Memaparkan catatan dengan label dataran merdeka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dataran merdeka. Papar semua catatan

Khamis, 30 Ogos 2012

DATARAN MERDEKA BAPAK AKU YANG PUNYA


Ini adalah sebahagian dari proses kejatuhan UMNO-BN yang bakal menimpa di PRU13.

SAMBUTAN MERDEKA DI DATARAN HANYA UNTUK PENGANUT AMENO

Himpunan Janji Demokrasi telah diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram oleh Polis Diraja Malaysia kerana gagal memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan berlangsung di Dataran Merdeka pada malam ambang merdeka.

Hanya kerana notis serta kebenaran menggunakan Dataran Merdeka, menyebabkan Himpunan Janji Demokrasi yang turut sama mahu menyambut merdeka tidak diizinkan berlangsung.

Walhal, kerajaan awal-awal lagi promosikan sambutan hari kemerdekaan negara dengan mengajak seluruh rakyat hadir bagi memberikan sokongan sebagai tanda kemeriahan sambutan itu.

Sambutan Hari Merdeka adalah milik rakyat Malaysia yang cintakan negaranya. Sesiapa sahaja perlu digalakkan menyambutnya sebagai tanda mengingati negara yang mendapat kemerdekaan penuh pada tarikh 31 Ogos setiap tahun.

Malangnya, dengan pengharaman ini, ada sebilangan rakyat ternafi untuk menyambut kemerdekaan negara dengan cara mereka. Apakah sambutan hari kemerdekaan hanya untuk versi yang direstui oleh kerajaan semata-mata?

Sepatutnya, PDRM memberikan sokongan penuh kepada himpunan ‘Janji Demokrasi’ yang bertujuan menghidupkan sentimen patriotik terhadap rakyat negara ini.


Selasa, 24 April 2012

DBKL, KENAPA PERLU IKUT TELUNJUK AMENO

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menjalankan operasi ke atas perkhemahan siswa dan aktivis di Dataran Merdeka – dikenali sebagai Occupy Dataran – dalam tindakan awal pagi ini.

Menurut seorang peserta perkhemahan, Temme Lee, seramai kira-kira 30 orang pegawai DBKL mengepung tapak perkhemahan itu dan merampas khemah serta kanopi ketika peserta berkenaan sedang tidur.

Pegawai DBKL itu kemudiannya bertindak memagari kawasan berkenaan dengan pagar besi dan pita kuning, dalam operasi kira-kira jam 6.15 pagi itu, kata Temme.

Menurutnya lagi, pegawai berkenaan merampas sepuluh khemah dan empat kanopi.

"Mereka ambil semua (barang) kecuali makanan," katanya yang menambah, barangan peribadi peserta berkenaan termasuk beg dan dokumen pengenalan turut dirampas.

Wanita itu juga berkata, satu pergelutan kecil turut berlaku di antara peserta dan penguatkuasa tersebut namun tiada penahanan atau insiden serius berlaku seperti dalam operasi pada Ahad lalu. mkini

Khamis, 19 April 2012

DATARAN MERDEKA - SAMSENG JALAN KEBUN MENGANAS DIKENALPASTI













2.47 AM : Masih tiada sebarang kereta peronda polis tiba namun kelihatan di situ sekumpulan anggota DBKL yang memerhati dari jauh sahaja, tidak berani lakukan apa sahaja. Kekalutan terus berlaku dan kumpulan aktivis terus dikasari, ditumbuk dan dirampas kamera. Sasaran dipercayai ke atas Adam Adli, aktivis-aktivis berbangsa Cina dan individu yang sedang membuat rakaman. Adam Adli berjaya diselamatkan lebih awal.

2.50 AM : Tiba-tiba, kelihatan seorang aktivis rakyat Melayu Islam ditarik ke jalan raya dan dibelasah hampir 15 orang. Ramai datang membantu dan kelihatan tiga buah kereta peronda polis tiba di tempat kejadian. Sebelum itu, seorang anggota polis berpakaian biasa mengeluarkan sepucuk pistol sebagai amaran kepada pergaduhan berkenaan namun tidak menembak. Kumpulan aktivis rakyat dan mahasiswa sedikit terkejut dengan tindakan anggota preman berkenaan yang tiba-tiba keluarkan pistol. Suasana sedikit reda.

2.55 AM : Kelihatan kumpulan polis yang baru tiba membantu seorang aktivis yang dibelasah sehingga berdarah di bahagian tangan dan muka (kening) di jalan raya. Ambulans dipanggil dan tiba tidak lama kemudian. Polis meluru ke arah kumpulan samseng dan meleraikan keadaan.

3.00 AM : Kelihatan rundingan dijalankan antara kumpulan polis dan samseng di satu sudut berhampiran pancutan air di Dataran Merdeka. Dan diberitakan seorang daripada mereka ditahan untuk diambil keterangan.

3.05 AM : Kumpulan mahasiswa dan rakyat masih kelam kabut kerana kumpulan samseng berkenaan masih berkeliaran dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan. Diberitakan dua cedera sehingga berdarah, tiga lagi cedera ringan dan seorang dikejarkan ke hospital. Barangan kumpulan aktivis bertaburan, banyak harta seperti handset dan kamera hilang, dipercayai dirampas samseng.

3.15 AM : Keadaan sedikit tenang setelah kehadiran kumpulan polis namun kawasan perkhemahan masih tidak dibersihkan. Tiba-tiba, seorang lelaki berbaju hijau (dipercayai SB) mengarahkan kesemua aktivis membersihkan kawasan dan menyusun balik barangan. (Setelah perbincangan, dipercayai arahan itu bertujuan supaya polis tidak sempat mengambil gambar bukti tempat kejadian yang bertaburan)

3.20 AM : Kumpulan samseng mula bersurai namun kelihatan masih berada di beberapa sudut sekitar Dataran Merdeka. Mangsa yang dihantar ke hospital, diberitakan bernama Khairul a.k.a. Bobo tidak mengalami luka serius. Keadaaan mula tenang walaupun kesemua yang berada di Dataran masih terkejut dengan apa yang berlaku.

3.30 AM : Sebarang berita mengenai kejadian itu mula dilakukan melalui laman sosial dan kelihatan orang ramai hadir untuk lihat lebih lanjut apa yang berlaku. Keadaan kembali terkawal.

3.45 AM : Keadaan tenang dan kumpulan mahasiswa serta rakyat mula berkumpul untuk menceritakan dengan lebih terperinci apa yang berlaku. Turut diperiksa barangan yang rosak dan hilang selain memastikan kesemuanya selamat. Diberitakan hampir 10 orang yang kehilangan barang dan rosak akibat kejadian itu.

4.00 AM : Kawasan perkhemahan sudah dibersihkan dan dikemaskan.

We Are
P/S :Terkini dari wall POLIS ;

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
ISU SERANGAN PELAJAR DI DATARAN MERDEKA:
Pihak polis telahpun memulakan siasatan terhadap insiden serangan pelajar di Dataran Merdeka di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Rusuhan).

Orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis yang berhampiran bagi membantu pihak polis mengenal pasti mereka yang terlibat. Terima kasih. SUMBER