Memaparkan catatan dengan label Bajet 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bajet 2013. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Oktober 2012

HAYAT UMNO SEMAKIN DEKAT - HANYA BERANI BERKOKOK DALAM SURATKHABAR


Tindakan Ahli Parlimen Barisan Nasional terutamanya barisan kabinet yang memulaukan pembentangan dan jawapan balas Ketua Pembangkang terhadap Belanjawan 2013 bukanlah amalan yang baik dalam sistem demokrasi.

Begitu juga keengganan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai ekonomi walaupun beliau menggunakan peluang lintas langsung pembentangan Belanjawan 2013 untuk menyerang Ketua Pembangkang.

UMNO-BN jangan hanya berani berhujah dalam siaran televisyen atau di Dewan Rakyat semata-mata.

Jumaat, 28 September 2012

BAJET 2013 - HATI-HATI TAKUT KENA KENCING MANIS

Harga gula akan turun 20 sen. Tentunya rakyat jelata akan bersukaria dengan bajet menarik ini terutamanya bagi makcik-makcik felda.

Walau apa pun, tahniah kepada PM Najib. Namun rakyat jangan mudah terpedaya dengan gula-gula pilihanraya yang semakin hampir. Takut-takut nanti ramai yang kena kencing manis kerana harga gula dah murah.

BR1M kali 2, satu lagi pakej yang paling ampuh untuk menarik golongan pengundi muda berusia 21 tahun menyokong UMNO-BN. 

Kalau sebelum ini golongan ini tidak layak atau tersenarai pun sebagai penerima BR1M namun kali ini mereka tersenarai. Kerana apa... haha..., inilah gula-gula yang paling manis mengalahkan gula yang sediada.

Kepada golongan muda, perjuangan perlu diteruskan. Apa yang diberi terima saja tapi sokong tetap pada PR.

Amaran: Kalau kena kencing manis gunakanlah duit BR1M RM500 untuk membayar kos pergi balik ke klinik atau hospital.