Tahniah kepada PAS kerana berjaya menarik minat anak-anak muda serta pengundi-pengundi kaum cina, india dan pelbagai lagi kaum untuk menyokong Pakatan Rakyat.
Percayalah... UMNO sekarang tengah goyang. Kalau tidak, masakan dalam AGM UMNO Najib minta bincang pasal imej PAS.
Kenapa Najib dok sibuk nak bincang pasal 'dedah imej PAS' tetapi tak kisah pun pasal 'Puteri dan Wanita UMNO serta isteri-isteri pemimpin UMNO yang dedah aurat'. Mana lebih aulia!? Mungkin ostat-ostat dalam UMNO ada jawapannya.
Apakah petandanya UMNO-BN kini dah hampir "KO"???
Ahad, 25 November 2012
Jumaat, 23 November 2012
KENAPA BAN KI-MOO TAK SEBUT NAMA NAJIB
Kenapa Ban Ki-moo tak sebut langsung nama Najib Razak. Mungkin berita tersalah lapor kot!... Tahukah Ban Ki-moo bahawa Najib lah yang memohon kepada Obama agar keganasan dihentikan segera di Gaza. Rasanya tidak adil hanya memuji Presiden Mesir sedangkan PM Najib juga memainkan peranannya untuk keamanan di Palestin.
Jangan sampai ada pula orang UMNO buat laporan polis sebab akhbar tersalah lapor.
Khamis, 22 November 2012
Rabu, 21 November 2012
NAJIB GESA OBAMA BENDUNG KEGANASAN DI GAZA
Betul ker... berita nie. Najib jadi hero gesa Obama sekutu Yahudi Laknatullah hentikan serangan ke atas Semenanjung Gaza. Pastu... siap Obama dengar cakap lagi... Lain lah kalau di Indonesia, pemimpin dan rakyat mereka memang lantang menentang Israel. Kita di Malaysia yang lantang menentang Israel cuma rakyat berbanding pemimpin. (sumber)
Akhbar-akhbar dan TV cai Umno pula tambah perisa bagi sensasi konon-konon Obama dengar suara KERAjaan Malaysia. (sumber) Terpulang kalau korang nak percaya!...
Israel ada 'Zionis'
Malaysia ada 'U***'
Sabtu, 17 November 2012
MAJLIS KHATAN BERAMAI-RAMAI DUN SELINSING
Baru-baru ini saya sempat menghadiri aktiviti majlis khatan beramai-ramai yang dianjurkan di kawasan Dun Selinsing. Majlis tersebut diadakan di PUPIS, Selinsing. Acara tersebut dirasmikan oleh YB Haji Husin iaitu Adun Selinsing.
Difahamkan, majlis tersebut diadakan setiap tahun sebagai acara tahunan bagi kawasan PAS di Dun Selinsing.
Seramai 33 orang anak-anak ahli PAS yang terlibat untuk dikhatankan pada hari ini. Tahniah kepada anak-anak yang terlibat kerana mereka bakal menjalani transformasi menuju ke alam dewasa.
Tempat acara majlis berkhatan beramai-ramai diadakan di PUPIS, Selinsing.
Anak-anak ahli PAS kawasan DUN Selinsing selepas disiram dengan pancutan air Bomba.
Diarak ke tempat majlis berkhatan
Anak-anak dihidangkan dengan tayangan filem sebelum dikhatankan
Adun Selinsing YB Haji Husin berbual mesra dengan penduduk setempat
Tali pengikat siap sedia tergantung untuk mengikat kain anduh
Khamis, 15 November 2012
Selasa, 13 November 2012
HAPPY DEEPAVALI
Selamat Menyambut Perayaan Deepavali yang melambangkan kemenangan yang baik ke atas kejahatan, cahaya ke atas kegelapan buat rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan juga dari MIC.
PRU13, rakan-rakan dari kaum india tolong tolak UMNO-BN.
Ahad, 4 November 2012
BERITA BERGAMBAR - HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DI SEREMBAN
Sebelum ini, Pakatan memutuskan untuk mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Bukit Jalil pada 3 November.
Bagaimanapun, ia diubah untuk memberi laluan kepada program jelajah ke seluruh negara.
Himpunan itu bertujuan menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh kerajaan Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sabtu, 3 November 2012
TERBAIK DARI LADANG - HASRAT JADIKAN NAJIB SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG DI PARLIMEN SIA-SIA
Hasrat Pakatan Rakyat mahu menjadikan Najib Razak sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen selepas PRU13 nampaknya mungkin sia-sia.
