Selangor hari ini mendahului kerajaan persekutuan dalam melaksanakan  dasar gaji minimum, dengan janji untuk membayar RM1,500 sebagai gaji  permulaan di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri mulai tahun depan.
Pengumuman  itu dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika  membentangkan bajet negeri untuk tahun depan di Dewan Undangan Negeri  (DUN) Selangor.
Menurut Khalid, kakitangan syarikat-syarikat  milik kerajaan negeri yang status kewangan mereka stabil akan menerima  faedah daripada dasar itu sebelum ia diperluaskan kepada syarikat lain.
Antara  syarikat itu termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS),  Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri  Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd.
Bagi  syarikat-syarikat yang mempunyai status kewangan yang tidak stabil,  Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan dana  RM10 juta supaya kenaikan gaji dapat dilaksanakan.
Sebagai  kontras, kerajaan persekutuan belum mampu melaksanakan dasar gaji  minimum, yang menurut kesatuan dan Pakatan Rakyat, adalah tuntutan yang  perlu dilakukan bagi menangani masalah kemiskinan. mkini
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan