELUT PH - SAH KERAJAAN SETENGAH SEPENGGAL
Bila Tun M dah berundur dan lepaskan jawatan - Tiba-tiba salahkan Umno dan Pas.
Stim hisap GAM ker apa puak-puak PH nie?
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk
Seri Mazlan Lazim berkata polis akan terus memantau dan bersiap sedia, bagi
memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di sekitar ibu negara terus
terjamin, susulan senario politik semasa dan peletakan jawatan Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Orang ramai dinasihati supaya
menghormati undang-undang dan proses demokrasi di negara ini.
"Pihak polis juga mengharapkan kerjasama
yang berterusan dari penyokong parti-parti politik dan orang ramai supaya tidak
menimbulkan spekulasi, mencetuskan provokasi serta menyebarkan berita atau
maklumat tidak benar terutamanya berkaitan sensitiviti perkauman mahu pun agama
yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta kehormanian masyarakat,"
katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Tegasnya, pihaknya tidak akan berkompromi
untuk mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada
terhadap mana-mana pihak yang didapati cuba mengganggu ketenteraman awam.
Dr Mahathir pada Isnin meletak jawatan sebagai
perdana menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dalam satu
kenyataan bahawa Dr Mahathir telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada
Yang di-Pertuan Agong.
Menurut kenyataan Ketua Setiausaha Negara,
Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana
Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang
baharu.
-- BERNAMA
Label:
dap,
PAN,
PH,
PKR,
Sejarah Politik Malaysia,
Tun Mahathir
Ahad, 19 Januari 2020
PRK Kimanis - BN Kekalkan Kemenangan
Barisan
Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis
dengan majoriti 2,029 undi.
Calonnya,
Datuk Mohamad Alamin memperoleh 12,706 undi sementara calon Parti Warisan Sabah
(Warisan), Datuk Karim Bujang menerima 10,677 undi.
Proses
pengundian yang berakhir jam 5 petang melibatkan 29,619 daripada 29,664
pengundi biasa yang layak mengundi di kesemua 19 pusat mengundi dengan 68
saluran dibuka tepat jam 7.30 pagi tadi.
Nak tanya, dah sampai mana dah pak aji nie lari!?...
Isnin, 18 November 2019
Ahad, 17 November 2019
MUAFAKAT NASIONAL - P165 TG PIAI HANYALAH SATU PERMULAAN
16 Nov 2019 - CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee
Jeck Seng memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan
majoriti 15,086 undi, hari ini.
Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai itu memperoleh 25,466 undi
daripada 128 saluran undi sehingga penjumlahan tamat, malam ini.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Tanjung Piai
Zulkifly Mohd Tahir di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Pontian, 9.15 malam
ini.
Sekaligus keputusan ini memberi isyarat yang sangat jelas,
agar kerajaan PH jangan terlalu selesa dan angkuh dengan rakyat sehingga
mengetepikan masalah rakyat bawahan. Janji manifesto akhirnya memakan diri
mereka sendiri.
Rakyat dahagakan pembaharuan serta perubahan seperti yang
dijanjikan oleh PH dan bukannya momokkan dan sering menyalahkan kerajaan terdahulu.
Kerajaan terdahulu telahpun ditumbangkan oleh rakyat pada
PRU14 yang lalu, maka kerajaan sekarang perlu move on. Sampai bila rakyat perlu
menerima bebanan? Adakah kerajaan sekarang mahu tersungkur pada PRU15 akan
datang? Hanya pemimpin PH yang mampu menjawabnya...
Khamis, 7 Mac 2019
MALAYSIA BARU - PH CIPTA SEJARAH JADIKAN RAKYAT GELANDANGAN
Sebahagian penduduk Taman Manggis tidur di depan Komtar
Pergerakan Reformasi di Malaysia dilaksanakan oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan para penyokongnya sebaik sahaja beliau dipecat dari jawatan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998. Gerakan ini terdiri daripada
beberapa acara tunjuk perasaan secara besar-besaran untuk menentang kerajaan
campuran Barisan Nasional yang lama memerintah, yang berterusan sehingga Anwar
ditahan lalu dipenjarakan pada tahun 1998. Sasaran kempen reformasi ialah
Perdana Menteri ke-4 ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipandang sebagai
pemimpin yang “korup”, “mahazalim”, “mahafiraun” dan pelbagai gelaran “maha”
lagi, yang sudah terlalu lama memegang jawatannya.
Semasa zaman refomasi, PKR sering melaung-laungkan akan mengembalikan hak rakyat secara adil dan saksama, melakukan usaha membela golongan tertindas, melawan rasuah dan penyelewengan di samping pemisahan cabang eksekutif, legislatif serta kehakiman bagi memastikan proses semak imbang diamalkan.
Kini zaman sudah berubah. Lafaz perkataan “mahazalim” dan “mahafiraun” sudah tidak lagi kedengaran malahan beliau diangkat semula sebagai PM ke-7 selepas memenangi PRU14 setelah terbentuknya Pakatan Harapan (PH).
Melihat senario yang berlaku ketika ini, terutamanya kes penghuni PPRT Tmn Manggis di Pulau Pinang yang dihalau dari kediaman mereka, tiada satu pun alternatif dari pihak kerajaan negeri untuk berunding atau sekurang-kurangnya menghantar wakil mereka. Tapi bila nak PRU pandai pulak hantar wakil untuk rayu undi? Tolonglah jangan jadi hipokrit seperti kerajaan terdahulu. Mana laungan yang dahulunya hendak membela rakyat?
Masih ingatkah kalian, perjuangan selama 20 tahun penubuhan PKR dahulu. Rakyat sudah tahu mesej reformasi PKR, namun kini seluruh negara menanti apakah pengisian sebenar kepada agenda besar reformasi PKR dalam kerajaan PH?
Bagaimana pula dengan hak keadilan kepada semua kaum boleh diwujudkan dalam suasana negara yang memiliki kepelbagaian kaum, agama, adat dan budaya. Mampukah semua ini dijayakan hanya dengan laungan reformasi tanpa perlu ada satu dasar jelas yang mendukung di belakangnya.
Belum lagi soal kemiskinan, pengangguran, kos sara hidup, bantuan usahawan, peluang pekerjaan, ekonomi rakyat, nasib petani, nelayan dan penoreh getah.
Tolonglah rakyat wahai pemimpin PH yang selama ini kamu laungkan refomasi berulang kali untuk membela rakyat. Tunjukkan dan terjemahkanlah kata-kata kamu dengan bukti yang nyata?
Isnin, 4 Mac 2019
APAKAH NASIB MUJAHID PRU15?
Rentetan kekalahan calon PH di DUN Semenyih, Naib Presiden
Amanah Mujahid Yusof Rawa berkata, "PH perlu segera membuat rumusan
kekalahan dengan melihat lebih dalam segala kelemahan yang ada dan saya yakin
dapatan yang diperolehi akan membantu proses pemulihan PH bagi bertempur di
Rantau nanti”. PH perlu bermuhasabah di atas kekalahannya pada PRK Semenyih
dalam menghadapi satu lagi pilihan raya kecil yang akan diadakan untuk kerusi
DUN Rantau di negeri Sembilan.
Penganalisis melihat perkembangan politik ketika ini, strategi gabungan kekuatan BN-PAS nampaknya lebih menjadi,
berbanding percaturan yang dilakukan oleh PH. Kekalahan PH di Semenyih memberi
isyarat awal tentang penolakan rakyat terhadap parti gabungan PPBM, PKR, DAP
dan Amanah.
Perkara yang perlu dirisaukan oleh kerajaan PH sekarang ini ialah pasukan pembangkang sudah mula kuat dan mereka tidak lagi lemah. Pembangkang nampaknya sedikit demi sedikit berjaya menyusun gerak kerja yang lebih mantap dan berkesan.
Melihat perkembangan di atas, dapat kita simpulkan bahawa penolakkan rakyat terhadap PH kerana kerajaan PH gagal menunaikan janji-janji manifesto mereka yang lalu. Pengundi berhak “menghukum” kerajaan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang jika nasib rakyat terus dipinggirkan.
Perkara yang perlu dirisaukan oleh kerajaan PH sekarang ini ialah pasukan pembangkang sudah mula kuat dan mereka tidak lagi lemah. Pembangkang nampaknya sedikit demi sedikit berjaya menyusun gerak kerja yang lebih mantap dan berkesan.
Melihat perkembangan di atas, dapat kita simpulkan bahawa penolakkan rakyat terhadap PH kerana kerajaan PH gagal menunaikan janji-janji manifesto mereka yang lalu. Pengundi berhak “menghukum” kerajaan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang jika nasib rakyat terus dipinggirkan.
Apakah pemimpin PH bersedia untuk diturunkan takhta pada
PRU15 akan datang yang sekaligus menjadikan mereka KERAJAAN sepenggal?
(PH) 16,753 Undi
(BN)+(PAS) 13,655 Undi + 12,312 Undi = 25,967 Undi
Isnin, 25 Februari 2019
TIADA KEMASUKKAN 90J DANA 1MDB KE AKAUN PAS
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya setakat ini tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta daripada 1MDB disalurkan ke akaun bank rasmi PAS.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull pada sidang media di Terengganu, hari ini.
"Siasatan SPRM setakat ini memang tak ada dana RM90 juta yang dikatakan duit 1MDB dimasukkan ke dalam akaun (bank) PAS," katanya ringkas ketika menjawab soalan mengenai isu tersebut.
Terdahulu, Mohd Shukri ke Majlis Ikrar Bebas Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Nak tunggu..., spin apa lagi lepas ini dari khadam PH yang setia dengan D4P? Maka gegak gempita lah macai PH berkata; bukan dimasukkan ke dalam akaun Pas sebaliknya ke akaun pemimpin Pas.
Kesimpulannya; minit-minit terakhir macai serta khadam akan sedaya usaha akan buat u-turn untuk tegakkan benang basah.
Sila baca; Melalui kenyataan Huse di dalam malaysiakini mendakwa terdapat dana dimasukkan melalui akaun di Affin Bank, namun bekas naib presiden PAS itu tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut serta bersedia disaman bekas partinya.
Mohon Huse bertanggungjawab di atas pertuduhannya terhadap Pas dihadapan Allah nanti.
Ahad, 9 Disember 2018
HIMPUNAN ICERD LEBIH BERSIH DARIPADA HIMPUNAN BERSIH 2.0 - 5.0
ADA yang kata hanya 55 ribu, ada yang dakwa lebih 500 ribu, ada yang letak 1.5 juta dan ada yang menjangkakan sejuta peserta hadir ke Himpunan Tolak ICERD yang berlangsung di Dataran Merdeka atau apa yang digelar Himpunan 812. Tidak ada suatu mekanisma terbaik bagi mengira kehadiran peserta itu. Limpahan mereka, membingungkan semua pihak kerana bagi yang ingin mendakwa himpunan ini gagal, mereka akan meletakkan jumlah yang sedikit. Manakala bagi yang suka memperbesar-besarkan kehebatan mereka, akan menokok tambah bilangan sehingga tidak masuk akal.
Ketika himpunan berlangsung, tiada laporan berkenaan salah laku peserta. Tiada kedengaran tembakan amaran oleh pihak berkuasa kerana kedegilan peserta, melawan arahan polis. Tidak kelihatan tangkapan dibuat atas apa-apa alasan perlanggaran undang-undang. Tidak terlihat juga kelibat trak FRU yang suatu ketika dahulu, sangat sinonim dengan peserta, sama ada mengejar mereka, mahupun menyemburkan air kimia sebagai acara khas antara pihak berkuasa dengan peserta seperti bermain polis sentri gayanya.
Kejadian ketika perhimpunan Bersih pada masa lalu.
Tiada kenderaan polis diranapkan, tiada anggota pihak berkuasa dikepung atau dicederakan. Tiada kedai yang dimusnahkan, malah penjaja atau pemilik kedai makan yang menjalankan perniagaan mereka, sangat gembira dengan pelanggan yang memenuhi setiap inci ruang perniagaan mereka. Tinggal lagi adakah mereka sempat melayani pelanggan mereka yang berpusu-pusu itu atau tidak. Namun, datang peserta sebagai petualang merosakkan perniagaan mereka, tidak sekali. Malah ada juga terbaca, penyokong PH yang dalam keadaan mencarut dan memaki peserta, turut mahu berniaga pada masa perhimpunan itu. Itulah nilai kepercayaan mereka terhadap himpunan aman ini.