Ini kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkemungkinan akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada PRU13.
Mana mungkin Najib diangkat sebagai ketua pembangkang oleh parti komponen BN jika Najib bakal menerima kekalahan apabila berhadapan dengan Persiden PAS.
Jika benar berita ini, kita sambut baik kerana ianya adalah pertandingan diantara Presiden PAS dengan Presiden Umno. Bagaimanapun, adakah Najib sedia menerima segala keputusan dengan tenang terutama jika Najib kalah di kerusi parlimen sendiri.
Rata-rata orang Pekan sendiri pun dah menyampah dengan Najib, cuma Najib saja yang perasaan.
Umum mengetahui, Najib pernah menghadapi pengalaman trauma pada tahun 1999. Ketika kemuncak tsunami politik dikalangan orang melayu, beliau hampir tersungkur di tempat sendiri dimana hanya menang majoriti 241 undi sahaja.
Kemenangan 241 undi yang dimiliki oleh Najib kabarnya adalah dari Peti Undi Pos yang baru sampai entah dari mana ceruk rantau agaknya. Peti Undi baru itu telah memenangkan Najib yang sebelumnya hampir diisytiharkan kalah di Pekan.
Adakah Najib sudah bersedia???
Ini kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkemungkinan akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada PRU13.
Mana mungkin Najib diangkat sebagai ketua pembangkang oleh parti komponen BN jika Najib bakal menerima kekalahan apabila berhadapan dengan Persiden PAS.
Jika benar berita ini, kita sambut baik kerana ianya adalah pertandingan diantara Presiden PAS dengan Presiden Umno. Bagaimanapun, adakah Najib sedia menerima segala keputusan dengan tenang terutama jika Najib kalah di kerusi parlimen sendiri.
Rata-rata orang Pekan sendiri pun dah menyampah dengan Najib, cuma Najib saja yang perasaan.
Umum mengetahui, Najib pernah menghadapi pengalaman trauma pada tahun 1999. Ketika kemuncak tsunami politik dikalangan orang melayu, beliau hampir tersungkur di tempat sendiri dimana hanya menang majoriti 241 undi sahaja.
Kemenangan 241 undi yang dimiliki oleh Najib kabarnya adalah dari Peti Undi Pos yang baru sampai entah dari mana ceruk rantau agaknya. Peti Undi baru itu telah memenangkan Najib yang sebelumnya hampir diisytiharkan kalah di Pekan.
Adakah Najib sudah bersedia???
Jumaat, 2 November 2012
TERBAIK DARI LADANG - NGO UMNO BANTAH POLITIK JALANAN
NGO pro Umno dibayar untuk meramaikan perhimpunan.
"Cakap tak serupa bikin". Itulah bahasa yang sepatutnya dilemparkan kepada NGO mesra Umno yang membantah Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Senawang oleh Pakatan Rakyat esok.
Mereka bercakap seperti "meludah ke langit" akhirnya terkena muka sendiri. Bagi mereka Asalkan Bukan UMNO (ABU) yang buat perhimpunan, dikira tidak sah walaupun perlembagaan membenarkannya.
Menurut Artikel 10 (i). Kebebasan untuk mengadakan perhimpunan aman dan
berpersatuan. Ia ditegaskan pada fasal ii), iii) dan iv). Dinyatakan
mengikut perlembagaan semua warganegara dibenar mengadakan perhimpunan
aman tanpa membawa apa-apa senjata. Itu hak asasi. Rujuk disini
Khamis, 1 November 2012
TERBAIK DARI LADANG - NAJIB TAK MARAH
SUNGAI PETANI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka berkata beliau tidak “marah” jika pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mahu mengejar jawatannya ataupun mana-mana kedudukan kerajaan tetapi tidak mahu mengkhianati negara.
“Saya tak marah kalau mereka nak jawatan saya. Saya tak marah mereka nak kejar jawatan lain, tapi jangan mengkhianati negara kira,” kata beliau ketika berucap merasmikan Perhimpunan Penternak, Peladang dan Nelayan Peringkat Negeri di Pantai Merdeka di sini, hari ini. sinar
Najib disambut oleh murid-murid sekolah ketika sampai di Pantai Merdeka
Langgan:
Catatan (Atom)