Memaparkan catatan dengan label PH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PH. Papar semua catatan

Selasa, 25 Februari 2020

KEMELUT PH - SAH KERAJAAN SETENGAH SEPENGGAL






Bila Tun M dah berundur dan lepaskan jawatan - Tiba-tiba salahkan Umno dan Pas.

Stim hisap GAM ker apa puak-puak PH nie?

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata polis akan terus memantau dan bersiap sedia, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di sekitar ibu negara terus terjamin, susulan senario politik semasa dan peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Orang ramai dinasihati supaya menghormati undang-undang dan proses demokrasi di negara ini.

"Pihak polis juga mengharapkan kerjasama yang berterusan dari penyokong parti-parti politik dan orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi, mencetuskan provokasi serta menyebarkan berita atau maklumat tidak benar terutamanya berkaitan sensitiviti perkauman mahu pun agama yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta kehormanian masyarakat," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Tegasnya, pihaknya tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap mana-mana pihak yang didapati cuba mengganggu ketenteraman awam.

Dr Mahathir pada Isnin meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa Dr Mahathir telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu. 

-- BERNAMA


Isnin, 18 November 2019

MESEJ DARI TG PIAI


Mesej dari Tg Piai: Rakyat sudah muak dengan janji palsu dan fitnah PH

Ahad, 17 November 2019

MUAFAKAT NASIONAL - P165 TG PIAI HANYALAH SATU PERMULAAN

16 Nov 2019 - CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi, hari ini.

Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai itu memperoleh 25,466 undi daripada 128 saluran undi sehingga penjumlahan tamat, malam ini.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Tanjung Piai Zulkifly Mohd Tahir di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Pontian, 9.15 malam ini.

Sekaligus keputusan ini memberi isyarat yang sangat jelas, agar kerajaan PH jangan terlalu selesa dan angkuh dengan rakyat sehingga mengetepikan masalah rakyat bawahan. Janji manifesto akhirnya memakan diri mereka sendiri.

Rakyat dahagakan pembaharuan serta perubahan seperti yang dijanjikan oleh PH dan bukannya momokkan dan sering menyalahkan kerajaan terdahulu.

Kerajaan terdahulu telahpun ditumbangkan oleh rakyat pada PRU14 yang lalu, maka kerajaan sekarang perlu move on. Sampai bila rakyat perlu menerima bebanan? Adakah kerajaan sekarang mahu tersungkur pada PRU15 akan datang? Hanya pemimpin PH yang mampu menjawabnya...


Khamis, 7 Mac 2019

MALAYSIA BARU - PH CIPTA SEJARAH JADIKAN RAKYAT GELANDANGAN




Sebahagian penduduk Taman Manggis tidur di depan Komtar

Pergerakan Reformasi di Malaysia dilaksanakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya sebaik sahaja beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998. Gerakan ini terdiri daripada beberapa acara tunjuk perasaan secara besar-besaran untuk menentang kerajaan campuran Barisan Nasional yang lama memerintah, yang berterusan sehingga Anwar ditahan lalu dipenjarakan pada tahun 1998. Sasaran kempen reformasi ialah Perdana Menteri ke-4 ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipandang sebagai pemimpin yang “korup”, “mahazalim”, “mahafiraun” dan pelbagai gelaran “maha” lagi, yang sudah terlalu lama memegang jawatannya.



Semasa zaman refomasi, PKR sering melaung-laungkan akan mengembalikan hak rakyat secara adil dan saksama, melakukan usaha membela golongan tertindas, melawan rasuah dan penyelewengan di samping pemisahan cabang eksekutif, legislatif serta kehakiman bagi memastikan proses semak imbang diamalkan.

Kini zaman sudah berubah. Lafaz perkataan “mahazalim” dan “mahafiraun” sudah tidak lagi kedengaran malahan beliau diangkat semula sebagai PM ke-7 selepas memenangi PRU14 setelah terbentuknya Pakatan Harapan (PH).

Melihat senario yang berlaku ketika ini, terutamanya kes penghuni PPRT Tmn Manggis di Pulau Pinang yang dihalau dari kediaman mereka, tiada satu pun alternatif dari pihak kerajaan negeri untuk berunding atau sekurang-kurangnya menghantar wakil mereka. Tapi bila nak PRU pandai pulak hantar wakil untuk rayu undi? Tolonglah jangan jadi hipokrit seperti kerajaan terdahulu. Mana laungan yang dahulunya hendak membela rakyat?


Masih ingatkah kalian, perjuangan selama 20 tahun penubuhan PKR dahulu. Rakyat sudah tahu mesej reformasi PKR, namun kini seluruh negara menanti apakah pengisian sebenar kepada agenda besar reformasi PKR dalam kerajaan PH?

Bagaimana pula dengan hak keadilan kepada semua kaum boleh diwujudkan dalam suasana negara yang memiliki kepelbagaian kaum, agama, adat dan budaya. Mampukah semua ini dijayakan hanya dengan laungan reformasi tanpa perlu ada satu dasar jelas yang mendukung di belakangnya.
Belum lagi soal kemiskinan, pengangguran, kos sara hidup, bantuan usahawan, peluang pekerjaan, ekonomi rakyat, nasib petani, nelayan dan penoreh getah.

Tolonglah rakyat wahai pemimpin PH yang selama ini kamu laungkan refomasi berulang kali untuk membela rakyat. Tunjukkan dan terjemahkanlah kata-kata kamu dengan bukti yang nyata? 

Isnin, 4 Mac 2019

APAKAH NASIB MUJAHID PRU15?

Rentetan kekalahan calon PH di DUN Semenyih, Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa berkata, "PH perlu segera membuat rumusan kekalahan dengan melihat lebih dalam segala kelemahan yang ada dan saya yakin dapatan yang diperolehi akan membantu proses pemulihan PH bagi bertempur di Rantau nanti”. PH perlu bermuhasabah di atas kekalahannya pada PRK Semenyih dalam menghadapi satu lagi pilihan raya kecil yang akan diadakan untuk kerusi DUN Rantau di negeri Sembilan.


Penganalisis melihat perkembangan politik ketika ini, strategi gabungan kekuatan BN-PAS nampaknya lebih menjadi, berbanding percaturan yang dilakukan oleh PH. Kekalahan PH di Semenyih memberi isyarat awal tentang penolakan rakyat terhadap parti gabungan PPBM, PKR, DAP dan Amanah.


Perkara yang perlu dirisaukan oleh kerajaan PH sekarang ini ialah pasukan pembangkang sudah mula kuat dan mereka tidak lagi lemah. Pembangkang nampaknya sedikit demi sedikit berjaya menyusun gerak kerja yang lebih mantap dan berkesan.


Melihat perkembangan di atas, dapat kita simpulkan bahawa penolakkan rakyat terhadap PH kerana kerajaan PH gagal menunaikan janji-janji manifesto mereka yang lalu. Pengundi berhak “menghukum” kerajaan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang jika nasib rakyat terus dipinggirkan.


Apakah pemimpin PH bersedia untuk diturunkan takhta pada PRU15 akan datang yang sekaligus menjadikan mereka KERAJAAN sepenggal? 




(PH) 16,753 Undi

(BN)+(PAS) 13,655 Undi + 12,312 Undi = 25,967 Undi

Sabtu, 9 Jun 2018

SERONOK KAN KENA KENCING...


Zaman Najib: Petrol Ron95 RM2.20 - ia sangat memBEBANkan rakyat

Zaman Madey (PH): Petrol Ron95 RM2.20 - dikekalkan supaya rakyat tidak terBEBAN 

Rabu, 25 Mei 2016

MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU

Keputusan PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor pada 18 Jun 2016 nanti adalah satu keputusan yang sangat mengusarkan DAP, Mahathir dan BN.

