Memaparkan catatan dengan label dun penanti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dun penanti. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Mei 2009

31 MEI - CUTI UMUM BAGI UMNO-BN DI PENANTI


Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Esok juga (31 Mei) bolehlah diistiharkan sebagai cuti umum bagi UBN seluruh 1 Malaysia sebagai memperingati hari bersejarah buat julung-julung kalinya UBN tidak bertanding di dalam pilihanraya yang diadakan di Malaysia. Diharap cuti esok akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi UBN.

Antara acara yang bakal berlangsung esok adalah seperti mengadakan majlis kenduri kahwin, rombongan ke Padang Besar dan berbagai-bagai lagi.

A-I-B: UMNO-BN memang kelakar giler!....

Khamis, 28 Mei 2009

"SIAPA LAGI KALAU BUKAN ANGKARA UMNO-BN"



UMNO-BN akan terus dibelasah rakyat kalau beginilah cara dan perlakuan yang diterapkan kepada ahlinya. Usaha pemulihan yang diwar-warkan oleh UMNO-BN hanya mendekatkan lagi dirinya ke liang lahat pada PRU13. Walaupun mereka tidak meletakkan calun di Penanti, tetapi sebenarnya mereka berkempen untuk siapa??!!.... Dari segi bahasa macam bahasa gerombolan jer... banner nie!... takkan PR nak kutuk diri sendiri... huh!..., tak faham aku...
One Malaysia ada jawapannya!....

Sabtu, 23 Mei 2009

Projek "Mee Segera" mungkin akan dipindahkan dari Penanti ke Manik Urai

Wanita Barisan Nasional (BN) mencadangkan agar BN meletak calon wanita untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Kelantan yang kosong berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut, Ismail Yaacob semalam.

“Sekiranya beliau (calon wanita) menang, ia akan menjadi sejarah kepada BN, di mana wanita boleh menang kerusi khususnya di Kelantan,” kata Ketua Wanita BN, Senator Kak Ijad di sini hari ini.

Di Putrajaya, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perbincangan mengenai calon akan diadakan setelah BN menerima senarai calon.

Datuk Mustapa Mohamed pula berkata BN mempunyai potensi dan peluang untuk menang kerusi DUN itu berdasarkan pada keputusan pilihan raya umum 2004.

A-I-B: Potensi untuk mendapat projek mee segera juga cerah jika dibandingkan dengan DUN Penanti.

Jumaat, 22 Mei 2009

UBN TAK PERLU TANDING DI DUN MANIK URAI


ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira jam 5.55 pagi tadi di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut hari ini.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986 sehingga lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut kecuali pada tahun 2004.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini.

Berikutan kematian ADUN tersebut adalah dinasihatkan agar UMNO-BN juga mengambil pendekatan supaya tidak bertanding sepertimana keputusan yang diambilnya baru-baru ini di DUN Penanti. Jikalau UMNO-BN bertanding juga, kemungkinan besar kekalahan kali ini adalah lebih besar berbanding dari majoriti pada PRU12 iaitu 1,352.

Jika benar Najib mengambil kira kepentingan rakyat serta keutamaan menangani masalah ekonomi negara ketika ini tak usahlah bertanding di DUN Manik Urai dan berilah kemenangan percuma kepada PAS tanpa perlu ada pertandingan. Ada berani!...

Sabtu, 9 Mei 2009

PEMBEBASAN MANOHARAN - MUNGKIN ADA AGENDA TERSEMBUNYI

PUTRAJAYA 8 Mei – Selepas 36 hari Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik Perdana Menteri dan ketika kajian terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sedang giat dijalankan, 13 lagi tahanan akta itu akan dibebaskan.

Ia termasuk tiga baki pemimpin pertubuhan haram Hindraf. Alasan kerajaan hanya satu - kesemua tahanan itu didapati tidak lagi memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Pembebasan mereka adalah yang kedua dibuat oleh kerajaan pimpinan Najib selepas pada 3 April lepas, sebaik saja mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau mengumumkan pembebasan 13 tahanan termasuk dua pemimpin Hindraf.

