Guan Eng Terus Malukan BN- Serah Rumah Mewah RM500K Kepada 24 Penduduk Kg Buah Pala
Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat
yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung
itu dua tahun lalu.
Ketua
Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras
banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap
hak penduduk kampung berkenaan.
“Kita bukannya menganiaya
mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk
tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita
tunaikan apa yang dijanji.
“Saya bersyukur kerana Kampung Buah
Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini
ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma
rumah yang dibina lebih selesa.
“Pada 2009, Mahkamah
Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan
pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu
terima bagi menghormati undang-undang.
“Namun Kerajaan Negeri
mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan
buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan
Kerajaan Negeri.
“Setelah berunding, seramai 24 keluarga
bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi
tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan
menipu,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose
Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya
berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa
untuk didiami bersama anak-anak.
“Selama ini saya hanya menyewa
di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan
dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini,” katanya.
Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua
penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu... Mana TV3??
Mana utusan?? Mana Umno???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan