Memaparkan catatan dengan label liwat 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label liwat 2. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Mac 2013


Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Dengan ini saya  memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.

Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai perdana menteri itu dan seorang peguam.

Malaysiakini tidak menyiarkan identiti kedua-duanya sementara menunggu respons daripada mereka.
"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."

Menurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.

walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya

semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.
"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."

Azlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan."

Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya  untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.

"Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan.

"Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

"Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.

"Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya.

Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul".

"Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya. SharpShooter

Khamis, 7 Oktober 2010

MENGAKU SAHAJA DILIWAT ANWAR, PASTINYA MENDAPAT HABUAN LUMAYAN

Tunggul kayu mengaku diliwat Anwar

Belum pun tamat kes Liwat 2 kini bermula pula episod kes Liwat 3. Menurut sumber, sebuah tunggul kayu (gambar di atas) yang hampir reput juga mengaku diliwat Anwar.

Yang pastinya, tunggul kayu itu juga mendapat habuan dari KERAjaan yang memerintah di salah sebuah negara yang mendapat khidmat nasihat dari Yahudi. Selanjutnya

Jumaat, 27 Ogos 2010

BURUKKAN NEGARA BERDOSA, BURUKKAN ANWAR TAK PA!...

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Individu yang berniat jahat memburuk-burukkan negara dengan harapan masyarakat luar memandang rendah dan tidak menghormati tanah airnya boleh dianggap melakukan kesalahan besar dan berdosa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Islam amat memuliakan orang yang mati mempertahankan negara.

“Mempertahankan negara adalah jihad. Orang yang mati syahid ketika berjihad sangat mulia kerana tidak perlu dimandi, dikapan atau disembahyangkan. Utusan Meloya

Menurut Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata individu yang berniat jahat memburuk-burukkan negara dengan harapan masyarakat luar memandang rendah dan tidak menghormati tanah airnya boleh dianggap melakukan kesalahan besar dan berdosa.

Namun beliau mungkin terlupa ataupun saja buat-buat lupa untuk beri pendapat yang sama apa pula hukumnya menfitnah atau dengan niat memalukan seseorang individu muslim seperti DSAI dalam siri drama liwat bahagian 11.

Aku tergelak berguling-guling bila dengar pendapat dari menteri-menteri UMNO pasal hukum demokrasi terpimpin. Kah!...3X

Jumaat, 14 Mei 2010

NAK LAPOR POLIS MALU TAPI TAK BASUH JUBOK TAK PULAK MALU



Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dia tak basuh jubok selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

Mohd Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada pagi hari tersebut, sebelum kejadian, beliau mandi sepenuhnya. Mohd Saiful berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Karpal Singh yang mewakili Anwar dan juga mendakwa, beliau pernah diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Skrip dah jadi tunggang langgang. Sat kata sekali, sat-sat kat berkali-kali kena liwat. Mampuihh! sekarang dah jadi cacamerba.