Sabtu, 6 Mac 2010

SIAPA KATA DIVIDEN KWSP TINGGI!...

KUALA LUMPUR 5 Mac - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen lebih tinggi sebanyak 5.65 peratus bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009, berbanding 4.50 peratus pada tahun sebelumnya. selanjutnya

Rakyat jangan terlalu gembira dengan dividen 5.65 peratus ini kerana KWSP sendiri hampir-hampir bangkrap ekoran bail out besar-besaran oleh Kerajaan BN ke atas kroni-kroni mereka semenjak 1998. Dana awam ini sengaja disalahgunakan untuk kepentingan sempit mereka.

KWSP seharusnya berasa malu untuk memberi dividen serendah itu kepada ahlinya. Walaupun peningkatan sebanyak 1.15 peratus berbanding tahun lepas namun ianya masih dikira rendah jika dibandingkan dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

LTAT mampu memberi dividen serendah 14 peratus pada tahun 2009 manakala 16 peratus pada tahun sebelumnya.

Perlu diingat, KWSP dan LTAT tidak banyak bezanya. Yang membezakannya cuma KWSP hanya untuk pencarum terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta manakala LTAT dikhaskan untuk pencarum anggota tentera sahaja.

Itu belum lagi jika hendak dibandingkan dengan dividen yang diterima oleh pemegang saham ASB, Koperasi Tentera dan Bank Rakyat (sekadar menyebut beberapa contoh) maka jauh lah KWSP ketinggalan dibelakang.

Tiada ulasan: