Khamis, 7 Jun 2012

JPJ TAK PERLU BUAT TENDER BIDAAN NOMBOR PENDAFTARAN, CUKUP SEKADAR BUAT CABUTAN BERTUAH

Pemberian nombor pendafaran percuma WWW15 yang menjadi rebutan pembida kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai boleh merosakkan sistem bidaan 'tender terbuka' Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata PKR.

"Perkembangan terbaru ini akan menyebabkan masyarakat awam hilang kepercayaan kepada sistem tender terbuka JPJ," dakwa pengerusi biro perdagangan dan pelaburan PKR Wong Chen.


Beliau juga mempersoalkan kenapa JPJ melepaskan hasil sebanyak RM24, 200 dengan memberikan nombor itu percuma sedangkan Sultan Johor sendiri perlu membayar harga penuh.

"Bagaimanakah JPJ akan terangkan kepada pemohon lain yang telah melalui sistem tender terbuka yang berjaya, termasuk Sultan Johor, kenapa mereka perlu membayar harga sepenuhnya?

"Macam mana rakyat boleh percaya lagi kepada sistem tender terbuka JPJ," soalnya Wong Chen lagi.

Sehari selepas menjadi sasaran soalan pemberita, Liow semalam berkata tidak membayar satu sen pun untuk mendapatkan nombor tersebut.

Dalam tweetnya, Liow berkata telah dimaklumkan oleh JPJ bahawa beliau tidak perlu membayar harga bidaannya kerana nombor itu "percuma".

Bagaimanapun, ini bercanggah dengan laporan akhbar
China Press pada hari sama, yang memetik jurucakap JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata setiap orang yang membida nombor plat, perlu membayar untuk mendapatkannya.

3 ulasan:

www15/wwarf berkata...

Jabatan pengangkutan jalan-JPJ- akan bertanding pada PRU 13 nanti.di bawah bendera BN. plat PKR tidak akan Dijual secara tender ..akan diharamkan terus..plat seterusnya adalah PKS..kah.kah.kahak tuih untuk JPJ.

Tanpa Nama berkata...

siapa nak beli PKR 1....cepat..kakitangan kerajaan diharamkan membelinya...

Tanpa Nama berkata...

Plat PKR akan dimansuhkan oleh kerajaan dan JPJ. Itu pun kalau BN masih lagi berkuasa selepas PRU13