Selasa, 9 Mac 2010

BERITA HAIRAN - DAH MENGAKU SALAH TAPI HAKIM TETAP TAK TERIMA

Pengakuan pemuda bunuh 4 ahli keluarga ditolak


Rasidi Ismail

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak pengakuan bersalah penganggur, Rasidi Ismail, atas tuduhan membunuh empat ahli keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, awal Januari lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin, membuat keputusan itu kerana tertuduh membuat pengakuan tanpa mendapat khidmat nasihat peguam.

"Walaupun mengaku salah, mahkamah perlu berhati-hati untuk menerima pengakuan yang dibuat. Jadi kamu perlu melantik peguam untuk memberi khidmat nasihat dan mahkamah akan melihat sama ada terdapat keperluan untuk mendapatkan pemeriksaan mental," katanya. Selanjutnya

Tiada ulasan: