Mesej dari Tg Piai: Rakyat sudah muak dengan janji palsu dan fitnah PH
Isnin, 18 November 2019
Ahad, 17 November 2019
MUAFAKAT NASIONAL - P165 TG PIAI HANYALAH SATU PERMULAAN
16 Nov 2019 - CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee
Jeck Seng memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan
majoriti 15,086 undi, hari ini.
Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai itu memperoleh 25,466 undi
daripada 128 saluran undi sehingga penjumlahan tamat, malam ini.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Tanjung Piai
Zulkifly Mohd Tahir di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Pontian, 9.15 malam
ini.
Sekaligus keputusan ini memberi isyarat yang sangat jelas,
agar kerajaan PH jangan terlalu selesa dan angkuh dengan rakyat sehingga
mengetepikan masalah rakyat bawahan. Janji manifesto akhirnya memakan diri
mereka sendiri.
Rakyat dahagakan pembaharuan serta perubahan seperti yang
dijanjikan oleh PH dan bukannya momokkan dan sering menyalahkan kerajaan terdahulu.
Kerajaan terdahulu telahpun ditumbangkan oleh rakyat pada
PRU14 yang lalu, maka kerajaan sekarang perlu move on. Sampai bila rakyat perlu
menerima bebanan? Adakah kerajaan sekarang mahu tersungkur pada PRU15 akan
datang? Hanya pemimpin PH yang mampu menjawabnya...
Khamis, 7 Mac 2019
MALAYSIA BARU - PH CIPTA SEJARAH JADIKAN RAKYAT GELANDANGAN
Sebahagian penduduk Taman Manggis tidur di depan Komtar
Pergerakan Reformasi di Malaysia dilaksanakan oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan para penyokongnya sebaik sahaja beliau dipecat dari jawatan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998. Gerakan ini terdiri daripada
beberapa acara tunjuk perasaan secara besar-besaran untuk menentang kerajaan
campuran Barisan Nasional yang lama memerintah, yang berterusan sehingga Anwar
ditahan lalu dipenjarakan pada tahun 1998. Sasaran kempen reformasi ialah
Perdana Menteri ke-4 ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipandang sebagai
pemimpin yang “korup”, “mahazalim”, “mahafiraun” dan pelbagai gelaran “maha”
lagi, yang sudah terlalu lama memegang jawatannya.
Semasa zaman refomasi, PKR sering melaung-laungkan akan mengembalikan hak rakyat secara adil dan saksama, melakukan usaha membela golongan tertindas, melawan rasuah dan penyelewengan di samping pemisahan cabang eksekutif, legislatif serta kehakiman bagi memastikan proses semak imbang diamalkan.
Kini zaman sudah berubah. Lafaz perkataan “mahazalim” dan “mahafiraun” sudah tidak lagi kedengaran malahan beliau diangkat semula sebagai PM ke-7 selepas memenangi PRU14 setelah terbentuknya Pakatan Harapan (PH).
Melihat senario yang berlaku ketika ini, terutamanya kes penghuni PPRT Tmn Manggis di Pulau Pinang yang dihalau dari kediaman mereka, tiada satu pun alternatif dari pihak kerajaan negeri untuk berunding atau sekurang-kurangnya menghantar wakil mereka. Tapi bila nak PRU pandai pulak hantar wakil untuk rayu undi? Tolonglah jangan jadi hipokrit seperti kerajaan terdahulu. Mana laungan yang dahulunya hendak membela rakyat?
Masih ingatkah kalian, perjuangan selama 20 tahun penubuhan PKR dahulu. Rakyat sudah tahu mesej reformasi PKR, namun kini seluruh negara menanti apakah pengisian sebenar kepada agenda besar reformasi PKR dalam kerajaan PH?
Bagaimana pula dengan hak keadilan kepada semua kaum boleh diwujudkan dalam suasana negara yang memiliki kepelbagaian kaum, agama, adat dan budaya. Mampukah semua ini dijayakan hanya dengan laungan reformasi tanpa perlu ada satu dasar jelas yang mendukung di belakangnya.
Belum lagi soal kemiskinan, pengangguran, kos sara hidup, bantuan usahawan, peluang pekerjaan, ekonomi rakyat, nasib petani, nelayan dan penoreh getah.
Tolonglah rakyat wahai pemimpin PH yang selama ini kamu laungkan refomasi berulang kali untuk membela rakyat. Tunjukkan dan terjemahkanlah kata-kata kamu dengan bukti yang nyata?
Isnin, 4 Mac 2019
APAKAH NASIB MUJAHID PRU15?
Rentetan kekalahan calon PH di DUN Semenyih, Naib Presiden
Amanah Mujahid Yusof Rawa berkata, "PH perlu segera membuat rumusan
kekalahan dengan melihat lebih dalam segala kelemahan yang ada dan saya yakin
dapatan yang diperolehi akan membantu proses pemulihan PH bagi bertempur di
Rantau nanti”. PH perlu bermuhasabah di atas kekalahannya pada PRK Semenyih
dalam menghadapi satu lagi pilihan raya kecil yang akan diadakan untuk kerusi
DUN Rantau di negeri Sembilan.
Penganalisis melihat perkembangan politik ketika ini, strategi gabungan kekuatan BN-PAS nampaknya lebih menjadi,
berbanding percaturan yang dilakukan oleh PH. Kekalahan PH di Semenyih memberi
isyarat awal tentang penolakan rakyat terhadap parti gabungan PPBM, PKR, DAP
dan Amanah.
Perkara yang perlu dirisaukan oleh kerajaan PH sekarang ini ialah pasukan pembangkang sudah mula kuat dan mereka tidak lagi lemah. Pembangkang nampaknya sedikit demi sedikit berjaya menyusun gerak kerja yang lebih mantap dan berkesan.
Melihat perkembangan di atas, dapat kita simpulkan bahawa penolakkan rakyat terhadap PH kerana kerajaan PH gagal menunaikan janji-janji manifesto mereka yang lalu. Pengundi berhak “menghukum” kerajaan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang jika nasib rakyat terus dipinggirkan.
Perkara yang perlu dirisaukan oleh kerajaan PH sekarang ini ialah pasukan pembangkang sudah mula kuat dan mereka tidak lagi lemah. Pembangkang nampaknya sedikit demi sedikit berjaya menyusun gerak kerja yang lebih mantap dan berkesan.
Melihat perkembangan di atas, dapat kita simpulkan bahawa penolakkan rakyat terhadap PH kerana kerajaan PH gagal menunaikan janji-janji manifesto mereka yang lalu. Pengundi berhak “menghukum” kerajaan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang jika nasib rakyat terus dipinggirkan.
Apakah pemimpin PH bersedia untuk diturunkan takhta pada
PRU15 akan datang yang sekaligus menjadikan mereka KERAJAAN sepenggal?
(PH) 16,753 Undi
(BN)+(PAS) 13,655 Undi + 12,312 Undi = 25,967 Undi
Isnin, 25 Februari 2019
TIADA KEMASUKKAN 90J DANA 1MDB KE AKAUN PAS
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya setakat ini tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta daripada 1MDB disalurkan ke akaun bank rasmi PAS.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull pada sidang media di Terengganu, hari ini.
"Siasatan SPRM setakat ini memang tak ada dana RM90 juta yang dikatakan duit 1MDB dimasukkan ke dalam akaun (bank) PAS," katanya ringkas ketika menjawab soalan mengenai isu tersebut.
Terdahulu, Mohd Shukri ke Majlis Ikrar Bebas Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Nak tunggu..., spin apa lagi lepas ini dari khadam PH yang setia dengan D4P? Maka gegak gempita lah macai PH berkata; bukan dimasukkan ke dalam akaun Pas sebaliknya ke akaun pemimpin Pas.
Kesimpulannya; minit-minit terakhir macai serta khadam akan sedaya usaha akan buat u-turn untuk tegakkan benang basah.
Sila baca; Melalui kenyataan Huse di dalam malaysiakini mendakwa terdapat dana dimasukkan melalui akaun di Affin Bank, namun bekas naib presiden PAS itu tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut serta bersedia disaman bekas partinya.
Mohon Huse bertanggungjawab di atas pertuduhannya terhadap Pas dihadapan Allah nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)