PULAU PINANG: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS
(DHPP) Pulau Pinang, Quak Ah Hee mendesak akhbar Utusan Malaysia
menarik balik tajuk muka depan hari ini 'Apa lagi Cina mahu' .
Katanya, tajuk itu nampak kasar dan tidak sewajarnya dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
"Utusan Malaysia kena tarik balik tajuk yang tertera di muka depan
akhbar berkenaan, bunyinya menyinggung peraaan orang Cina," katanya.
Beliau turut mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri
Mohd Ali Rustam bahawa masyarakat Cina begitu rasis apabila tidak
memberikan undi kepadanya di Parlimen Bukit Katil menyebabkan beliau
tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar dengan
majoriti 5,447 undi.
“Bagi kami kaum Tionghua bukan rasis atau
pun perkauman tetapi kerana terlalu ingin melihat kejatuhan sebuah
kerajaan yang mendera rakyat dengan perbagai kenaikan.
“Kami
juga mahu melihat wujudnya sebuah kerajaan adil dan saksama, jauh
daripada gejala rasuah, penyelewengan serta tidak amanah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan