Ahad, 8 Disember 2013

BANJIR!... RAKYAT DAH KENA MAIN

KEMAMAN – Cadangan segelintir mangsa banjir agar kerajaan menyediakan khemah di pusat pemindahan untuk setiap keluarga terutama bagi ibu yang menyusu bayi akan dipertimbangkan.

Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagaimanapun berkata, langkah membekalkan khemah kepada setiap keluarga seperti yang dipraktikkan di Jepun kepada mangsa gempa bumi agak tidak praktikal di negara ini yang berbeza iklim dengan negara matahari terbit itu.


Katanya, sekiranya mangsa banjir perlu tinggal lebih lama di pusat pemindahan mungkin tilam yang lebih selesa perlu dibekalkan berbanding penyediaan khemah.


“Ramai yang suruh kerajaan bekalkan khemah kepada setiap keluarga tapi kalau beri khemah mungkin disuruh pasang pendingin hawa pula kerana suhu di negara ini panas berbeza dengan Jepun yang suhunya sejuk.


“Jika pasang khemah, mungkin orang ramai boleh duduk selama sejam sahaja paling lama kerana panas,” katanya ditemui di pusat pemindahan SK Seri Geliga Kemaman selepas makan bersama mangsa banjir di situ semalam.


Pelik kan... bekal khemah tak sesuai. Mungkin agaknya dalam pemikiran menteri cap ayam ini bahawa ianya suatu pembaziran tapi k-pop tidak pula dikatakan membazir... Puiii!...
 


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan layan la org2 kat kawasan banjir ni. Sampai bila2 pun dok bising. Time2 banjir pun nak buat projek dalam khemah.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 3:29, mcm mane bole ke situ pulak yg ko fikirkan.....

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nak jaga aurat kalau dah tak dibekalkan khemah untuk menghalang pandangan bukan muhrim bila wanita dan gadis nak menyalin pakaian atau menyusukan anak. Itu sebabnya mereka perlikan khemah!...
Puak umno konon nak masukkan dlm perlembagaan parti ttg mengikut ahli sunah wal-jamaah. Dah disitu pun terang2 gagal

bunbinban berkata...

menteri buih ni mana tau apa. Musim ujan ni, xde la panas mana pun kalau nak kaitkan iklim. Lgi pun, kebanyakan mangsa banjir ni kesejukan so bila pakai khemah, xde la sejuk dan bajet x yah beli selimut. Itu pun menteri buih x reti nak pikir ke. Kata yg terbaik urus banjirkan. Tapi kekadang betul gak, kerenah mangsa banjir ni lebeh2 gak. Bagi sardin dan ikan masin pun komplen, takan la time darurat mcm ni korang nak makan nasi ayam, rendang, tom yam, ikan kerapu 3 rasa...syukur la dpt makan apa yg ada janji x kebulur kan. Pasni org kemaman boleh la pilih lagi menteri buih tu jadi wakil korang ye...berbuihlah mulut korang menyumpah dia...hahaha

ameen berkata...

Kepada mereka mereka yang pro umno dan kerajaan zalim, doa kami yang menjadi mangsa banjir hanya satu iaitu biar lah allah saja mengadili hampa. Kami tidak doa lebih cuma doa agar mereka ini diuji sama seperti kami diuji dalam banjir besar ini.
Nampak jelas kerajaan UMNOBN telah gagal mentadbir negara ini. Mereka hanya bawa musibah kepada negara. Daripada ringgit malaysia nilai 1rm dengan 1dollar Singapura sekarang tinggal sen sen saja. Untuk makluman bahlul2 dan penyokong tegar umno dan pemimpin Umno bawahan dan jkkk nilai wang ringgit adalah 1rm dan 2.60 dolar singapura. Nak tanya hampa yang bahlul2ini Malaysia besar ke Singapura?? Negara mana yang banyak hasil bumi. Singapura ke? Jawab bahlul. Tolong guna otak yang allah swt bagi kat setiap manusia. Itu beza manusia dengan haiwan.
Negara yang sering landa malapetaka seperti Jepun. Ada kah Jepun duduk berpeluk tubuh dan letakkan segala alasan malapetaka yang berlaku sebagai ujian allah swt. Sambil kita terima semuanya sebagai ujian allah kita manusia kena lah ikhtiar dan berusha. Selama 50 tahun gerombolan umnobn perintah dan ribuan kali banjir, apa ikhtiar dan usha yang dilakukan. Adakah pemimpin umno terfikir untuk buat seperti Jepun lakukan untuk rakyat mereka sekiranya terpaksa dok seperti pelarian. Tidak. Pemimpin kerajaan umnobn tidak berupaya fikir kalau yidak ada ongkos masuk untuk mereka. Kebajikan rakyat mana mereka terfikir.