Memaparkan catatan dengan label Pakatan Harapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pakatan Harapan. Papar semua catatan

Isnin, 4 Mac 2019

APAKAH NASIB MUJAHID PRU15?

Rentetan kekalahan calon PH di DUN Semenyih, Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa berkata, "PH perlu segera membuat rumusan kekalahan dengan melihat lebih dalam segala kelemahan yang ada dan saya yakin dapatan yang diperolehi akan membantu proses pemulihan PH bagi bertempur di Rantau nanti”. PH perlu bermuhasabah di atas kekalahannya pada PRK Semenyih dalam menghadapi satu lagi pilihan raya kecil yang akan diadakan untuk kerusi DUN Rantau di negeri Sembilan.


Penganalisis melihat perkembangan politik ketika ini, strategi gabungan kekuatan BN-PAS nampaknya lebih menjadi, berbanding percaturan yang dilakukan oleh PH. Kekalahan PH di Semenyih memberi isyarat awal tentang penolakan rakyat terhadap parti gabungan PPBM, PKR, DAP dan Amanah.


Perkara yang perlu dirisaukan oleh kerajaan PH sekarang ini ialah pasukan pembangkang sudah mula kuat dan mereka tidak lagi lemah. Pembangkang nampaknya sedikit demi sedikit berjaya menyusun gerak kerja yang lebih mantap dan berkesan.


Melihat perkembangan di atas, dapat kita simpulkan bahawa penolakkan rakyat terhadap PH kerana kerajaan PH gagal menunaikan janji-janji manifesto mereka yang lalu. Pengundi berhak “menghukum” kerajaan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang jika nasib rakyat terus dipinggirkan.


Apakah pemimpin PH bersedia untuk diturunkan takhta pada PRU15 akan datang yang sekaligus menjadikan mereka KERAJAAN sepenggal? 




(PH) 16,753 Undi

(BN)+(PAS) 13,655 Undi + 12,312 Undi = 25,967 Undi

Jumaat, 30 Mac 2018

FAKE NEWS - APA SUDAH JADI DENGAN YB SEPANG?



1. Bagi sesiapa yang melihat siaran langsung perbahasan Parlimen petang tadi pasti berasa terkejut melihat gelagat Peguam-PAN Sekarang.

Pada asalnya, dia berbalah dengan YB BN-Baling. Namun pertengkaran yang tidak berkesudahan itu melarat sehingga YB PAN Sepang mengungkap kata-kata berikut;
"Kalau saya Tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja. Tapi, sebab saya tak Tuhan, Tuhan jadikan juga orang macam kamu supaya orang lain nampak inilah makhluk yang kita kena lawan. Kalau saya Tuhan, dah lama saya tak jadikan kamu, dah lama saya hapuskan."

2. Meremang bulu roma saya tatkala mendengar kata-kata sedemikian dikeluarkan oleh YB ini.
Kata-kata "kalau saya Tuhan" bukannya perkara yang boleh dibuat main-main, senda gurau, ia melibatkan hal akidah.

Mana mungkin kita menyamakan diri sendiri seperti Tuhan.

3. Tatkala Dewan semakin kecoh, YB PAS Kuala Nerus, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali bangkit menegur keterlanjuran kata-kata YB PAN Sepang.

Namun, apa hasilnya.?
Dia memperlekeh dan menyerang pula hal peribadi YB Kuala Nerus. Bahkan, nama YB Marang juga turut diheret sekali. YB PAN Sepang ini juga menuduh PAS sebagai penjual agama.

4. YB PAS Kuala Nerus tetap bertegas menegur dan mahu membacakan dalil Al Quran dan Hadis berkenaan larangan menggunakan perkataan "kalau saya Tuhan", namun YB PAN Sepang dengan angkuhnya menolak. Dia tetap berdegil mahu mempertahankan kata-katanya walaupun seruan Taubat kian jelas kedengaran di dalam Dewan.

YB PAN Shah Alam yang berada di sisinya seperti biasa menjadi teman setia membela dan mempertahankan apa yang dilafaz oleh sahabatnya itu.

5. Sungguh sedih melihat gelagat YB PAN Sepang ini. Hanya dia sahaja yang pandai, expert law, alim, betul, mulia, orang lain semuanya hina dan tak layak untuk menegurnya. Hanya dia boleh kutuk, hina dan gelar orang lain macam-macam, tetapi orang lain tidak boleh.

Walaupun saya pernah digelar olehnya sebagai 'budak hingusan' tetapi saya tidak akan berhenti menegur kealpaannya supaya suatu hari nanti dia tersedar dan kembali ke pangkal jalan.

Hanya kepada Allah kita berserah untuk menilai segala pertuturan dan perlakuan kita...






Catatan oleh:
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
29 Mac 2018

Isnin, 11 September 2017

NASIHAT PENCURI KEPADA PEROMPAK!...


"Itu Hadi pakai kopiah, tapi sokong Najib. Kalau PAS parti Islam, kenapa dia sokong itu perompak dan pencuri? Kalau PAS bertanding jangan sokong PAS, Umno bertanding jangan sokong Umno. Mari kita sokong Pakatan Harapan!" - Muhyidin Yasin.



Berpuluh tahun dia jadi ahli kumpulan perompak dan pencuri. Dapat jawatan dan harta hasil dari bekerja bersama kumpulan perompak dan pencuri. Sehingga dia dilantik menjadi Timbalan Chief kumpulan perompak dan pencuri. Ada kediaman rasmi, ada kenderaan rasmi, boleh guna pesawat kerajaan, keselamatan dikawal rapi oleh UTK, lalu atas jalan raya dengan iringan polis, datang ke majlis disambut dengan hamparan permaidani, disediakan tempat terhormat atas pentas dan pelbagai lagi keistimewaan yang semuanya dia perolehi sepanjang menganggotai kumpulan perompak dan pencuri. 

Sepanjang tempoh itu juga PAS lawan kumpulan perompak dan pencuri ini dengan penuh istiqamah dan pengorbanan. Malah ada ketikanya sampai hilang wang deposit. Maklumlah bekas Timbalan Chief ini berasal dari sebuah negeri tempat lahir kumpulan perompak dan pencuri ini. Kuatnya usah dikira lagi. Tapi PAS tak pernah hirau dan gerun dengan kekuatan itu. Lawan dan terus lawan. Sehinggalah akhirnya kubu kuat kumpulan perompak dan pancuri telah ditembusi. Mereka bukan lagi kebal walaupun pakai aneka tangkal dan segala azimat.

Biasa saja dalam sebuah kumpulan perompak dan pencuri. Masa harta rompakan banyak, mereka ok saja. Boleh agih sesama mereka. Bila harta dah semakin berkurangan dan anggota kumpulan pula makin ramai yang berebut untuk mendapatkannya, maka yang lemah akan tersingkir.

Kesian Timbalan Chief yang akhirnya tersingkir. Tiada daya dan upaya nak melawan Chief yang lebih perkasa. Lalu pergilah dia dengan hina dan hilang segalanya walau saya yakin harta simpanan dia sepanjang bersama kumpulannya dulu dah tak habis untuk dimakan bersama anak cucu. Kalau tak dipecat maka sehingga kini tentunya dia masih lagi Timbalan Chief.

Sekarang Timbalan Chief ini berlagak suci. Bagaikan dialah juara penentang kumpulan perompak dan pencuri itu. PAS yang berjuang berpuluh tahun lawan bekas kumpulannya dulu akhirnya dipalitkan dengan kotoran demi untuk mensucikan dirinya sendiri. Alangkah sucinya diri dia.

Ahli-ahli kumpulan yang masih setia jangan terasa hati. Yang kata perompak dan pencuri ialah bekas Timbalan Chief kamu semua. Bukan saya.

Dr Azman Ibrahim
11 September 2017.

Ahad, 19 Jun 2016

NAK TAWAN PUTRAJAYA KONON. PIGIDAHHH!...

BANGI, Ahad – Keputusan pilihan raya Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam membuktikan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) yang pernah ditubuhkan sebelum ini separuhnya adalah bergantung kepada PAS.

Ini dibuktikan apabila PAS mampu menarik undi dan sokongan rakyat meskipun berjuang secara bersendirian.

Mengulas perkara itu, Penganalisis politik dan pendakwah bebas, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, sekiranya PAS masih berada dalam PR, tidak mustahil keputusan PRK ini akan berubah.

“Melalui PRK ini, PAS telah berjaya membuktikan separuh dari kekuatan PR adalah bergantung dengan parti Islam itu, selebihnya gabungan PKR dan DAP. Tanpa PAS, misi menawan Putrajaya putih mata.

“Tahniah kepada PAS kerana mengamalkan politik matang demi kepentingan Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Mengulas mengenai kejayaan UMNO semalam, Ridhuan Tee mengingatkan supaya parti Melayu itu tidak mendabik dada dan merasakan mereka sudah kuat.

“UMNO jangan mendabik dada. Berterima kasihlah kepada PAS kerana berjaya mengambil politik matang dan secara tidak langsung telah berjaya menyelamatkan UMNO.

“UMNO perlu bersyukur dan menjadi baik dalam erti kata buang segala tabiat lama seperti rasuah, kroni, penyelewengan, salah guna harta kerajaan dan lain-lain.

“Jika UMNO terus dengan perangai lama, tidak melihat percaturan ini sebagai satu iktibar dan ujian Allah, adalah tidak mustahil nasib yang sama akan berulang dan menjadi lebih buruk,” katanya.

Sambil membayangkan PRK di kedua-dua Parlimen itu sebagai gambaran untuk Pilihan Raya Umum ke14 akan datang Ridhuan Tee berkata, parti politik Melayu mesti meletakkan kepentingan Islam di hadapan dalam apa jua keputusan untuk mengecutkan ultra kiasu.


“Kenali musuh sebenar. Musuh sebenar adalah ultra kiasu iaitu mereka yang menentang segala agenda Islam termasuk Rang Undang-Undang 355 dan hak Melayu di buminya. Hadapi musuh ini jika umat Islam mahu selamat,” katanya. Sumber: http://www.ismaweb.net/