Peserta beratur mengikut garisan yang dibuat oleh pimpinan. Yang datang dari Sogo, beratur dengan sopan. Yang datang dari Masjid Jamek, melangkah gagah. Yang datang dari Masjid Negara, menapak seiring dan yang sudah sedia menunggu di Dataran Merdeka, tetap menunggu walaupun hujan dan panas. Begitu berdisiplin mereka berhimpun, bukan untuk bertumbuk, berkumpul bukan untuk merusuh. Berjalan seiringan, bukan untuk memecah perpaduan. Tujuan mereka satu, untuk menunjukkan kepada sesiapa sahaja bahawa jika agama Islam diperkotak-katikkan, mereka akan bangun, seiya sekata, mempertahankan keagungan agama ini. Entah dari mana datangnya mereka ini, tidak terbilang arahnya.
Peserta himpunan ICERD mengutip sampah setelah berakhir himpunan aman tersebut.
Sampah dikutip seusai perhimpunan. Lalu lintas dijaga kemas oleh Jabatan Amal. Tanpa kehadiran polis sekalipun untuk mengawal, mereka sudah terlatih, memastikan displin peserta mengikut kehendak pihak berkuasa. Ceramah pimpinan, menaikkan semangat peserta, menyedarkan mereka dari lamunan khayalan keindahan janji-janji palsu musuh Islam dalam menarik umat kepada mereka. Inilah suasana dan keadaan yang sangat biasa yang boleh ditonton oleh semua pihak. Peserta datang tanpa dibayar sama ada tambang, mahupun makan. Entahlah bagi ahli Umno yang mungkin pertama kali mengeluarkan belanja dari poket sendiri. Jangan direka cerita ahli PAS dibekalkan wang tambang atau duit makan mahupun saku. Tiada manusia waras yang akan percaya.
Tiada kedengaran kidung yang menghasut, menghina bangsa dan agama lain. Mereka dilarang mencaci maki kepercayaan lawan. Mereka tidak dibiarkan mencarut marahkan musuh kerana ianya bukan akhlak Islam yang diajarkan oleh Nabi. Tiada potret pimpinan mana-mana gerakan yang dibakar atau dihina dek kerana geram yang menggunung kepada mereka. Kesemua dendam dan amarah, disimpan, hanya pergerakan memberi amaran kepada bukan Islam agar tidak terus menerus menghina Islam. Tiada juga adegan gesel-menggesel berlainan jantina. Dalam kesibukan berhimpun, terlihatlah ribuan manusia melakukan solat berjemaah, kewajipan tiada ditinggalkan. Menambahkan lagi kepercayaan orang ramai.
Pastinya jika PAS mengepalai perhimpunan, polis, tentera dan anggota keselamatan, tidak dipeningkan oleh gelagat sesetengah peserta yang degil. PAS akan memastikan kesemua pesertanya mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Tidak boleh ini dinafikan. PAS berjaya mendidik ahli-ahli mereka berpegang dengan disiplin yang sangat tinggi. Ia sentiasa menyusahkan lawan PAS kerana penanda aras disiplin yang tinggi ini. Pasti akan ada suara berbunyi, kalau PAS, pasti tidak kecoh. Kalau PAS mesti bersih. Kalau PAS, mesti Jabatan Amal akan membantu.
Bagi sesetengah pihak, berita ini kelihatannya seperti satu berita yang mengagumkan. Mereka yang tidak biasa dengan disiplin PAS, akan merasakan kehebatannya, mengujakan. Tetapi bagi PAS, ianya bukanlah satu berita yang menghairankan. Biasa-biasa sahaja kerana semua disiplin ini telah diterapkan ahli PAS dalam setiap himpunan tajaan mereka. Ianya sudah menjadi satu tabiat, bukan hal yang baharu dibuat-buat. Rakyat dan pihak berkuasa tidak ragu jika PAS menjanjikan perhimpunan aman, kerana pastinya keamanan yang akan diberikan jika tiada provokasi. Disiplin ini datangnya dari Islam. PAS tidak ada kelebihan melainkan jika terus menerus berpaut pada dahan Islam. Taniah kepada semua peserta atas solidariti bagi menjadi benteng mempertahankan hak dan keistimewaan Melayu dan Islam.
MOHD NASIR ABDULLAH
9 Disember 2018 - HARAKAHDAILY 9/12/2018
Selasa, 4 Disember 2018
ICERD - KESAN DAN IMPLIKASI TERHADAP ARTIKEL 153
Apa itu ICERD?
International Convention on the Elimination of All
Forms of Racial Discrimination (ICERD) atau Konvensyen Penghapusan Segala
Bentuk Diskriminasi Ras Antarabangsa ialah sebuah konvensyen (perjanjian) oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. ICERD adalah konvensyen antarabangsa yang
mewarisi asas penting daripada Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948, dan
terlebih dahulu Magna Carta 1215. Secara sejarahnya, definisi hak asasi ini
dibentuk beracuankan pemahaman Barat.
Sebagai sebuah hak asasi manusia generasi
ketiga, Konvensyen tersebut meminta anggotanya untuk menghapuskan diskriminasi
terhadap kaum dan menggalakkan kesefahaman di antara semua kaum. Namun,
Konvensyen ini juga menghendaki ahli anggota untuk mengharamkan ucapan benci
(hate speech) dan menjenayahkan penyertaan dalam organisasi perkauman.
Konvensyen ini juga mengandungi sebuah
mekanisme aduan berindividu, menjadikannya dapat dikuatkuasakan terhadap
anggotanya dengan berkesan. Ini telah menyebabkan pembangunan perundangan
terhad terhadap tafsiran dan pelaksanaan Konvensyen ini.
Konvensyen ini telah diterima pakai dan
dibuka untuk ditandatangani oleh Perhimpunan Agung PBB pada 21 Disember 1965, dan
mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969. [1]
Namun, hingga ke hari ini, Malaysia tidak
mengesahkannya. Malaysia adalah satu daripada 15 buah negara yang tidak
mengesahkannya, termasuk Brunei dan Israel.
Konvensyen ini dipantau oleh Jawatankuasa
Penghapusan Diskriminasi Ras atau Committee
on the Elimination of Racial Discrimination (CERD).
Mengapa ICERD
perlu ditolak?
Melalui Perlembagaan Persekutuan, Islam
diiktiraf sebagai agama rasmi, namun agama lain tetap bebas untuk diamalkan. Pun
begitu, penyebaran agama lain kepada orang Islam adalah dilarang.
Ini adalah kompromi awal atas kehendak
Raja-Raja Melayu yang menjadi tonggak agama Islam, suatu agama yang diamal
secara turun temurun di Malaysia (dulunya Tanah Melayu).
Kaum Melayu juga diberi beberapa
keistimewaan. Ada institusi awam yang menjaga kepentingan Melayu seperti MARA,
MRSM, UITM dan sebagainya. Ada juga peruntukan khas pemilikan tanah tertentu
dibawah skim Tanah Rizab Melayu.
Keunikan yang disebut di atas menjadikan
Malaysia negara yang hampir bebas konflik dan pertumpahan darah (kecuali
tragedi 13 Mei). Rakyat hidup dalam harmoni sedang keistimewaan penduduk asal
iaitu kaum Melayu dihormati.
Soalnya, kenapa perlu kita mengambil acuan
hak asasi Barat, sedangkan acuan kita lebih sejahtera, dan sesuai yang mana
telah termaktub di dalam Artikel 153?
Isu ICERD. Siapa
memulakan dahulu?
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad
ketika berucap di United Nation General Assembly (UNGA) sendiri telah menyebut
di dalam ucapannya bahawa kerajaan Malaysia bersedia untuk meratifikasikan
ICERD di dalam perhimpunan antarabangsa tersebut.
Tindakan kerajaan yang mahu
meratifikasikan ICERD melalui kenyataan Menteri Perpaduan, Waythamoorthi telah
mendapat tentangan dan bantahan yang hebat daripada rakyat, khusus orang Melayu
di negara ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
memberitahu bahawa kerajaan pimpinan beliau mahu meratifikasi ICERD setelah
berunding dengan “semua pihak”. Kenyataan itu tidaklah terlalu berbeza daripada
kenyataan yang dibuatnya di perhimpunan agung PBB September lepas. Katanya,
Malaysia akan meratifikasi semua baki konvensyen PBB, tetapi hanya selepas
diadakan rundingan mengenainya. [2]
Triti PBB lain yang masih tidak
ditandatangani oleh Malaysia adalah Konvenan Hak Sivil dan Politik, Konvenan
Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya, Konvenan Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran
dan Anggota Keluarga Mereka, Konvenan Perlindungan Semua Orang Daripada
Penghilangan Paksa, Konvenan Mengenai Status Pelarian dan Konvenan Mengenai
Penyiksaan dan Layanan serta Hukuman Zalim, Tidak Berperikemanusiaan dan
Menjatuhkan Maruah.
ICERD mendapat perhatian di Dewan rakyat
bulan lepas apabila ia mendapat tentangan dari MP Pembangkang kerana berlaku percanggahan dengan perlembagaan persekutuan jika ia diratifikasikan.
Perhimpunan Bantah
ICERD
UMNO dan PAS seluruh Malaysia akan
teruskan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan
Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) pada 8 Disember ini walaupun Pejabat Perdana
Menteri telah memutuskan bahawa kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD pada 23
Nov 2018 yang lalu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
berkata himpunan bantah ICERD yang dijadualkan berlangsung pada 8 Disember itu
lebih bersifat pandangan politik.
Beliau berkata, kerajaan hari ini masih
bercelaru terhadap keputusan untuk meratifikasi ICERD atau tidak berikutan
terdapat segelintir menteri yang masih mengeluarkan kenyataan tidak selari
dengan pandangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Mengapa ia (perhimpunan) diteruskan?
Kerana kita ada pandangan politik iaitu apabila ada segelintir menteri yang
membuat kenyataan nak tangguh, tunggu dulu (berkaitan ratifikasi ICERD). Ini
menunjukkan kerajaan masih celaru sedangkan kita perlukan penegasan. [3]
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang,
turut memberi jaminan bahawa perhimpunan bantah ICERD akan berjalan lancar
tanpa sebarang perkara tidak diingini atau provokasi.
“Kita beri jaminan dan kita juga akan
bekerjasama dengan pihak polis untuk mengawal peserta perhimpunan supaya ia
berjalan lancar.
“Perkara ini (meratifikasi ICERD) berkait
dengan orang Islam dan Melayu secara khusus tanpa mengira latar belakang
politik termasuk polis itu sendiri. Justeru, kita merasa bertanggungjawab
terhadapnya kecuali orang yang tidak memahami isu ini dan merasakan ia perkara
remeh,” katanya.
Penyertaan UMNO dalam perhimpunan di ibu
negara pada 8 Disember ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada
kerajaan yang tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai
Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi, berkata UMNO tidak berhasrat untuk menarik diri daripada menghadiri
perhimpunan itu walaupun kerajaan membuat sudah membuat keputusan mengenai
ICERD.
“Kita akan ikut rancangan, UMNO akan hadir
perhimpunan 8 Disember ini dan ucapkan terima kasih kepada kerajaan tidak akan
terus meratifikasi ICERD. [4]
Tujuan himpunan ini diteruskan bagi menunjukkan
umat Islam bangkit bersatu untuk mencerminkan solidariti mereka menjaga
kesucian Perlembagaan Persekutuan dengan agama Islam adalah agama rasmi negara
serta mahu mempertahankan perkara-perkara penting membabitkan hak asal dalam
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial (berkaitan) orang
Islam, kaum Melayu dan Bumiputera.
Artikel 153
Perlembagaan Persekutuan
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia
memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan
orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai
Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi
kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam
perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap
sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai
pertahanan legal bagi ketuanan Melayu - kepercayaan orang Melayu bahawa mereka
adalah penduduk asal Malaysia. [5]
Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153
Perlembagaan Malaysia.
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan
dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana
antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan
Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri
mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain
mengikut peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam
Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan
Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah
Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu
untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana
antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang
Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa
perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada
jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan
daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang
seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan
Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh
undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau
perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara
ini, daripada permit dan lesen itu.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi
memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri
mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan
awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau
kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud
itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada
mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi
pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau
kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah
mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah
Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3)
Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa
jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa,
danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain
yang dinikmati olehnya.
(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan
peruntukan Perkara 136.
(6) Jika menurut undang-undang persekutuan
yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa
pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan
fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa
arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah
undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang
dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau
lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan
pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini
boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan
apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru
kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk
memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana
orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris,
pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu
mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam
Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa
permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau
perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban
apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak
negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang
sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu;
(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya
dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang
terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau
(b) memberi kuasa untuk menolak
pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak
pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah
hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan
yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut
perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan
hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan
hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau
(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya
dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa
untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi
mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya
secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau
memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen
mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen
sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu
jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau
pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa
keadaan.
(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam
Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi
pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of
Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh
pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau
institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian
adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu,
maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan
apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban
apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri
mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah
oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan
itu dengan sewajarnya.
(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini
boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan
semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana
antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak
negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti
yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.
(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja
boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan
peruntukan Perkara ini.
Terdapat perbezaan ketara di antara
artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang
masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153
(Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan
Bumiputra Malaysia dipertahankan.
Kontrak Sosial
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada
perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan
penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14 - 18 yang
berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan
Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka
daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk
kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang
mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.
Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan
hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh
ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan
bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu
kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah
merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka.
Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan
Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan
kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.
Kontrak sosial selama ini telah lama
diamalkan oleh para pemimpin terutamanya pemimpin dari parti kompenen Barisan
Nasional. Tidak terdapat syarat-syarat formal mengenai kontrak sosial ini. Di
bawah sedikit petikan mengenai kontrak sosial.
Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada
sebuah “kontrak sosial” (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara
ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah
menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya
sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan
bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada
kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial
biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan
kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang
Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak
keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara
kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan
tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: “Oleh sebab
pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat
kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima
kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan
Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi
komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.”
Perlembagaan secara ketara memberikan
tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan
awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli
industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada
hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP),
akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4%
daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada
bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam
perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli
kereta dan harta tanah diberikan.
Setengah-setengah orang mengatakan bahawa
kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik
sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia
Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun,
orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang
mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.
Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota
untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan
dasar “meritokrasi”. Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh
orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang
ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak
mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan
Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya.
Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai
berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar
terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.
Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka
Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang
kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji
semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara
itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan
tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan
dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang
diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara
beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13
Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun
kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.
Menurut penyokong-penyokong kontrak
sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya
bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan
di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa
Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan
orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah
Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan
orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan
lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong
ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam
undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.
Apabila mengambil alih jawatan presiden
UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama)
menyatakan bahawa “…apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union
(yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak
mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu,
dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka
adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes
yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika
kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang
Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi
banyak masalah pada masa hadapan.” Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagi
mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak
berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus
merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan
hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu.”
Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen
yang sering dimainkan oleh parti-parti politik sejak kebelakangan ini. Semangan
muhibah dikalangan pemimpin-pemimpin awal negara seakan-akan dipermainkan oleh
anak cucu mereka yang menjadi pemimpin parti-parti politik pada hari ini.
Persoalannya ketika isu kontrak sosial dimainkan oleh pemimpin bukan melayu…di
mana pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari pembangkang tampil mempertahankan
kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina??
Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu juga adalah sama kecuali penekanan yang lebih diberikan kepada orang Melayu) yang belum terbukti lagi menjamin masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan untuk ‘survive’ di masa hadapan sedangkan kita telah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kita kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu.
Diharap anak-anak muda faham akan kenapa walaupun negara kita sudah 60 tahun merdeka konsep ini masih digunapakai. Konsep ini bukan lah sesuatu yang baru dan sejarah membukti bahawa terpisahnya Malaysia dengan Singapura adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin parti induk DAP iaitu PAP yang memainkan isu ketuanan Melayu ini.
Adakah anda lebih gemar konsep Ketuanan Melayu ini digugurkan dan digantikan dengan konsep Malaysian Malaysia atau konsep Ketuanan Rakyat??? Bukankah pemimpin parti seperti PKR, Amanah dan Bersatu ini merupakan anak-anak yang membesar hasil dari konsep Ketuanan Melayu ini. Cuba fikirkan di mana pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsep Ketuanan Melayu dihapuskan dahulu?? Adakah mereka akan begelar pemimpin???
Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu juga adalah sama kecuali penekanan yang lebih diberikan kepada orang Melayu) yang belum terbukti lagi menjamin masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan untuk ‘survive’ di masa hadapan sedangkan kita telah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kita kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu.
Diharap anak-anak muda faham akan kenapa walaupun negara kita sudah 60 tahun merdeka konsep ini masih digunapakai. Konsep ini bukan lah sesuatu yang baru dan sejarah membukti bahawa terpisahnya Malaysia dengan Singapura adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin parti induk DAP iaitu PAP yang memainkan isu ketuanan Melayu ini.
Adakah anda lebih gemar konsep Ketuanan Melayu ini digugurkan dan digantikan dengan konsep Malaysian Malaysia atau konsep Ketuanan Rakyat??? Bukankah pemimpin parti seperti PKR, Amanah dan Bersatu ini merupakan anak-anak yang membesar hasil dari konsep Ketuanan Melayu ini. Cuba fikirkan di mana pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsep Ketuanan Melayu dihapuskan dahulu?? Adakah mereka akan begelar pemimpin???
Selasa, 9 Oktober 2018
MUJAHID MARAH DIKRITIK NETIZEN
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof
Rawa kecewa dengan sikap agamawan tertentu yang mengkritiknya secara melulu
tanpa menunggu penjelasannya terlebih dahulu.
Ia susulan laporan The Star yang memetiknya sebagai berkata,
pihak berkuasa agama tidak akan lagi mengetuk dan memecahkan pintu pada waktu
malam untuk menyiasat dan menjalankan operasi khalwat serta aktiviti maksiat
lain.
Mujahid berkata, golongan agamawan itu sepatutnya meminta
atau menunggu penjelasannya terlebih dahulu sebelum memberi pandangan berhubung
perkara itu jika mereka menghormatinya.
“Ada sesetengah orang tidak tengok transkrip penuh (yang
dimuat naik di Facebook Mujahid), hanya ambil tajuk lalu maki hamun dan cerca.
“Macamlah menteri agama ini bodoh sangat, macamlah menteri
agama ini tak ada agama dalam diri dia.
“Kalau yang cakap itu orang di media sosial saya tidak kisah
kerana bukan peringkat kita nak bincang dengan mereka, tetapi ada yang bercakap
ini agamawan, mereka yang dihormati masyarakat.
