Memaparkan catatan dengan label JPJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JPJ. Papar semua catatan

Khamis, 7 Jun 2012

JPJ TAK PERLU BUAT TENDER BIDAAN NOMBOR PENDAFTARAN, CUKUP SEKADAR BUAT CABUTAN BERTUAH

Pemberian nombor pendafaran percuma WWW15 yang menjadi rebutan pembida kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai boleh merosakkan sistem bidaan 'tender terbuka' Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata PKR.

"Perkembangan terbaru ini akan menyebabkan masyarakat awam hilang kepercayaan kepada sistem tender terbuka JPJ," dakwa pengerusi biro perdagangan dan pelaburan PKR Wong Chen.


Beliau juga mempersoalkan kenapa JPJ melepaskan hasil sebanyak RM24, 200 dengan memberikan nombor itu percuma sedangkan Sultan Johor sendiri perlu membayar harga penuh.

"Bagaimanakah JPJ akan terangkan kepada pemohon lain yang telah melalui sistem tender terbuka yang berjaya, termasuk Sultan Johor, kenapa mereka perlu membayar harga sepenuhnya?

"Macam mana rakyat boleh percaya lagi kepada sistem tender terbuka JPJ," soalnya Wong Chen lagi.

Sehari selepas menjadi sasaran soalan pemberita, Liow semalam berkata tidak membayar satu sen pun untuk mendapatkan nombor tersebut.

Dalam tweetnya, Liow berkata telah dimaklumkan oleh JPJ bahawa beliau tidak perlu membayar harga bidaannya kerana nombor itu "percuma".

Bagaimanapun, ini bercanggah dengan laporan akhbar
China Press pada hari sama, yang memetik jurucakap JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata setiap orang yang membida nombor plat, perlu membayar untuk mendapatkannya.

Isnin, 10 Januari 2011

MAKCIK DAN PAKCIK! JPJ AKAN MASUK KAMPUNG DAN FELDA

Utusan Meloya - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan termasuk jalan kampung dan kawasan perumahan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, ia berikutan pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang telah diluluskan oleh Dewan Negara, 22 Disember lalu.

Katanya, penguatkuasaan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan Persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran.

"Namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan. Selanjutnya

Dalam blog pro kerajaan pun dah mengeluh pasal isu ini.

Komen: Bagus juga cadangan nie!... Saya setuju benar dengan cadangan penguatkuasaan ini oleh JPJ dari kerajaan Barisan Nazional. Kepada Pakcik-pakcik dan Makcik-makcik felda serta orang kampung, lepas ini kalau korang menunggang motorsikal yang dah tamat tempoh cukai jalan atau tak berlesen langsung ada harapan kena saman. Lepas nie pakcik-pakcik dan makcik-makcik pikirlah sendiri yang kerajaan BN sebenarnya nak dahulukan rakyat dan bukannya nak susahkan rakyat di kampung.

Sukanya aku pasal lepas nie... ramailah rakyat felda dan kampung akan tolak BN. Sebabnya!... lu pikirlah sendiri...