Memaparkan catatan dengan label sokong bn barang naik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sokong bn barang naik. Papar semua catatan

Khamis, 19 Mei 2011

BERITA GEMBIRA - TARIF ELEKTRIK PULA BAKAL NAIK

Kalau sebelum ini kita mendapat durian runtuh akibat daripada kenaikkan harga gula dan minyak RON97 dan RON95, kini sekali lagi kita bakal meraikan pula kadar kenaikkan tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.

Berita gembira ini memang telah dijangka sebelum pilihanraya Sarawak yang lalu. Cuma ianya ditangguhkan buat sementara waktu bagi memberi laluan sehingga selesainya pilihanraya tempohari.

Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini. Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.

Suka atau tidak suka, kita terpaksa terimanya selagi UMNO-BN berkuasa. Anda berhak marah tentang keputusan kerajaan menaikkan sesuatu harga barang atau perkhidmatan namun anda juga perlu salahkan diri anda kerana anda lah puncanya.

Persoalannya, "kenapa anda perlu marah"!...

Rabu, 5 Januari 2011

ORANG UMNO PASTI SUKA BERITA INI

Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter mulai tengah malam tadi. Ekoran kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Komen: Bila pula harga minyak masak bakal naik!... Kami masih setia dan sampai mati tetap bersama dengan UMNO B-end. Naiklah lagi!... BN