Memaparkan catatan dengan label mat sabu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mat sabu. Papar semua catatan

Jumaat, 13 April 2018

REFOMASI 1998 - SATU PERJUANGAN YANG SIA-SIA

Kemuncak zaman refomasi - sekitar tahun 1998




Pergerakan Reformasi di Malaysia dilaksanakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya sebaik sahaja beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998. Gerakan ini terdiri daripada beberapa acara tunjuk perasaan dan perbarisan besar-besaran untuk menentang kerajaan campuran Barisan Nasional yang lama memerintah, yang berterusan sehingga Anwar ditahan lalu dipenjarakan pada tahun 1998, lalu pudarnya pergerakannya. Sasaran kempen reformasi ialah Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipandang sebagai pemimpin yang korup dan sudah terlalu lama memegang jawatannya.


Isnin, 11 Jun 2012

PESARA POLIS LUPA NAK 'GOOGLE' KAT MANA LETAKNYA BUKIT KEPONG

PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.

Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.

Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.

Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.

Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.

Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.

S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.

S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.

S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.

S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
J : Ya, setuju.

S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.

S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.

Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.

Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu).

Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan  beliau dan meminta maaf sekali lagi.

Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.

Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.

Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis.

Isnin, 29 Ogos 2011

LAWAN BRITISH PENGGANAS WALAUPUN KITA SENDIRI PERNAH DIJAJAH BRITISH

Ini adalah batu peringatan di mana Dato' Maharajalela, orang Besar negeri Perak yang mengarahkan pembunuhan JWW Birch, Resident British yang pernah menjajah negari Perak. Klik gambar utk besarkan.

Mengikut sejarah, Birch telah dibunuh, pada 2 Nov 1875 oleh si Puntum seorang orang asli dan beberapa pahlawan Melayu di Pasir Salak.

Satu kenyataan sejarah yang dibiarkan berlalu begitu sahaja.Tetapi bagi saya, ia menimbulkan satu pertanyaan : Kenapa si Puntum? Penjajahan British tiada kena mengena dengan kehidupan seharian Orang Asli di hutan! Bukankah ramai lagi pahlawan Melayu ketika itu? Mana mungkin Si Puntum lebih berani ke hadapan daripada mana-mana pahlawan Melayu ketika itu.

Mungkinkah kerana terlalu takut kepada penjajah , atau ada komplot tertentu untuk melepaskan tengkuk masing-masing, maka si Puntum dijadikan kambing Hitam. Agak menyedihkan, Si Puntum hingga kini tidak pernah diselidikki susur galur keturunannya. Jauh sekali untuk mengangkatnya sebagai ‘hero’ kerana membunuh Birch.

Si Puntum didapati bersalah sama seperti mana dua orang PTK yang didapati bersalah membunuh Altantuya.Mereka membunuh tanpa motif tertentu.Cumanya dalam kes Altantuya, orang yang mengarahkan pembunuhan itu terlepas...buat masa ini.

Sejarah pembunuhan Birch merakamkan betapa majoriti daripada orang-orang Melayu Perak sekadar berdiam diri sahaja. Segolongan daripada Raja-Raja Melayu Perak dan para pengikut mereka menyokong British dan menentang Sultan Abdullah dan Datuk Seri Maharaja Lela dan para pembesar yang bangun menentang British.Kalau benar si Puntum yang membunuh Birch, kenapa nama Maharajalela naik dijulang?

Walaupun ramai orang Melayu hari ini mengangkat nama Dato’ Maharajalela sebagai pejuang bangsa, namun mereka tidak pernah berani mencerca penjajah yang menggantungnya hingga mati. Malah orang Melayu Perak tidak pernah berani mencerca penjajah yang telah membuang negeri Sultan mereka ketika itu, Sultan Abdullah ke Seychelles.

Rupa-rupanya, selepas lebih 50 tahun merdeka ini, masih ramai lagi orang Melayu beperangai macam itu, gemar menjilat penjajah dan mereka amat benci kepada orang macam Mat Sabu!

Mat Sabu hanya menyingkap sejarah perjuangan bangsa yang berlainan dari apa yang Umno putar belitkan. Dia hanya cakap seperti dalam video ini : alhusseyn51