“Paling tidak, ambillah sikap meminta penjelasan daripada
menteri dulu apa sebenarnya yang dikata, jika kita hormat pada dia.
Namun dalam hantaran di facebook, ada netizen
bertanya semula kepada menteri ini berkaitan dengan komen beliau terhadap
pendakwah bebas Dr Zakir Naik pada September yang lalu. Semasa Mujahid
mengkritik Dr Zakir Naik, adakah beliau juga telah meminta penjelasan terlebih
dahulu?
Sabtu, 14 Julai 2018
Pakatan Malaysia Baru - Kecuaian Yang Tidak Boleh Dimaafkan
Takpe... makan daging babi jer pun, bukan kafir.. Itu antara pemakan dengan Allah.
Presidennya, Datuk Dr Clinton Chai berkata, pihaknya
mengakui isu berkenaan terjadi disebabkan kecuaian dan kesalahan pihak beliau
sendiri, namun bukanlah sesuatu yang disengajakan.
"Saya ingin mohon maaf kepada wartawan muslim dan Hindu
yang terlibat, perkara perkara ini merupakan satu kecuaian dan kesalahan dari
pihak kami.
"Memang sejujurnya kami tidak meminta perkara ini
berlaku dan ini juga menjadi satu pengajaran bagi pihak kami, selepas ini untuk
lebih prihatin," katanya ketika sidang media di Pusat Perdagangan
Antarabangsa Melaka (MITC), tadi.
Setiausaha APDAM, Chai Siong Siew berkata, kecuaian itu
timbul apabila pihaknya hanya menerima maklum balas dari tiga agensi berbahasa
Cina mengenai kehadiran pada majlis anugerah itu.
"Kami minta maaf, kerana kami hanya menerima jawapan
kehadiran daripada tiga agensi sahaja, dan tidak menyangkakan ada wakil media
yang beragama Islam dan Hindu," katanya.
Hadir sama, Yang Dipertua Kelab Mediamassa Melaka (KEMM),
Samat Majid dan Presiden Persatuan Wartawan Melaka (MJA) Chong Kion Sin.
Semalam, Sinar Harian menyiarkan mengenai rasa terkilan dan
kecewa yang diluahkan oleh pengamal media beragama Islam dan Hindu mengenai
hidangan babi oleh pihak penganjur ketika Majlis Makan Malam Anugerah
Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong pada Rabu lalu.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/penganjur-akui-cuai-salah-hidang-daging-babi-1.855971
Sabtu, 9 Jun 2018
SERONOK KAN KENA KENCING...
Zaman Najib: Petrol Ron95 RM2.20 - ia sangat memBEBANkan rakyat
Zaman Madey (PH): Petrol Ron95 RM2.20 - dikekalkan supaya rakyat tidak terBEBAN
Jumaat, 13 April 2018
REFOMASI 1998 - SATU PERJUANGAN YANG SIA-SIA
Kemuncak zaman refomasi - sekitar tahun 1998
Pergerakan
Reformasi di Malaysia dilaksanakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para
penyokongnya sebaik sahaja beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri
Malaysia pada tahun 1998. Gerakan ini terdiri daripada beberapa acara tunjuk
perasaan dan perbarisan besar-besaran untuk menentang kerajaan campuran Barisan
Nasional yang lama memerintah, yang berterusan sehingga Anwar ditahan lalu
dipenjarakan pada tahun 1998, lalu pudarnya pergerakannya. Sasaran kempen
reformasi ialah Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang
dipandang sebagai pemimpin yang korup dan sudah terlalu lama memegang
jawatannya.
Label:
anwar ibrahim,
liwat,
mahafiraun,
mat sabu,
refomasi
Selasa, 10 April 2018
KEMBALILAH KALAU MASIH ADA LAGI JIWA ISLAM
TUMPAT: Parti Amanah Negara (PAN) mulai hilang fokus perjuangan selepas parti itu menyertai gabungan Pakatan Harapan yang didominasi DAP.
Bekas Penasihat Syariah PAN Kelantan, Ustaz Zulkarnain Haron berkata, beliau mendedahkan kebimbangan itu sejak awal lagi ketika menyampaikan kuliah agama di Wisma Tok Guru di Dun Salor.
Katanya, ketika peringkat awal parti itu diwujud mesej perjuangan agak jelas.
Bagaimanapun, katanya masa PAN hendak bersama Pakatan Harapan, beliau mulai bimbang kerana perjuangan Islam tidak tahu ke mana-mana.
“Oleh itu saya menyeru rakan-rakan yang masih ada jiwa Islam dalam parti itu hendaklah kembali ke perjuangan asal.
“Kita sayang kepada Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub. Kalau mereka masih ada jiwa Islam kembalikan, melainkan jiwa Islam sudah tidak ada lagi,” katanya pada ceramah ‘Hanya PAS Penyelamat Ummah dan Negara’ di Kompleks Pok Din Tar Bendang Luas, malam tadi.
Ceramah pertama sempena pembubaran parlimen itu dihadirian ribuan penduduk tempatan sehingga memenuhi ruang kawasan lapang di Kompleks Pok Din Tar.
Malah orang ramai melimpah ke jalan raya. Hadir sama Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Che Abdullah Mat, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik; Ketua Urusan Ulama PAS Bachok, Ustaz Zamri Zahari
Selain itu Timbalan Ketua Cabang PKR Gua Musang, Syed Azhar Syed Alwi, Bekas Penyelia Dun Nenggiri (bekas PKR), mantan Naib Ketua PPBM Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min dan bekas Puteri Umno Klang, Wan Asshima Kamaruddin.
Ustaz Zulkarnain yang lebih dikenali panggilan Baba Zul berkata, biar pun beliau bersama PAN seketika namun jiwanya lagi bersama dengan PAS.
Beliau menyertai semula PAS pada pada akhir Mac lepas. – HARAKAHDAILY 8/4/2018
Bekas Penasihat Syariah PAN Kelantan, Ustaz Zulkarnain Haron berkata, beliau mendedahkan kebimbangan itu sejak awal lagi ketika menyampaikan kuliah agama di Wisma Tok Guru di Dun Salor.
Katanya, ketika peringkat awal parti itu diwujud mesej perjuangan agak jelas.
Bagaimanapun, katanya masa PAN hendak bersama Pakatan Harapan, beliau mulai bimbang kerana perjuangan Islam tidak tahu ke mana-mana.
“Oleh itu saya menyeru rakan-rakan yang masih ada jiwa Islam dalam parti itu hendaklah kembali ke perjuangan asal.
“Kita sayang kepada Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub. Kalau mereka masih ada jiwa Islam kembalikan, melainkan jiwa Islam sudah tidak ada lagi,” katanya pada ceramah ‘Hanya PAS Penyelamat Ummah dan Negara’ di Kompleks Pok Din Tar Bendang Luas, malam tadi.
Ceramah pertama sempena pembubaran parlimen itu dihadirian ribuan penduduk tempatan sehingga memenuhi ruang kawasan lapang di Kompleks Pok Din Tar.
Malah orang ramai melimpah ke jalan raya. Hadir sama Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Che Abdullah Mat, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik; Ketua Urusan Ulama PAS Bachok, Ustaz Zamri Zahari
Selain itu Timbalan Ketua Cabang PKR Gua Musang, Syed Azhar Syed Alwi, Bekas Penyelia Dun Nenggiri (bekas PKR), mantan Naib Ketua PPBM Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min dan bekas Puteri Umno Klang, Wan Asshima Kamaruddin.
Ustaz Zulkarnain yang lebih dikenali panggilan Baba Zul berkata, biar pun beliau bersama PAN seketika namun jiwanya lagi bersama dengan PAS.
Beliau menyertai semula PAS pada pada akhir Mac lepas. – HARAKAHDAILY 8/4/2018
Ahad, 8 April 2018
PANDANGAN TMJ DALAM SENARIO POLITIK SEMASA
Sumber dari fb JOHOR Southern Tigers
Assalamualaikum W.B.T. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pandangan dan pesanan saya kepada rakyat Johor yang saya kasihi sekalian. Saya memberi nasihat dan berkongsi pendapat saya bukan sebagai ahli politik yang perlukan undian, tetapi ia datang dari hati saya sebagai seorang anak Raja yang berkhidmat kepada rakyatnya. Taat setia saya adalah kepada Sultan saya, negeri Johor dan rakyat saya. DYMM Sultan Johor dan saya saling berkongsi pandangan dan inisiatif apa yang terbaik buat masa hadapan negeri Johor. Bukan sahaja dalam segi pentadbiran kerajaan tetapi untuk memperbaikinya dan menjadi kuasa ekonomi dalam negara, menangani mentaliti ektrimis, menaiktaraf sistem pendidikan dan sistem kesihatan.
Dengan senario politik yang berlaku sekarang dalam negara, tidak kiralah parti yang memerintah atau parti pembangkang, rakyat perlu pandai menilai apa yang terbaik untuk negeri kita dan negara. Dalam situasi politik, rakyat hanya dengar apa yang disampaikan oleh ahli politik di dalam ucapan mereka atau di media sosial. Tetapi yang tahu situasi sebenar adalah DYMM Sultan Johor dan saya sendiri. Apa sahaja rahsia sulit dan agenda mereka kami tahu. Semua maklum bahawa ahli politik ini apabila inginkan sesuatu, mereka akan menabur janji-janji manis. Saya bukan ahli politik tetapi saya juga ada agenda saya sendiri dan agenda saya adalah untuk kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor.
Semua maklum bahawa UMNO dilahirkan di negeri Johor, di dalam istana negeri Johor. Saya tahu buat masa ini rakyat semua berkecil hati terhadap kepimpinan negara dan saya faham. Bagi pandangan saya, UMNO perlu lebih aset daripada liabiliti. Ia bermakna UMNO perlu bertukar cara pentadbiran dan pemikiran serta polisi terutama sekali sistem hirarki. Kita perlu lebih aset iaitu orang-orang muda yang ingin berkhidmat kepada negara dan berkongsi pengetahuan mereka yang berpotensi.
Saya juga tidak akan lupa siapa yang merosakkan UMNO, yang menjadi peneraju dan melahirkan kroni-kroni, melahirkan korupsi, melahirkan proksi dan juga siapa yang cuba menarik kuasa-kuasa Diraja termasuklah cuba untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang kami semua sayangi. Kedaulatan negeri Johor jangan dipersoalkan. Kami telah wujud dari tahun 1885 sehingga kerajaan persekutuan juga belajar protokol, pentadbiran dan perlembagaan daripada kami. Kami adalah negeri pertama yang mempunyai perlembagaan sendiri dan ia menjadi contoh kepada negara. Kadangkala kita tidak boleh menyalahkan sesebuah organisasi atau parti oleh kerana hanya seorang yang bermasalah.
Saya tidak lupa pada tahun 1992 ketika saya kecil dahulu dan nakal di sekolah, cikgu akan bercakap kepada saya, “Awak jangan main-main, awak tu kerabat diraja. Jika saya mengadu kepada Mahathir, habis awak.” Begitu juga dengan kisah Prebet Adam dimana Almarhum Sultan Iskandar iaitu datuk saya yang tidak ada peluang untuk mempertegakkan diri kerana ketika zaman itu tiada kemudahan internet, semua media dikawal oleh kerajaan.
Media mengeluarkan kenyataan kononnya prebet Adam mengamuk apabila mendapat tahu adik beliau dibunuh oleh Sultan Johor ketika itu. Sedangkan Prebet Adam tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang meninggal dunia ketika berumur 2 tahun dalam tragedi rumah terbakar. Saya juga ada berjumpa dengan seorang individu berasal dari Kedah pada tahun lepas. Beliau yang bercerita kepada saya yang beliau berjumpa dengan Prebet Adam dan Prebet Adam menceritakan bagaimana dia dipaksa sepanjang 10 hari di dalam bilik sel yang gelap oleh anggota polis untuk mengaku yang Sultan Johor membunuh adiknya. Inilah yang sanggup dilakukan oleh kepimpinan tertinggi kerajaan ketika itu demi mendapatkan kuasa sepenuhya di dalam negara.
Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang. Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan tiga orang anak yang ‘billionaire’. Nasihat saya kepada rakyat Johor, jikalau kita tidak suka sesuatu dengan kerajaan, laungkan suara kita untuk pastikan mereka tahu apa yang kita inginkan. Anda semua mempunyai DYMM Sultan Johor dan saya di mana kami boleh sampaikan suara rakyat kepada kerajaan yang memerintah dan kepimpinan tertinggi dalam negara. Jangan sesekali anda sangka yang kami tiada inisiatif untuk memperbaiki sistem yang berada didalam kerajaan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Jikalau anda mahu berperang atau mahukan pertembungan antara kerajaan negeri Johor dan kerajaan persekutuan ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah. Jikalau kami mampu melahirkan ramai lagi anak muda yang ada potensi, sanggup berkhidmat kepada negara dan kami boleh pastikan yang dia mampu mewakili kerajaan, kita boleh mengubah segala-galanya daripada dalam.
DYMM Sultan Johor dan saya mempunyai agenda dan perancangan tersendiri. Agenda utama kami adalah untuk negeri Johor tetapi apa cara untuk kami sampai ke Putrajaya, kami tidak boleh kongsikan kepada anda semua. Ia adalah sulit dan rahsia. Saya bukan ingin menyokong mana-mana parti politik tetapi untuk mengubah nasib negara dan memperbaiki sistem, bukan untuk menjatuhkan kerajaan. Kita perlu mengubahnya daripada dalam.
Jadi, saya dan negara-negara jiran kami berpandangan, jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baharu. Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi. Cukup ini sahajalah yang dapat saya kongsikan bersama rakyat. Tetapi rakyat Johor perlu percaya kepada visi DYMM Sultan Johor dan saya sendiri. Tidak perlu banyak perkara untuk dijadikan contoh. Cukup satu perkara kecil sahaja yang boleh saya beritahu anda semua untuk dijadikan sebagai contoh.
Apa yang anda lihat dengan apa yang saya lakukan dalam pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah sama apa yang kami akan lakukan di pentadbiran peringkat tertinggi. Bola sepak hanyalah minat saya. Pada 30hb Jun 2016, saya ada mengeluarkan satu kenyataan dalam laman rasmi JOHOR Southern Tigers yang mengatakan kami akan memusnahkan apa yang anda bina dan kami akan bina yang lebih baik. Ia adalah satu pembayang apa yang ingin saya lakukan kepada sistem pentadbiran FAM ketika itu. Saya tidak kongsikan perkara ini kepada ramai pihak tetapi hari ini saya akan kongsikan kepada semua. Misi saya ketika menyertai FAM adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan struktur sedia ada. Ia juga untuk menukar struktur perlembagaan dalam FAM bagi memastikan kuasa Presiden FAM dan Persatuan Bolasepak adalah terhad. Mereka hanya menjaga Jawatankuasa Tatatertib, pengadil dan pasukan kebangsaan. FAM juga tidak lagi memberi arahan dan terlibat dengan apa yang berlaku kepada pasukan, kelab, kewangan dan pentadbiran liga. Apa yang saya lakukan adalah saya mengubah perlembagaan di mana kami melabur kepada FAM, melabur kepada semua pasukan dan kami menjaga kepentingan Malaysian Football League (MFL). Ini adalah sebab mengapa saya keluar daripada FAM kerana kuasa tiada kepada Persatuan Bolasepak sama seperti di negara-negara luar. Kuasa berada pada badan berkecuali yang menguruskan liga seperti LaLiga (Sepanyol), Seria A (Itali), English Premier League (England), Bundesliga (Jerman) dan sekarang di Malaysia adalah MFL. Tetapi jangan salah tafsir dengan menganggap Presiden FAM sebagai proksi. Beliau bukan proksi tetapi adalah individu yang layak dan boleh bekerjasama dengan MFL. Ini diibaratkan seperti latihan saya sebelum agenda saya yang lebih besar di peringkat tertinggi melibatkan pentadbiran sistem negeri dan kerajaan.
Tuan-tuan dan puan-puan, saya datang dari keluarga dan hidup di dunia yang anda tidak boleh lihat dan dunia itu dikawal rapi. Anda lihat bagaimana pergerakan sesuatu rejim dan organisasi sulit mengawal dunia. Kami juga mempunyai sistem yang sama tetapi kami organisasi yang berbeza. Jika anda lihat bagaimana organisasi sulit mengawal negara-negara besar daripada sebuah tanah kecil di Timur Tengah dan inilah yang kami lakukan disini untuk mengawal takdir sesebuah negara. Ia telah dilakukan sejak zaman nenek moyang saya dan kami akan meneruskannya untuk rakyat bagi ‘restore the order’ apabila ia terkeluar daripada ‘order’ tersebut. Itulah tanggungjawab kami dan ia akan sentiasa menjadi tugas kami.
Sekarang ini, di dalam negara situasi politik agak berkucar kacir. Tetapi ia tidak semestinya adalah pengakhiran dunia (kiamat). Inilah masanya untuk ‘restore the order’ dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu yang berumur 93 tahun ingin menjadi Perdana Menteri sekarang ini. Jangan tertipu, buka mata anda, gunakan akal fikiran dan ikut bayangan yang akan saya berikan kerana saya tahu apa yang anda tidak tahu. Anda perlu percaya kepada saya kerana saya tahu apa yang ingin saya lakukan. Inilah masanya untuk bumi selatan mengawal sesetengah situasi dan memulihkan semula ‘order’ yang telah dirosakkan oleh individu yang tamakkan kuasa dan duit. Jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan apa yang anda dengar semalam di Pasir Gudang. Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan negeri Johor yang telah wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia.
Ingatlah wahai rakyat Johor yang saya kasihi sekalian. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Selagi rakyat Johor bersatu bersama-sama dengan kepimpinan DYMM Sultan Johor termasuk saya, pelbagai perkara yang kita mahukan boleh dicapai untuk masa hadapan anak cucu cicit kita. Jangan kita berpecah belah dan mudah dipermainkan dengan anasir-anasir luar yang mahu menghancurkan kedaulatan negeri ini. Lihatlah apa yang telah saya lakukan terhadap bola sepak. Bola sepak ini hanyalah latihan. Ia ibarat saya ke ‘driving range’ sebelum pertandingan golf sebenar.
Jangan tukar kapal jika enjin masih berfungsi dengan baik. Jangan menukar nakhoda kapal tetapi benarkan sultan saya dan saya membimbing nakhoda tersebut demi anda.
Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu diubah dan apa yang perlu dipertingkatkan untuk negeri dan negara yang tercinta.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Langgan:
Catatan (Atom)

















