Memaparkan catatan dengan label gerombolan umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gerombolan umno. Papar semua catatan

Selasa, 9 November 2010

MB Kedah bidas publisiti murahan banjir BN

Sebahagian rumah yang terlibat dengan banjir di Kedah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa banjir kepada kerajaan pusat', lapor Harakahdaily.

Sebaliknya, beliau berkata Muhyiddin dan Umno hanya inginkan publisiti murahan dalam melakukan misi kemanusiaan.

“TPM kata saya lepas tangan. Pernah pejabat saya hantar surat ke KL (Kuala Lumpur) minta selesaikan masalah? Tak ada. Saya tak pernah tulis kepada PM (Perdana Menteri) tolong saya.

Saya tak pernah tulis surat Shahrizat mai tolong saya. "Dia turun pun pi Tunjang bukan tempat banjir. Kaki kasut dia pun tak basah. Nak cakap apa ...” katanya.

Minggu lalu, lebih 40,000 penduduk Kedah terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka ditenggelami air akibat banjir terburuk dalam sejarah negeri itu. Malah, rumah Azizan sendiri turut ditenggalami air.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut mendakwa bahawa kerajaan negeri 'lembap' dalam memberikan pertolongan kepada mangsa banjir.

Kenyataan Shahrizat dibidas oleh ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang berkata dakwaan Shahrizat itu bersifat melampau tatkala semua agensi kerajaan negeri tengah bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir. Katanya lagi, kehadiran Shahrizat hanya bertujuan untuk mencari publisiti politik.

Di samping itu, Azizan turut mempersoalkan kelewatan Muhyiddin mengunjungi kawasan banjir di Kedah.

“Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (Muhyiddin) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar,” kata Azizan.

Malah, menurut beliau timbalan perdana menteri juga telah melawat tempat yang salah untuk mendapatkan maklumat yang betul.

“Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung.

“Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata,” katanya lagi.

Selain itu, Azizan turut mengkritik kehadiran Muhyiddin ke negeri itu yang disambut dengan bendera-bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim. "Pasang bendera BN di Stadium Sultan Abdul Halim ketika Muhyiddin nak turun. Maka jadilah lebih publisiti daripada misi kemanusian. Saya datang tak ada bendera PAS atau Kedah iring saya," sindir Azizan.

Isnin, 28 Disember 2009

GEROMBOLAN GAGAL SERAH MEMORANDUM DESAK PAS KELUAR PAKATAN SEMALAM

Sekumpulan penyokong gerombolan dianggarkan melebihi 20 orang berkumpul di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor bagi menyerahkan memorandum mendesak PAS mengakaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat Selangor.

Desakan tersebut dibuat atas nama Badan Bertindak Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas (GKPPNS) pada pukul 11.30 pagi semalam.

Mereka kononya tidak berpuas hati terhadap pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didakwa mengenepikan PAS dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu.

Bagaimanapun memorandum tersebut tidak berjaya diserahkan semalam kerana pejabat ditutup dan hanya akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali pada hari ini.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dilaporkan menafikan penglibatan PAS dalam demonstrasi tersebut dan mendakwa ianya fitnah pihak tertentu yang mahu memecahbelahkan Pakatan Rakyat Selangor.

Berikut adalah SMS yang disebarkan sebelum ini berbunyi, "Satu perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan rakyat akan diadakan pada 27 Dis 09 jam 1100 di Pej PERHUBUNGAN PAS Sel. No. 13C, Ting. 3 BLOK 1, WORLDWIDE BUSINESS CENTRE, SEK. 13, S/ALAM. Penyerahan memorandum juga akan dilakukan dan di terima sendiri oleh Dato Hassan Ali. Hadir beramai2 demi...".

SMS itu terhenti setakat itu sahaja! demi... apa kita pun tak tahu.

Bagaimanapun setelah diselidiki, sms itu datangnya dari salah seorang penggerak Umno negeri itu.
Credit foto: muslimeen-united.blogspot.com


Poster berbunyi "Membela Nasib Melayu" sinonim dengan ayat-ayat UMNO



Geng gerombolan tutup muka dengan poster, supaya orang tak kenal



Puak nie tak kacau pulak... malah beri kerjasama, siap salam lagi...