Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menjangkakan negeri  itu akan mendapat tuntutan royalti minyak, paling lewat enam tahun lagi.
Andaiannya  itu, berdasarkan kepada perlantikan Sultan Kelantan, Muhammad ke-V yang  dilantik sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Mesyuarat khas  Majlis Raja-Raja dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada  pertengahan Oktober lalu.
“Iya, kenapa saya berkata demikian?  Alhamdulillah, saya mengucap syukur kerana Sultan Muhammad ke-V diterima  sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong.
“Dan  insya Allah dipanjangkan usia, tidak ada apa-apa melintang baginda akan  menjadi Yang di-Pertuan Agong, insya Allah. Justeru, pada waktu itu,  tentulah baginda akan menyebelahi tuntutan rakyat Kelantan,” kata Husam  dipetik Harakahdaily di Kota Bharu semalam.
Tawaran itu ditolak oleh kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai bukti untuk menyokong hujah bahawa rakyat Kelantan berhak mendapatkan royalti sehingga RM2 bilion.
Wang ehsan berkenaan kemudiannya disalurkan kepada Umno Kelantan untuk diagihkan kepada rakyat di negeri itu.
Kes tuntutan royalti minyak oleh Kelantan ini akan kembali didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Disember nanti.
 
2 ulasan:
tak payah tunggu hingga 6th lagi, insyaalah lepas pru13 nanti kelantan akan dpt balik wangnya.
Mudah-mudahan ianya akan termakbul. Selama ini rakyat Kelantan ditindas oleh pemerintahan BN yang diketuai oleh NAJIB.
Catat Ulasan