Langkah pembebasan terbaru itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tiga baki pemimpin Hindraf yang dibebaskan ialah K. Vasantha Kumar, 36, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, 48, penasihat undang-undang pertubuhan itu, P. Uthayakumar, 47. Baca seterusnya disini dan sini.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Najib, rakyat sebenarnya sudah lali dengan permainan dan pembohongan politik UBN. Agenda sebenar kenapa Manoharan dibebaskan tak lain dan tak bukan kerana BN takut dimalukan sekali lagi jika Manoharan benar-benar letak jawatan sebagai ADUN kerana tidak mampu melaksanakan tugas kerana dalam tahanan ISA dan pasti PRK akan diadakan di DUN Kota Alam Shah.

Rakyat juga masih belum lupa apa yang telah berlaku kepada ADUN Penanti Mohamad Fairus Khairuddin. Beliau juga telah melepaskan jawatannya sebagai ADUN kerana dituduh menerima rasuah. Selepas dibicarakan beliau didapati tidak bersalah oleh SPRM. Permainan ini seolah-olah suatu proses memujuk dan sudah diatur agar Mohammad Fairus masih boleh menarik balik keputusan meletak jawatan ADUN Penanti kerana telah bebas dari disabitkan kesalahan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Mohammad Fairus berhak menukar pendiriannya sekali gus kekal sebagai wakil rakyat Penanti kerana beliau telah dipilih secara sah oleh pengundi di kawasan tersebut. Namun beliau tetap dengan pendirian untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN, sekaligus akan berlakunya PRK Penanti pada 31 Mei ini. Baca seterusnya disini.

Inilah fobia UBN jika ianya benar-benar berlaku juga di DUN Kota Alam Shah. Yang pasti malu UBN di P.Pauh, K.Terengganu, B.Gantang dan B.Selambau masih belum dapat dilupakan. Inilah skrip lama yang dimainkan oleh UBN dalam proses pujuk Manoharan dan tak mustahil jika Manoharan juga ikut jejak ADUN Penanti tetap melepaskan jawatan maka akan berlaku juga PRK di DUN Kota Alam Shah. Yang penting Manoharan sudah bebas.

Khamis, 30 April 2009

N12 PENANTI - "BAKAL CALON MASIH DIBUKA"

BUAT MASA INI, HANYA 2 ORANG CALON YANG PASTI BAKAL BERTANDING DI DUN PENANTI. 1 PKR DAN 1 BEBAS. PENANTI MASIH LAGI TERNANTI-NANTI SIAPAKAH LAGI BAKAL CALON YANG BERANI MENYAHUT CABARANNYA SEHINGGA 23 MEI INI. UBN MASIH LAGI SAMAR-SAMAR DALAM MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN KERANA MASIH LAGI DALAM PROSES TIMBANG TARA.

YANG MENGHAIRANKAN, KENAPA SEMASA DI DUN B.SELAMBAU TERLALU RAMAI SEHINGGA 15 CALON. TAK TERFIKIR KAH MEREKA AKAN KEHILANGAN WANG PERTARUHAN!... KENAPA DI B.SELAMBAU SANGGUP BERHEMPAS PULAS MENCUBA NASIB TETAPI KECUT DI DUN PENANTI. APAKAH YANG PUAKA SANGAT DISINI!...
KENAPA??? KENAPA??? KENAPA???

DUN B.SELAMBAU TELAH MENCATAT REKOD SEJARAH POLITIK NEGARA KERANA TELAH MENYAKSIKAN CALON YANG PALING RAMAI BERTANDING MANAKALA DI DUN PENANTI MUNGKIN SEKALI AKAN MENCATAT REKOD SEJARAH POLITIK TANAHAIR DALAM KATEGORI TIDAK MELETAKKAN CALON DARI PARTI PEMERINTAH.

A-I-B: Ada seorang rakan sanggup jadi calon asalkan ada penaja. Segala kos sepenuhnya perlu ditanggung oleh pihak penaja. Calon tersebut bercadang nak taruk logo "mangkuk tandas".