Tidak hairanlah jika Lim Kit Siang cuba sedaya upaya melobi PKR dan AMANAH untuk bertanding dikerusi berkenaan sebagai proksi DAP walaupun umum mengetahui bahawa kerusi berkenaan sebelum ini ditandingi PAS sama ada ketika bersama Pakatan atau pun tidak.

Dendam Kit Siang kepada PAS ternyata masih kuat. Dia tahu, agak sukar untuk DAP bertanding dikedua-dua kerusi berkenaan, tetapi masih mendesak supaya ada wakil dari Pakatan Harapan untuk menghalang PAS.

Bagi DAP, kalau wakil mereka itu kalah pun tak apa, yang penting dapat memecahkan undi PAS dan PAS juga kalah.

Biar BN menang, DAP cuci tangan sekali gus menunjukan kepada rakyat bahawa PAS parti lemah. Walhal mereka sedar yang secara hakikinya, PAS boleh menang jika pertandingan satu lawan satu antara PAS dan BN.

Cukuplah pilihanraya di Sarawak menunjukkan bagaimana pertembungan antara calon DAP dan PKR yang begitu mudah ditewaskan oleh BN. Begitu juga percubaan nakal AMANAH yang cuba bertanding di kerusi PAS hingga menyebabkan BN kekal menang.

Pembangkang masih tidak mahu belajar dari PRN Sarawak yang lalu...

Walaupun di kebanyakan kerusi AMANAH hilang wang deposit, tapi mereka “bangga” kerana berjaya melaksanakan amanah DAP untuk memecahkan undi PAS.

Sesuatu yang rakyat kena faham pada hari ini, Pakatan Harapan sendiri masih gagal untuk bersepakat sebagai mana pilihan raya Sarawak. DAP ternyata begitu sombong dan memandang kecil kepada PKR, dan mereka sedikit pun enggan memberikan ruang kepada PKR untuk bertanding satu lawan satu dengan BN.

Jika dengan rakan Pakatan Harapan sendiri DAP tergamak menikam dari belakang, inikan pula kepada PAS yang kini menjadi musuh ketatnya. PKR kena sedar perkara ini kerana ia bukan kali pertama berlaku.

Pendirian PAS ini juga turut mengusarkan Mahathir yang cuba mengheret nama “rakyat” bagi menghalang PAS bertanding.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut memfitnah Presiden PAS yang dikatakan mengiktiraf Najib melalui prinsip Cash is King. PAS juga dikatakan sebagai majoriti kecil walaupun boleh menang di kedua-dua kerusi ini.

Mahathir sedaya upaya mahu rakyat menolak PAS yang sudah cukup bersedia bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan dengan melaung-laungkan supaya wakil “rakyat” yang bertanding untuk melawan wakil Najib.

Persoalannya, siapakah wakil “rakyat” itu. Jika dikatakan dari Pakatan Harapan memang sangat jauh sekali tersasar kerana Mahathir jelas masih mahu bersama BN tetapi bukan bersama Najib.

Maknanya Mahathir masih lagi mengharapkan pemimpin BN sendiri bertanding secara bebas melawan BN dan menolak calon Pakatan Harapan.

Hingga ke hari ini Mahathir hanya memperkudakan Pakatan Harapan dengan gula-gula politiknya iaitu “Deklarasi Rakyat” tapi masih enggan bersama blok Pakatan untuk menumbangkan BN secara total.

Misinya sudah diperjelaskan iaitu, mempertahankan BN dan menolak Najib, bukan mengangkat Pakatan Harapan atau mana-mana blok pembangkang bagi mengalahkan BN.

Ini politik apa sebenarnya?

Menggunakan parti musuh ketatnya untuk “membunuh” Najib seorang dengan harapan dia boleh kembali bertaut bersama BN selepas itu. Dan yang pasti, seandainya beliau berjaya turunkan Najib dan kembali bersama BN, Mahathir akan kembali menghentam blok-blok pembangkang seperti sebelum ini.

Hikayat Mahathir keluar masuk Umno-BN bukan baru. Zaman Tunku Abdul Rahman, Zaman Pak Lah dan kini zaman Najib.

Jiwanya tetap bersama BN kerana legasinya di situ. Parti-parti pembangkang hanya menjadi badut sarkis untuk memudahkan laluannya kembali kepada BN.

Mahathir pula tidak mempunyai kepentingan dalam PAS, jauh sekali untuk mengalas amanah untuk berkempen bagi pihak Pakatan Harapan.

Lihat sahaja apa yang beliau lakukan semasa pilihan raya Sarawak. Beliau duduk dari jauh mengutuk Najib tetapi masih mengunci mulut dari memberikan sokongan kepada calon-calon Pakatan Harapan.
Apa sebenarnya yang Mahathir mahukan adalah supaya Najib turun. Tetapi itu adalah sesuatu yang mustahil melainkan jika beliau sanggup mengorbankan BN untuk dikalahkan bagi memudahkan laluan menjatuhkan Najib.

Dalam mengutuk Najib, Mahathir masih mengalas kuat tiang seri BN. Dan ini mengelirukan rakyat sebenarnya.

Oleh itu, satu-satunya cara yang terbaik adalah dengan memilih PAS bersama blok ketiga untuk menolak semua politik yang caca marba dari blok Pakatan Harapan, Mahathir dan Najib-BN yang kini masing-masing cuba berpolitik demi kepentingan diri mereka sendiri sehingga sanggup “membunuh” rakan mereka yang dikatakan berpakat dengan mereka.

Nasib rakyat tidak akan terbela dengan corak politik sebegini. Belum apa-apa lagi mereka sudah bertengkar dan berebut kuasa sesama sendiri.

Keadaan akan menjadi lebih teruk jika mereka menang nanti kerana niat mereka bertanding pun bukan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Pemuda PAS mencabar Mahathir dan DAP supaya mereka sendiri bertanding di kedua-dua kerusi ini jika benar mereka mahu menunjukkan sesuatu kepada rakyat.

Tak perlu lagi mendolak-dalih menjadi tok dalang bermain wayang dengan menghantar calon-calon yang mereka balacikan.

PAS terbuka bekerjasama dengan PKR dan berbincang jika parti itu benar-benar ingin bersama membantu rakyat dan membela nasib rakyat. PAS tidak menganggu kerusi mereka.

Sama ada PAS menang atau kalah dalam pilihanraya kecil ini, PAS tetap menganggap PKR sebagai rakan politik khususnya dalam Kerajaan Selangor pada masa ini.

Tidak dinafikan, dalam keadaan sekarang Najib yang sudah nyawa-nyawa ikan cukup selesa untuk bernafas kerana blok pembangkang dan Mahathir bertubi-tubi mengasak PAS iaitu satu-satunya parti yang jelas mampu menewaskan BN dikedua-dua kerusi ini jika pertandingan satu lawan satu berlaku.

Najib tidak perlu berkerja keras untuk menang seandainya blok pembangkang terus menerus menyerang PAS, apalagi dengan mengistiharkan untuk turut bertanding kerana itu sekaligus akan memecahkan undi kepada PAS dan membuka peluang untuk BN menang lagi sebagaimana di Sarawak.

Tiada apa yang ingin dibuktikan oleh PAS melalui pilihanraya ini melainkan demi kepentingan rakyat dan menewaskan BN bagi mengukuhkan blok pembangkang di Parlimen.

Justeru, apa sahaja sikap pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, Mahathir dan BN, PAS kekal dengan misi bekerja untuk rakyat.




Khairil Nizam Khirudin adalah Naib Ketua Pemuda PAS