Memaparkan catatan dengan label Utusan Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Utusan Malaysia. Papar semua catatan

Selasa, 7 Mei 2013

UTUSAN TIUP API PERKAUMAN

PULAU PINANG: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang, Quak Ah Hee mendesak akhbar Utusan Malaysia menarik balik tajuk muka depan hari ini 'Apa lagi Cina mahu' .

Katanya, tajuk itu nampak kasar dan tidak sewajarnya dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

"Utusan Malaysia kena tarik balik tajuk yang tertera di muka depan akhbar berkenaan, bunyinya menyinggung peraaan orang Cina," katanya.

Beliau turut mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa masyarakat Cina begitu rasis apabila tidak memberikan undi kepadanya di Parlimen Bukit Katil menyebabkan beliau tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar dengan majoriti 5,447 undi.

“Bagi kami kaum Tionghua bukan rasis atau pun perkauman tetapi kerana terlalu ingin melihat kejatuhan sebuah kerajaan yang mendera rakyat dengan perbagai kenaikan.

“Kami juga mahu melihat wujudnya sebuah kerajaan adil dan saksama, jauh daripada gejala rasuah, penyelewengan serta tidak amanah,” katanya.

Selasa, 16 April 2013

Ahad, 24 Jun 2012

UTUSAN, AKHBAR LIDAH RESMI SYAITAN

Laporan akhbar Utusan Meloya 27/08/2011

NIBONG TEBAL: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedia memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong, Visvanathan a/l Muthu, 75, yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu.

Mohamad sebaliknya terus bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat.

Jelasnya, Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan.

Ujar beliau, kemaafan dibuat berdasarkan kepada keinsafan Visva Nathan yang beberapa kali memandangnya dengan tangan dirapatkan seolah-olah sedar bahawa beliau bersalah kerana melemparkan fitnah dengan membuat satu  laporan polis pada 27 Ogos lalu berpandukan laporan Utusan Malaysia. 

"Tak apalah saya maafkan Visva Nathan kerana beliau jadi boneka dan hanya berpandukan kepada Utusan  Malaysia yang melaporkan kononnya saya menghina pasukan polis dan Yang di-Pertuan Agong kerana menyanjung  Mat Indera yang disifatkan oleh penjajah sebagai pengkhianat.  Saya hanya maafkan dia bukan Utusan Malaysia," katanya ketika ditanya sejurus berucap di Perhimpunan Hijau Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai  Acheh, Nibung Tebal petang semalam.

Bukan sahaja Visva Nathan memohon maaf bahkan turut mencadangkan kepada pihak polis  agar tidak mengambil tindakan kepada Mohamad.

Mungkin kata Mohamad, setelah peguam Hanipa Maidin memberikannya keratan akhbar Utusan Malaysia dan teks ucapan  pada majlis di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora yang jelas tidak langsung menyebut perkataan 'komunis'.
"Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan  dengan saya," katanya secara berjenaka.

Turun berucap di majlis bertemakan 'Perhimpunan Hijau Tawan Dun Sungai Acheh' ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Yusuf dan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan.

Rabu, 9 Mei 2012

SUMBER BERITA WARTAWAN SAMPAH - UTUSAN DAN KOSMO BAKAL DISAMAN


Aktivis pelajar, Khalid Ismath, yang didakwa menendang seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan BERSIH 3.0 akan menyaman akhbar Utusan Meloya dan Kosmo! berhubung tuduhan tersebut.

Pada sidang media petang ini, Khalid berkata, tindakan saman itu diambil berikutan berita yang dipaparkan kedua-dua akhbar itu tidak benar.

"Saya kini sedang berbincang dengan peguam dan beberapa aktivis pelajar. Saya akan saman Utusan dan Kosmo! kerana memaparkan berita dan gambar saya.

"Berita tersebut mencalarkan reputasi saya sebagai seorang mahasiswa dan mengaibkan nama keluarga saya yang sebelum ini dikenali dengan keluarga yang baik kerana mereka mengatakan saya ganas," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.

Khalid berkata, beliau rasa teraniaya apabila ditahan polis ekoran penyiaran gambar lelaki yang didakwa sebagai dirinya itu.

"Saya tak pernah pakai style macam ini. Dan kalau orang yang waras, boleh tengok dengan jelas dari segi gaya rambut, warna kulit dan sebagainya berbeza dengan saya.

"Saya rasa teraniaya bila polis tiba-tiba menahan saya sedangkan saya datang ke sana (balai polis) atas kerelaan untuk membantu polis. Nak buktikan yang saya bukan pelaku dalam gambar itu," katanya.

Khalid juga memaklumkan bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah sendiri memaklumkan di Twitter bahawa individu yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu bukan dirinya.

"Dalam satu tweet , Saifuddin mengatakan, dia dapat info daripada seorang SB UiTM yang mengatakan imej gambar dalam akhbar itu bukan saya.

"Kerana menurutnya, SB sentiasa ada bersama mengikut saya," katanya lagi.

Jumaat, 16 Disember 2011

UTUSAN TEMBERANG - BAD GATEWAY

Sejak sekitar jam 6.30 pagi

Berita malang untuk orang UMNO yang biasanya hanya mahu membaca Utusan secara online. Pepagi nie dah kantoi!... Utusan dah tak boleh bukak... Aku cadangkan kepada penyokong tegar UMNO-BN, korang pagi nie kalau nak dapat maklumat lebih tepat boleh lah beralih kepada akhbar alternatif Pakatan Rakyat. Akhbar apa, cari sendiri...

Selasa, 30 Ogos 2011

PAGI-PAGI RAYA LAGI UTUSAN SYAITAN DAN ANUAR SHAARI DAH DAPAT UCAPAN "BANGANG"

Chegu Bard didesak buat akuan bersumpah

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari hari ini mendesak Badrul Hisham Shaharin membuat kenyataan bersumpah berhubung isu cincin bernilai AS$24 juta (RM72 juta) jika masih berdegil enggan membuat laporan polis.

Kata Anuar, sekiranya bekas calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu tidak mahu berbuat demikian, maka Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard harus membuat laporan polis.

"Chegu Bard juga perlu memberi laporan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut.

"Jika Badrul Hisham tidak mahu membuat kenyataan bersumpah dan tidak mahu membuat laporan polis ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, maka beliau telah bertindak sama seperti Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Badrul Hisham sebelum ini telah dicabar oleh pelbagai pihak supaya membuat laporan polis ke atas isteri Perdana Menteri berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin bernilai RM72 juta.

Anuar seterusnya yakin bahawa Chegu Bard tidak berani membuat kenyataan bersumpah kerana beliau tahu cincin yang dimaksudkan itu telah dipesan oleh bakal besan Perdana Menteri, Maria Nazabayev.

Komen: Apa punya bodo la... wartawan Utusan Syaitan nie!... termasuk Anuar Shaari yang buta hati. Kedua-dua makhluk tuhan paling bodo nie rupa-rupanya tak ikuti perkembangan tentang isu cincin Rosmah. Chegubard dah pun buat laporan pada SPRM pada 13 Julai yang lalu. Apa punya tur... Utusan Syaitan dan Anuar Shaari. Dah masuk bulan Ogos, baru puak-puak nie nak cabar. Bengong... tak habis-habis. Baca kat bawah ni...

SAMM tampil buat laporan SPRM isu belian RM24.4 j

KENYATAAN MEDIA
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA

13 JULAI 2011

DESAK SPRM SIASAT DAN TAMPIL MENYATAKAN HASIL SIASATAN

Hari ini kami telah tampil mewakili gerakan anak muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) untuk membuat satu laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai beberapa bukti mengaitkan Rosmah Bin Mansur dengan kemasukan belian bernilai RM 24.4 j tanpa cukai.

Menurut maklumat yang kami perolehi pada 16 April 2011 yang lalu satu unit belian “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” telah dibawa masuk melalui KLIA dan nilai yang diistiharkan bagi belian itu ialah RM 24,458,400.00. Belian itu di beli (eksport) dengan sebuah syarikat Jacob & co yang berpengkalan di New York.Melalui carian dan padanan,banyak gambar membuktikan Rosmah sememangnya pengguna barang perhiasan Jacob & co. Ia dibawa masuk ke Malaysia menggunakan menggunakan nama Jeremy Beh Sin Tee tetapi sebaliknya nama “H.E Datin Seri Paduka Rosmah Mansor” turut tertera dalam ruangan penerima.

Dalam beberapa bukti yang disertakan jelas tertera perbagai data seperti nama syarikat agen yang membawa masuk serta kakitangan yang terbabit membuat pengistiharan, No. borang kastam, no. pernerbangan dan seumpamanya yang hampir mustahil untuk dipalsukan.

Maka SAMM mendesak agar SPRM mengadakan siasatan secara telus dan tampil untuk menyatakan hasil siasatannya.

Ahad, 6 Mac 2011

UTUSAN DAN TV3, MEDIA FITNAH NO.1 DI MALAYSIA

TEMERLOH, 6 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan TV3 kerana didakwa memfitnah beliau membeli tanah peneroka Felda yang sebenarnya dibeli oleh pihak lain.

Berdasarkan laporan blog-blog Umno, semalam Utusan menyiarkan tiga artikel berturut-turut yang menuduh Tuan Ibrahim mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka.

Malah Utusan turut menuduh disebabkan pembelian tersebut, tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.

Pertuduhan terhadap Tuan Ibrahim turut dilaporkan Buletin Utama di TV3 pada sebelah malamnya walaupun selepas pembeli sebenar tanah tersebut, Ibrahim Osman membuat pendedahan sebenar dalam satu sidang akhbar di markas induk PAS Kerdau dengan menafikan perkara tersebut.

"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.

"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang semalam.

(Gambar: Ibrahim Osman menunjukkan bukti bahawa tanah itu adalah milik beliau melalui syarikatnya)

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya
menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak Mara atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd,” katanya sambil menambah bahawa soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.

"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," katanya.

Harakahdaily difahamkan Tuan Ibrahim akan berbincang dengan peguamnya untuk memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 serta beberapa pihak lain dalam masa terdekat.

Khamis, 25 November 2010

AKHBAR UTUSAN UNTUNG BESAR

Media perdana, termasuk akhbar milik Utusan Melayu (Malaysia) Bhd akan terus rugi selagi tidak membebaskan diri daripada pemilikan parti politik, kata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia.

"Satu cara sahaja media perdana, terutama Utusan akan dapat meraih sokongan daripada pembaca dan pengiklan iaitu untuk menjadi sebuah media yg bebas, tidak menyebelahi mana-mana pihak dan menyiarkan berita yang seimbang untuk memenuhi keperluan pembaca dan pengiklan," kata presidennya Hata Wahari.

Semalam Utusan Melayu dilaporkan mencatatkan kerugian pra-cukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatannya merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam satu kenyataan kepada melalui SMS daripada Indonesia hari ini, beliau memuji Malaysiakini yang bertahan sebelas tahun ekoran kepercayaan pembaca dan pengiklan kerana mengamalkan kebebasan media.

Catatan: Inilah akibatnya apabila berita yang dilaporkan berat sebelah. Buatlah lagi!...

Ahad, 7 Mac 2010

UNTUNGNYA UMNO KERANA MEMPUNYAI MEDIA ARUS PERDANA SEBAGAI PENCACAI

BAYAN BARU, 7 Mac: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menggunakan media arus perdana untuk menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah beberapa negeri sekarang.

Menurut Lim, ketakutan yang amat sangat oleh Umno dan BN menjadikan mereka resah dan bimbang dengan kebangkitan rakyat yang terus menyokong PR walaupun serangan demi serangan mereka lakukan.

"Oleh kerana kita tidak mendapat pengadilan daripada media arus perdana, maka tindakan memberi penerangan sebenarnya kepada rakyat harus dilaksanakan.

“Justeru itu rakyat harus sedar media arus perdana tidak bersikap adil kepada kita PR walaupun kita mendapat mandat daripada rakyat untuk memerintah," kata Lim lagi.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP membidas Umno dan BN yang cuba memecahkan kekuatan yang ada dalam PR dengan memanipulasikan pelbagai berita yang tidak benar.

"Suka saya nyatakan di sini bahawa dakwaan mereka daripada Umno dan BN yang mengatakan PR berpecah dan hilang keyakinan rakyat adalah satu fitnah jahat yang sengaja mereka taburkan bagi mengalih pandangan rakyat terhadap pelbagai isu rasuah,korupsi dan ketidakadilan yang telah dan sedang mereka laksanakan.

"Sehubungan itu, saya suka yakinkan kepada semua yang hadir bahawa Kerajaan DAP, PAS dan PKR akan tetap bersama menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat walaupun adanya usaha daripada Umno dan BN untuk menjatuhkan Kerajaan PR yang sedia ada sekarang ini.

"Mereka tidak boleh menjatuhkan kita kecuali kuasa rakyat sahaja yang mampu mengalihkan pemerintahan yang sedia ada,"katanya lagi.

Lim berkata demikian semasa menyampaikan ucapan beliau dalam majlis Sambutan 2 Tahun Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang yang telah diadakan di Sungei Nibong.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Mohd Salleh Man, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman dan kepimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.