Selasa, 10 Disember 2013

MP UMNO PERSENDA MANGSA BANJIR DI KUANTAN


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa mangsa banjir di kawasannya cukup marah dengan pemimpin Barisan Nasional khususnya Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin. 

Fuziah berkata, kemarahan itu ekoran tindakan pemimpin BN tersebut yang dikatakan mempersendakan usul perisytiharan darurat di tiga kawasan yang dilanda banjir besar, Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar yang dibawanya di parlimen, minggu lalu. 

Dakwanya, luahan kemarahan itu disampaikan kepada beliau ketika sedang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan banjir sekitar daerah terbabit. "Rata-rata mangsa banjir tahu isu saya membawa usul isytihar darurat di Kuantan, tetapi dibantah keras Bung Mohtar dalam Dewan Rakyat Selasa lalu. Memang ramai yang cukup marah. 

"Oleh sebab itu, mereka cukup marah pada Bung Mohtar, mereka anggap Bung Mohtar tidak peka penderitaan mangsa banjir, hingga mereka kata tidak akan benarkan Bung Mohtar datang ke Kuantan tetapi kalau datang juga nak dibenamkan Bung Mohtar,"kata Fuziah dipetik dari Selangor Kini. 

Fuziah minggu lalu di persidangan Dewan Rakyat membawa usul tersebut namun kemudiannya ditolak speaker kerana sepatutnya mengemukakan notis dua hari dan secara bertulis.

Tiada ulasan: